iklan nuffnang

Monday, 28 September 2015

PESONA TERENGGANU 2015 di Dataran Merdeka dan TERENGGANU KITCHEN di Dataran DBKL, Jom Kita SERBU... macam-macam ada



Kerajaan Negeri Terengganu melalui TTB atau Transformasi Terengganu Baru akan menganjurkan PESONA TERENGGANU 2015 secara besar-besaran di Dataran Merdeka pada 29 hingga 31 Oktober 2015. Dan TERENGGANU KITCHEN pada 29 Oktober hingga 2 November 2015 di Dataran DBKL.

Ia adalah satu usaha transformasi kerajaan negeri dalam mempromosikan pembangunan sosio ekonomi melalui sektor pelancongan.

PESONA TERENGGANU 2015 akan memperkenalkan Terengganu melalui 'Consumer Show' dan 'Trade Show' bagi memperkenalkan lagi Negeri Terengganu secara lebih dekat kepada rakyat Malaysia dan antarabangsa.

Bagi acara ' Consumer Show' ia akan melibatkan aktiviti pameran, promosi dan jualan produk Terengganu serta produk IKS usahawan Terengganu.

Bagi 'Trade Show' pula, ia memfokuskan kepada aktiviti pameran, penyampaian maklumat serta penglibatan semua sektor penting di Terengganu seperti ekonomi dan pelaburan, IKS dan Usahawan, pelancongan, pendidikan dan sains, TTB- Transformasi Terengganu Baharu, Kebudayaan dan kesenian, sumber manusia dan sukan dan pelancongan.

Bagi sektor pelancongan, PESONA TERENGGANU 2015 akan mempamerkan keunikan produk pelancongan kesemua lapan daerah di Terengganu dari Kemaman hingga ke Besut. Pelbagai keunikan produk samada destinasi, makanan, sejarah mahupun alam semulajadi akan menjadi elemen penting dalam menonjolkan Terengganu sebagai 'MUST VISIT DESTINATION' di Malaysia.

Orang ramai termasuk rakyat Terengganu di perantauan serta mereka yang ingin mendapatkan maklumat atau merasai keenakan makanan Terengganu seperti keropok lekor, kuih muih tradisinal atau nasi dagang dijemput hadir ke PESONA TERENGGANU 2015.

Banyak lagi aktiviti sampingan yang menarik akan ditampilkan bagi memeriahkan sambutan ini untuk anda.

Pastikan tarikh 29 Oktober sehingga 2 November tercatat di diari anda untu PESONA TERENGGANU di Dataran Merdeka dan TERENGGANU KITCHEN di Dataran DBKL

Monday, 21 September 2015

Percutian Bajet ke Pulau Perhentian Terengganu- Pengalaman Hussein Rider


Percutian Bajet ke Pulau Perhentian – PART 1
Part 2
(“Macam mana, best tak naik atas sana?”)
(“dah korang ada kira tak berapa anak tangga yang korang naik ni?”)
(“Tak kira langsung pak cik eh”)
(“dulu pak cik naik jugak sampai atas sana. Tapi time muda-muda dulu la.. time tenaga kuat lagi. Sekarang tak larat dah. Dulu pak cik kira anak tangga ade lebih kurang 900 lebih”)
Kos, perbelanjaan dan itinerari
Hari pertama:
  • Bertolak dengan sebuah kereta jam 10 pagi menuju ke jeti Pulau Perhentian di Kuala Besut.
  • Bayar minyak kereta = RM10 seorang
  • Caj bekalan makanan & minuman seorang = RM10 seorang.
  • Sampai di jeti pada tengahari dan terus cari tempat parking kereta. Ada tempat parking yang caj RM10 sehari & RM7 sehari. Husein mestilah ambik yang murah, RM7 sehari sebab holiday cara backpack kan. Hehe….RM7 sehari x 3 hari = 21. 21 / 4 orang = RM5.25 seorang. (RM5 je. Kitorang tak kira mana sangat)
  • Angkat barang dari kereta ke jeti. Jalan kaki je sebab dekat je pun.
  • Di sepanjang perjalanan tu ada kedai-kedai cenderahati. Korang dinasihatkan jangan shopping lagi barangan cenderahati tu awal-awal. Takut duit untuk belanja nak hidup kat pulau tak cukup. Balik dari pulau barulah shopping.
  • Tambang bot pergi & balik = RM70 seorang
  • Caj pemulihan pulau= RM5 seorang
  • Bertolak dari jeti naik bot ke Teluk Keke sebab kat sana ada tempat untuk bercamping. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit.
  • Sila bagitau pemandu bot yang anda nak kemana dan diorang akan hantarkan.
  • Sampai di Teluk Keke, berehat sebentar sambil duduk tepi pantai dan dirikan khemah serta kemas/susun semua barang.
  • Sewa tapak khemah di Teluk Keke: RM10 seorang sehari. 3 hari x RM10 = RM30. Tapi kitorang tak bayar sebab kitorang ada sembang-sembang dengan seorang nelayan kat sana. Dia cakap tak payah bayar pun sewa tapak khemah ni.
  • Cara untuk tidak selalu ditanya oleh penyewa tapak khemah supaya bayar adalah dirikan khemah jauh dari tempat perkhemahan asal. Kitorang dirikan khemah dekat dengan telaga. Lagipun sebelum ni dah terbaca dalam blog lain yang diorang tak kena caj pun untuk sewa tapak khemah.
  • Aktiviti petang: Jungle trekking dari Teluk Keke tembus sampai ke Flora Bay, tempat tumpuan pelancong. Jungle trekking ambil masa 30-45 minit.
  • Kena sedia air botol untuk kekalkan stamina ketika berada di dalam hutan. Korang kena pergi jungle trekking sebab mat saleh kat sana pun ada yang pergi jungle trekking.
  • Sampai di Flora Bay, kitorang lepak kejap sambil minum air di restoran Flora Bay tu. Husein minum air ape ntah tak ingat dah berharga RM6 segelas. (Mahal giler tapi terpaksa jugak untuk hilangkan dahaga). Husein sempat sembang kejap dengan mat saleh dari Itali kat situ. Then jungle trekking balik untuk pulang semula.
  • Then, sampai di tapak perkhemahan banyak dihabiskan dengan mandi/berenang di pantai berhampiran yang jernih airnya dan makan bekalan yang ada.
  • Sewa peralatan berenang = Korang boleh sewa peralatan berenang kat kedai kopi kat Teluk Keke tu. Lepas bodek, mesra-mesra+senyum-senyum sikit kat tukang sewa peralatan berenang, kitorang dapat goggles+life jaket+kaki itik dengan RM15 seorang.
  • Aktiviti malam: Makan malam, sembang-sembang sambil buat unggun api sampai la kitorang mengantok dan tidur di khemah.
Hari kedua:
  • Sarapan di kedai kopi (harga kat sini adalah harga standard, murah jugak la)
  • Pukul 9 pagi: Pergi snorkeling di 3 checkpoint. (Shark point, Turtle point & coral point). Untuk tempahan aktiviti snorkeling, kena tempah malam sebelum korang nak pergi snorkeling kat kedai kopi tu jugak.
  • Bayaran untuk 3 checkpoint = RM30 seorang + peralatan berenang.5 checkpoint = RM50 seorang + peralatan berenang
  • Bagi korang yang rasa tak larat, lebih baik ambik 3 checkpoint je.
  • Selesai snorkeling puas-puas sambil ambil gambar dalam air guna SJCAM 5000 Husein, singgah sebentar di Lata Air Berani untuk bergambar depan signboarddan aktiviti bilas badan dengan air sejuk.
  • Next, kitorang terus naik bot yang sama menuju kawasan perkampungan(village) untuk makan tengahari. Harga kat sini pun ok.. tak la mahal sangat. Yang Husein makan, nasi+kuah+ayam seketul+air teh o ais= RM8. Husein makan kat sini sampai tak dapat habiskan nasi dan terpaksa bungkus air teh o ais tu sebab kenyang sangat. Macam-macam lauk ada kat sini.
  • Aktiviti petang: Lepas pulang dari snorkeling, kitorang putus untuk tidur di chalet berdekatan iaitu di Flora Bay malam tu. Harga semalaman untuk bilik kipas adalah RM75. Yang berhawa dingin RM175-180 semalaman.RM75 / 4 orang = RM 19 seorang.
  • Sekali lagi terpaksa jungle trekking dengan semua barang menuju ke Flora Bay. Masing-masing angkat barang sikit-sikit.
  • Sampai ke chalet, terus check in dan makan/rehat/tidur/aktiviti bebas sampai ke lewat petang.
  • Aktiviti malam: Berjalan/melihat keindahan pantai pada waktu malam sambil menuju ke restoran yang entah apa nama dia tak ingat dah. Pelayan dia orang India so kitorang berempat makan green chicken curry sebab dengar kata sedap giler green curry dia. Untuk sepinggan+nasi RM10, tapi berbaloi sebab dia letak ayam banyak jugak dalam kari tu.
  • Then sembang-sembang dan bincang perjalanan esok sampai hujan turun. Balik ke tempat penginapan dan telefon tokey bot untuk tempah ke kincir angin (Perhentian Kecil) esok. No.telefon tokey bot korang boleh dapat kat mana-mana restoran orang Melayu kat sana. Siap-siap dan kemas barang sikit thenterus tidur dalam keadaan sejuk dan letih.

Hari Ketiga
  • Sarapan dengan bekalan makanan yang berbaki.
  • Pukul 9 pagi, terus naik bot ke Perhentian Kecil (Kincir Angin) = RM30 seorang.
  • Sebelum nak pergi make sure bawak air sikit sorang. Perjalanan untuk sampai ke atas lebih kurang 45 minit menggunakan tangga. Make sure perhati jugak tangga tu sebab ada yang tangga tercabut. Bot akan tunggu korang sampai korang turun semula untuk pulang. Di sepanjang perjalanan naik tangga jangan lupa untuk ambil gambar sepuas-puasnya sebab view kat sini memang cantik sangat. Sampai kat atas sana, korang boleh terus ke Long Beach (15 minit perjalanan)
  • Untuk turun pulak, kitorang tak turun ikut tangga tapi ikut jalan berbatu, baru lah mencabar sikit.
  • Then naik bot untuk pulang semula. Kitorang dah set time biar sampai ke tempat penginapan sebelum pukul 12 tengahari. Nasib kitorang sampai awal, so ada mase sikit nak berkemas.
  • Pukul 12 tengahari, kitorang check out hotel dan terus menuju ke bot yang sama tadi untuk pulang ke jeti.
  • Sampai kat jeti, baru lah kitorang shopping untuk beli cenderahati. Husein dapat beli sehelai Tshirt RM25 dan satu magnet RM3. Total RM28. Kat sana jugak sempat Husein beli satay ikan RM3.
  • Then menuju ke parking kereta yang kitorang parking dan pulang ke rumah masing-masing dalam keadaan yang letih tapi gembira sangat.

Dalam banyak-banyak pulau kat Malaysia, Pulau Perhentian la yang paling Husein nak pergi sekali. Dah lama niat dalam hati bila la aku nak datang kat sini.
Padahal tak jauh mana pun pulau tu dengan tempat tinggal Husein. Lebih kurang 2 jam lebih je perjalanan. Bila tengok orang lain pergi kat sana terasa macam nak lempang-lempang je skrin handphone. Aduhh, bila la aku nak jejak kaki kat sini ye.
Nak dijadikan cerita, punya la payah nak plan pergi Pulau Perhentian ni. Mula-mula Husein plan nak pergi dengan geng-geng seperjuangan yang belajar Mesir. Nanti sampai sana boleh la bincang-bincang sikit dengan hala tuju dan masa depan masing-masing sambil bercuti tapi masing-masing macam tak sudi.
Takde duit la, takde masa la, pergi sana la pergi sini la. Tapi bila orang lain ajak pergi pulau lain nak pulak. Huhu. Lantak diorang la. Akhirnya Husein gunasecond plan Husein untuk ajak geng-geng sekolah lama untuk join.
Alhamdulillah kebetulan diorang tengah cuti. And you know what my third plan is? Become a lonely traveler/backpacker. Travel sengsorang.

Dari kanan: Driver kitorang (Syahmi), suka bergayut telefon (Hanif), best student yang sibuk dengan assignment (Fauzan), dan orang yang tak dapat tidur (me).
Untuk percutian kali ni kitorang sepakat nak try gaya backpacker. Tak ada travel guide dan tak ambik mana-mana pakej pun. Tidur pun kat khemah je.
The hardest part is, nak tidur dalam khemah. Semua barang-barang terpaksa letak dalam khemah termasuk makanan dan minuman. Kalau tak, ada serangga atau binatang liar yang akan makan such as biawak.
Waktu petang pada hari pertama tu pun kitorang dah jumpa biawak. That’s whykitorang buat macam tu. Bila semua makanan dan minuman terpaksa letak dalam khemah.
Mula la semut-semut datang tak diundang. Kitorang dah kebas-kebas sikit khemah tu tapi macam biasa la. Ada sekor dua yang degil. Maka tidur la kitorang dalam keadaan semut datang hinggap ke kaki sekali sekala. Kalau kat rumah diganggu nyamuk, kat sini diganggu semut.

2 orang tidur dalam khemah, sorang lagi tidur luar khemah. Aiikkk. Baru 3 orang. Kata tadi pergi empat orang kan? Hahaha,  yang sorang lagi tak tidur mana-mana.
Dalam khemah pun tak, luar khemah pun tak sebab dia tak dapat tidur langsung sepanjang malam pertama kat sana. I repeat, the whole night ok. Until subuh.

And that is me. Ya, Husein tak dapat tidur malam tu sampai subuh. Nak kata tak letih, of course letih seharian pergi jalan-jalan sambil layan kerenah geng-geng sekepala. Bila tengok diorang tidur terasa macam nak kacau je diorang tu, tapi Husein biarkan.

Keadaan khemah Husein beserta unggun api.
Keesokan harinya kepala rasa berat je nak buat aktiviti. Tapi mujur Husein dapat tidur sekejap lepas subuh. Sebelum subuh badan dah tak berapa sedap dan nak muntah.
Tu pun bukannye lama Husein tidur. Lebih kurang 30-50 minit je. Nasib kepala otak boleh tahan lagi. Then kitorang buat aktiviti snorkeling sampai ke tengahari.
Untuk snorkeling kali ni kitorang ambik 3 checkpoint je iaitu Turtle point, Coral point dan Shark point. Alhamdulillah untuk turtle point kitorang dapat jumpa penyu depan mata beb. Lama pulak tu. Siap main kejar-kejar sikit dengan penyu tu.



Akhirnya letih duk berenang kejar penyu tu. Untuk coral point pulak, korang dapat tengok batu karang dan ikan-ikan kecik yang cantik berwarna-warni.
Oh ye, sebelum pergi ni, eloklah korang bawak roti untuk bagi makan kat ikan. Nanti senang ikan datang berkumpul kat korang dan korang boleh tengok bermacam-macam ikan dengan senang.
And I did just like that. Terasa macam nak cium-cium je ikan-ikan comel tu bila diorang datang serbu kat Husein. Don’t worry, diorang tak berani makan korang punye. Hihihi.
Dekat shark point pulak, kitorang snorkeling sekejap je sebab tak jumpa ikan jerung pun. Memang kat sini ada ikan jerung tapi agak susah nak jumpa. Kalau korang nasib baik, boleh la jumpa.
Tapi nasib kitorang kurang baik hari tu. Memang niat Husein nak tengok jugak ikan jerung kat sini depan mata. Kalau boleh nak sentuh sekali. Ikan jerung kat sini bukannya besar macam kat mat salleh tu.
Satu lagi, dengar kata yang ikan jerung kat sini tak makan orang. Emmmm, yang tu Husein kurang pasti. Walaupun Husein tak jumpa ikan jerung kat sini, tapi Husein jumpa ikan yang lebih cantik dari tu.
Husein jumpa puteri ikan duyung. Hahahahaha, Wahai puteri ikan duyung, datang lah meminang aku. Huhuhuhu.


Cerita bab kerja, Husein nak lupakan sekejap kerja-kerja yang dibuat ni dan nak imbas kembali ‘kerja-kerja’ yang dibuat kat Pulau Perhentian dulu. Memang kerjanya adalah menghabiskan baki hari-hari yang tertinggal sebelum pulang ke rumah dalam keadaan gembira dan puas.
Oleh kerana namanya dah Pulau Perhentian, of kos la ada hutan kat pulau tu kan. Hutan-hutan kat sini tak la bahaya sangat. Kalau nak jumpa harimau singa tu memang takde la. Kalau kera dan beruk memang ada. Even mase time Husein pergi hari tu pun ada. Tapi, selagi korang tak ganggu diorang, diorang takkan ganggu korang jugak. Itu prinsip dia.
Aktiviti jungle trecking dah Husein buat sejak hari pertama kat sana. Semuanya gara-gara nak tengok hutan berhampiran tapak khemah kitorang tu tembus kat mana. Gigih jugak kitorang jungle trecking kat sana. Naik bukit, lompat kayu besar, jalan curam dan licin, semak samun, jumpa mat salleh, hahahaha. Ya, kitorang jumpa mat salleh jungle trecking macam kitorang.
Ingatkan diorang ni tak la minat sangat jungle trecking ni. So, bagi korang yang plan nak kesini jangan lupa listkan aktiviti jungle trecking dalam list korang. Mat salleh pun jungle trecking jugak tau.




Kitorang jungle trecking bermula dari tapak khemah kitorang, Teluk Keke tembus sampai ke Floral Bay. Kat sini banyak kedai-kedai makan dan mat salleh yang tinggal.
Tempoh jungle trecking kitorang dalam 45 minit gitu. Jugak jangan sesekali jungle trecking pakai selipar, alamatnya korang akan mudah sakit kaki la. Untuk yang first time jungle trecking memang akan cepat rasa penat, so sebelum bertolak tu bawak la air botol untuk kekalkan stamina.
Tapi mujur Husein dah ada pengalaman mendaki Gunung Sinai kat Mesir dulu. So, tak la rasa penat sangat. Lagipun Husein memang minat meneroka alam semulajadi ni.
24 jam mengadap kereta, bangunan, office, jalan raya dan macam-macam lagi. Bbila dah jungle trecking ni baru la terasa betapa cantik dan nikmatnya alam semulajadi yang indah dengan dipenuhi pokok-pokok dan tumbuhan yang menghijau.
Last but not least, kitorang pergi ke Perhentian Kecil untuk membuat aktiviti pecah lemak (walaupun dah kurus kering ni) untuk menaiki tangga ke puncak kincir angin.
Kalau korang nak bercuti kat sini, korang wajibul ghunnah datang sini. Kalau tak datang, memang korang akan menangis guling-guling sebab view kat sini sangat ohsem dan cantik. Oleh kerana view kat sini sangat menarik perhatian, maka ibadah selfie sangatlah dituntut oleh semua yang hadir. Hahahaha.





Bila kitorang habis teroka kawasan ni dan nak balik naik bot, tiba-tiba kitorang di tegur oleh driver bot tu.
“Gane, best dop naik atah nung?”
“Waaahhh, (sambil hembus nafas lega), best la pok. Boleh tengok belake dari atah nung.”
“Hahaha. Doh mu ada kira dop berapa utey tangga hok mu naik ni?”
“Dop kire stabok pok eh.”
“Hahaha. Dulu pok ade naik gop sapa pucok nung. Tapi time mude-mude dulu la. Time tenaga kuat lagi. Lening dop rok doh. Dulu pok kire anok tangga dekat 900 lebih hok ade”
Bila Husein terdengar pak driver tu cakap macam tu, Husein betu-betul tak sangka yang Husein dapat naik anak tangga sampai ke puncak dengan bilangan sebanyak tu. Husein macam terpinga dan terdiam sekejap. Dalam hati cakap, “biar betul.. kadang-kadang nak naik tangga rumah pun aku dah letih”.
Itu la serba sedikit pengalaman Husein dan team backpackers yang lain di Pulau Perhentian bulan lepas. Husein rasa bersyukur sangat kerana dapat pergi ke sini memandangkan dah lama berhajat nak ke sini tapi ada sahaja masalah yang timbul. Setakat ni, ini lah pulau yang paling cantik di Malaysia yang pernah Husein tengok. InsyaAllah kalau ada rezeki Husein akan datang ke sini semula untuk masa yang akan datang.
Honeymoon maybe? Huhu.


Husein kira pasti ramai yang ingin bercuti ke Pulau Perhentian dengan belanja yang sedikit kan? Husein nasihatkan kat korang supaya jangan ambil mana-mana pakej travel untuk kesini sebab ada yang mahal sangat sampai RM250-300 pun ada.
Jom kita berbackpack dan walk in terus ke sini tanpa travel ejen yang memaksa kita untuk patuhi jadual yang dirancang oleh mereka.
Disini itinerary & belanjawan Husein ketika berada di Pulau Perhentian selama 3hari 2malam bersama tiga orang rakan backpack yang lain. Di akhir nanti anda pasti terkejut dengan belanjawan Husein sepanjang 3D 2N disana. Harap boleh menjadi rujukan untuk anda semua:
Total belanjawan Husein 3D 2N di Pulau Perhentian = RM249. Amacam? Murah tak kalau nak dibandingkan dengan pakej-pakej yang ditawarkan oleh ejen travel yang lain?

@thevocket.com
@http://huseinrider.blogspot.my/

Pendaki Ini Berkongsi Pengalaman Ke Sungai Bangan Di Terengganu Yang Jernih Dan Cantik



Hobi Murshid yang meminati fotografi, berkhemah, hiking, aktiviti outdoors dan sukan lasak merupakan penyebab beliau keluar setiap hujung minggu dan telah mendaki beberapa gunung dan bukit yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Buat penggemar hiking, perkongsian ini mungkin boleh dijadikan panduan untuk anda ke Sungai Bangan yang jernih dan bersih ini.



Chemerong, Gunung Berembun dan Air Terjun Langsir (singkatannya CBL) sangat terkenal dikalangan pendaki. CBL terletak di Terengganu.
Namun tak ramai dikalangan orang awam yang tahu dan mampu untuk sampai ke sana disebabkan oleh pendakian yang mengambil masa hampir sehari (bergantung pada stamina) untuk sampai ke Air terjun Langsir (campsite). Biasanya hikers akan ke sana selama 3 hari 2 malam.



Saya bersama rakan daripada Sunrise Xventure seramai 35 orang bertolak dari KL pada khamis malam pada jam 11pm,  dan tiba di air terjun Chemerong, Dungun pada jam 6 pagi.
Kami solat subuh dan sarapan di cafe diikuti dengan pembahagian bekalan makanan/keperluan (rations) serta briefing oleh ketua kumpulan.


Pagi jumaat jam 8.30am kami mulakan pendakian dari air terun Chemerong. Pada jam 10.30am kami tiba di kem Y  dan berehat seketika di sini.
Pendakian diteruskan ke puncak Gunung Berembun dan tiba di puncak pada jam 1pm. Di sini kami berehat selama 5 minit.

Dari puncak kami teruskan perjalanan ke Air Terjun Langsir (campsite) dan tiba di sana jam 3.30pm. Di sini kami pasang khemah untuk bermalam dan para pendaki melakukan aktiviti bebas.
Pada hari sabtu kami lakukan aktiviti bebas dan mandi manda di Jeram Lesung yang terletak bersebelahan dengan Air Terjun Langsir. Dan pagi ahad jam 9 pagi kami mula turun semula dari Air Terjun Langsir ke Sungai Bangan. Ia ambil masa lebih kurang 1 jam.


Kami mandi manda di Sungai Bangan selama 1 ke 2 jam. Dari jam 12 tengahari turun semula ke Air Terjun Chemerong dan tiba di bawah jam 5 petang.
Pesanan saya, seperti yang seperti semua tahu kalau boleh barang-barang, makanan dan sampah apa yang kita bawa masukdan naik, pasti kan kita turunkan jugak. Kawasan hendaklah dibersihkan demi menjaga alam sekitar kita.


Saya paling takut kalau ada orang yang tak bertanggung jawab kotorkan air yang jernih dan hijau tu dengan sampah sarap mereka.
@http://thevocket.com/

Sunday, 20 September 2015

Burung Bangau Putih atau White Egret membanjiri Setiu, Terengganu


Burung Bangau Putih atau Bubulcus Ibis dari keluarga Ardeidae kini membanjiri Setiu, Terengganu. Suatu pemadangan yang unik dan mengagumkan.

Bangau adalah burung penghijrah yang berasal dari hemisfera utara ketika negara-negara Asia di sana mengalami musim sejuk. Burung ini berhijrah ke Semenanjung Malaysia dari September hingga April (Tweedie, 1960, 1970) setiap tahun. Ketika inilah burung ini kelihatan berbulu putih melepak. Bagaimanapun, sekali-sekala burung ini tinggal terus di negara ini hingga musim panas untuk membiak. Ketika ini, bulunya berubah menjadi jingga di kepala dan dada

Dalam fasa putihnya ini, bangau kelihatan hampir serupa dengan burung Pucung Batu (Inggeris: reef egret, nama sains: Egretta sacra) yang juga berbulu putih tetapi boleh juga terdapat dalam bulu kelabu tua. Bagaimanapun, kedua-dua spesies bangau dan Pucung Batu ini dapat dibezakan menerusi tabiat dan persekitaran fizikalnya iaitu pucung batu suka bersendirian dan mendiami kawasan pesisir manakala bangau hidup berkelompok di sawah atau padang ragut terutamanya di sekililing kerbau dan lembu.
Bangau gemar bertenggek di atas lembu atau kerbau atau berada tidak jauh dari mamalia ini untuk mencari makanan seperti kutu atau tempiras di badan kerbau dan lembu serta belalang dan serangga lain yang bertempiaran lari apabila kerbau dan lembu meredah rumput-rumpai di sawah. Dari tabiat inilah lahirnya nama Inggerisnya "cattle egret". Burung bangau juga gemar mencari ikan di kawasan berair cetek seperti lopak dan kubang di sawah padi.

(wikipedia)


 Suatu petang admin sendiri terserempak dengan kawanan burung bangau ini dengan lebih ribuan ekor di suatu kawasan di Setiu, Terengganu. Ia amat menabjukkan dengan bertali arus kumpulan burung ini datang dan berkumpul sebelum bersurai menjelang waktu Maghrib.

Saturday, 19 September 2015

Islamic Tourism or Halal Tourism.. big potential in business



Shariah products and services are an integral part of global economy and are poised to grow with the rise in population.
The rapid growth in Islamic population has had a radical impact on the global economy. According to PwC, the global Islamic population has expanded more than 50 per cent over the last two decades. New Islamic products and services (referred to as those compliant with Shariah principles) have become an integral part of the global economic growth engine. Islamic finance is one of the major Islamic services we are conversant with today.
According to PwC, global Islamic financial assets are expected to grow to $2.6 trillion in 2017 from $1.2 trillion in 2012. The growth in these Shariah-compliant financial products, which include Islamic banking products, Islamic funds, sukuk, takaful, among others, has been supported by the expanding Muslim population and a wider acceptance of these products globally. Apart from financial services, Islamic products have forayed into other sectors of the global economy. The Islamic products market includes Islamic travel and tourism, Islamic food, Islamic cosmetics and personal care, Islamic pharmaceuticals, and Islamic media and recreation.
Islamic tourism, food, and hospitality
Islamic tourism is a large and growing market. According to the Thomson Reuters report, the global Islamic spending on outbound tourism stood at $140 billion in 2013 [excluding Hajj and Umrah], representing a 12 per cent of the world’s tourism market. The overall size of the Islamic tourism market is estimated to be quite large, considering that more than one million people undertake the Hajj pilgrimage each year to Makkah. The growth in Islamic tourism has been well supported by the rapid rise in Muslim population and the propensity of Muslims toward travelling, not only for religious purpose, but also for visiting family and friends.
In addition to the religious principles of Islam, which encourage travel, Islamic tourism supports other Islamic services. For instance, the travel segment provides flights where no alcohol and pork are served, prayer timings are announced, and religious programmes are broadcast as part of the entertainment offered on board.
Moreover, a number of food producers and retailers across the world have added Islamic offerings to their portfolio. In the food industry, 150 of Nestle’s 468 factories worldwide are halal certified, and currently manufacture more than 300 halal food and beverage products in over 50 countries. Carrefour and Tesco have also started offering halal food products in several markets. Marrybrown, a halal quick service restaurant (QSR) based in Malaysia, is expanding globally and currently has 380 outlets.
In the hospitality segment, hotels in many destinations across the globe provide separate swimming pools, dining, and spa facilities for men and women. For instance, the Ritz-Carlton offers Quran, prayer carpets, halal food, and bidets at select locations as part of its strategy to cater to the global multi-cultural travellers. These supporting factors have appealed to the religious sentiment of the Muslim population, thus aiding and encouraging Islamic tourism.
Apart from Arab nations, countries such as Australia, India, Malaysia, and Turkey are also making efforts to attract Muslim tourists by offering facilities in accordance with Islamic religious beliefs. Malaysia, a favourite Muslim tourist destination, has taken numerous measures such as developing the Halal Master Plan (2008–20), hosting the first OIC Global Islamic Tourism Conference and Exhibition, and establishing the Islamic Tourism centre (ITC), coupled with the nation’s multi-cultural setting, cuisine, and heritage, in an attempt to establish itself as a popular Muslim hub.
Personal care and pharmaceuticals
The Islamic lifestyle segment also includes halal cosmetics and personal care products that are free from alcohol and its derivatives. For example, Sunsilk, a hair care product brand owned by Unilever Plc, has a special line of shampoos for women who wear Islamic head cover.
Similarly, some drug manufacturers across the world manufacture medicines that are compliant with Islamic principles and based on a set of halal pharmaceutical standards. These pharmaceutical products do not contain parts of animals that are not permitted for slaughter according to the Shariah law.
These products are not prepared, processed, or manufactured using equipment contaminated with Najs, and do not contain any human parts or its derivatives.
Media and recreation
The Islamic lifestyle segment also includes media and recreation services. These service providers propagate Islamic values and traditions through films, radio, digital and mobile applications, such as Quran Touch App, and toys and games. There are also unique distribution brands and concepts to engage Muslim audiences. Awakening Records (UK), Emel (UK), Teshkeel Media Group (Kuwait), Ala (Turkey), and Aquila Style (Singapore) are some popular Islamic media and recreation companies.
Islamic products and services have obviously had a tremendous impact on the global economy. Going forward, Islamic products and services are likely to become even more critical for growth in various sectors of the global economy. With the Muslim population expected to swell more than 35 per cent until 2030 (forming 25 per cent of the global population), the demand for Islamic products and services is set to rise further.
Globalisation and reduction in socio-cultural barriers would also drive growth in Islamic products and services. Realising the potential, countries across the world are increasing their focus on developing products and services that appeal to the sentiment of the Muslim population. Therefore, Islamic lifestyle may well be the new fuel propelling the rapid economic growth during the rest of the 21st century and beyond.

Source : Khaleejtimes.com

nuffanng advert

lazada advt

cj.com affiliate

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shopping @ ZALORA my

Entry Popular patut tengok

My Blog List

kongsi blog