iklan nuffnang

Thursday, 10 August 2017

Bermesra dengan arnab di Peladang Setiu Agro Resort... arnab gebu..


Image may contain: plant and outdoor

Jom kita ke Peladang Setiu Agro Resort dan bawa anak-anak untuk bermain dengan arnab-arnab yang gebu dan manja.

Image may contain: outdoor

Seronok tengok arnab berlari-lari dan anda boleh pegang, peluk dan cium arnab-arnab ini sambil layan anak-anak.

Image may contain: grass, outdoor and nature

Image may contain: grass and outdoor

#setiupost

Restoran Puncak Panorama.. destinasi menarik untuk makan-makan di Kuala Terengganu

Image may contain: house, sky, mountain, outdoor and nature

Restoran yang terletak di atas Bukit Panorama ini kini bakal menjadi destinasi baru makan-makan samada secara santai, candle light dinner atau bagi meraikan yang tersayang dengan suasana yang sungguh menarik berlatar belakangkan bandar Kuala Terengganu.

Image may contain: 1 person

Ia bagaikan bernafas semula dengan sentuhan baru pemilik baru iaitu seorang usahawan yang gigih iaitu Encik Ahmad  Izani yang turut menawarkan pakej penerbangan helikopter mengelilingi Kuala Terengganu.

Image may contain: one or more people and indoor

Image may contain: 2 people, people smiling, people sitting, table and indoor

Bagi maklumat lanjut untuk tempahan dan maklumat lanjut bolehlah berhubung dengan  013-9399940 (hakim) / 016-9353000 (fitri)


No automatic alt text available.

#setiupost
#FB Restoran Puncak Panorama

Sunday, 9 July 2017

Rumah Tamu Fikri, Setiu, Terengganu.. percutian privasi untuk anda...






Image may contain: sky, cloud, house, outdoor and natureRumah Tamu Fikri yang terletak di Kg Fikri, Setiu, Terengganu yang juga terletak di destinasi tarikan baru pelancongan negeri Terengganu iaitu Setiu Wetland menyediakan kemudahan penginapan yang privasi untuk anda.



Image may contain: bedroom and indoor

Image may contain: indoor



Rumah yang cukup selesa ini mempunyai 5 bilik tidur dan 3 bilik air serta mempunyai ruang tamu yang luas dan selesa serta berhawa dingin.

Ia lengkap dengan kemudahan peti ais, mesin basuh, peralatan memasak, pemanas air serta periuk nasi elektrik dan kemudahan BBQ

Image may contain: one or more people, table, tree, sky and outdoor

Image may contain: one or more people, tree, outdoor and nature

Malah bilik air juga juga disediakan di luar rumah yang turut mempunyai kemudahan parking yang luas dan selesa.


Image may contain: people sitting, sky, cloud, outdoor and nature

Image may contain: sky, cloud, outdoor, nature and water

Rumah penginapan ini juga mempunyai kemudahan jeti peribadi dengan kemudahan bot untuk pakej ke pulau samada Redang atau Perhentian mahupun trip memancing atau bercandat. Menarik bukan!

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing and outdoor

Suasana dan persekitaran rumah ini sendiri cukup tenang dan mendamaikan di pinggir lagun Setiu yang cantik.

No automatic alt text available.

Bagi harga sewaan adalah dengan kadar RM300 sehari dan anda boleh hubungi talian 0123176080 atau 0123176080 untuk tempahan atau pertanyaan lanjut.

Image may contain: one or more people, sky, swimming and outdoor

Image may contain: 1 person, swimming, ocean, outdoor, nature and water





Ia juga menyediakan perkhidmatan sewaan bot untuk Day trip ke Pulau Perhenetian atau Redang, Pakej Candat Sotong, Pakej Memancing mahupun mahu menyusuri lagun.

Tidak jauh daripada rumah penginapan ini terdapat dua tarikan utama  pelancongan iaitu Boardwalk Setiu Wetland di Kg Pengkalan Gelap dan juga Galeri wetland di Kg Limau Nipis yang akan dibuka dalam sedikit masa lagi.

Tentunya berbaloi percutian anda ke Setiu dan Terengganu dengan suasana yang privasi serta dengan kemudahan yang selesa.

Jom ke Setiu dan Terengganu

Friday, 7 July 2017

Lagu Baru Abang Bomba Anak Terengganu Syafiq farhain yang juga anak Saleem... bakal meletup




Ini adalah lagu baru Abang Bomba Anak Terengganu yang juga anak penyanyi Balada terkenal tanahair iaitu Saleem yang berasal dari Setiu Terengganu.

Lagu bertajuk SAYANG MAAFKAN AKU ini adalah hasil komposer Yabang Khalifah terbitan MVM Muzik

Mohd Norshafiq Farhain ini mula popular setelah suaranya dalam aplikasi SMULE begitu menarik perhatian rakan-rakan SMULE dan keunikannya bagaikan mewarisi kehebatan suara ayahnya Saleem.

Tontonan lagu ini di Youtube juga telah melebihi 600k (7 Julai 2017) dan dijangka akan mencecah lebih 1 juta dalam sedikit masa lagi.

#setiupost
#terengganumyheritage
#visitbeautifulterengganu2017


Senarai Cuti Panjang Malaysia 2018.. Jom Plan percutian anda


No automatic alt text available.

Di sini Admin sertakan Senarai CUTI PANJANG 2018 untuk anda plan dan rancang percutian anda dari sekarang.

Rancang awal akan menjimatkan terutama apabila melibatkan penerbangan.

Jom datang Terengganu dengan keindahan pelbagai destinasi menarik seperti:


  • Pulau Perhentian
  • Pulau Redang
  • Pulau Kapas
  • Pulau Tenggol (Diving Heaven)
  • Tasik Kenyir
  • Setiu Wetland-- Galeri wetland
  • Pusat Agrotourism Setiu- www.agroresort.com
  • Kuala Terengganu
  • semua daerah di Terengganu
Juga terokai keunikan makanan Terengganu yang begitu banyak sekali untuk anda nikmati.

Teruskan mengikuti blog ini untuk maklumat lanjut tenpat-tempat menarik di Terengganu

@FB kakicuti

#setiupost
#terengganumyheritage
#visitbeautifulterengganu2017

Thursday, 29 June 2017

Salam Aidil Fitri dari Terengganu Myheritage

Hasil carian imej untuk aidilfitri

Salam Aidil Fitri Admin ucapkan kepada semua dan mohon maaf banyak banyak jika da salah dan silap di sana dan di sini.

Juga admin mengalu-alukan jika ada pembaca ingin berkongsi cerita dan pengalaman bercuti serta menikmati makanan di Terengganu boleh lah email cerita dan pengalaman ke email di bawah untuk dipaparkan di blog ini.

Setiap cerita yang dipaparkan dan terpilih akan menerima HADIAH SPECIAL sebagai tanda terima kasih.

Email: terengganulegend@yahoo.com

terima kasih dan Jazakallah
Kullu am wa antum bikhair

ADMIN
Terengganumyheritage

Tuesday, 13 June 2017

Nasi Kerabu Fauzi, Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu, 50 Makanan Jalanan Terbaik Dunia


Hasil carian imej untuk Nasi kerabu Fauzi
Gambar: Terengganu hotspot

Nasi Kerabu Fauzi di Jalan Sultan Sulaiman telah tersenarai antara 50 Makanan Jalanan Unik Dunia sempena World Streetfood Congress di Manila, Filipina.

Tentu ada sesuatu yang unik pada Nasi Kerabu Fauzi ini sehingga mendapat pengiktirafan terbaik di mata dunia.

Itulah makanan Terengganu yang menjengan dunia.

Hayatai video tentang laporan ini:

video


#setiupost
#terengganumyheritage

Arnab Panggang kian popular dan perlu ditempah awal selepas 'VIRAL'di media dan TV di Bazar Ramadhan Kg Guntung, Setiu, Terengganu

Image may contain: food

Inilah arnab panggang yang viral semalaysia di bazar ramadhan kg guntung setiu terengganu sehingga kehabisan stok jualan

Memang sedap daging arnab berjus dan tidak berlemak seakan ayam kampung. Rasa berjus dan tidak berlemak. Patutlah ia menjadi kegilaan baru orang Terengganu.

  Kalau ikut kata penjualnya, Mohd Ebbie Shafiran,  agak sukar untuk mendapatkan bekalan  arnab, kerana kebanyakan arnab dipelihara untuk haiwan peliharaan dan bukan untuk daging. Jadi bilangan arnab adalah terhad.

 Selepas ini mungkin akan ada perternak arnab baru yang lebih fokus kepada pengeluaran arnab untuk makanan dan daging.

Kehangatan arnab panggang ini juga telah mendapat liputan media yang meluas termasuk disiarkan di Berita TV9 sebagaimana video berikut:

video




#setiupost 
#terengganumyheritage 
#visitbeautifulterengganu2017

Saturday, 10 June 2017

Arnab Panggang Bazar Ramadhan Kg Guntung yang popular hasil tular netizen...




Begitu cepat sekali berita tersebar tentang ARNAB PANGGANG di Bazar Ramadhan Kg Guntung, Setiu, Terengganu.

Ia telah menular dengan pantas dan hampir semua halaman popular malah berita TV juga telah menyiarkan berita panas arnab panggang yang bentuknya seakan-akan kucing hingga ada netizen yang memberi komen negatif.



Walaubagaimanapun, hasil tersebar luas  berita panas ini menyebabkan idea suka-suka ini telah membuahkan hasil yang menabjukkan sehingga bekalan arnab tidak cukup untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat, malah ada pelanggan dari Pahang dan Johor yang meminta untuk dihantarkan tetapi pemiliknya Mohd Ebby Shafiran tidak mampu menunaikannya dengan bekalan yang terhad.



Arnab panggang ini dijual dengan kadar RM35 hingga RM45 seekor bergantung kepada saiz arnab. Ia dibakar dalam ketuhar yang memberi rasa yang enak dengan rasa panggang.

Pelanggan yang ingin mencubanya perlulah menempahlebih awal supaya tidak terlepas tempahan, dan admin sendiri telah menempah untuk mencuba sendiri keenalan arnab panggang ini.



Selain arnab, gerai ini juga menjual ayam panggang yang enak yang sesuai dimakan begitu sahaja mahupun dengan nasi putih atau nasi ayam.

Kg Guntung , Setiu ini juga sememangnya popular dengan masakan Gulai ayam kampung dan Gulai kerutub itik yang turut dijual di Bazar Ramadhan ini.

Bazar ramadhan Kg Guntung ini terletak hanya bersebelahan persimpangan lampu isyarat ditepi jalan di tapak pasar malam.

@FB Mohd Ebby Shafiran

#setiupost
#terengganumyheritage

Bacaan lanjut http://terengganumyheritage.blogspot.my/2017/05/nasi-gulai-ayam-kampung-dan-gulai-itik.html




Wednesday, 7 June 2017

Selfie Dengan Pelita Raya Di #RnRPerasing Dapat Hadiah... Jom kita selfie

Pihak pelancongan negeri Terengganu  menawarkan cenderahati kepada semua pengguna lebuh raya pantai timur 2 (LPT2) yang singgah ke hentian rehat dan rawat perasing bagi bergambar dengan suasana bercahaya pelita raya.
Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata pelita raya itu akan dipasang mulai 10 Jun ini dan orang ramai boleh memuat naik gambar-gambar yang diambil ke laman media social Facebook ataupun istagram dengan hastag #rnrperasing .
 “kita boleh lihat cahaya pelita menerangi hentian itu dari atas LPT2  dan kita harap pengguna akan singgah disamping boleh menikmati minuman panas dan snek percuma yang disediakan disitu.
“harapan kita agar mereka boleh singgah dan berselfie di situ dan memuat naik gambar-gambar tersebut di laman media social dan akan menerima hadiah dari penaja-penaja bagi membantu mempromosikan hentian rehat tersebut.
“Jawatan kuasa kemajuan kampong bersama pengusaha-pengusaha di hentian itu memasang pelita dan ianya melibatkan komuniti setempat juga saling berganding bahu dengan jabatan pelancongan negeri,katanya kepada pemberita  dalam satu sidang media hari ini.
Selain itu , Tun berkata ,hadiah  cenderahati T-Shirt dan sebagainya itu akan diberi kepada semua yang memuat naik gambar-gambar mereka bersama pelita raya yang akan dipasang itu.
@Terengganu Times

Agihan Snek PERCUMA di RNR Perasing LPT2 sehingga 30 Jun 2017 ini... Jom Singgah RNR Perasing


Agihan minuman panas dan snek percuma kepada pengguna Lebuh Raya Pantai timur 2 (LPT2) yang singgah di hentian rehat dan rawat perasing ( R&R) sepanjang bulan ramadan bermula esok (1 Jun 2017) sehingga 30 Jun ini.
Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu , Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, minum akan mula diagihkan pada jam 7.00 petang sehingga habis semua stok yang dibawa ke situ untuk hari tersebut.

Katanya, Jabatan Pelancongan Negeri bersama pejabat daerah Kemaman serta 14 buah syarikat lain bekerjasama dalam menyumbangkan minuman panas dan snek berbuka untuk semua pengguna LPT2.

“Antara syarikat yang memberi sumbangan, Casa Hartamas SDN BHD, Hexatrend SDN BHD, Casa Hartas Quarry SDN BHD, Perunding Irzi SDN BHD, Giga Builders SDN BHD, DM Machinery SDN BHD, BBR Construction System (M) SDN BHD, Chan Kong Meng SDN BHD, Total Corporation SDN BHD, Roadnet Solutions SDN BHD, Keb Piling SDN BHD, Yong Civil Construction, JS Petroleum SDN BHD, dan Pending Makmur SDN BHD,
“Pihak pelancongan juga akan mempergiatkan promosi itu dengan meletakan banner di sepanjang hentian Lebuh Raya Pantai Timur, seperti di hentian rehat Temerloh dan sebagainya,katanya kepada pemberita hari ini di Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu, Pulau Duyung.
Tambahnya lagi, pihak Pelancongan akan mengadakan beberapa program di R&R Perasing dan membuka Pusat Maklumat Pelancongan serta membuka beberapa kios untuk makanan sejuk beku contohnya seperti nasi dagang sejuk beku keluaran anak syarikat kerajaan negeri. – 
@Terengganu Times

Kuih Mas Sejemput, kuih warisan Terengganu... memang istimewa

Image may contain: food and indoor

Kuih Mas Sejemput adalah kuih tradisional Melayu di negeri Terengganu. Kuih ini mempunyai rasa lemak manis yang dihasilkan dengan menggunakan kuning telur yang dimasak dalam air gula.

 Kuih mas sejemput berbentuk tiga segi yang biasanya disediakan untuk perayaan istimewa seperti peminangan, perkahwinan dan sebagainya

Ia agak sukar untuk dijumpai, mungkin keran kemahiran membuatnya sudah semakin berkurangan untuk generasi sekarang.

Inilah kuih warisan tradisional Terengganu


@terengganu times
.#KuihTerengganu

RM99 untuk 5 orang Berbuka Puasa di Selera @ Dapo Agro, Peladang Setiu AGro Resort... pakat mari dehh

Image may contain: text

Lagi Promosi Selera @ Dapo Agro sempena Ramadhan Al Mubarak.
Dengan harga mampu milik serendah RM99 untuk 4 hingga 5 orang. Boleh rancang bersama keluarga untuk berbuka puasa di Peladang Setiu Agro Resort.

Tempahan adalah sehari sebelum bagi memudahkan urusan persediaan.

Bagi maklumat lanjut dan tempahan bolehlah berhubung dengan talian 0199192240

#setiupost
#terengganumyheritage

Bilik hotel bakal lebih mahal dengan 'cukai pelancongan'



"Cukai Pelancongan" yang akan berkuat kuasa pada 1 Ogos akan menyaksikan pelanggan membayar sehingga RM20 semalam untuk sebuah bilik hotel.
Cukai itu bakal turut membabitkan sesiapa saja yang menginap di mana-mana premis hotel di Malaysia, termasuk rakyat tempatan dan mereka yang melakukan perjalanan bagi tujuan perniagaan dan bukan santai.
Ia bakal dilaksanakan selepas Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan diluluskan di Parlimen pada sidang yang lalu.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kerajaan boleh mengutip sehingga RM654 juta jika kadar penginapan adalah pada 60 peratus.
Menurut Kastam Diraja Malaysia, kadar cukai adalah berdasarkan kepada penarafan penginapan.
Kadar cukai itu adalah seperti berikut:
1. Lima bintang: RM20 bagi setiap malam
2. Empat bintang: RM10 bagi setiap malam
3. Satu hingga tiga bintang: RM5 bagi setiap malam
4. Satu hingga tiga orkid: RM2.50 bagi setiap malam
5. Tidak dinilai: RM2.50 bagi setiap malam
Menurut Jabatan Kastam Diraja Malaysia, cukai pelancongan turut dikenakan di sebalik membayar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan caj perkhidmatan.
Bagaimanapun, ia berkata bilik berdaftar dengan kerajaan di bawah program homestay dikecualikan daripada cukai.

Selain itu, Kastam Diraja Malaysia berkata premis yang menyediakan penginapan dengan kurang daripada 10 bilik juga dikecualikan.
Katanya bilik disenggarakan oleh institusi agama, kerajaan dan badan-badan berkanun untuk tujuan bukan komersial juga diberikan pengecualian.
@Malaysia kini


Admin: Dengan bertambahnya satu lagi cukai oleh Kementerian Pelancongan Malaysia iaitu 'Cukai Pelancongan atau Tourism Tax' selain GST maka harga bilik penginapan akan meningkat lagi. Ini belum termasuk 'Cukai Pelancongan ' yang dikenakan oleh sesetengah negeri seperti Melaka, Langkawi , Kelantan dan Terengganu (masih dalam peringkat cadangan) akan membebankan lagi harga kepada pengguna mahupun pelancong.

 Ini tidak termasuk 'caj perkhidmatan 10% ' bagi sesetengah premis.Dengan kata lain, bagi setiap bilik yang berharga RM100 semalam, anda perlu membayar Rm6 untuk GST, RM10 untu cukai perkhidmatan , RM3 hingga RM5 untuk cukai pelancongan negeri dan RM2.50 hingga RM20 bagi Cukai Pelancongan Malaysia. 

Dengan suasana ekonomi yang suram tentunya ia amat memenatkan bagi pengusaha hotel terutama hotel-hotel bajet di seluruh negara. Ia sesuatu yang amat membimbangkan bagi industri pelancongan negara.

Thursday, 1 June 2017

Temuduga Terbuka Kolej Al Quran Terengganu


No automatic alt text available.

Temuduga terbuka Kolej Al Quran Terengganu

Maklumat adalah sebagaimana gambar di atas

Mana yang berminat untuk menjadi hafiz al Quran di alu-alukan..

#setiupost
#terengganumyheritage

Mural 3D imej baru Daerah Kuala Nerus, hasil anak tempatan Hatta Hashim


Image may contain: 3 people, people standing and outdoor

Tahniah kepada pelukis mural anak Terengganu kerana telah memberi nafas baru dengan idea yang menarik 3D di Kuala Nerus.

Juga kepada YM Tg Farook , Tuan Pegawai Daerah Kuala Nerus yang telah mengusahakan sesuatu untuk menampilkan imej dan kelainan Kuala Nerus.

Semoga lebih banyak lagi hasil-hasil kreatif menghiasi negeri Terengganu kita ini.

Bagi yang berminat untuk lukisan mural sebegini bolehlah berhubung dengan Pelukis Mural Saudara Hatta Hashim di talian 01115793927

@FB Hatta Hashim

#setiupost 
#terengganumyheritage

Kes COLEK di bulan Ramadhan.. kena waspada


Image may contain: food

Waspada di bulan Ramadhan terutama di Kelantan dan Terengganu, kes pen colekan semakin tinggi dan berleluasa, terutama suami-suami yang baru balik dari teraweh, risikonya terlalu tinggi untuk kena colek.

Malah jika keluar dengan anak dan isteri pun mudah kena colek.
Macam-macam kes colek yang berlaku antaranya;
Colek kerang
Colek ayam
Colek pelempung @ paru
Colek perut
Colek jemput malas
Colek campur
Dan macam-macam lagi
Sedap colek ni


Dan antara kedai yang popular tentang COLEK ini adalah Restoran Fathirah di Kg Gong Nering dan Kg Nyiur Tujuh, Besut, Terengganu.

Image may contain: food

Di Setiu pula di Profesor Cendol Sg Tarom, Warung Kak Mung berhadapan Supermarket Zua Permai dan Restoran di Simpang Tiga Felda Chalok.

Wednesday, 31 May 2017

Restoran Golden Season, Chinese Muslim Cuisine kini di Kuala Terengganu... nampak menarik


Image may contain: food and text

Restoran masakan Chinese Muslim iaitu Golden Season yang terletak di hadapan Hotel Tanjung Vista Kuala Terengganu menawarkan pelbagai menu menarik untuk berbuka puasa.

Dengan harga serendah RM88 untuk 4 orang dengan pelbagai pilihan menu tentunya sesuai untuk anda sekeluarga menikmati hidangan bersama.


Bagi maklumat lanjut bolehlah berhubung dengan pihak restoran di talian 0179652606 .

#setiupost
#terengganumyheritage

Tanding Ngail AGRO RESORT pada 2 Jun 2017 Jumaat, RM1000 menanti anda untuk juara... pakat mari dehh



Tanding Ngail di Peladang Setiu Agro Resort akan di adakan pada Jumaat ini 2 Jun 2017 jam 3.00 petang. Kadar yuran adalah RM20 sahaja bagi satu joran.

Bulan puasa atau Ramadhan bukan halangan untuk kita meriahkan pertandingan ngail ini.

Hadian RM1000 tunai menati bagi Juara kali ini. Jom pakat mari ramai-ramai kita meriahkan pertandingan.

Dan jika anda ingin berbuka puasa bersama keluarga anda di sini, bolehlah berhubung dengan 0199192240 dan pihak resort menyediakan pakej istimewa untuk keluarga anda.

#setiupost
#terengganumyheritage

Promosi Ramadhan Duyung Marina Resort dengan Kambing Panggang Istimewa...sedap bohhh



Promosi Ramadhan daripada Duyung Marina Resort dengan harga RM59++ seorang dewasa dan RM42++ bagi kanak-kanak dengan menu Istimewa Kambing Panggang.



Resort yang terletak di Pulau Duyung ini sememangnya memberi perkhidmatan terbaik kepada anda dan turut menawarkan potongan harga bilik istimewa sempena Ramadhan ini serendah RM158.00 sebilik semalam bagi bilik sahaja dan RM188.00 sebilik semalam termasuk sahur bagi dua orang.

 Manakala The Bytes Cafe juga menawarkan pelbagai makanan dan minuman serendah RM3.30  dengan pelbagai pilihan serta dengan suasana yang santai dan amat sesuai bagi anda yang ingin suasana yang privasi dan damai di sini.

Bagi maklumat lanjut bolehlah berhubung dengan pihak resort di talian 09-6277888 bagi maklumat lanjut mahupun tempahan

Terima kasih Encik Sham Fazli - Pengurus Operasi DMR

#setiupost
#terengganumyheritage

Monday, 29 May 2017

RM35 sahaja untuk 4 orang makan di NurLlanida Chicken Chop, Kg Pulau Rusa, Kuala Terengganu... murah sangat boh

Image may contain: food

Tentu ramai yang terkejut dengan menu semurah RM35.00 untuk 4 orang , tetapi itulah yang ditawarkan oleh Nur Lanida Chicken Chop di Kg Pulau Rusa, Kuala Terengganu.

Ikan siakap 3 rasa atau Namprik Pau + Tomyam + Telur dadar + Kailan ikan masin serta nasi putih untuk 4 orang dengan harga RM35.00 sahaja.

Menu ala bajet ini sesuai dan boleh dimakan untuk sekeluarga. Dengan kegawatan ekonomi dan kenaikan taraf hidup sekarang tentunya tawaran sebegini amat ditunggu-tunggu oleh para pelanggan.

bagi pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi Nur Lanida Chicken Chop di talian 0148480649

Promosi Ramadhan daripada Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu




Promosi Buffet Ramadhan dengan harga bermula RM58.90 seorang bagi dewasa dan RM35.00 seorang bagi kanak dan yang pasti menu yang paling menarik adalah Kambing Panggang ala Primula serta pelbagai juadah tradisional dan warisan Terengganu.

Juga turut disediakan Mini Buffet After Teraweh serendah RM10.90 seorang bagi santai-santai dan merehatkan diri selepas Solat Teraweh.


Hotel juga turut menawarkan Buffet Sahur dengan harga RM32.00 seorang bagi dewasa dan RM18.00 bagi kanak-kanak .

Bagi  maklumat dan tempahan bolehlah hubungi 09-6222100, apa yang pasti menu yang terbaik untuk anda di PRIMULA BEACH HOTEL , Kuala Terengganu


#setiupost
#terengganumyheritage
 

nuffanng advert

lazada advt

cj.com affiliate

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shopping @ ZALORA my

Entry Popular patut tengok

My Blog List

kongsi blog