iklan nuffnang

Saturday, 31 January 2015

NASIK NGAN KUAH SINGGANG-NAQUIB MOHAMAD





Lagu bertajuk 'KUAH SINGGANG' yang menceritakan hidup rakyat Terengganu dengan makanan tradisi Ikan Singgang yang menjadiigauan setiap kali balik kampung.



Lagu-lagu yang ditampilkan oleh saudara Naquib Mohamad memang sempoi dan selamba dan memang menghiburkan.

Lagu Kuih Tradisional atau Kuih Dong Deng Dong Deng oleh Saudara Naquib Mohamad



Lagu Kuih Tradisional Terengganu atau 'Kuih Dong Deng Dong Deng oleh Saudara Naquib Mohamad mula mencetuskan fenomena terutama kepada anak-anak kecil untuk menyanyikan lagu dalam loghat Terengganu yang menarik serta mempunyai unsur-unsur humor.

Dengan gaya yang selamba bersama ukulele , lagu ini dinyanyikan dengan enjoy sekali.


Lagu Kuih Muih Tradisional Terengganu - Versi Ukelele





Lagu anak Terengganu yang sempoi dan memang sedap

dan boleh menjadi ikon Terengganu

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu



Saudara Naquib Mohammad kini menjadi ikutan melalui lagu-lagu berloghat Terengganu yang unik dan menarik. Dengan wajah ekspresi selamba, ia menggambarkan beliau seorang insan seni.

Lagu terbaru loghat Terengganu beliau iaitu 'MOK' atau Emak kini mula menjadi ikutan.

di antara lirik puitis lagu MOK ini adalah seperti berikut:

"Mok"(Behind the scene)
Pagi la pagi mok wat kuey,
Belang2 tu jugok mok kuca air,
Kite tengoh makang mok nyapuh serumoh,
Mok duk kicoh kaeng kite baru sudoh.. Ehey mok.. mok.. ooo mok.. Ttari naek sikek mok susoh hati,
Orang jjua ikang dok lalu lagi,
Kite duk sedak nenggok depang tv,
Mok duk rusing ddapo pah ceroh buke peti.. Ehey mok.. mok.. ooo mok.. Bile tengohari peruk rase lapo,
Akak tudung saji nasik lauk telor,
Kite pong tanye dok kang wat ning saje,
Mok pong jawak doh mung wat taik mate.. Ehey mok.. mok.. ooo mok.. Sudoh abih makang mok kutik pinggang kotor,
Sudoh basuh blake mok g khellak sbetor,
Dok lame pahtu bunying khetung khetang,
Mok duk kuca serawe nok wat makang petang kakrang.. Ehey mok.. mok.. ooo mok.. Lepah mmayang garik nok jembe ke ise,
Mok dang lagi wat lauk sebase,
Kite kenyang peruk nenggok layang gusti,
Sedor2 belakang mok jeretoh daktah kusi.. Ehey mok.. mok.. ooo mok.. Dari pagi sapa ke malang,
Mok wat khije dok bbunying kokrang,
Payohnye nok ddengor mok ssebut,
Payohnye nok ddengor mok duk ssungut,
Payohnye nok ddengor mok tubbik mulot,
Hoo letiiihhnyee wei lok!!


Manakala video clip lagu berkenaan adalah:




Wednesday, 14 January 2015

10 Lokasi Terbaik, Ikon Pelancongan

TASIK KENYIR 06 (3)

Sepuluh destinasi menarik dan terbaik di negeri ini digelar sebagai ikon pelancongan sebagai usaha meningkatkan jumlah kedatangan pelancongan tempatan dan luar negara.
Ikon pelancongan itu termasuk Taman Taman Islam; Taman Reakresi dan Mini Zoo Bukit Takal; Muzium Negeri; Pulau Redang; Pulau Warisan; Tasik Kenyir; Pantai Batu Buruk; Pasar Besar Kedai Payang; Masjid Tengku Tengah Zaharah dan Kampung Cina
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafie berkata, destinasi itu wajar digelar sebagai ikon kerana menjadi faktor penyumbang peningkatan jumlah pelancongan pada setiap tahun.
Katanya, peningkatan jumlah pelancong bukan saja mampu memberangsangkan ekonomi negeri dan menarik minat pelabur malah meningkatkan taraf hidup penduduk terutama yang membabitkan diri dalam perniagaan.
“”Apa yang membanggakan apabila tiba musim cuti sekolah atau umum, peniaga keropok lekor, pengusaha kain batik dan songket bagaikan tidak menang tangan melayan pelanggan.
“Menyarankan kepada semua peniaga terutama pengusaha makanan supaya tidak mengambil kesempatan terhadap kedatangan pelancong dengan mengenakan harga yang tidak munasabah,”katanya kepada Teganukita.
Mohd Jidin turut memberitahu, s ikap ingin untung sekejap ini, bukan saja merugikan diri sendiri malah membabitkan imej Terengganu.
“”Apabila pelancong mengeluh mengenai harga makanan mahal, mereka bukan saja tidak mengunjungi restoran itu lagi malah akan menjaja topik kepada rakan atau saudara lain.
“”Pelancong juga akan naik bosan untuk mengunjungi Terengganu, sekaligus membantutkan usaha kerajaan negeri yang tidak jemu-jemu menghebahkan tentang keindahan negeri ini,”katanya.
suriatiali@teganukita

Terengganu Bakal Perkenal T-Food Tawar Harga Berpatutan

SYA_0166

Terengganu akan mewujudkan medan selera baharu, T-Food  di Tanjung, Kuala Terengganu dengan mengenakan harga terkawal  dalam usaha menggalakkan lebih ramai pengunjung dan mengubah persepsi  buruk orang ramai mengenai  kedai makan di negeri ini yang mengenakan harga mahal.
Menteri Besar, Dato’Ahmad Razif Abd Rahman, berkata  pembinaan kemudahan itu juga dapat mengembalikan semula tarikan ramai pengunjung di medan selera sedia ada dengan menggunakan konsep `cara lama, dimensi baru.
“Kemudahan baharu itu akan memberi keselesaan kepada pelanggan kerana akan dilengkapi penghawa dingin serta tukang sapu dengan konsep yang lebih santai, moden dan bersih.
“Semua makanan Terengganu seperti keropok, satar,  kuih akok dan apa sahaja akan ditempatkan di medan selera baharu itu. Peniaga berkenaan akan kita pilih dan menerima insentif daripada kerajaan negeri supaya harga yang ditawarkan nanti berpatutan,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Perhimpunan Bulanan Warga Wisma Darul Iman (WDI) 2015, di Dewan Besar WDI, hari ini.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’Osman Muda; Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail; Pengarah Pejabat Tanah dan Galian, Mohd Nor Ibrahim dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Samiun Salleh.
Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri akan berusaha dengan bersungguh-sungguh dan berbincang dengan pihak berkaitan untuk menetapkan kaedah terbaik bagi menangkis tohmahan  negatif  ramai pihak berhubung kadar harga makanan di Terengganu mahal dan membebankan.
DSC_0057“Kadangkala hanya beberapa kedai sahaja yang mengenakan harga yang mahal, tetapi disebabkan oleh tanggapan negatif ramai pihak menyebabkan harga yang murah di sesetengah kedai juga didakwa mahal. Kasihan peniaga yang menjual dengan harga murah dan berpatutan.
“Oleh itu, semua peniaga perlu mempunyai keesedaran yang tinggi dengan mengenakan kadar  yang berpatutan. Peniaga perlu merekodkan bayaran dengan jelas supaya pelanggan dapat membandingkan harga kerana mengetahui senarai harga itu sudah menjadi hak setiap pelanggan,”katanya.
Dalam pada itu,  beliau berkata kerajaan negeri akan meningkatkan kerjasama  dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya dapat memperhebatkan pemantauan bagi memastikan setiap premis meletakkan tanda harga dan memaparkan senarai harga makanan serta barangan yang ditawarkan.
Tambah beliau, semua pengusaha kedai makan seluruh Terengganu bukan sahaja perlu mengenakan kadar yang berpatutan, malah lebih menitikberatkan nilai kesopanan dan berbudi bahasa ketika melayani pelanggan.
“Sikap negatif akan mengundang persepsi buruk di kalangan pengunjung khususnya dari luar Terengganu. Layanan yang baik dengan harga yang murah dan berbaloi dikenakan kepada pelanggan akan menjadi satu pelaburan yang memberi hasil terbaik pada jangka masa panjang kepada peniaga,”katanya.
aidaabdulrahman@teganukita

nuffanng advert

lazada advt

cj.com affiliate

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shopping @ ZALORA my

Entry Popular patut tengok

My Blog List

kongsi blog