iklan nuffnang

Saturday, 23 February 2013

Maggie Ketam Nipah... memang sedap di Besut, Terengganu




Maggie Ketam Nipah yang sedap dan memukau

Entry kali ini masih berkisar pasal makan MAGGIE KETAM, cuma kali ini blogger merasa MAGGIE KETAN NIPAH pula di Kedai Maggie Ketam di Kg Air Tawar, Besut, Terengganu. Bersebelahan dengan JPJ Besut.

Bila datang je Maggie Ketam ni dalam mangkuk besar nampak Ketamnya yang cantik dan besar berwarna kemerah-merahan. Memang sedap, segar dan memukau. Hidangan ketamnya pula dalam seekor 1/2 bagi setiap mangkuk. Banyak tu. Lagipun dalam maggie siap ada udang lagi.
Pengomen tegar yang memberi kredit bagus

Sebenarnya blogger bukanlah suka sangat makan Maggie ni walaupun dah jadi makanan asasi masa sekolah,  kolej dan universiti, tetapi dek terliur dengan ketam yang ingin sekali merasainya.

Sapa-sapa yang datang ke Besut atau nak ke Kuala Besut bolehlah mencubanya. Dari Jerteh dalam +-12km (agak-agak, kalau salah minta maaf).

Nampak sedapkan... memang sedap

Inilah Kedai Maggie Ketam

Program Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Maliana.Com

Program Segmen Bloglist 12 Jam  Oleh Maliana.Com




Pencarian bloglist Mia bermula tepat jam 12.01 tengahari dan akan berakhir jam 11.59 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini.
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Friday, 22 February 2013

Isu Pasar Kedai Payang selesai- Teganu Kita



Beginilah ilustrasi artis menggambarkan keadaan bangunan baru Pasar Payang besreta bangunan hotel dan apartmen yang akan dibina kelak

Isu pasar baru Kedai Payang selesai

Oleh: Kamarudin Mat Akib dan Suriati Ali 


Isu bantahan segelintir peniaga berhubung cadangan kerajaan negeri membina pasar baru Pasar Payang selesai apabila mereka bersetuju dengan cadangan tersebut hasil pertemuan dengan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, hari ini.

Menteri Besar Dato'Seri Haji Ahmad Said ketika berbincang dengan Persatuan Peniaga dan  Penjaja  Kecil Melayu Cawangan Kuala Terengganu di Sri Iman hari.

Dalam pertemuan itu yang diadakan di Seri Iman, Menteri Besar bersetuju menerima cadangan peniaga untuk menempatkan semula semua peniaga yang beroperasi di Pasar Payang ke bangunan baru setelah pembinaannya siap kelak.

Sebelum ini, segelintir peniaga membantah cadangan projek membina bangunan baru Pasar Payang empat tingkat dan berhawa dingin kerana peniaga ikan dan barang-barang basah yang berniaga di situ sejak sekian lama akan dipindahkan ke Pasar Cabang Tiga.

Bagaimanapun, selepas perbincangan antara Menteri Besar dan ahli-ahli jawatankuasa Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Melayu Cawangan Kuala Terengganu, pihak kerajaan bersetuju untuk mengekalkan semua peniaga, dengan syarat mereka menjaga kebersihan di premis masing-masing.

Kerajaan negeri merancang pembinaan bangunan baru bagi menggantikan Pasar Payang yang sedia ada selepas Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia mengesahkan ia tidak selamat diduduki.

Selain itu, sebuah hotel bertaraf lima bintang setinggi 23 tingkat yang menyediakan 550 bilik dan apartment 30 tingkat akan turut dibina berhampiran Pasar Payang di mana projek itu akan dimulakan tahun ini. Sebelum ini,



Dato’ Seri Haji Ahmad berkata, keadaan Pasar Payang yang ada sekarang sudah tidak sesuai kerana sempit, kotor dan mencemarkan imej Bandar Kuala Terengganu sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air.

Sehubungan itu, kerajaan negeri memutuskan untuk membina semula Pasar Payang dengan pelbagai kemudahan moden dan struktur baru supaya lebih selamat dan mampu menarik lebih ramai pelancong membeli-belah di situ.

Mengulas mengenai persetujuan itu, Menteri Besar berharap ia tidak lagi menjadi isu dan meminta semua peniaga di Pasar Payang tidak melayan sebarang hasutan daripada pihak lain, khususnya pembangkang yang cuba mempolitikkan isu berkenaan.

“Bagi pihak kerajaan kita akan melakukan yang terbaik bagi menjaga kebajikan dan keselesaan peniaga, tetapi pada masa yang sama peniaga pula perlu menjaga tempat perniagaan supaya sentiasa bersih.

“Mereka tidak boleh sepanjang masa mengharapkan pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu memantau keadaan ini kerana persekitaran yang bersih amat penting bagi menarik pelanggan, khususnya pelancong dari luar Terengganu,” katanya.




Pasar Kedai Payang Bakal Berubah- MB Terengganu


Ehsan Virtual Malaysia
Berita 


Pasar Kedai Payang bakal berubah wajah


Oleh : ESAH BINTI ABDULLAH

Pasar Payang yang merupakan pusat jualan pelbagai tardisional terkenal di Terengganu bakal berubah wajah apabila ia digantikan dengan pasar baru empat tingkat yang berhawa dingin, tidak lama lagi.

Selain itu, sebuah hotel bertaraf lima bintang setinggi 23 tingkat yang menyediakan 550 bilik dan apartment 30 tingkat akan turut dibina berhampiran Pasar Payang, tahun ini.
Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan projek berkenaan dimulakan, semua peniaga di Pasar Payang akan dipindahkan ke tapak sementara di Pulau Warisan.
Gambar Ehsan 2121studio

Ehsan dari Zairi

“Projek ini melibatkan pelaburan lebih RM400 juta dan akan dilaksanakan oleh syarikat swasta yang dijangka memulakan kerja-kerja pembinaan penghujung tahun ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Cek RM1,000 secara one-off kepada Pesara Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tidak Berpencen Peringkat Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman hari ini (5 Februari).

Hadir sama, Ketua Pengarah Hal Ehwal Veteran ATM, Dato’ Zulkifli Mazlan dan Yang Dipertua Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Terengganu, Encik Alias Razak serta 975 orang bekas tentera dari daerah Kuala Terengganu, Marang, Kuala Nerus dan Hulu Terengganu.
“Projek ini dijangka siap dalam tempoh dua tahun manakala kerja-kerja menyiapkan pasar sementara di Pulau Warisan memakan masa antara empat hingga enam bulan,” katanya.
Menurutnya, kerja-kerja memindahkan peniaga di Pasar Payang hanya boleh dilakukan apabila pasar sementara siap dan berharap peniaga bersabar kerana kerajaan akan menyediakan ruang niaga yang lebih selesa kepada mereka.

Katanya, kerajaan akan memilih satu antara tiga syarikat yang memohon mengendalikan projek berkenaan dan akan memilih yang terbaik bagi melancarkan perjalan projek berkenaan.

Menurutnya, nama Pasar Kedai Payang akan dikekalkan kerana ia sudah sinonim dengan pelancong dan pelawat ke negeri ini dan semua lot kedai akan dilengkapi dengan penghawa dingin bagi memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung di situ.
Begitu juga dengan kemudahan tempat letak kereta akan ditambah menjadikan 400 petak kesemuanya bagi memudahkan orang ramai yang datang ke pasar berkenaan.
Menteri Besar kemudiannya menyerahkan cek RM1,000 seorang kepada 975 orang bekas tentera dari Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu dan kuala Nerus membabitkan kos keseluruhan RM975,000.

Unit Komunikasi Negeri

blogger: Blogger amat berharap kerajaan negeri dapat mengekalkan keunikan Pasar Payang itu sendiri agar ia menjadi ikon pelancongan sebagaimana di Venice, Paris, Rome dan lain-lain bandar bersejarah di Eropah dan lain-lain. Sekadar mengekalkan nama belum cukup kerana ia sudah menjadi sebahagian daripada budaya serta kehidupan orang Terengganu. Ciri-ciri dan elemen tradisionalnya patut dikekalkan. Itulah tradisi rakyat Terengganu
 

Tuesday, 19 February 2013

Promosi 'RM0' AIR ASIA.. cepat cepat

Entry hari ini adalah mengenai PROMOSI '0' AIR ASIA yang mana memang ada bercadang untung terbang ke mana-mana destinasi berkaitan, boleh merancang dan merebut peluang.

Promosinya adalah

One way from RM0! (Only pay airport tax and fuel surcharge)

 
BaliSingaporeHat YaiKrabi
Surat ThaniJohor BahruKota Bharu  
And many more destinations
Book NowBook from 18 - 24 Feb 2013   Travel from 1 Mar - 31 Jul 2013
Terms & conditions apply.

Peluang terbang murah ini bagi mereka yang ada urusan ataupun memang bercadang untuk bercuti perlu direbut. Rancang awal adalah yang terbaik dalam bercuti dan beli awal sememangnya menjimatkan 'budget' percutian anda.

Untuk maklumat berkenaan PROMOSI AIR ASIA

Saturday, 16 February 2013

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Keindahan sungai semulajadi yang jernih airnya

Kemudahan bilik yang selesa

Kali ini blogger ingin memperkenalkan satu lagi destinasi baru pelancongan di daerah Setiu iaitu D Kekabu Inn. Terletak di Kg Hulu Kekabu, Mukim Guntung kira-kira 15km daripada bandar Permaisuri. Dan 3km daripada sebuah resort yang terkenal di Setiu iaitu Peladang Setiu Agro Resort.

Sebuah resort yang terletak ditepi Sungai Guntung ini sememangnya semulajadi indah dan mempersonakan. Aliran sungainya yang jernih pastinya menggamit sesiapa sahaja untuk berkunjung ke sini.
Chalet dengan suasana kampung

Pintu masuk ke D Kekabu Inn

Dengan keluasan lebih kurang 1 hektar, ia menyediakan kemudahan penginapan sebanyak 3 bilik yang lengkap dan selesa. Asrama penginapan untuk 50 orang serta tapak perkhemahan yang boleh menampung seramai 150 orang dalam satu masa.

Ia amat sesuai bagi mereka yang ingin lari dari suasana yang sibuk, mengadakan 'private party', 'Family Gathering' dan sebagainya.
Landskap yang simple dan menarik

Kemudahan asrama yang disediakan

Bagi sesetengah orang yang sukakan kesunyian untuk menulis, membaca atau menyiapkan tugasan, ia adalah tempat yang sesuai bagi mencari idea dan ketenangan dalam berkarya.

Kunjungan blogger baru-baru ini sempat dijamu oleh tuan punya resort yang mesra di panggil Abang Din dengan Nasi Ulam budu berlauk sayur masak lemak serta ikan goreng. Sungguh berselera menjamu santapan lebih-lebih lagi dengan suasana di tepi sungai.

Landskapnya juga ringkas dan menarik dengan pelbagai koleksi pokok hutan serta pokok herba yang mempunyai pelbagai khasiat.
Tak sabar rasanya nak mandi sungai

Di jamu dengan lauk kampung, nasi ulam budu

Blogger juga mengucapkan selamat maju jaya kepada Abang Din kerana turut sama-sama menyumbang dalam industri pelancongan terutama untuk daerah Setiu dan Terengganu. Sememangnya kita mempunyai pelbagai aset yang boleh diketengahkan.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan D Kekabu Inn bolehlah berhubung terus dengan tuanpunya resort ini iaitu ABang Din di talian 0139433901.

cantiknya sungai



Ikan sungai yang ditangkap dan dipamerkan dalam akuarium

Thursday, 14 February 2013

Kuala Besut... memang indah dan memukau...


Untuk entry kali ini, blogger ingin abadikan keindahan Kuala Besut dan kawasan kualanya yang indah serta mampu memberi ketenangan diri.

Kuala Besut adalah jeti atau pengkalan pintu masuk untuk ke pulau pelancongan terkenal iaitu Pulau Perhentian. Ia juga menjadi jeti pendaratan ikan utama di negara kita.


Memang suasana di sini samada waktu petang ataupun bagi sememangnya tenang dan damai. Pekan Kuala Besut walaupun nampak seakan macam pekan koboi, tetapi itulah yang menarik pelancong asing terutama daripada Eropah untuk berkunjung ke sini.



Dan yang paling menarik, Pasar Minggu Hari Jumaat Kuala Besut adalah antara pasar minggu TERBESAR di pantai timur. Macam-macam ada di sini daripada hasil tani, ayam hidup, anak itik dan bermacam-macam lagi.

Jom kita tengok panorama indah Kuala Besut.






Rumah Log Kayu Cantik siapa ini?

Memang cantik dan unik sekali rumah log kayu ini.

Semasa berkunjung ke Pantai Air Tawar Besut, terpandang sebuah rumah log kayu yang cantik dan unik sekali.

Lokasinya tidak jauh daripada pantai peranginan yang terkenal di daerah Besut ini. Binaan rumah ini cukup unik dan cantik sekali. Siapa agaknya gerangan empunya rumah ini? Mungkin ia dijadikan sebagai rumah persinggahan atau rumah rehat.

Ianya masih belum siap sepenuhnya. Tengok daripada luar rumah pun sudah tertawan. Untunglah tuan punya rumah yang cantik ini. Ia menambahkan lagi seri kawasan peranginan ini.

Wednesday, 13 February 2013

Spesis Ketam Air Tawar di jumpai diSetiu, di kaki Hutan Simpan Gunung Tebu

Di kawasan inilah dijumpai spesis ketam air tawar, disebuah anak sungai di kaki bukit.
Selalunya ketam yang biasa kita jumpa adalah ketam air payau ataupun ketam laut. Tetapi baru-baru ini blogger semasa meronda  di kawasan sebuah resort di Setiu, Terengganu iaitu di Agro Resort  telah terserempak dengan seekor ketam air tawar di tepi sebuah anak sungai di kaki bukit di pinggir Hutan Simpan Gunung Tebu.

Sebelum ini boleh dikatakan blogger sendiri pun tak pernah dengar orang jumpa ketam di hulu sungai. Apa ia memang menarik perhatian blogger untuk sama-sama berkongsi spesis ketam air tawar ini.

Lagipun kawasan ini agar jauh dari laut kira-kira 40KM. Jom kita tengok bagaimana rupa ketam air tawar ini.

Beginilah rupanya spesis ketam air tawar yang dijumpai di Setiu, Terengganu

Masih hidup dan cergas serta segar lagi


Saturday, 9 February 2013

FANBOX.. berblogging sambil membuat duit..


Hari cuma nak cuma nak berkongsi bagaimana menjana income melalui berblogging. Selain menggunakan Google Adsense, Nuffnang, Advertlets dan sebagainya, terdapat satu laman yang memberi pulangan dan janaan dengan berblogging serta berkongsi apa saja artikel dan sebagainya iaitu FANBOX. Untuk lanjut boleh layari FANBOX .


Setakat yang boleh dapat kira OK jugaklah dalam USD5 hingga USD20 sehari. Kadang-kadang banyak, kadang sedikit. Jika anda telah daftar, banyak tutorial boleh membantu.

Apa yang penting kita boleh share artikel kita di fanbox untuk meraih lebih ramai audiens, friends atau fan malah jika ia dibaca dan di rating juga kita boleh mendapat pendapatan.


Apapun kita perlu sedikit bersabar kerana, pendapatan kita akan 'matang' selepas 90 hari dan kita boleh tunaikannya, atau membeli iklan ataupun membeli barangan di laman FANBOX. Pilih mana yang kita suka.

Blogger sendiri sedang menunggu masa untuk 'CASH OUT' kan cek pertama FANBOX pada hujung FEB ini. Nanti tengok berapa cash yang boleh dapat.


Apa pun nak tahu lebih lanjut, sila daftar di SINI dan enjoy your FANBOX


nuffanng advert

lazada advt

cj.com affiliate

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shopping @ ZALORA my

Entry Popular patut tengok

My Blog List

kongsi blog