iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Friday 21 November 2014

Pengalaman Di Bangkok: Sawah Garam.. memang unik



Sebenar kisah perjalanan ini sudah lama iaitu pada 2012 dan sambil membelek koleksi gambar, ia patut dikongsi  kerana ianya unik dan sukar dijumpai terutama di negara kita Malaysia.

Sawah garam ini amat luas dimana sepanjang jalan hampir 20km panjangnya iaitu lebih kurang 100km ke selatan Bangkok menghala ke Pasar Terapung Saduak Market.



Air laut ditakung di dalam sawah dan dikeringkan dengan kepanasan matahari untuk menghasilkan garam yang mana kita gunakan setiap hari didapur kita.

manakala bahagian bawah yang hampir dengan tanah pula dijual sebagai baja garam.



Tiada pokok yang hidup kecuali pokok garam. Pemandangan unik ini sungguh menarik.


Friday 7 November 2014

Foto Senja yang mendamaikan di Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu


Suasana ini amat mendamaikan di rakam di Taman Tamadun Islam pada suatu senja.


Cabaran 'Flying Fox' di Peladang Setiu Agro Resort... mencabar bohh...



Cabaran Flying Fox di Peladang Setiu Agro Resort tentunya memberi anda satu pengalaman yang berbeza. Perasaan gementar bercampur baur dengan perasaan ingin mencuba saat untuk dilepaskan oleh jurulatih.


Dengan ketinggian hampir 70 kaki tinggi dengan jarak hampir 100 meter tentunya memberi anda cabaran dalam menerobos sempadan keyakinan diri. Dengan pandangan yang memukau dari menara ia tentunya menyeronokkan.


Harga pakej untuk aktiviti Flying Fox ini adalah RM12.00 seorang dengan minima 30 orang. Jika lebih ramai tentu lebih menjimatkan. Walau bagaimanapun, jika anda datang dengan kumpulan yang lebih kecil, kadar yang dikenakan adalah RM250.00 bagi 10 hingga 20 orang.



Selain itu, aktiviti lain juga disediakan seperti Abseilling, Water Rafting, Water Confident, Agro Explorace, Kayak dan macam-macam lagi.
Hubungi Peladang Setiu Agro Resort di talian 096920039 atau 6920059 untuk maklumat lanjut.

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog