iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Friday 26 December 2014

Mohon Bantuan Misi Kemanusiaan Mangsa Banjir di Pantai Timur

gambar themalaysiantimes

gambar astro awani

Pos kali ini admin akan fokuskan kepada bantuan Kemanusiaan kepada mangsa banjir oleh sahabat-sahabat kita yang sedang bertungkus lumus mendapatkan sumbangan kita untuk disalurkan kepada mangsa banjir samada di Terengganu, Kelantan mahupun Pahang.

Sama-sama kita membantu sekadar termampu untuk ringankan beban saudara kita mangsa bencana, jika tidak mampu menyumbang sekalipun panjatkan doa pada Allah swt agar usaha bantuan dipermudahkan.

Ini antara usaha dan bantuan oleh sahabat-sahabat kita:

Assalamualaikum wrb dan selamat sejahtera. Pasukan Smart Support Team (SST) Majlis Guru Kaunseling Negeri Terengganu sedang mengumpul sumbangan bantuan untuk mangsa banjir negeri-negeri di Malaysia terutama Kelantan, Terengganu dan Pahang. Sumbangan dalam bentuk:
1. Pakaian sekolah (baru dan terpakai)
2. Kasut sekolah
3. Beg sekolah
4. Alat tulis
5. Duit( akan digunakan untuk membeli barang berkaitan) 
**sumbangan boleh disalurkan ke akaun MGKK Negeri Terengganu bank muamalat 13010005027713
Sila serahkan sumbangan anda kepada MGKK Daerah :
1. Dungun : cg hj mazlan 013-5080082
2. Kemaman : cg zubaidah 019-9571956
3. Besut : cg shah 013-913662
4. Hulu Terengganu : cg zunita019-3930891
5. Setiu : cg hasnah014-5489229
6. Kuala Nerus : Cg Ramly (019-9386252 01)
7. Kuala Terengganu : Cg Yusri 019-9565282
8. Marang : cg hanapi 019-9348790

Pd 30 DIS 2014 akan hantar kpd mangsa banjir. 
Sebarang pertanyaan sila hubungi :ydp negeri. Cg Almeida : 013 980 8037
Nydp :rafi :016-9883787
Terima kasih byk kpd penyumbang hanya Allah taala membalas jasa kalian .


Ini pula adalah usaha daripada Sahabat Belia Terengganu


Anda juga boleh membantu mengikut mana-mana saluran yang tahu dan pilih, tak kisah asalkan kita sudi membantu. Ingatlah kesusahan saudara kita adalah peluang untuk kita membuat KEBAJIKAN yang tidak ternilai harganya di sisi ALLAH swt. Ini adalah antara PELABURAN TERBAIK kita untuk akhirat

Tuesday 23 December 2014

Kelapa dan khasiatnya yang hebat.. kenapa kita lupakannya?


admin: Kelapa dan hasilannya samada santan, minyak mahupun minyak kelapa dara adalah sumber kesihatan yang amat baik pada kita. Kita sering mengabaikan sumber terbaik yang ada disekeliling kita. Kajian telah membuktikan banyak sekali kebaikan yang terhasil daripada kelapa. Malah jika mengeksploitasikan dengan bijak, ia boleh menjadi daya tarikan yang unik terutama dalam proses menghasilkan santan, minyak atau hasil lain berasaskan kelapa. Lagipun ianya banyak sekali disekeliling kita. Mungkin bagi kita ia adalah proses dan sumber yang biasa, namun bagi masyarakat moden ia adalah warisan dan sesuatu yang unik.

 Artikel dibawah banyak mengemukakan kebaikan kelapa yang mungkin sebenarnya mengguna dan mengamalkannya seperti sebagai minyak masak, sebagai minyak rambut dan merawat kepala dan sumber makanan dan masakan.

Coconut Oil Helps with Digestive Disorders
As this article discusses, researchers now recognize that the medium chain fatty acids (MCFAs) in coconut oil are digested differently than other fats. Our bodies metabolize MCFAs more effeciently than long-chain fatty acids, as they require less energy and fewer enzymes to break down, allowing them to be readily digested and absorbed. Due to this effecient break down, pancreatic fat-digesting enzymes are not required, so there's less strain on the pancreas and digestive system, an important consideration for those who suffer from digestive or metabolic disorders.
Effects of Dietary Coconut Oil on Women Presenting Abdominal Obesity
In this study, obese women were given daily coconut oil supplements for twelve weeks. The women experienced a reduction in body mass index, waist circumference and an increase in good cholesterol while bad cholesterol levels dropped. Replacing your every day oils with coconut oil can be an effective approach to healthy weight loss and management.

What Oil Should You Be Cooking with, and Which Should You Avoid?
The oils you choose to cook with must be stable enough to resist chemical changes when heated to high temperatures, or you run the risk of damaging your health. High heats oxidize fats, turning them into toxins and bad cholesterol that your body has to work to filter out.
This post explains how coconut oil is ideal for cooking because it is nearly a completely saturated fat, which means it is much less susceptible to heat damage. It is a wonderfully healthy oil (in moderation), and imparts a lovely subtle flavor into all dishes.
Coconut Oil Is an Ideal Fat Next Only to Mother’s Milk
Coconut oil is a low calorie fat and as such, helps control
body weight. In addition, coconut oil stimulates
metabolism to get itself metabolised fast to supply quick
energy unlike all other fats. This also helps control body
weight. It also helps to control blood fat levels in diabetics. Because most of the coconut oil is medium chain fat, it gets absorbed and metabolised so fast that it rarely gets transported to fat
deposits like other fats. Coconut oil contains so many
antioxidants that it resists oxidation even if it is preserved
for as long as a year. 

Coconut Oil for Hair
Coconut oil has been used for thousands of years by people in tropical regions to keep their hair thick and shiny. Regular topical use of coconut oil repairs damaged hair and boosts hair and scalp health, and its anti-microbial effects control dandruff causing fungus. Many people use coconut oil directly as a conditioner replacement, or applying a very small amount after showering. 
View this website to learn more about the benefits and ways to apply it to your hair.

One Solution for All Skin Conditions
Coconut oil is an excellent moisturizer, an emolient and nourishisg for the skin. It also has antibacterial and antifungal properties to relieve conditions like psoriasis and dermatitis. It is remarkable in expediting skin healing, and its antioxidants can smooth out wrinkles and prevent premature aging. This article discusses more of the benefits of this all-in-one solution.

Nature’s Candida Cure: Coconut Oil Solves Yeast Problems
Candida is a yeast that can grow unchecked in the digestive system and lead to numerous health problems. Regular consumption of coconut oil can reduce the candida population in your body, due to the lauric and caprylic acid content of coconut oil, which work to kill off excess yeast and fungal growth in the body. Explore this article to learn more.

sumber: http://learni.st/

Wednesday 17 December 2014

Gambar Cantik Jurufoto Zulkifli Jusoh tentang Terengganu



Jeti Kuala Besut

Di sini dikongsikan antara koleksi gambar cantik oleh Jurufoto Saudara Zulkifli Jusoh yang berlatarbelakangkan negeri Terengganu

Bukit Keluang, Besut

Bukit Keluang, Besut

Bukit Keluang


Pantai Air Tawar, Besut

Gambar yang cantik dan menarik ini sayang jika diperap didalam komputer. Sama-sama kita menikmati keindahan Terengganu dari lensa foto.


Terengganu, laut dan pulau.. inilah kehidupan rakyatnya



Apabila di sebut laut, pantai dan pulau, ia amat sinonim dengan Terengganu Darul Iman, Negeri yang cantik dan mempunyai segalanya. Ia adalah negeri yang bertuah dan mempunyai banyak sekali produk dan potensi pelancongan.



Apabila di sebut penyu, ia sememangnya melambangkan Terengganu di mana suatu ketika dahulu Rantau Abang adalah destinasi dunia untuk melihat penyu. Sebenarnya pendaratan penyu adalah disepanjang pantai Terengganu termasuk pulau-pulau. Hingga hari ini ia masih menjadi tarikan dan kini pelancong boleh mengunjungi Pantai Teluk Maknik atau 'Monica Bay' di Kemaman yang sentiasa mencatatkan lebih 2000 pendaratan penyu sepanjang tahun.

Program pemuliharaan penyu sememangnya giat dan sentiasa dalam pemantauan bagi memastikan ianya terus mendapat perlindungan yang sewajarnya. Berjuta juta telur penyu telah diramkan dibawah program pemuliharaan dan jumlah pelepasan anak penyu juga tinggi. Namun cabaran penyu yang merantau ke seluruh pelusuk dunia agar sukar untuk diukur kelangsungan hidupnya keana cabaran di lauan amatlah besar dan tidak kita ketahui. Kesannya berlaku penurunan pendaratan penyu dari tahun ke setahun.

Usaha pemuliharaan penyu adalah usaha sejagat dan melibatkan semua. Namun akhir-akhir ini berlaku sedikit peningkatan pendaratan penyu. Mungkin kesedaran penjagaan alam sekitar dan usaha ingin melihat penyu telah membawa kepada kesan positif. Apapun penyu dan Terengganu adalah sinonim.


Kehidupan nelayan juga adalah antara nadi hidup rakyat Terengganu dan ianya melambangkan sebahagian besar budaya, warisan dan kehidupan rakyat Terengganu.

Pelbagai corak hidup warga nelayan dapat disaksikan di sepanjang pantai Terengganu yang hampir 1000 km panjangnya dari Kemaman sampai ke Besut. Dengan hasil laut seperti keropok, ikan masin, ikan bilis, belacan, budu, otak-otak, satar malah kepada hasil laut sendiri tentunya ia penting kepada sumber makanan rakyat Malaysia.




Terengganu sememangnya unik, menarik  dan berbudaya. Jom datang ke Terengganu dan saksikan sendiri dunia kehidupan rakyatnya. Ia masih kekal tradisi.

admin: terima kasih Azizi Embong di atas gambar-gambar yang cantik

Tuesday 16 December 2014

Gambar nostalgia dan kisah negeri Terengganu





Gambar lama tentang Terengganu adalah antara khazanah yang amat berharga kepada negeri. Ia bukan sahaja menceritakan tentang sejarah, malah peradaban, kehebatan senibina, keunikan budaya serta suasana sebenar pada masa tersebut.

Gambar di atas yang didapati hasil carian Google , dikatakan Istana Maziah yang lama dan dibelakangnya adalah Bukit Puteri. Indah sekali rekabentuk dan senibina bangunan. Andainya ia masih ada, tentunya pelancongan Terengganu akan menjadi sehebat Milan, Paris mahupun Venice yang meninggalkan kesan sejarah yang hebat.


Manakala gambar ini pula menunjukkan perarakan bunga emas sebagai pertukaran hadiah dengan Kerajaan Siam. Tidak dapat dipastikan bila tarikh gambar ini. Ia menceritakan detik detik penting sejarah Terengganu dan ada nilanya yang tersendiri. Bangunan yang ada juga menunjukkan telah ada bangunan yang baik dan tersusun pada masa tersebut.


Gambar ini pula menceritakan tentang Bandar Kuala Terengganu pada tahun 50 an. Dan bangunan di belakang itu masih wujud hingga kini iaitu Bangunan UMNO negeri Terengganu yang tirut menempatkan AMBANK, Pustaka Seri Intan, Hotel Kenangan serta Affin Bank.

Gambar menceritakan seribu kisah dan penuh dengan nostalgia. 



Tuesday 9 December 2014

For more devout youth, Terengganu malls to close during Friday prayers


Shopping malls in the conservative east-coast state of Terengganu will shut for Muslim prayers every Friday beginning next year, in a move to stop Muslim youths from loitering and avoiding their religious duties.
This will affect hypermarkets like Giant and Mydin and businesses operating within their premises, which will have to close form 12.30pm to 2.30pm every Friday, The Star Online reported.
The state Barisan Nasional government made this decision during a meeting with the executive council last week, and said this today in a sitting of the legislative assembly.
The news portal quoted a state government spokesperson saying that all local councils in the state would be informed of the move, and the councils would then notify all shopping-mall owners.
"This will be enforced after January 2015.
"The decision is made to prevent Muslim youth from loitering at these malls during Friday prayers," the source was quoted as saying. – December 9, 2014.
Malaysia Insider
admin- Insyallah, jika sesuatu perkara dibuat kerana Allah swt dan demi kebaikan agama, Allah swt akan gantikan kekurangan dengan nikmat yang lebih besar. Syabas Kerajaan Negeri Terengganu

Unique Hotel around the world- part 1


Choosing a good hotel is an important detail when planning a trip. After all, it’s where you’ll spend the nights and partly the days. But makes a hotel great? Is it the service, the design, the architecture, the atmosphere, the views? It’s a combination of all that. Some hotels are indeed unique and remarkable and some have really unusual designs which can be enough to make you want to visit them.

1. Prahran Hotel Pub Made From Gigantic Concrete Pipes.





The Prahran Hotel is located in Melbourne and it was a project by Techne Architects.Made from giant concrete pipes. The pipe booths feature leather upholstery and linen and they form three levels. The rear of the pub was renovated and it now has a dramatic look.{found on thecoolhunter}.




http://www.architecturendesign.net/

Friday 5 December 2014

RM99 dari Kuala Terengganu ke Medan dengan Youwings Sriwijaya Air..terkini



RMM99 tawaran penerbangan terus dari Kuala Terengganu ke Medan. Rebutlah peluang untuk melancong dan beritahu kawan-kawan atau saudara mara di Pahang dan Kelantan.

Manakala penerbangan pergi balik Kuala Terengganu- Medan - Kuala Terengganu adalah RM288 seorang. Tempoh tempahan sehingga 15 Disember dan tempoh penerbangan sehingga 31 Januari 2015

Dengan penerbangan 3x seminggu tentunya ia peluang terbaik anda untuk menimati percutian ke Medan, Indonesia dengan keunikan Brastagi dan Tasik Danau Toba.

Juga khabarkan kepada warga di sana, Terengganu juga amat menarik dengan Tasik Kenyir, Pulau Redang, Pulau Perhentian serta Kuala Terengganu Bandaraya Warisan.

Maklumat lanjut boleh hubungi 05-3136223 untuk tempahan dan pertanyaan lanjut.

Friday 21 November 2014

Pengalaman Di Bangkok: Sawah Garam.. memang unik



Sebenar kisah perjalanan ini sudah lama iaitu pada 2012 dan sambil membelek koleksi gambar, ia patut dikongsi  kerana ianya unik dan sukar dijumpai terutama di negara kita Malaysia.

Sawah garam ini amat luas dimana sepanjang jalan hampir 20km panjangnya iaitu lebih kurang 100km ke selatan Bangkok menghala ke Pasar Terapung Saduak Market.



Air laut ditakung di dalam sawah dan dikeringkan dengan kepanasan matahari untuk menghasilkan garam yang mana kita gunakan setiap hari didapur kita.

manakala bahagian bawah yang hampir dengan tanah pula dijual sebagai baja garam.



Tiada pokok yang hidup kecuali pokok garam. Pemandangan unik ini sungguh menarik.


Friday 7 November 2014

Foto Senja yang mendamaikan di Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu


Suasana ini amat mendamaikan di rakam di Taman Tamadun Islam pada suatu senja.


Cabaran 'Flying Fox' di Peladang Setiu Agro Resort... mencabar bohh...



Cabaran Flying Fox di Peladang Setiu Agro Resort tentunya memberi anda satu pengalaman yang berbeza. Perasaan gementar bercampur baur dengan perasaan ingin mencuba saat untuk dilepaskan oleh jurulatih.


Dengan ketinggian hampir 70 kaki tinggi dengan jarak hampir 100 meter tentunya memberi anda cabaran dalam menerobos sempadan keyakinan diri. Dengan pandangan yang memukau dari menara ia tentunya menyeronokkan.


Harga pakej untuk aktiviti Flying Fox ini adalah RM12.00 seorang dengan minima 30 orang. Jika lebih ramai tentu lebih menjimatkan. Walau bagaimanapun, jika anda datang dengan kumpulan yang lebih kecil, kadar yang dikenakan adalah RM250.00 bagi 10 hingga 20 orang.



Selain itu, aktiviti lain juga disediakan seperti Abseilling, Water Rafting, Water Confident, Agro Explorace, Kayak dan macam-macam lagi.
Hubungi Peladang Setiu Agro Resort di talian 096920039 atau 6920059 untuk maklumat lanjut.

Thursday 23 October 2014

K'ang, Rojak Kateh, Buah Mulong antara kuih tradisi Terengganu yang perlu diketengahkan...

K'ang, Qasyidah, Buah Mulong, Roti Paung, Serabe serta lain-lain kuih yang dhidangkan.

Kuih tradisional Terengganu adalah warisan Terengganu yang patut kita pelihara sampai bila-bila. Terima kasih Primula Beach Resort di atas usaha mengekalkan tradisi makanan Terengganu dengan sentiasa menawarkan kepada pelanggan untuk menikmati keenakan makanan tradisi ini.

Dalam satu Majlis Makan Malam baru-baru ini untuk delegasi daripada Medan, Indonesia serta agensi pelancongan daripada Eropah dan Amerika, di antara kuih-kuih tradisi yang dtampilkan dalam menu adalah K'ang, Buah Mulung, Qasyidah, Lempeng Nyiur, Rojak Kateh, Serabe selain makanan tradisi sedia ada yang popular iaitu Ketupat Sotong, Nasi Dagang, Laksam, Penganan, Makanan Laut Celup Tepung dan bermacam-macam lagi.

Rojak Kateh

Dalam perbualan admin bersama Pengarah Urusan , Taman Tamadun Islam Terengganu, Wan Adnan Wan Abdul Rahman juga melahirkan hasrat yang sama untuk mengumpulkan pembuat kuih tradisional Terengganu dalam satu festival supaya ia dapat dihayati dan dinikmati semua terutama generasi baru dan juga pelancong tentang warisan makanan tradisi Terengganu.

Setiap kuih mempunyai simboliknya sendiri dan ianya adalah hasil kreatif orang tua kita dulu dalam menghasilkan juadah makanan.


Makanan tradisi adalah salah satu daya tarikan pelancongan sesebuah tempat samada negeri mahupun negara. Wajarnya ia diberi nafas baru dan warisan pembuatannya dijaga agar ia kekal utuh dan bertambah baik sebagai daya tarikan pelancongan.

Serabe dan K'ang

Sama-sama kita memberi sokongan kepada tradisi warisan makanan Terengganu.

Terima kasih Pengurus Besar Primula Beach Resort, Encik Marzuki Husin di atas usaha pasukan anda!

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog