iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Thursday 28 December 2017

PERDEBATAN SYARAK TENTANG BITCOIN



Image result for bitcoin
Oleh Prof. Madya Dr. Amir Shaharuddin, Dekan Fakulti Ekonomi & Muamalat, USIM
Bitcoin mula diperkenalkan pada tahun 2008 oleh seorang yang menamakan dirinya sebagai Satoshi Nakamoto. Namun, sehingga kini maklumat secara terperinci mengenai beliau masih menjadi misteri. Bitcoin adalah satu kod perisian secara digital yang digunakan sebagai catatan transaksi kewangan di dalam jaringan yang dikenali sebagai blockchain. Transaksi Bitcoin dilakukan melalui dompet eloktronik yang merekod segala transaksi secara maya.
Semasa mula diperkenalkan, Bitcoin tidak mempunyai nilai yang signifikan. Kod-kod digital yang diwujudkan tidak dapat ditukar dengan aset berharga. Namun begitu, fenomena ini berubah sejak kebelakangan ini. Nilai bagi satu Bitcoin kini melonjak kepada USD11,000. Penerimaan syarikat-syarikat perniagaan terhadap Bitcoin sebagai medium pertukaran semakin bertambah. Hal ini menimbulkan persoalan sama ada Bitcoin diiktiraf oleh syarak ataupun tidak? Adakah Bitcoin satu bentuk harta yang boleh dimiliki (mal al-mutaqawwam) oleh masyarakat Islam dan diharuskan berjual beli dengannya?
Ulama-ulama kotemporari berbeza pandangan dalam menentukan hukum Bitcoin dan juga mata wang krypto yang seumpamanya. Kumpulan pertama berpendapat bahawa Bitcoin adalah patuh syariah. Kumpulan kedua berpendapat bahawa Bitcoin tidak patuh syariah manakala kumpulan ketiga iaitu yang paling ramai masih meneliti dan mengkaji hukum bagi instrumen transaksi yang baharu ini.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Bitcoin hanyalah satu kod perisian digital yang pada dasarnya tidak mempunyai nilai. Namun, disebabkan Bitcoin telah digembar-gemburkan sebagai mata wang masa hadapan, maka ia bertukar menjadi aset yang bernilai tinggi. Kumpulan yang mengharuskan, melihat Bitcoin sebagai satu bentuk harta baharu. Kumpulan ini berhujah bahawa syarak tidak ada sekatan dalam perkara ini. Selagi tidak ada nas Qur’an dan Hadith yang melarang, manusia bebas mencipta sumber kekayaan baharu.

Image result for bitcoin
Hujah yang sama digunakan untuk mengharuskan Bitcoin sebagai medium pertukaran barangan. Kumpulan ini berhujah bahawa syarak tidak pernah membuat ketetapan tertentu tentang jenis medium pertukaran atau mata wang. Sejarah mata wang menunjukkan bahawa pelbagai komoditi dan aset seperti kulit kerang, garam, binatang ternakan, emas dan perak telah digunakan sebagai medium pertukaran barangan sepanjang peradaban manusia. Syarat utama bagi sesuatu aset agar boleh diiktiraf sebagai medium pertukaran ialah penerimaan komuniti. Selagi mana penjual dan pembeli bersetuju dengan Bitcoin sebagai medium pertukaran, maka jual beli tersebut adalah sah dari segi syarak.
Kumpulan kedua tidak begitu terpesona dengan kecanggihan Bitcoin. Malah mereka melihat Bitcoin adalah satu mudarat kepada ekonomi negara. Kumpulan ini curiga dengan masa depan Bitcoin. Kebimbangan ini berasaskan kepada ketiadaan satu sistem kawal selia dalam penghasilan Bitcoin dan wang krypto seumpamanya. Hal ini kerana hak untuk ‘melombong’ Bitcoin diberikan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai komputer canggih dan dapat menyelesaikan puzzle di dalam blockchain. Ini tentunya terdedah kepada manipulasi oleh pihak tertentu yang mempunyai keupayaan luar biasa untuk menjana Bitcoin sendiri dan boleh menjadi kaya raya dalam sekelip mata.
Image result for bitcoin

Oleh sebab itu, penerima anugerah Nobel di dalam bidang ekonomi Joseph Stiglitz menegaskan bahawa ‘Bitcoin sepatutnya tidak diiktiraf dari segi undang-undang kerana ia tidak memberi kebaikan kepada masyarakat’. Kumpulan ini turut berhujah bahawa ketiadaan sistem kawal selia yang jelas menyebabkan nilai Bitcoin tidak stabil. Di dalam sistem kewangan semasa, peranan ini dimainkan oleh bank negara. Sebagai pihak berautoriti (uli amri), bank negara menentukan nilai mata wang dan mengawal jumlah duit di dalam sesebuah negara. Menurut kumpulan kedua, kesemua ini dikaitkan dengan unsur gharar (ketidakpastian) yang menjadi hujah bahawa Bitcoin tidak patuh syarak.
Setelah meneliti kedua-dua hujah dan pandangan, saya cenderung untuk bersetuju dengan Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, pengasas kumpulan Amanie yang menyatakan ‘Bitcoin adalah patuh syariah tetapi tidak mempunyai masa depan’ (Bitcoin is shariah compliant but has no future). Pandangan ini meraikan hujah kumpulan pertama dan kedua. Penguna dan pelabur diharuskan melakukan transaksi Bitcoin, namun perlu sedar risiko yang mereka bakal hadapi. Negara-negara seperti China, India, Sweden, Russia, Peranchis, Thailand dan Vietnam telah menghalang urusniaga Bitcoin. Risiko kedua ialah fenomena buih-buihan (bubles) yang diingatkan oleh ramai pakar ekonomi. Nilai Bitcoin mencanak naik hanya berasaskan sentimen pelabur semata-mata. Kenaikan mendadak ini mungkin bersifat sementara sahaja. Selain itu, pelabur juga perlu berwaspada dengan skim ponzi yang sering mengambil kesempatan ke atas keghairahan kita terhadap keuntungan singkat.
Wallahu ‘alam bi sawwab.....
Prof. Madya Dr. Amir Shaharuddin
Universiti Sains Islam Malaysi

GELEMBUNG BITCOIN (BITCOIN BUBBLE)?


Image may contain: night

Hari ini harga Bitcoin telah mencecah USD 17,200.01 bersamaan MYR 70,201.82. Ramai yang menjadi ‘gila’ dengan kenaikan mendadak ini. Harganya pada tarikh yang sama bulan lepas adalah USD 6,098.28. Harganya pada tahun 2009 ketika ia baru muncul pula tidak sampai USD 1.00!
Dalam sejarah, fenomena yang sama banyak kali berlaku. Izinkan saya berkongsi beberapa fenomena tersebut.

1. Tulip and Bulb Craze Bubble
Fenomena Tulip and Bulb Craze ini berlaku daripada tahun 1634 hingga 1637 di Holland. Apa yang berlaku adalah masyarakat di Holland ketika itu telah menjadi ‘gila’ mengumpul kuntuman Tulip untuk dijadikan asset. Harganya ketika itu paling rendah bersamaan harga seulas bawang dan paling tinggi sekuntum Tulip mampu membeli sebidang tanah.
Ianya bermula pada tahun 1593 apabila sejenis Tulip dibawa daripada Turki ketika itu dan Tulip itu diserang sejenis virus tidak berbahaya yang dinamakan sebagai ‘mosaic’. Virus tersebut telah menjadikan corak Tulip itu lebih menarik dan cantik.

Image may contain: flower and text
Maka ketika itu, melihat jenis Tulip yang luar biasa ini, ramai yang berusaha memilikinya. Ia telah menyebabkan permintaan (demand) terhadapnya meningkat mendadak dan hasilnya harganya turut meningkat. Kenaikan harga itu mendorong lebih ramai orang memilikinya dengan harapan akan ada orang lain yang akan mahu membelinya.
Perkara ini berterusan termasuklah mereka yang mengambil kesempatan ke atas keinginan orang di luar Holand yang turut menunjukkan minat tetapi tidak tahu akan harga pasaran Tulip ini dan ia menyebabkan berlakunya spekulasi harga.
Akhirnya pada tahun 1637, beberapa pihak yang mula sedar akan fenomena tidak normal ini bertindak menjual kuntuman Tulip mereka, seterusnya menyebabkan ramai orang panik dan menjual Tulip mereka juga. Ini telah menyebabkan penawaran (supply) Tulip meningkat dengan begitu pantas dan akhirnya harganya jatuh mendadak dan pada ketika itulah Gelembung pecah.
2. Dotcom Bubble
Fenomena Dotcom berlaku pada tahun 1990-an. Ia berlaku di saat semua orang menjadi ‘gila’ dengan kemunculan syarikat-syarikat teknologi baru yang terus menawarkan saham mereka di NASDAQ tanpa sebarang bukti pencapaian dan keuntungan. Ramai berlumba-lumba mendapatkan saham syarikat-syarikat ini yang kebanyakannya menggunakan nama .com di belakang.
Pembelian saham-saham ini disebabkan kemudahan mendapatkan pinjaman dan modal, terlalu yakin dengan masa depan industri teknologi ketika itu dan spekulasi. Semakin hari harga saham-saham di kaunter teknologi semakin naik. Lebih ramai tertarik, masuk membeli saham ini dan harga terus naik. Ramai yang melabur tanpa melihat asas kewangan dan prestasi syarikat, hanya berdasarkan sentimen baik pasaran industri teknologi yang dijangka terus berkembang hari esok.
Setelah lima tahun, akhirnya pada tahun 2000 ketika prestasi kaunter saham teknologi adalah di tahap tertinggi, beberapa syarikat besar seperti Dell dan Cisco telah menjual saham-saham mereka secara besar-besaran. Tindakan ini telah menimbulkan panik dalam kalangan banyak pihak lantas masing-masing mula menjual saham mereka. Akhirnya penawaran saham-saham ini meningkat dengan begitu pantas dan akhirnya harganya jatuh mendadak dan pada ketika itulah Gelembung pecah.
Image may contain: text

3. Beanie Babies Bubble
Ini antara fenomena yang pelik tetapi coraknya sama. Berlaku lebih kurang waktu yang sama dengan Dotcom Bubble. Ty Inc, nama syarikat yang menghasilkan patung mainan dengan menggunakan butiran plastik diasaskan oleh Ty Warner.
Strategi pemasaran Warner berhasil sehingga menyebabkan rakyat US menjadi ‘gila’ dengan produknya yang dikeluarkan secara berperingkat mengikut jenis, dalam kuantiti yang terhad dan hanya dijual kepada beberapa syarikat untuk dijual kembali pada orang ramai. Ia adalah perkara yang baru dan ramai inginkannya sehingga ada kes saling berbunuhan.
Ty Inc berjaya membuat USD 1 billion dan pernah satu ketika, transaksi jual beli Beanie Babies mendominasi 10% pasaran E-Bay. Ramai mengambil kesempatan ke atas Beanie Babies sehingga harganya daripada USD 5.00 boleh mencecah ribuan USD melalui bidaan. Ia berterusan dan menyebabkan semakin hari semakin ramai yang inginkannya untuk membuat untung di atas jualannya kepada pihak lain.
Akhirnya pada akhir 1990-an, Ty Inc mengumumkan bahawa Beanie Babies tidak lagi akan dikeluarkan. Langkah ini diharapkan akan menyebabkan harga Beanie Babies semakin meningkat disebabkan kurangnya penawaran dan meningkatnya permintaan dalam pasaran tetapi sebaliknya berlaku apabila ramai yang mula menjualnya kembali. Seperti biasa, penawaran Beanie Babies meningkat dengan begitu pantas dan akhirnya harganya jatuh mendadak dan pada ketika itulah Gelembung pecah.
4. Renungan
Satu kertas kajian oleh dua pensyarah ekonomi, David Tuckett dan Richard Taffler membuat kesimpulan bahawa gelembung-gelembung ini mempunyai faktor yang sama iaitu sifat manusia yang cepat teruja dengan fenomena baru.
Mereka akan berasa puas jika menjadi sebahagian daripada fenomena ini apatah lagi mendapat untung di atasnya sehingga sanggup mengenepikan logik dan asas berfikir.
Maka persoalannya, adakah wujud perbezaan dalam fenomena Bitcoin?
Kata Imam al-Ghazali yang mafhumnya bermaksud maslahah (kebaikan) dan mafsadah (keburukan) sesuatu perkara boleh diketahui dengan akal dan percubaan orang lain (sejarah).


#setiupost

JANGAN LUPA SIMPAN SYILING DALAM FREEZER - UNCLE CHAN


No automatic alt text available.

Bro,

.
Harini Uncle Chan pesan kat aku, kalau nak tinggalkan rumah lama-lama, jangan lupa simpan syiling dalam freezer.
.
.
Ape kena orang tua ni kasi pesanan pelik camni. Boleh kasi syiling tu beranak ke? Simpan lah duit syiling dalam tabung, tu pesan yang selalu aku dengar.
.
.
Benda ni mudah tapi sangat penting. Ramai orang tak buat sebab tak tau.
.
.
Kalau U tinggal rumah lama-lama, U tak tau kan kalau ada gangguan bekalan elektrik kat rumah? Kalau ada, U tak tau kan berapa lama sebelum elektrik sambung balik?
.
.
Saya tak kisah sangat pun Uncle, takde siapa dalam rumah tu pun. TV, kipas lampu semua tu memang dah OFF.
.
.
Young man (terasa muda kejap), ayam, ikan, daging dalam u punya freezer tu macam mana? Nuggets, sosej dan daging burger untuk anak U macam mana?
.
.
Kalau terputus 2 - 3 jam OK lg. Kalau TNB rasa nak biar 2 - 3 hari? Kalau seminggu?
.
.
Kalau semua tu dah defrost dan dibiarkan terlalu lama, ia akan mula rosak. Lepas elektrik sambung semula, freezer U akan bekukan balik semua tu. Mungkin ada yang sudah rosak dan U tak perasan.
.
.
Betul jugak. Kalau tak perasan rasa macam ok je lagi (beku lagi kot), masak buat kari lepas tu makan. Memang ke hospital la lepas tu. Silap-silap boleh mati.
.
.
Lepas tu masak sosej yang dah rosak tu kasi anak makan. Aduhh..
.
.
Tapi apa kaitan syiling tu?
.
.
Ini tips untuk agak berapa lama freezer tu OFF. U perlu;
.
Syiling
.
Gelas plastik yang lut sinar
.
Air
.
.
Mula-mula u isi air dalam gelas plastik tu 3/4 penuh dan letak dalam freezer. Biar jadi ais.
.
Lepas tu letak syiling atas ais tu.
.
.
Setiap kali balik rumah lepas cuti panjang, check syiling dalam gelas tu.
.
.
Kalau syiling tu masih diatas, bermakna mungkin tiada gangguan elektrik. Bagus!
.
.
Tapi kalau syiling tu di lantai gelas, bermakna ais tu dah pernah cair sepenuhnya. Mungkin terdapat gangguan elektrik yang lama.
.
.
Buang je lah semua bahan makanan atau minuman yang kemungkinan besar sudah rosak. Good indicator to check all your food supply inside your freezer. Jangan ambil mudah, pilih jalan yang paling selamat.
.
.
Terima kasih Uncle Chan Kui Peng - wise old man.


sumber:  FB Jemaah Tabligh Malaysia

#setiupost

Wednesday 27 December 2017

Iqram Dinzly Perlukan Pertolongan, Rawatan - Pakar- M Star Online

Image result for iqram dinzly

PETALING JAYA: Tekanan perasaan, kemurungan dan masalah kerjaya mungkin menjadi faktor pelakon Iqram Dinzly bersikap pelik sejak kebelakangan ini.
Ketua Unit Kaunseling, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dr Fauziah Mohd Saad berkata, pelakon berkenaan perlu mendapatkan rawatan psikiatri bagi menyelesaikan masalah mental yang dihadapinya.
"Kita patut bersimpati kepada dia kerana baru kehilangan bapanya. Kematian orang tersayang boleh menyebabkan kemurungan dan tekanan apatah lagi Iqram kehilangan bapanya baru-baru ini.

Iqram Dinzly
"Jalan terbaik ialah dia perlu jumpa pakar sakit jiwa bagi memastikan di mana stage yang dilaluinya itu dan mendapatkan rawatan yang sesuai," ujarnya kepada mStar Online.

Dr Fauziah Mohd Saad
Beliau mengulas isu perlakuan pelakon Iqram Dinzly yang kini menjadi tular apabila dia sering melakukan aksi-aksi pelik dan lucah di laman sosial.
Sementara itu, Fauziah berkata, masalah kewangan juga menjadi faktor menyumbang kepada hal psikologi seseorang.
Bagaimanapun, menurutnya, menerusi cara pelakon itu berkomunikasi di laman sosial boleh dianggap pada peringkat awal.
"Selain itu kurang job dan kedai di Langkawi dia ditutup juga sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada psikologinya.
"Saya kira dia boleh bercakap dengan baik mungkin kerana dia pelakon dan kita sukar untuk menjangkakan stage dia sekarang. Dulu ada juga seorang penyanyi yang mengalami masalah yang sama, malah pulih dan kembali sihat selepas mendapatkan rawatan," ujarnya.

Anita Abu Bakar.
Sementara itu Presiden Persatuan Sokongan dan Kesedaran Penyakit Mental (MIASA) Anita Abu Bakar berkata, pihaknya cuba menghubungi pelakon berkenaan bagi menghulurkan bantuan.
Katanya, Iqram memerlukan pertolongan dan sokongan daripada semua pihak termasuk rakan-rakan terdekatnya.
"Pihak kami cuba menghubungi dia sejak pagi tadi selepas ramai yang memberitahu tentang video pelakon itu yang kini menjadi viral.
"Pendapat saya dia sangat memerlukan bantuan pada masa ini. Orang sekeliling perlu bertindak segera membantu dia sebelum perkara buruk berlaku," ujarnya.
Anita yang juga pernah mengalami masalah tekanan dan masalah mental mengakui pelakon itu sudah memberi petunjuk "cry for help" tentang masalah yang dihadapi itu.
Tambahnya, masyarakat sekeliling perlu berhenti menghina yang mana perkara itu hanya akan memberi tekanan kepada pelakon itu.
"Masyarakat perlu beri sokongan dan hentikan hinaan kerana akan membuatkan dia lebih parah. Penyanyi Kpop baru-baru ini juga mengalami perkara yang sama dan tidak mendapat bantuan sehingga menyebabkan dia membunuh diri," ujarnya.

sumber: m star online

#setiupost

Surat Terbuka Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamada Al Bakri kepada Iqram Dinzly...

Image may contain: 2 people, people sitting

SURAT TERBUKA KEPADA SAUDARA IQRAM DINZLY
السَّلامُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ… ورَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَكاتُÙ‡ُ
Salam perkenalan kepada saudara yang kami kasihi, Iqram Dinzly.
Baru-baru ini kami terbaca laporan akhbar, juga kisah-kisah di media sosial berkenaan kehidupan saudara kini. Pertamanya, kami ingin ucapkan takziah atas pemergian papa tercinta, almarhum Muhammad Saipuddin Ahmad Said. Semoga Allah menghimpunkannya bersama-sama dengan orang yang soleh. Kami percaya, saudara Iqram dan mama, amat tabah menghadapi ujian ini. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Iqram sekeluarga. Kami juga yakin, Iqram mampu menjaga mama dengan sebaiknya setelah pemergian papa yang dikasihi
Berkenaan hal-hal yang berlegar di media sosial, kami mengambil sikap berkecuali kerana kami tidak tahu keadaan yang sebenar. Dalam masa yang sama, kami mengambil maklum akan cemuhan dan kata-kata kasar daripada netizen terhadap saudara. Nasihat kami, cemuhan-cemuhan berkenaan tidak perlu dipedulikan dan diambil perhatian kerana sejujurnya ia akan lebih memberikan tekanan kepada saudara.
Dalam pada itu, kami nasihatkan saudara supaya mendekati al-Qur’an, begitu juga zikir-zikir. Kami ada menonton beberapa LV saudara yang menunjukkan saudara adalah seorang yang melazimi zikir. Itu adalah hal yang amat baik kerana hanyasanya dengan mengingati Allah SWT, jiwa akan menjadi tenang.
Akhir kalam, kami menjemput saudara Iqram untuk hadir ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Putrajaya untuk kita lebih mengenali antara satu sama lain, juga berbincang berkenaan situasi dan keadaan saudara. Mungkin ada sisi-sisi tertentu yang boleh kami usahakan untuk bantuan dan sokongan. Boleh hubungi kami melalui Twitter @drzul_albakri atau Instagram @drzulkifli.albakri
Semoga Allah memberikan ketabahan kepada saudara dalam menempuh ranjau kehidupan dengan penuh kesabaran dan kekuatan. Amin.
Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
Rabu, 27 Disember 2017 bersamaan 8 Rabi’ul Akhir 1439H
3.08 petang.

sumber: FB Mufti Wilayah Persekutuan

#setiupost

Beberapa Kemungkinan yang menyebabkan tanah kita boleh hilang.. berikutan isu tanah FELDA...



Baru-baru ni kita dikejutkan dengan berita tanah FELDA. Bila dah kecoh berita macam ni, timbul satu persoalan.
Macam mana tanah yang kita miliki boleh hilang hak milik?
Jemput hadamkan perkongsian Tuan Salkukhairi Abd Sukor ini kalau korang serius nak tahu.
Sehari dua ini tular tentang kisah FELDA yang dikatakan hilang hakmilik tanah mereka di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur tanpa disedari oleh pihak pengurusan mereka.
Sebenarnya perkara ini bukan sahaja berlaku kepada tanah milik sesebuah organisasi, tetapi juga biasa berlaku kepada tanah milik individu.
Berdasarkan pengalaman saya, di sini saya kongsi kan kemungkinan-kemungkinan boleh berlakunya keadaan sesuatu tanah itu boleh hilang hakmilik.

Kemungkinan #1 : Unsur penipuan 

Wujudnya unsur-unsur penipuan, desakan atau salah nyata daripada mana-mana pihak terhadap tuan tanah sehingga menyebabkan tuan tanah menandatangani dokumen pindah milik dan menyerahkan geran tanah asal dan lain-lain dokumen kepada pihak tersebut dan seterusnya pindah milik didaftarkan kepada nama pihak-pihak tertentu.

Kemungkinan #2 : Pemalsuan tandatangan

Wujudnya pemalsuan tandatangan tuan tanah pada dokumen pindah milik ataupun pemalsuan geran tanah atau lain-lain dokumen pindah milik yang menyebabkan pindah milik dapat didaftarkan kepada pihak-pihak tertentu.

Kemungkinan #3 : Surat kuasa wakil penuh

Tuan tanah memberikan surat kuasa wakil penuh (Full PA) kepada pihak-pihak tertentu sama ada secara mereka faham/sedar atau tidak faham/sedar sehingga memberi kuasa kepada pemegang wakil kuasa untuk memindah milikkan tanah tersebut kepada mana-mana pihak.

Kemungkinan #4 : Berhutang 

Tuan tanah menggadaikan tanahnya kepada mana-mana pihak seperti bank atau individu dan telah menandatangani dokumen gadaian sebagai cagaran kepada hutang yang diberikan, dan akibat kegagalan tuan tanah menjelaskan hutang tersebut, tanahnya dilelong dan seterusnya dipindahmilikkan kepada pihak lain yang berjaya dalam lelongan.

Kemungkinan #5 : Tunggakan cukai tanah

Tuan tanah gagal menjelaskan tunggakan cukai tanah atau tuan tanah melanggar apa-apa syarat nyata pada tanah tersebut sehingga menyebabkan tanahnya “dirampas” oleh kerajaan (melalui pejabat tanah) dan kemudiannya diserahkan oleh kerajaan kepada pihak lain.

Kemungkinan #6 : Pecah amanah

Pecah amanah oleh pihak-pihak tertentu seperti pemegang amanah, termasuklah peguam sebagai stakeholder (pemegang pertaruhan), yang telah mendaftarkan pindah milik tersebut kepada pihak-pihak tertentu walaupun sepatutnya pindah milik tersebut tidak sepatutnya dibuat/ belum boleh didaftarkan lagi di pejabat tanah.

Kemungkinan #7 : Kesilapan teknikal 

Kesilapan teknikal di pihak pejabat tanah dalam merekodkan sebarang urusniaga tanah sehingga menyebabkan tanah tersebut didaftarkan kepada nama pihak lain.

Kemungkinan #8 : Tanah diambil 

Tanah anda di ambil oleh kerajaan di bawah Akta Pengambilan Tanah dan tanpa anda sedari atau mungkin disebabkan anda tidak menerima sebarang notis tentang pengambilan tersebut, tanah anda telah diserahkan kepada pihak lain atau digunakan oleh pihak lain.


Ini antara kemungkinan-kemungkinan berlakunya keadaan di mana tanah seseorang boleh hilang hakmilik tanpa disedari oleh tuan tanah.
Justeru nasihat saya, selalulah buat carian rasmi terhadap status tanah anda dari masa ke semasa.
Sebab walaupun mungkin anda masih pegang geran asal tanah anda, tidak mustahil tanah anda mungkin boleh terlepas ke tangan pihak lain tanpa anda sedari.

Labels

Jadi, berwaspada lah selalu.
Sekian, terima kasih.
SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Timbalan Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)
sumber: http://www.halalmoney.my
admin: tiada yang pelik berlaku.. sebesar besar MH370 pun boleh hilang, apatah lagi tanah sekangkang kera....

#setiupost

Cendol Warisan Kiter di selekoh Primula Hotel, Batu Buruk... dah jadi viral...macam kena gi je cuba..

Image may contain: food

Nok try atau mengidam cendol durian & cendol pulut kacang + jagung jemput la singgoh deh awok2..
Pekene Cendol sambil santai2 di pantai tengok laut..
Cendol asli dari pewarna daun pandan dan proses sendiri dok gune mesin..
In shaa allah sedap kalu dok sedap kabo ke kami deh akan perbaiki lagi citerase penggemar Cendol.
Gerai beroperasi di selekoh Hotel Primula di Batu Buruk bermula jam 11.00 pagi
Hilang dahaga hilang rase lapor..
Cendol Warisan Kiter.
Image may contain: 8 people, people sitting and outdoor

Image may contain: food

Sumber:  Terengganu Times
#setiupost

FELDA: Bukan Tugas Sukar, Tetapi Menyakitkan Hati! - TAN SRI SHAHRIR SAMAD- catatan wartawan Syahril A Kadir


Image may contain: 3 people, people smiling, people sitting and screen
Oleh SYAHRIL A. KADIR
AKU tiba di pejabat Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Tan Sri Shahrir Samad kira-kira pukul 1 petang di Menara FELDA, Kuala Lumpur. Agak luas biliknya yang terletak di tingkat 49 itu.
Meja Shahrir yang besar saiznya itu dipenuhi dokumen dan fail sekaligus menunjukkan betapa sibuknya tugas ahli politik veteran yang berumur 68 tahun tersebut dalam 'mengendalikan' urusan seharian lembaga berkenaan
Ketika itu aku sampai, Shahrir, lulusan MBA dari International Institute for Management Development (IMD), Switzerland itu sedang melayan pertanyaan daripada beberapa penulis dan wartawan. Pengasas DuBook, Mutalib Uthman , sahabat seperjuanganku Ali Imran , Saudara Azwan dan Datuk Roslan Bian pun ada.
Mereka nampak bersungguh-sungguh hendak dengar dari mulut beliau sendiri mengenai kemelut yang melanda 'kehilangan' tanah milik Felda yang terletak di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Shahrir dilihat tenang walaupun soalan-soalan yang dikemukakan cukup 'tajam'dan 'menyakitkan'.

Adakalanya beliau menyalakan sebatang rokok Mevius Light. Adakalanya beliau meneguk air di depannya. Adakalanya beliau tersenyum dan adakalanya beliau serius.
Namun yang pasti tidak ada soalan yang tidak berjawab. Untuk lebih jelas, kerap kali juga beliau melihat dokumen di atas mejanya agar fakta yang diberikan tidak lari dari butiran yang sebenar.
Sebaik saja duduk di kerusi yang disediakan, aku tanpa membuang masa terus bertanyakan pada Shahrir - teruk sangatkah keadaan FELDA ketika Tan Sri mengambil alih kerusi pengerusinya dari Tan Sri Isa Samad?
" Bila saya masuk rupanya bukan peneroka saja dah tak percaya pada FELDA, bank pun dah tak percaya pada FELDA. Banyak pinjaman yang dijanjikan tetapi ditarik balik. Kalau ada pun cuma Bank Rakyat, mereka nak bagi pinjam RM300 juta, mereka nak kolateral pun RM300 juta juga. Saya pasti awak sendiri kalau nak buat pinjaman pun akan dapat 'deal' yang lebih baik dari itu.
" Hanya baru-baru ini Maybank kata mereka boleh buatkan 'sukuk' sebanyak RM2 bilion...saya macam tak percaya pada mulanya...malah saya tanya balik 'are you sure?'
" Sebenarnya bank yakin nak bagi balik pinjaman kat kita kerana kita mempunyai aliran tunai yang besar untuk sukuk, apatah lagi selepas pelbagai usaha kita dah lakukan untuk memulihkan FELDA," katanya sambil tersenyum.
Mengenai isu Tan Sri Isa Samad dan kontroversi tanah FELDA yang 'dipindah milik' itu, Shahrir berkata siasatan diharap tidak hanya tertumpu kepada satu individu tetapi juga individu yang lain serta agensi kerajaan yang terlibat.
Katanya, beliau kena berlaku adil dalam hal ini kerana masyarakat nampaknya hanya melihat Isa tetapi 'lupa' yang kejadian yang berlaku juga membabitkan banyak pihak.
" Orang bercakap pasal Isa, tetapi individu lain bagaimana? Banyak nama besar ni. Agensi kerajaan macam pejabat tanah pula bagaimana...siasatan kena menyeluruh. Nak salahkan mana-mana pihak termasuk Lembaga Pengarah dulu pun susah juga kerana isu tanah ini tidak pernah dibincangkan dan tak ada dalam rekod mesyuarat lembaga pun, jadi saya tak nak tunding jari, siasatlah," ujarnya.
Ketika ditanya sama ada beliau ada berkomunikasi dengan Isa sejak mengambil alih kerusi kepimpinan Felda, Shahrir menafikannya.
Menurutnya, beliau tidak pernah bercakap dengan Isa dan Isa juga tidak pernah menghubunginya.
" Saya dah dengar macam-macam bila ambil alih. Saya tak bercakap dengan sesiapa pun termasuk dengan lembaga pengarah, saya hanya mendengar, " ujarnya.
Mengenai tugasnya sebagai Pengerusi FELDA, Shahrir berkata, ia bukanlah satu tugasan yang sukar dan membebankan.
Pun begitu, katanya, beliau sebenarnya lebih kepada berasa 'sakit hati' dengan apa yang berlaku.
" Cuma apa yang saya nak bagitau pada semua peneroka dan masyarakat di luar sana, jangan bimbang, ini adalah sebahagian daripada 'pembersihan' FELDA, perkara yang berlaku ini sedang kita betulkan.
" Yang pasti hasil dan tanah peneroka tidak akan terjejas. Dalam hal tanah (Jalan Semarak) ini kita dah buat macam-macam. Antaranya kita buat laporan polis, kita saman, kita akan buat tindakan sivil, kita akan cuba batalkan PA dia, pejabat Peguam Negara pun akan ambil tindakan. Saya tengah fikirkan semua cara.
" Berdasarkan 'track record', mahkamah selalunya akan berpihak kepada kita, sebab itu kita cukup cermat dan teliti dalam menangani apa-apa isu yang timbul, mungkin ia mengambil masa tetapi yang penting hasilnya," tegas Shahrir.
Image may contain: 6 people, people smiling, people standing
Shahrir juga ditanya, mungkinkah ada lagi isu atau kontroversi yang akan menyelubungi FELDA selepas ini.
Beliau dengan pantas menjawab - TIDAK ADA LAGI.
" Tiada lagi isu selepas ini. Kes pembelian hotel, kes ikan Sturgeon dan lain-lain semuanya itu telah diambil tindakan. Ada yang sedang disiasat, ada yang direman dan ada juga yang telah dituduh pun di mahkamah," tegasnya.
Mengenai persepsi yang 'pelbagai' yang ditujukan pada dirinya ketika ini, Shahrir berkata, tiada apa yang perlu beliau risaukan kerana beliau telah menjalankan amanah seperti mana yang diharapkan.
Katanya itu adalah asam garam yang terpaksa ditempuh jika bergelar ahli politik. Beliau sendiri secara peribadi 'lali' dengan segala tohmahan.
" Sampai isteri saya pun orang kata anak Robert Kuok, kononnya saya kaya raya dan sebagainya. Orang politik ni banyak pahala sebab selalu kena fitnah, dan pada masa yang sama banyak pahala kerana selalu bantu orang," katanya sambil tersenyum.
Ketika ditanya lagi adakah beliau berasa 'stress' dengan segala kemelut yang melanda dan terpaksa 'datang' ke dalam FELDA di waktu lembaga itu dibebani dengan pelbagai masalah, Shahrir berkata ia bukan perkara baru dalam hidupnya.
Ujarnya, sejak menghambakan diri dalam bidang politik, pelbagai onak dan duri telah beliau tempuh.
" Masalah yang ada memang berat tetapi kita dah mengambil langkah terbaik untuk menanganinya. Datanglah apapun dugaan, pukul 10.30 malam saya tetap tak ada masalah untuk tidur," katanya tersenyum sebelum mengakhiri perbualan kami pada petang itu.
Image may contain: 2 people, people standing and suit
Sebelum balik sempat aku menghadiahkan buku tulisanku 'Konfesi Prebet Adam' pada beliau.
Kami kemudiannya dijamu nasi goreng. Tak mewah. Tak ada ikan sturgeon yang menghasilkan 'kaviar'. Jangan risau, angpau pun tak ada.
Tetapi aku datang dengan senyum, balik pun dengan senyum. Sekurang-kurangnya ada 'maklumat' yang lebih mahal dari sekadar kaviar dan sekeping angpau!
sumber: Fb syahril a Kadir
#setiupost

Penemuan binaan menyerupai PIRAMID di Kutub selatan.. ia mengejutkan



sumber: http://melayubercerita.blogspot.com






Tuesday 26 December 2017

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita


Image may contain: 12 people, people standing

Berikut adalah senarai 10 pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA bagi tahun 2017

1. Leong Chee Feng- Selangor
2. Mohd Ashraf Haikal- Kuala Lumpur
3. Mohd Syakirin Ibrahim- ATM
4. Chai Kiang Beng- ATM
5. Chong Javen- Selangor
6.  Kuala Lumpur
7. Kuala lumpur
8. Ching Yik- MASUm
9. Amos Ling- Selangor
10. Mohd Syazwan- Kedah

Image may contain: 14 people, people smiling, people standing

Manakala 10 pemain terbaik wanita adalah sebagaimana berikut:

1. Alice Chang- Sarawak
2. Tee Ai Xin- Johor
3. Hong Yi- Johor
4. Sammy Tay-Sarawak
5. Keuh Wan May- Sarawak
6. Amanda- Selangor
7. Chong Xing Yee- Negeri Sembilan
8. Selangor
9. Pulau Pinang

#setiupost
#pingpongmalaysia

Keputusan Penuh Kejohanan Ping Pong Malaysia Kali ke 54 2017 di Kuala Lumpur


Image may contain: 9 people, people standing
Perseorangan lelaki, Juara oleh Leong Chee Feng- Selangor, Naib Juara- Mohd Ashraf Haikal- Kuala Lumpur dan ketiga- Mohd Syakirin dan Chai Kiang Beng dari ATM

Berikut adalah keputusan penub kejohanan bagi tahun 2017:

Image may contain: 20 people, people smiling, people standing
*Berpasukan Lelaki*
1. Selangor
2. KL
3. Penang
3. ATM

Image may contain: 5 people, people smiling
*Berpasukan Wanita*
1. Sarawak
2. Selangor
3. Penang
3. Johor

Image may contain: 12 people, people smiling, people standing

*Bergu Lelaki*
1. Selangor (Chee Feng/ Javen)
2. ATM (Shakirin/ Kian Beng)
3. MASUM (Hasri/ Yik Min)
3. KL (Asraf/Wen Jie)
Image may contain: 12 people, people smiling, people standing

*Bergu Wanita*
1. Negeri Sembilan (Xing Yee/ Chiau Yee)
2. Sarawak (Lynn Jia/ Sammi Tay)
3. Penang (Yong Xin/ Angel Ooi)
3. Johor (Ning Ying/ Ning Hui)

Image may contain: 13 people, people standing

*Bergu Campuran*
1. Selangor (Chee Feng/ E Xian)
2. Selangor (Javen/ Catherin)
3. Kedah (Cheak Yang/ Chia Yi)
3. Johor (Cheong Sze/ Ka Ying)
*Perseorangan Lelaki*
1. Chee Feng (SL)
2. Ashraf (KL)
3. Shakirin (ATM)
3. Kian Beng (ATM)

Image may contain: 12 people, people smiling, people standing and people on stage

*Perseorangan Wanita*
1. Alice Chang (SK)
2. Tee Ai Xin (JH)
3. Ho Ying (JH)
3. Sammi Tay (SK)

#setiupost
#pingpongmalaysia
#pingpongterengganu

Wednesday 20 December 2017

Keputusan acara berpasukan wanita kejohanan Ping Pong Malaysia 2017 di Kuala Lumpur

No automatic alt text available.

Johor dan Selangor antara pasukan pilihan yang layak ke peringkat kalah mati berpasukan wanita Kejohanan Pingpong Malaysia 2017 di kuala Lumpur.

Bagi acara berpasukan wanita, keputusan penuh adalah sebagaimana berikut:

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.




Keputusan acara berpasukan lelaki- hari pertama - Kejohanan Ping Pong Malaysia kali ke 54 2017

Image may contain: text

Kejohanan Ping Pong Malaysia kini sedang berlangsung di OCM Sport Center, Kuala Lumpur dari 20 hingga 23 Disember 2003.

Berikut adalah keputusan pertandinagn hari ini bagi acara berpasukan lelaki dan wanita.

No automatic alt text available.
Berpasukan lelaki group A

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Manakala berikut adalah jadual undian berpasukan peringkat kalah mati nagi berpasukan lelaki

No automatic alt text available.

Di mana pasukan pilihan adalah Kuala Lumpur yang di ketuai perseorangan utama negara iaitu Mohd Ashraf Haikal dan ATM yang dibarisi oleh Mohd Syakirin Ibrahim dan Chai Kiang Beng. Begitu juga denganSelangor dan Sarawak yang di ramalkan akan mara ke peringkat separuh akhir

Monday 18 December 2017

Luncur Air Terpanjang di Dunia..kini di Taman Tema Escape, Teluk Bahang, Pulau Pinang



Georgetown: Taman Tema Escape, Teluk Bahang, dekat sini, membina luncur air sepanjang satu kilometer (km) menjelang akhir 2018, menjadikan ia sebagai yang terpanjang di dunia.
Pengasas Taman Tema Escape dan Ketua Pegawai Eksekutif Sim Leisure Group, Sim Choo Kheng berkata, projek fasa ketiga di bahagian permainan graviti (Gravityplay) itu bakal didirikan di tapak seluas 2.8328 hektar dan menghubungkan kedua-dua bahagian taman tema iaitu Adventure Play dan Waterplay.
Beliau berkata, luncur air berkenaan dibina di topografi semulajadi apabila pengunjung berpeluang menikmati kehijauan hutan sepanjang peluncuran.
“Reka bentuk luncur air itu siap dan hanya menunggu kerja pembinaan dalam masa terdekat serta tidak membabitkan kemusnahan pokok di kawasan itu.
“Dijangka Escape Waterplay ini menarik 350,000 pengunjung dalam masa setahun,” katanya pada Majlis Pembukaan Taman Tema Escape Waterplay yang dirasmikan Ketua Menteri Lim Guan Eng, di sini, kelmarin.
Taman tema air pertama di Pulau Pinang itu menjadi projek fasa kedua Escape dan dibuka kepada orang ramai sejak November lalu di atas tanah seluas 4.45154 hektar.
Mempunyai 20 tarikan permainan air, Escape Waterplay juga mempunyai platform papan anjal setinggi 25 meter dan beberapa lagi tarikan yang menguji keberanian.
Antaranya ialah lingkaran terowong air Tubby TunnelBanana Flip yang pertama di dunia, Speed RacerWaveball pertama di Asia selain Play House bagi kanak-kanak dan lain-lain lagi.

Sumber: Harian Metro Online

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog