iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Friday 28 September 2012

WWF lepas 80 ekor anak tuntung di Kg Mangkuk, Setiu, Terengganu



Oleh; Esah Abdullah

Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia cawangan Terengganu dengan kerjasama Persatuan Wanita Setiu (Pewanis) telah melepaskan 80 ekor anak tuntung ke Sungai Kampung Mangkuk, Setiu, sebagai usaha pemuliharaan spesis haiwan sungai itu.

Ketua Program Pemuliharaan Penyu WWF Terengganu, Puan Rahayu Zulkifli berkata program itu juga bertujuan meningkatkan populasi spesis tergolong dalam kumpulan reptilia seperti penyu, labi-labi dan kura-kura itu, yang kini dikategorikan sebagai sangat terancam.

Telur tuntung


"Bermula 2009, WWF telah memulakan aktiviti pemuliharaan tuntung dengan melakukan pemantauan di pantai, melindungi telur tuntung, mengumpul data dan menjalankan kajian mengenai tuntung yang terperangkap dalam peralatan menangkap ikan.

 "WWF juga meningkatkan pelbagai program kesedaran kepada orang ramai, khususnya penduduk Kampung Mangkuk untuk menjaga habitat terbesar tuntung negara," katanya kepada pemberita selepas program pelepasan tuntung yang turut dihadiri kira-kira 300 penduduk kampung berkenaan. Dalam tempoh tiga tahun ini,

WWF telah menjalankan program jelajah di Kampung Mangkuk, Kampung Penarik dan Kampung Penarik Baru serta mengadakan lawatan ke lapan sekolah sepanjang kawasan pesisir pantai di Setiu.

Risalah mengenai pemuliharaan tuntung juga telah diedarkan kepada pelancong, pengusaha hotel serta pemilik tempat peranginan dan penduduk tempatan sebagai antara kempen pemuliharaan tuntung.

Puan Rahayu berkata ancaman utama tuntung ialah pemungutan telur yang dilakukan secara haram serta kematian tuntung akibat terperangkap dalam jaring nelayan.

 "WWF telah membuat satu skim membeli balik telur tuntung daripada pemungu telur berlesen dan ia berjaya melindungi sejumlah besar telur tersebut.

 "Jumlah telur dibeli dari Kuala Baru Utara dan Mengabang Sekepeng di sini telah meningkat kepada 101 sarang pada tahun lepas berbanding hanya 10 sarang yang dijual kepada WWF pada 2009," katanya.

Menurutnya peningkatan itu  membuktikan usaha WWF kini semakin berhasil dalam usaha pemuliharaan tuntung di Terengganu. Selain Terengganu, tuntung juga boleh dijumpai di Sungai Perak, Pahang dan Negeri Sembilan.

Musim bertelur adalah dari Oktober hingga Januari. Tuntung di Malaysia merupakan haiwan eksotik perlindungan penuh di bawah Akta Hidupan Liar 2010 yang melarang mana-mana orang daripada menangkap, memakan serta menjual tuntung dan telurnya.

 

Taman panorama dibuka tahun depan sempena TMT


Oleh; Esah Abdullah

Taman Panorama di Bukit Pak Apil Kuala Terengganu akan dibuka sepenuhnya tahun depan sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT).

Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Dato’ Haji Adzlan Mohd Dagang berkata, pihaknya kini sedang meneliti kemampuan beberapa syarikat yang memohon tender bagi mengurus kemudahan di taman berkenaan.


“Kita ingin melihat dulu apa kemudahan yang boleh ditawarkan bagi lokasi pelancongan terbaru daerah Kuala Terengganu itu,” katanya.

Menurutnya, kewibawaan dan keupayaan syarikat pengendali adalah diutamakan memandangkan taman ini bakal menjadi daya tarikan kedatangan pelancong ke negeri ini.

 “Kelebihan utama Taman Panorama ialah pengunjung boleh melihat sebagaian besar bandar Kuala Terengganu sepertimana KL Tower dan tarikan lain seperti Taman Orkid dan kemudahan rekreasi lain,” katanya.

Katanya, pihaknya bercadang menyerahkan pengurusan keseluruhan lokasi yang dilengkapi kemudahan dan prasarana moden termasuk pusat rekreasi, laluan penjalan kaki, pondok rehat, dan menara tinjau kepada syarikat pengendali yang terpilih.

Pembangunan fasa pertama taman berkenaan membabitkan peruntukan RM7.5 juta dilaksanakan Kementerian Pelancongan dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan .

Antara kemudahan yang turut ditawarkan di situ ialah sebuah kafe yang mampu menampung 200 pengunjung pada satu-satu masa.


sumber: http://teganukita.blogspot.com/2012/09/taman-panorama-dibuka-tahun-depan.html

Payang Walk `hidupkan' Pasar Payang hingga tengah malam

Oleh: Aida Abd Rahman





Pasar Payang Kuala Terengganu dijangka tidak lagi sunyi tanpa pengunjung menjelang waktu malam apabila Kerajaan Terengganu memperkenalkan `Payang Walk’ di jajaran pusat perniagaan itu bermula dari depan Pusat Penerangan Pelancongan hingga ke persimpangan balai bomba, bermula 5 Oktober ini (Jumaat).

Inisiatif kerajaan negeri dengan kerjasama Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan Yayasan Usahawan Terengganu berlangsung tiga hari seminggu bermula Jumaat hingga Ahad bagi menyemarakkan sambutan Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Dato’ Abdul Rahin Mohd Said, berharap semua peniaga termasuk di Bazar Warisan dan Pasar Payang memanfaatkan program itu bagi menarik kunjungan pelanggan selepas waktu kebiasaan mereka berniaga.

“Biasanya bermula jam 6 petang, kawasan itu tidak lagi menjadi tumpuan dan mula sunyi. Yang ada hanya peniaga buah-buahan meneruskan perniagaan sehingga waktu malam. “Kita mengharapkan semua peniaga di sekitar memberi sokongan kepada program ini memandangkan ramai pengunjung dan pelancong dijangka akan membanjiri kawasan yang sememangnya menjadi strategik dan menjadi tumpuan pengunjung khususnya pada hujung minggu,” katanya di sidang akhbar sempena program itu, di Tingkat 5, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam (26 September).

Turut hadir, Ketua Sekretariat TMT 2013, Encik Ahmad Fathil Abd Ghani.

Dato’ Abdul Rahin berkata, bagi tujuan itu, jajaran sepanjang Pejabat Pos hingga persimpangan jalan berhampiran balai bomba hanya dibuka kepada pejalan kaki bermula jam 6 petang hingga 1 pagi kecuali untuk kenderaan yang mengangkut barang.

Beliau berkata, kemudahan dan hiasan lanskap termasuk konsep pencahayaan juga akan dipertingkatkan di kawasan sekitar dengan kerjasama MBKT bagi menambah tarikan dan menggamit kunjungan lebih ramai pelawat.

 “Kita juga sedang berurusan bagi mengadakan lelongan bazar malam secara pukal dan diadakan besar-besaran yang akan dijalankan selepas minggu perasmian (6 Oktober).

 “Malah kita harapkan dengan adanya aktiviti ini ia akan dapat memberi persepsi baru dengan konsep pencahayaan malam di bandar Kuala Terengganu lebih-lebih lagi di kawasan Syahbandar yang dibangunkan oleh MBKT dengan kemudahan dan hiasan yang begitu cantik dan menarik,” katanya.

Menurutnya, sebanyak 80 petak perniagaan yang melibatkan lapan zon akan dibangunkan dari Restoran Terapung hingga ke Pasar Payang merangkumi pelbagai jenis perniagaan seperti jualan produk kraftangan, pakaian, minuman, makanan, pelukis jalanan , barangan antik, ubatan tradsional, batu permata dan urutan tradisional.

 Selain itu, turut tersedia ruang korporat, kaunter untuk urusetia beca, `heritage’ dan `rivercruise’ dan pentas kebudayaan yang mempersembahan pelbagai keseniaan seperti wayang kulit, tarian serta nyanyian.

“Payang walk juga menyediakan perkhidmatan `Heritage Trail’ seperti perkhidmatan beca, menyusuri Sungai Terengganu dari Terengganu Waterfront hingga Taman tamdun Islam serta aktiviti melawat Bukit puteri.

“Orang ramai turut berpeluang menyertai pelbagai aktiviti termasuk memancing serta termasuk bermain congkak, dam aji dan lumba beca. Di situ juga disediakan ruang bagi menunjukkan bakat dan meningkatkan kreativiti seperti mencanting batik, membuat wau, mengayam tikar dan juga menghasilkan ukiran seni berbentuk interaktif , iaitu melukis mural,” katanya.

Sementara itu, Payang Walk dijangka akan dirasmikan Menteri Besar, Dato' Seri haji Ahmad Said pada malam 6 Oktober ini.

Sehubungan itu, sempena perasmian dan juga keputeraan Sultan Terengganu turut diadakan Pertandingan Bot Berhias yang disertai 25 jabatan kerajaan dan agensi swasta serta pertunjukan bunga api.

 

Wednesday 26 September 2012

Jering Rebus, snek enak makanan warisan Terengganu

Jering Rebus, enak dimakan bersama nyiur parut

Makan jering rebus? Tentu pelik bunyinya tetapi tidak bagi orang di Setiu, Besut mahupun Kelantan. Ia adalah makanan yang popular dan enak sekali di makan bersama kelapa parut atau nyiur.

Jering rebus ini adalah dibuat daripada jering yang muda yang direbus berulang kali dengan beberapa petua supaya menghasilkan rasa yang enak.
memang enak

Apabila sudah direbus, ia tidak lagi menjadi ulam untuk dimakan bersama nasi, sebaliknya ia telah menjadi snek yang sedap dimakan bersama kopi o atau teh o dan lebih enak diwaktu hujan lebat atau musim hujan.
snek warisan Terengganu

Ia boleh menjadi snek yang bagus kerana dengan memakan jering rebus ini mampu membuang angin dalam badan dan mengeluarkan toksin dalam badan. Kesannya, kencing atau najis akan keluar bersama bau yang kurang enak namun ianya hanya sementara dan selepas sehari dua badan akan kembali seperti biasa.

Nak cari dimana? selalunya banyak terdapat di pasar malam atau pasar minggu di daerah Setiu dan Besut seperti Pasar Tani setiap Selasa dan pasar minggu setiap Sabtu di Bandar Permaisuri Setiu, atau Pasar Minggu Terbesar Terengganu di Kuala Besut, Besut.
Anda perlu mencuba untuk rasai sendiri keenakannya

Anda patut mencubanya kerana inilah hidangan kreatif dan inovatif orang terdahulu yang kini menjadi makanan warisan.

Monday 24 September 2012

Preserving Terengganu’s botanical and culinary heritage

 

By Andrew Sia


An oasis of luxurious kampung living, Terrapuri also aims to preserve Terengganu’s botanical and culinary heritage.
APART from the hardware of the homes themselves, the Terrapuri project is also keeping alive the crucial software of carpentry skills needed to maintain heritage homes.
Alwee Abd Rahman, 44, the resident maintenance manager, has been a carpenter since he was 13, following in the footsteps of his father Abd Rahman Abdullah.
“My father and grandfather were wood workers who made boats and houses,” he says. “I learnt much from them, for instance, how to use wooden pegs instead of nails when joining wood together.”
His son Alhuzaifi Alwee, 20, is, in turn, following his footsteps as an apprentice.
Homely touch: The service is warm at Terrapuri, and you can even enjoy breakfast on the verandah. Homely touch: The service is warm at Terrapuri, and you can even enjoy breakfast on the verandah.
“As most of the kampung folks now want concrete houses, the old skills of traditional builders are being lost,” says self-made entrepreneur Alex Lee Yun Ping. “Yet conservation can become a whole industry in its own right, like in Europe.”
Alwee is not just preserving the past but also innovating new products. The anthology of antiques here includes many traditional Malay beds which are sized somewhere between today’s Queen- and single-sized beds (requiring special mattresses to be commissioned for them).
The founder of Terrapuri, Alex (as he prefers to be called), says that since there were many more beds than needed at the resort, he discussed with Alwee how to turn some of them into benches.
“The resort could easily have just bought benches from Bali for RM400,” says Alex. “But we wanted our own Terengganu identity. You won’t see these benches anywhere else.”
This is the place to experience kampung living in style. From breakfast on your villa’s verandah with the classic Terengganu dish of nasi dagang (spicy sweet tuna curry with rice) to dinners of sup bujut (local chicken soup), ayam masak merah (tomato curry chicken) and budu (fermented anchovies) at the high Rumah Tanjung overlooking the pool and surrounding forest.
An antique bed which is being converted into a bench. Alwee Abd Rahman (left) and his son Alhuzaifi Alwee are maintaining their family’s living heritage of carpentry skills. An antique bed which is being converted into a bench. Alwee Abd Rahman (left) and his son Alhuzaifi Alwee are maintaining their family’s living heritage of carpentry skills.
Instead of parachuting in some hotel managers from Kuala Lumpur, Alex has chosen the approach of “community-based tourism” to ensure that some income from visitors will flow towards people who live in or around Penarik. Thus tudung-clad village women provide a most homely welcome as they act as receptionists, serve food or do housekeeping, while chatting about your day’s activities, or about life in Terengganu.
Food is also sourced from nearby villages, and a must-do day trip here is out to the nearby floating aquaculture farms in the river. Here, I watch Alex pulling up a whole slew of live oysters and prying them open for consumption on the spot!
The idyllic kampungs around the resort are great for cycling, and I see fishing boats, orchards, a turtle hatchery and even a breeder of ornamental cockerels known as ayam serama. In fact, the Setiu Wetlands surrounding Penarik offer a host of eco-tourism delights, including trips out to the nipah and mangrove swamps. An even more magical experience awaits me at night as fireflies on the mangroves create flashing dots of light…
Penarik is just 20 minutes from Merang jetty, the jumping-off point for day trips to the islands of Pulau Redang, Pulau Lang Tengah and Pulau Bidong. There’s nothing like some snorkelling to work up an appetite!
But for something more unusual, I visit the haunting gelam forests around the resort. Alex says the movie Bunohan was filmed here, and it’s easy to see why because the trees exude a mysterious charm with their gnarled barks, spindly branches and draping leaves.
Indeed, it’s not just architecture that is being preserved here, but also the state’s botanical (and culinary) heritage. Alex is working to create a rich garden of herbs – such as kadok leaves (used for otak otak), kelsom (laksa), ulam (salads) pandan, lemongrass, ginger, galangal, turmeric, bunga kantan (all used in curries) and the aphrodisiac tongkat ali.
The idyllic kampungs around the resort are great for cycling, and you can see fishing boats, orchards, a turtle hatchery and even ornamental cockerels. The idyllic kampungs around the resort are great for cycling, and you can see fishing boats, orchards, a turtle hatchery and even ornamental cockerels.
Apart from the normal mango and soursop, he is also planting more “kampung” trees such as sukon (breadfruit), kerkut (which has small cherries that attract birds), cermai and gajus (both can be mixed with belacan into a condiment) and melinjau (used to make a type of local crackers). Meanwhile, the flowers from frangipani, cempaka, melor, kenanga, gardenia and kesidang trees will (once the trees mature) impart a bouquet of natural fragrances.
The wetlands on one side of the resort are rich with jambu laut, gelang, pandan laut, paku laut (cycads rumpii), kerecut reeds (which can be weaved into mats) and, of course, nipah (the leaves are used for attap roofs). And if you ever wondered what inspired Terengganu’s woodcarvers to create their gloriously intricate patterns, look no further than the surrounding plants such as pepulut, sesayap, ketam guri, bayan peraksi, bakawali, kangkong and ketumbit. Yes, the plants here can be eaten, and even inspire art, too!
Indeed, it’s heartening that heritage at Terrapuri is being celebrated on a deeper level beyond architecture, by delving into ancient carpentry, traditional cooking, pristine wetlands and a rich botanical inheritance.

blogger: Thanks to Alex- Ping Anchorage

sources: http://thestar.com.my

Thursday 20 September 2012

Sesuatu yang kita perlu belajar untuk memartabatkan masakan tradisi Melayu Terengganu ke peringkat Global- Pengalaman di Bumbu Rasa, Alamanda Putrajaya

susunan lauknya cukup menarik

Peluang makan di restoran ternama adalah sesuatu yang sukar untuk dilepaskan.  Restoran Bumbu Rasa di Alamanda Putrajaya adalah destinasi tujuan. Restoran dengan resepi masakan padang memang cantik dan ekslusif sekali. Sekaligus ia mengangkat martabat masakan padang Indonesia.

Apabila berada  di restoran ini rasa cukup kagum dengan suasana, susunan dekorasi, layanan kakitangannya membuatkan kita dilayan bagaikan raja.

Jika dinilai dari segi rasa, ia biasa-biasa sahaja, tetapi apabila ia diletak ditempat yang sepatutnya, semua makanan di sini menjadi ekslusif dan menarik.

Disinilah blogger ingin berkongsi bagaimana masakan Terengganu dan pantai timur harus diangkat supaya ia berada setaraf dengan maakan di restoran ini, dan jika dibandingkan dari segi rasa, memang jauh masakan Terengganu dan Kelantan lebih sedap. Cuma kita mahu status masakan timur ini mesti ada dan berada dalam kelasnya yang tersendiri untuk dinikmati oleh dunia.

Bagi sesetengah orang, harga bukan ukuran tetapi kepuasan yang di cari. Dan makan di Bumbu Rasa ini memang mahal kerana dua orang makan mencecah RM80.00 berbanding jika di makan di restoran biasa dalam RM20 hingga RM30. Tetapi ia sepadan dengan nilai ekslusifnya.

Bagi blogger masakan Tradisional Terengganu pasti ada tempatnya jika ia diangkat bertaraf global begini. Dengan Ketupat Sotong, masakan Asam Pedas Terengganu, Nasi Dagang, Kuih-muih yang unik dan macam-macam lagi pasti menggamit selera dunia.
Memang menarik apabila lauk-pauk disusun sebegini bagaikan di hotel 5 bintang


Ikan TalapiaGoreng disusun indah

Pelbagai pilihan menu yang menarik

Dekorasi restoran yang menawan


Anda dilayan bagaikan vip di sini

Wednesday 19 September 2012

Landskap buluh yang menawan di Alamanda, Putrajaya

Cantik sungguh landskap pokok buluh di Alamanda, Putrajaya. Ia memukau sesiapa sahaja. Bukan sahaja nampak redup malah ia memberi satu dimensi baru seakan-akan jalan menuju kejayaan.

Memang terpukau duduk di sini. Inilah hasil idea kreatif pereka landskap untuk disesuaikan dengan pusat membeli belah.

Bagi peminat fotografi, ia memberi idea baru untuk tatapan atau mencuba pelbagai sudut baru.

Wednesday 12 September 2012

Sudah tiba masanya stesen minyak dibangunkan secara mesra pelancong

gambar hiasan

Dua hari lepas semasa dalam perjalanan ke Kuala Terengganu, blogger telah berhenti sebentar di Stesen Minyak Petronas Batu 6, Kuala Terengganu. Stesen ini sememangnya antara tandas stesen minyak yang sentiasa bersih dan sentiasa dijaga kebersihannya.

Tidak berapa lama, telah berhenti dua bas persiaran dan turunlah penumpang yang terdiri makcik-makcik kaum Tionghua atau berbangsa Cina. Maka berbaris panjanglah mereka di tandas lelaki dan perempuan yang hanya mempunyai satu tandas lelaki dan satu tandas wanita. Bayangkan penumpang dua buah bas lebih kurang 70 hingga 80 orang beratur dengan muka berkerut menahan kencing. Kesian pula tengok. Bagi yang lelaki dua tiga orang melilau mencari sudut terlindung untuk melepaskan hajat masing-masing. Kalau seorang memerlukan 5 minit, maka 400 minit diperlukan dan jika dua tandas maka setiap tandas dalam 200 minit atau 3 jam 33 minit.

Pengajarannya, sudah tiba masanya pihak pengendali Stesen Minyak samada PETRONAS, SHELL, CALTEX, PETRON, MOBIL atau ESSO menyediakan tandas yang lebih banyak, lebih sempurna dan lebih selesa bagi keselesaan pelancong ataupun menampung keperluan penumpang yang lebih ramai. Itu belum dikira bagi mereka yang ingin membuang air besar yang tentunya mengambil masa yang lebih banyak.

Bagi penumpang muslim boleh mangambil inisiatif untuk berhenti di tandas masjid yang kadang-kadang bersih, kadang-kadang menjengkelkan.

Pujian harus diberikan kepada pengusaha Petronas Rhu Tapai, Merang yang telah berusaha menyediakan tandas tambahan yang lebih selesa kepada pengguna.

Dalam kita berusaha meningkatkan perkhidmatan pelancongan, maka sebegini perlu dititikberatkan dan diberi perhatian serius oleh kerajaan Negeri Terengganu mahupun pihak berkuasa tempatan sebelum meluluskan setiap pembangunan baru stesen minyak.

Kita perlu belajar daripada Negara Thailand yang begitu terancang dalam membangunkan setiap stesen minyak disepanjang jalan seluruh Thailand. Ia dibangunkan dengan tandas yang banyak, kemudahan medan selera, gerai buah-buahan serta produk tempatan serta ruang tempat letak kereta yang selesa.

Keadaan ini juga mampu menampung keperluan semasa cuti sekolah dan cuti perayaan di mana stesen minyak adalah hentian rehat penumpang. Keperluan ini perlu diambil kira sebagai asas penting dalam industri pelancongan Negeri Terengganu.

Friday 7 September 2012

Makan aiskrim... mengembalikan memori zaman kanak-kanak


semasa cuti aidilfitri baru-baru ini sempat layan anak-anak dan anak saudara makan aiskrim yang dijual dengan motosikal. Ia dijual dalam kon dan juga roti. Harga pun dalam RM1 satu. Dulu rasanya dalam 20 sen atau 30 sen satu. Peralihan zaman membuatkan Rm1 jadi kecil nilainya. Kata ahli kewangan itulah inflasi.


Apapun apabila makan aiskrim sebegini tentunya ia mengembalikan memori atau kenangan semasa kecil dahulu iaitu di tahun 80 an. Dengan duit 50 sen macam-macam benda boleh dibeli. Gambar boleh menceritakan segalanya-galanya.



Rumah Terbuka Aidil Fitri Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu


Di bulan Syawal / September 2012 ini banyak juga jemputan Rumah Terbuka Aidilfitri yang blogger terima antaranya Rumah Terbuka Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu yang di adakan di Kompleks Kraft Noor Arfa di Chendering, Kuala Terengganu.

Ia dihadiri oleh penggiat pelancongan samada pengusaha hotel, resort, pemandu pelancong, agensi pelancongan, pengusaha kraft serta mereka yang terlibat dalam industri pelancongan. Malah para pengunjung dan rombongan yang membuat lawatan ke kompleks kraft ini turut sama di raikan dalam majlis ini.

Pelbagai hidangan terutama' Signature Terengganu' iaitu Nasi Dagang, Nasi Minyak Terengganu, Laksa Kuah Lemah, ketupat, tapai pulut dan macam-macam lagi disajikan kepada para tetamu.

Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu atau PPNT adalah badan bukan kerajaan @ NGO yang memayungi mereka yang bergiat dalam industri pelancongan samada individu mahupun organisasi. Ia adalah wadah atau medium untuk mereka menyuarakan pandangan serta idea bagi menambahbaik serta meningkatkan lagi industri di negeri Terengganu.

Wednesday 5 September 2012

28 Negara Sah Sertai Persidangan Perlebahan Asia Di Terengganu


KUALA TERENGGANU, 30 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 28 negara mengesahkan penyertaan dalam persidangan ke-11 Persatuan Perlebahan Se-Asia yang akan diadakan selama enam hari bermula 28 Sept ini, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Terengganu Asha'ari Idris berkata selain Malaysia, negara lain termasuk Australia, Kemboja, Cameroon, Kanada, China, Mesir, Jerman, India, Indonesia, Iran, Jepun, Libya, Amerika Syarikat, Venezuela dan Singapura.

"Dalam persidangan itu nanti, kita akan membincangkan antaranya mengenai masalah pengeluaran serta hala tuju industri madu dunia," katanya kepada pemberita selepas majlis prapelancaran persidangan, di sini pada Khamis.

Asha'ari berkata Terengganu mengambil inisiatif menganjurkan persidangan pada tahun ini bagi membangunkan industri lebah negeri termasuk dari segi ekopelancongan.

Terengganu yang mewakili Malaysia menewaskan tiga lagi negara untuk penganjuran kali ini iaitu India, Vietnam dan Jepun, katanya menambah tahun lepas persidangan berlangsung di Korea Selatan.

-- BERNAMA

Samsiah Catat Sejarah Wanita Pertama Ketuai Jabatan Agama Di Terengganu

shamsiah awang

KUALA TERENGGANU, 3 Sept (Bernama) -- Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) yang baru dilantik Samsiah Awang mencatat sejarah wanita pertama menerajui jabatan agama di negara ini.

Samsiah, 54, yang dilantik 26 Ogos lalu berazam memberikan khidmat terbaik kepada seluruh umat Islam di Terengganu. Beliau terharu dengan keyakinan dan kepercayaan kerajaan negeri terhadap kredibilitinya.

"Saya berharap mendapat sokongan dari semua petugas jabatan ini untuk sama-sama memastikan khidmat kita terus cemerlang demi memastikan kemaslahatan (kesejahteraan) umat Islam negeri ini terus terjaga.

"Saya bersyukur dengan pengiktirafan ini dan akan meminta petunjuk dari Allah sekiranya terdapat masalah dan cabaran besar untuk bergerak seiring dengan hasrat kepimpinan kerajaan negeri yang mahu Terengganu terus maju dengan syiar Islam," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian pekerja cemerlang JHEAT di sini pada Isnin.

Samsiah yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Penolong Pengarah JHEAT, dilantik menggantikan Mohd Rozali Saleh yang kini memegang jawatan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu.

-- BERNAMA

Kopemat Sasar Penglibatan Aktif Dalam Bidang Perniagaan Madu Lebah Mulai Tahun Ini



Oleh Ibrahim Abu Bakar

 

KUALA TERENGGANU, 1 Sept (Bernama) -- Koperasi Pemungut Madu Lebah Asli Terengganu Berhad (Kopemat) menyasarkan penglibatan secara aktif bagi memastikan produk madu lebahnya berdaya saing dan mampu menembusi pasaran tempatan mulai tahun ini.

Timbalan Pengerusi Kopemat Ibrahim Ismail berkata untuk itu, pihaknya memerlukan modal pusingan awal sekurang-kurangnya RM100,000.

Kopemat yang ditubuhkan pada tahun lepas ialah ejen pengutip madu lebah untuk dipasarkan kepada pelanggan.

Lazimnya hasil jualan madu lebah mencecah sehingga RM250,000 setahun namun Kopemat menghadapi masalah dalam bidang perniagaan itu memandangkan pengeluaran madu lebah di Terengganu tidak konsisten akibat faktor cuaca yang turut menyebabkan harganya turun naik," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Ibrahim berkata tahun ini, pengeluaran madu lebah di Terengganu agak berkurangan dan sehingga ini baru mengumpul kira-kira 500 kilogram.

Beliau berkata harga madu lebah asli di Terengganu antara RM40 dan RM50 sebotol dan lazimnya madu lebah Tualang paling mendapat permintaan ramai.

Beliau berkata Marang merupakan kawasan yang paling banyak mengeluarkan madu lebah iaitu 80 peratus daripada pengeluaran keseluruhan di Terengganu berikutan terdapat banyak pokok Gelam dan Akasia yang menjadi tarikan lebah.

Lebah aktif mengeluarkan madu antara Jun dan November setiap tahun.

Ibrahim berkata mengikut rekod Kopemat, terdapat seramai 600 pemanjat madu lebah di negeri itu namun setakat ini hanya 70 orang sahaja yang menjadi anggota Kopemat.

-- BERNAMA

Muzium Terengganu Anjur Himpunan Muzik Tradisional 9 Sept Ini


KUALA TERENGGANU, 29 Ogos (Bernama) -- Alunan muzik tradisional pelbagai kaum di negara ini termasuk masyarakat Siam dan Orang Asli bakal bergema di pekarangan Kompleks Muzium Negeri Terengganu bermula 9 Sept ini.

Himpunan Alunan Muzik Tradisional selama tiga hari itu akan berlangsung di Laman Warisan muzium dari 9 pagi hingga 5 petang, kata Penolong Kurator Bahagian Etnologi muzium Azlaizie Razali, kepada Bernama pada Rabu.

Katanya pelbagai aktiviti menarik turut disediakan oleh peserta selain jualan produk dan program 'Bicara Seni'.

"Sebagai kelainan, hari terakhir program kita akan mempersembahkan gabungan lima alunan muzik dari kaum Melayu, Cina, India, Siam dan Orang Asli," katanya.

Katanya bagi muzik tradisional Melayu, muzium itu memilih alunan muzik Terengganu menerusi persembahan gamelan, ketuk ulu, tarian saba, mak yong serta rebana.

-- BERNAMA

Tuesday 4 September 2012

Anak Terengganu Cipta Sejarah Lanjut PHD di Oxford University

Pelajar cemerlang yang sedang menuntut di Universiti Oxford, United Kingdom, Mohd. Firdaus Samsudin, 24, sekali lagi melakar sejarah tersendiri apabila muncul anak negeri pertama ditawarkan mengikuti pengajian peringkat doktor falsafah (Ph.D) di universiti paling berprestij di dunia itu.

Anak kedua daripada empat beradik yang berasal dari Kampung Kemat, Hulu Terengganu itu akan memulakan pengajian peringkat Ph.D bermula bulan ini.

Kejayaan anak kepada seorang pesara kerajaan itu disahkan oleh Timbalan Pengarah Yayasan Terengganu, Razali Mahmud, semalam.

Menurut Razali, Mohd. Firdaus mendapat tawaran itu berdasarkan keputusan cemerlang yang diperolehi melalui tugasan kajian serta penyelidikan yang dijalankannya pada awal pengajian peringkat sarjana.

“Kita percaya kejayaan Mohd. Firdaus menyambung pengajian ke peringkat Ph.D dalam masa begitu singkat menjadikannya anak Terengganu pertama menerima tawaran itu di Universiti Oxford itu,” katanya.

Beliau seterusnya berharap, kecemerlangan yang diraih pelajar berkenaan bukan sahaja membanggakan seluruh rakyat negeri ini malah akan menjadi pembakar semangat kepada pelajar lain untuk mencapai kejayaan serupa.

Mohd. Firdaus, bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud di sini sebelum ini berjaya mencatat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang membolehkannya merangkul anugerah Pelajar Cemerlang SPM Peringkat Kebangsaan 2005.

Pelajar itu kemudian melanjutkan pengajian peringkat ijazah dalam bidang bioteknologi di Imperial College London selama tiga tahun dan berjaya mencapai keputusan kelas pertama.

Selepas itu, dia mendapat tawaran menyambung pengajian peringkat sarjana selama dua tahun dalam bidang biokimia di Universiti Oxford hujung tahun lalu atas tajaan Yayasan Terengganu sebelum terus ditawarkan ke peringkat Ph.D di universiti yang sama.



bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog