iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Wednesday 18 May 2011

Hotel Tanjung Vista Kuala Terengganu




Hotel Tanjung Vista Kuala Terengganu, terletak di Jalan Sultan Zainal Abidin. Ia bertaraf 3 bintang dengan kemudahan bilik sebanyak 199 bilik.

Di antara kemudahan yang terdapat di sini adalah Kolam Renang Dalam Bangunan, kemudahan WIFI, Restoran, fitness center serta kemudahan safe deposit.

Ia juga turut dlengkapi dengan kemudahan parking percuma serta TV skrin rata untuk kemudahan pelanggan.

Lokasi hotel amat strategik sekali di mana ia hanya terletak 10 minit berjalan kaki untuk ke Taman Sahbandar, Istana Maziah, Bukit Puteri, Pasar Payang serta Bazar Warisan. Juga hanya 15 minit berjalan kaki untuk ke pantai Peranginan Batu Buruk bagi menikmati pelbagai makanan enak di sini seperti ikan dan sotong celup tepun dan jangan lupa untuk mencuba 'Aiskrim Goreng'.

Bagi mereka yang gemar dengan keenakan Nasi Dagang Terengganu, hanya 10 minit berjalan aki untuk menikmati Nasi Dagang Kg Ladang terutama di sebelah pagi. Tidak jauh dari situ terletak Kopitiam Uncle Chua iaitu antara yang popular di bandaraya pesisir air ini.

Bagi mereka yang ingin menikmati keenakan Nasi Ayam Kg Ladang, ia terletak di hadapan Kopitiam Uncle Chua. Keenakan Nasi Ayam Ladang ini amat popular dikalangan warga tempatan. Bukan sahaja sedap malahnya harganya amat berpatutan.

Tidak jauh dari sini, terletak pusat kraftangan tembaga dan batik WANISMA iaitu perusahaan tradisional turun temurun yang mengusahakan kraftangan tembaga serta pembuatan batik.

Pendek kata, dengan menginap di Hotel Tanjung Vista, semuanya dekat di kaki dan dekat di hati. Kadar harga penginapan bermula dari RM139.00 sebilik/semalam.

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog