iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Sunday 26 March 2017

KPFB Roomstay & Hostel ... murah dan bilik memang awesome...

Image may contain: people sitting and indoor

KPFB Roomstay dan Hostel kini telah dibuka kepada pelanggan di premis KPFB di Tepuh, Kuala Nerus, Terengganu.

Ia bukan sahaja  murah malah rekabentuk bilik dan asramanya memang 'awesome' serta selesa dengan kelengkapan bagai hotel  bintang.

Image may contain: one or more people, people standing, wedding and flower

Ia telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, Zulkarnain Bin Md Eusope pada 20 Mac 2017 .

Image may contain: text

KPFB Rooamstay dan Hostel menawarkan harga yang cukup murah dan berbaloi dengan kemudahan yang amat selesa dengan penghawa dingin serta bilik air yang selesa.

Ia turut dilengkapi dengan ruang tamu beserta TV serta ruang dapur dengan kemudahan penapis air, peti sejuk serta peralatan dapur kering.

Image may contain: 4 people, people standing and indoor

Image may contain: indoor

Dengan lokasi hanya 15 minit untuk ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan Kompleks Stadium Gong Badak tentunya ia pilihan yang sesuai untuk anda samada secara individu, bekeluarga mahupun berkumpulan dengan harga sewaan serendah RM60 sebilik dan jika sewa kesemua bilik hanya ditawarkan RM310 sahaja .

Image may contain: indoor

Image may contain: indoor

Image may contain: 6 people

Image may contain: outdoor

Bagi pertanyaan lanjut, bolehlah berhubung dengan pejabat KPFB bagi urusan lanjut di talian 096675583 atau 096675884

@terengganumyheritage post

Pictures: Glowing Blue Waves Explained

Glowing animals picture: bioluminescent phytoplankton in waves along a beach


Sea of StarsPinpricks of light on the shore seem to mirror stars above in an undated picture taken on Vaadhoo Island in the Maldives.
The biological light, or bioluminescence, in the waves is the product of marine microbes called phytoplankton—and now scientists think they know how some of these life-forms create their brilliant blue glow. 

Various species of phytoplankton are known to bioluminesce, and their lights can be seen in oceans all around the world, said marine biologist and bioluminescence expert Woodland Hastings of Harvard University. (Also see "Glowing Sea Beasts: Photos Shed Light on Bioluminescence.")

"I've been across the Atlantic and Pacific, and I've never seen a spot that wasn't bioluminescent or a night that [bioluminescence] couldn't be seen," Hastings said.

The most common type of marine bioluminescence is generated by phytoplankton known as dinoflagellates. A recent study co-authored by Hastings has for the first time identified a special channel in the dinoflagellate cell membrane that responds to electrical signals—offering a potential mechanism for how the algae create their unique illumination.
—Ker Than

Saturday 25 March 2017

Kolam Air Panas Pancur Merah, Setiu, Terengganu Akan Di Majukan

Image may contain: one or more people, tree, outdoor, nature and water

Oleh: Aminudin Ismail

Sebuah kolam air panas yang terletak di Kampung Panchur Merah, Guntung, Setiu akan di majukan sebagai kawasan pelancongan tidak lama lagi.

Pegawai Daerah Setiu, Rosdi Awang berkata, projek memajukan kolam air panas itu sebenarnya dirancang semasa beliau menjawat jawatan Ketua Penolong Pentadbir Tanah di Pejabat Tanah Setiu pada 2012.

Image may contain: one or more people, people standing, sky, tree, plant, cloud, mountain, outdoor and nature

"Saya mengenalpasti satu kawasan di mana terdapat punca air panas di kawasan Kampung Panchur Merah, Guntung. Lepas pada itu, saya telah berbincang dengan YB. Dato’ Haji Mohd Jidin Shafee (Adun Permaisuri) untuk mencadangkan satu kawasan seluas 10 ekar di tapak persekitaran punca air panas tersebut.

"Perbincangan awal ini semasa tahun 2012 bersama pihak Felcra untuk memajukan kawasan tersebut. Kita putus dengan pihak pengurusan Felcra di mana tanah disediakan oleh kerajaan negeri di mana peruntukkan pembangunan oleh pihak Felcra," katanya.

Image may contain: 3 people, people standing, outdoor and nature

Rosdi berkata, dengan jawatan baru sebagai Pegawai Daerah Setiu, beliau akan berusaha untuk memajukan kawasan punca air panas itu.
 

"Saya akan adakan pertemuan untuk perbincangan lanjutan dengan CEO Felcra di Kuala Lumpur untuk melihat prospek perlaksanaan projek ini," katanya kepada TIT hari ini.

@the iman tribune

#terengganumyheritagepost

Friday 24 March 2017

Pelajar ILP MARANG bermotvasi di Peladang Setiu, Agro Resort, Setiu, Terengganu... menarik

Image may contain: 11 people, people smiling, people standing, tree, outdoor and nature

KEM MOTIVASI DAN JATI DIRI PELAJAR ILP MARANG, TERENGGANU

Rona Rona Program 3H2M 16 -18 MAC 2017 Bersama Pelajar Di Agroresort Setiu Terengganu Siri 3 Ini Disertai Seramai 58 Orang Pelajar. Objektif Program Adalah Untuk Memberi Intipati Jati Diri Kepada Pelajar Dan Sebahagian Aktiviti Kokurikulum Beliau.Dimana Pelajar Diuji Ketahanan Fizikal Dan Mental Dengan Slot MOTIVASI , KEAGAMAAN , NITE TREKKING , FLYING FOX , RAFTING DAN JUNGLE TREKKING.

Image may contain: one or more people, people standing, people walking, crowd, sky, tree and outdoor

Selaku Penyelaras Program , Merangkamkan Jutaan Terima Kasih Pada Ahli Jawatankuasa Program , Pihak Jurulatih Agro Resort Setiu , Penceramah Motivasi Dan Juga Seluruh Para Pelajar. Syabas Dan Tahniah Kepada Semua Kerana Program Berjalan Dengan JayaNYA.

Image may contain: one or more people, sky, mountain, outdoor and nature

@FB Azhar Ab Aziz

admin: Untuk maklumat lanjut berkaitan pakej dan tempahan bolehlah berhubung terus dengan bahagian Jualan dan Tempahan di talian 0199192240 (tel/sms/whatsapp) 09-6920039/59

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing and outdoor

Image may contain: one or more people, sky, tree, outdoor, nature and water

Image may contain: 1 person, tree and outdoor

Image may contain: 1 person, outdoor and nature




Image may contain: one or more people, tree, crowd and outdoor
Image may contain: 5 people, tree, plant, crowd, outdoor and nature

#terengganumheritagepost

Pencarian PERMAI DUET pada 24 April ini.. jom sapa yang berbakat!!!

Image may contain: one or more people

Pencarian nyanyian duet Hotel Permai...Dapatkan borang & datang ke restoran Cahaya setiap malam kecuali Khamis untuk sesi latihan... Siapa yang mempunyai suara emas tu, Jom cuba!!😊borang juga boleh didapati di Tapak Karnival Jualan Makanan Hotel Terengganu pada 23-25 Mac 2017 nanti..

@Fb Permai Hotel Kuala Terengganu

#terengganumyheritagepost


 

Jom kita pakat naik TTI RIVER CRUISE di JETI TTI dengan Harga Promosi!!!!!!

Image may contain: text

Jom kita pakat naik TTI RIVER CRUISE di JETI TTI dengan Harga Promosi!!!!!!

HARGA TIKET PROMOSI :
Dewasa RM15 seorang
Kanak-kanak RM10 seorang (7-12 tahun)
PERCUMA bagi kanak-kanak 6 tahun dan ke bawah


Waktu Operasi : 8.00 malam - 10.00 malam
Bermula 21 Mac - 26 Mac 2017..

Selepas 26 Mac 2017, Bot TTI RIVER CRUISE akan beroperasi pada Malam minggu sahaja..
JOM,JOM!! bersantai bawa ahli keluarga naik TTI RIVER CRUISE sambil menyusuri Sungai Terengganu..

Maklumat lanjut hubungi :09-6278888 (bahagian jualan dan pemasaran TTI)

FB Taman Taman Tamdun Islam

#terengganumyheritagepost

JAWATAN KOSONG TERKINI DI TAMAN TAMADUN ISLAM... KEMASUKAN SEGERA!

Taman Tamadun Islam Tti's profile photo, No automatic alt text available.




JAWATAN KOSONG TERKINI DI TAMAN TAMADUN ISLAM...
KEMASUKAN SEGERA!

JAWATAN: Juruteknik Elektrik & Juruteknik Bangunan

Syarat-syarat kelayakan bagi Juruteknik Elektrik adalah sebagaimana berikut;
1. Memiliki Sijil PW1/PW2/PW3
2. Boleh bekerja mengikut shift.
3. Sihat tubuh badan.
Syarat-syarat kelayakan bagi Juruteknik Bangunan adalah sebagaimana berikut
1. Memiliki Sijil Kemahiran CIDB
2. Boleh bekerja mengikut shift.
3. Mempunyai kemahiran yang diiktiraf berkaitan dengan penyelenggaraan bangunan.
4. Sihat tubuh badan

Bilangan kekosongan : 1 kekosongan Juruteknik Elektrik &
                                     1 Kekosongan Juruteknik Bangunan

Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Pentadbiran & Sumber Manusia di talian 09-6278873 (Farhana) ataupun 09-6278881 (Maznah).

FB Taman Tamadun Islam

#terengganumyheritagepost

Tuesday 21 March 2017

Perasmian Pesta Pantai Terengganu 2017 berlangsung dengan meriah sekali

Image may contain: 4 people, people sitting and food

Pesta Pantai Beautiful Terengganu 2017 telah dirasmikan dengan meriah sekali oleh YB Menteri pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Dato Seri Nazri Bin Abd Aziz pada 18 Mac 2017 di Pantai Batu Buruk.

Pesta yang di 'kuasakan' oleh RED ONE' ini mendapat sambutan hangat para pengunjung dengan menampilkan tema 'Nostalgia main panta' yang cukup bermakna kepada rakyat Terengganu suatu ketika dahulu.


Image may contain: 2 people, people sitting and indoor
Pelbagai aktiviti telah disusun dan dirancang sepanjang program berlangsung sejak 17 Mac hingga 25 Mac bermula jam 12.00 tengahari hingga 11.00 malam setiap hari.

Antara yang menarik adalah aktiviti kebudayaan seperti persembahan wayang kulit, pameran barang-barang purba, persembahan dikir barat, busking tradisional, persembahan silatdan antara kemuncak perogram adalah Pertandingan Memancing RED ONE dengan hadiah juara RM40,000 pada 25 Mac 2017 jam 9.00 pagi.

Image may contain: 2 people

Sempena cuti sekolah juga tentunya memberi peluang pada semua pengunjung untuk merasai pelbagai makanan di sini serta berehat dan bersiar-siar bersama-sama keluarga.

Pakat mari ramai-ramai deh

#terengganumyheritage post

JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH KUNCI KEJAYAAN TERBAIK SPM 2016 - Husna Mardhiyyah Mohd Fauzi

Image may contain: 1 person


http://m.utusan.com.my/…/…/spm-terengganu-meningkat-1.457803
  Pelajar SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman itu mengakui tiada petua khas dalam belajar dan mengulang kaji mengikut apa yang diajar guru nya tetapi tetap membaca sentiasa Al Quran pada waktu pagi setiap hari sebelum menelaah pelajaran.
Mata pelajaran yang beliau mendapat A+ adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Bahasa Arab, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Pendidikan Syariah dan Islamiah, dan Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah.

Husna mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapanya, guru-guru, sekolah Imtiaz, kawan-kawan yang sentiasa membantu, Yayasan Terengganu dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu yang banyak mengadakan kem-kem akademik sebelum ini.
‘Saya juga seperti pelajar lain mengulang kaji pelajaran seperti biasa tetapi saya sentiasa menjaga hubungan dengan Allah bagi mendapat keberkatan dalam hidup termasuk dalam pelajaran’.
‘Jaga hubungan dengan Allah kerana Allah tak nak bagi ilmu masuk dalam kepala kita memang ia tak masuk jadi yang paling utama sebelum kita belajar kita kena berdoa mintak dengan Allah dan cuma Allah yang boleh bagi ilham waktu kita jawap periksa dan semuanya hanya dengan izin Allah’.
‘Yakin dengan Allah dan jaga hubungan adab dengan mak ayah, jaga hubungan dengan guru-guru untuk dapat keberkatan jaga adab dengan mereka yang bagi ilmu kat kita, dan jaga adab dengan kawan-kawan serta kaum kerabat’.

‘Allah ada kata kalau kita dalam hidup ini dua perkara yang paling penting Hablum Minallah wa hablum minannas jadi hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia yang paling penting’.
‘Waktu pagi kita perlu utamakan baca Al Quran dulu biar dapat keberkatan dan cari redha Allah dan kemudian baru baca buku akademik’.

‘Saya tak sangka dapat result cemerlang saya cuma doa kalau Allah nak bagi memang Allah bagi yang penting yakin dengan kekuasaan Allah’.
‘Saya duduk asrama dan jangan lupa ingat ke mak ayah, telefon mereka dan mintak maaf zahir batin dan mintak restu semua sebab kalau mak ayah tak redha Allah tak redha dan kalau Allah tak redha macam mana nak bagi kita kejayaan kan’ katanya selepas menerima sijil penghargaan daripada Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin di JPNT pagi tadi.

@imtiaz yayasan terengganu

Jom pakat tutup lampu Sabtu malam Ahad 25 Mac 2017


Image may contain: text

Jom pakat tutup lampu dalam sejam je 9 hingga 10 malam. Tinggal lampu yang perlu sudahlah. Dokpun pakai pelita atau lilin atau pakai lampu powerband .

Sempena dengan kempen Earth Hour dan sama sama jimatkan elektrik.




No automatic alt text available.

#terengganumyheritagepost

Thursday 16 March 2017

Pengalaman Tuan Pegawai Daerah Hulu Terengganu melihat tuntung bertelur di Kg Pasir Temir dan Lubuk Kawah, Kuala Brang

Image may contain: one or more people

Inilah pengalaman Tuan Pegawai Daerah Hulu Terengganu , Tuan Haji Azmi Razik melihat sendiri dan merasai pengalaman melihat tuntung sungai bertelur...

Image may contain: food

Tinjauan saya malam tadi ke Pasir Lubuk Kawah, Kg Sg Ular untuk merasa pengalaman menunggu serta mengutip teuor tuntung amatlah menarik dan sukar dilupakan. 

Kehadiran 5 ekor ibu tuntung utk bertelur dan tiap-tiap seekor mampu mengeluarkan 20- 40 biji teuor sesuatu yangg menakjubkan. Di Daerah Hulu  Terengganu dua kawasan pasir yang menjadi tumpuan ibu tuntung utk bertelour ialah di Lubuk Kawah dan Pasir Temir.

Image may contain: one or more people and outdoor

 Bulan Mac dan April adalah bulan aktif ibu tuntung bertelur setiap tahun. Terima Kasih kepada Wakil Pejabat Perhilitan atas segala kerjasama yang diberikan sepanjang kehadiran saya ke Pasir Lubuk Kawah yang pjalanannya terpaksa menaiki bot dan berjaga semalaman di pasir.

Image may contain: one or more people and outdoor 

Image may contain: one or more people and outdoor 

Semoga usaha pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Perhilitan dapat melindungi hidupan tuntung yang unik dan menarik ini.

Ia juga melambangkan ekosistem kita yang sihat apabila hidupan hidup dalam keadaan baik dan terjaga


FB Azmi Razik

kepada penumpang AIR ASIA... ingatan mesra tentang bagasi anda....

No automatic alt text available.

Mulai 15 Mac 2017, Air Asia tak benarkan HIKING BACKPACK dibawa masuk ke dalam cabin, kena check in. Geng2 travel backpack semua take note yer. Yang dibenarkan hanya 1 Cabin beg saiz tak lebih dari 56cm x 36cm x 23cm, dan 1 beg kecil (boleh muat bawah seat depan), dan jumlah berat bagi kedua2 beg tu tak lebih dari 7kg. Kalau lebih, kena bayar RM200 per beg untuk dibawa ke kargo. Bertabahlah :D
Sila SHARE kepada semua kaki travel especially backpackers

Kepada semua penumpang Airasia, anda kena plan betul tentang bagasi anda, samada perlu dibawa ke kabin atau di bawa ke kargo dengan kos tambahan dan ianya lebih baik daripada didenda RM200.

Sikap mengambil mudah akan mengambil SUSAH jadi beringatlah.

FB Nahar Efendy Noordin

Wednesday 15 March 2017

I miss U, I Luv U, Me Luv U.. itulah antara minuman yang unik dan kian popular di Gong Badak, Kuala Terengganu

No automatic alt text available.

I Luv U
I Miss U
Me Luv U

Itulah antara nama air di kedai ini yang kian popular.
Jangan salah sebut kan boleh cari gaduh dengan pasangan nanti.

Kedai yang terletak di tepi jalan menghala ke Pasaraya Hock Kee Seng , Gong Badak, Kuala Terengganu.

Ia dijual dengaan harga RM4 segelas.

Image may contain: drink and indoor

Image may contain: 1 person, sitting, indoor and outdoor


Di antara dialog dalam loghat Terengganu  rakan FB tentang  air minuman yang unik ini.

Kerana Segelas Air ..
Aku Kene Tido Luor !!!!

Name air Tu I love U ..
Pahtu Ambe Order r 2 ..

Tukang Jual ( Comey boh ) nok Confirm ..yer Tanye Balik...
I Love U two ?

Yer.. I love you Two..
I miss U smula smula r.. 


Tibe tibe .. Mek ambe masuk keda ..
Galok teh.. Nok beli air ke nok ngorak tu !! Amboi ..Balaik aku Kate..Balaik !!
Moral Of the Story...
Kalu nok beli ... Tunjuk .. Jangan sebuk kalu ade Bini tepi...hahaha..


#deCoffestationGongBadok

 
FB Telo piung

Sunday 12 March 2017

Cendol Mangga @ pauh yang sedap di Restoran Rasa Pedas Kg Mengabang Lekar, Batu Rakit, Terengganu



Musim panas ni kena cendol memang sedap .Ada satu Kedai makan atau restoran yang menyediakan cendol sedap dan dan menarik, macam-macam ada di sini dari Cendol durian, Cendol mangga @ mempelam @ pauh dan macam-macam lagi.Memang sedap sungguh dengan rasa lemak manis apabila cendol bertemu pauh.

Selain itu juga kedai ini turut menjual Nasi Ayam Hainan yang sedap dan juga Nasi Ulam dan lauk-lauk. Sebelah petangnya pula menjual steambot buffet dengan harga RM19 seorang dengan pelbagai pilihan dan nasi dengan budu ditawarkan bersama staembot.

Nasi ayam hainan

kecur air liur tengok Cendol Mangga


Lokasi kedai Restoran Rasa Pedas Sukaramai ini terletak berhadapan dengan Gerai Keropok Sukaramai yang popular di Kg Mengabang Lekar. Jika waktu malam suasana kedai ini meriah dengan lampu yang terang.

Banyak destinasi makan yang menarik di Terengganu ini yang bolek kita nikmati bersama keluarga atau teman-teman.

@terengganumyheritage post

 

Saturday 11 March 2017

Ikan Celup Tepung RM1 seekor.. mahal ke??? di Padang Midin Kuala Terengganu

Image may contain: food

Kalau kedai lain, ikan celup tepung besar ni dekat RM4.00 - RM5.00 seekor. Tapi Warung RM1 dekat sebelah Restoran Telanai Seafood, Padang Midin ni dia jual RM1.00 saja seekor. ABC, Pisang Goreng, Keropok Goreng, Mee Goreng semuanya RM1.

No automatic alt text available.

 Di saat peniaga lain berebut untuk menaikkan harga kerana nak pergi haji balik hari, peniaga ni kekal dengan harga RM1. Siapa kata jual murah tak untung?

@FB Mohd Adha Mohd Zain

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog