iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Tuesday, 21 April 2015

Makam Tok Gajah di Kg Pasir Nering Kuala Brang, Hulu Terengganu


Tok Gajah atau sebenarnya Imam Rasul Bin Shahrum, manakala gelarannya adalah Orang Kaya Imam Indera Gajah Perang, Khatib Rasul atau Imam Perang Rasul.

Beliau merupakan Orang Besar Raja yang berkuasa dari Batu Redap sampai ke Kuala Piul, dari Tanjung Sakti hingga ke Kangsa, dari Pedah sampai ke Tanjung Lindung, dan juga Lembahan Sungai Budu di Lipis.


Kedudukannya yang setaraf dengan Orang Besar Berempat di Negeri Pahang dan menjadi orang kepercayaan sultan, menjadikan beliau amat dihormati oleh rakyat di Ulu Pahang.

Tok Gajah merupakan seorang pahlawan yang berani bersama beberapa orang pahlawan lain seperti Mat Kilau, anaknya, Dato' Bahaman serta beberapa orang lagi, telah terlibat dalam gerakan menentang campurtangan Inggeris di Pahang pada 1893 hingga 1895.



Pihak Inggeris elah mengeluarkan satu perintah untuk menangkap beliau pada tahun 1897. Tok Gajah telah melarikan diri ke Ulu Kelantan dan kemudiannya ke Hulu Terengganu.

Beliau telah meninggal pada 1901 dan telah dimaqamkan di Kg Pasir Nering, Hulu Terengganu.
Makamnya yang terletak tidak jauh dari jalan besar kini dijaga dengan baik oleh Muzium Negeri Terengganu dan pihak berkuasa tempatan.

Banyak kisah dan sejarah yang terhasil di Hulu Terengganu ini dan ia juga terletak tidak jauh dari Memeorial Batu Bersurat di Kg Buluh Kala Brang.

Al Fatihah untuk pahlawan kita

Thursday, 9 April 2015

400 Hektar Kawasan Setiu Wetland Diwartakan

4

Kerajaan negeri mewartakan kawasan seluas 400 hektar di Taman Bencah Setiu atau lebih dikenali dengan Setiu Wetland sebagai Taman Negeri dalam usaha memulihara ekosistem serta biodiversiti alam semulajadinya.
Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, keputusan itu telah dibuat dalam mesyuarat Exco Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri kelmarin dimana untuk peringkat permulaan, tumpuan akan diberikan terhadap pembangunan kawasan itu bagi tujuan ekopelancongan.
“Pada asalnya kawasan yang dicadangkan seluas 1,743 hektar, bagaimanapun pada peringkat awal ini perkara utama yang perlu ditekankan adalah bagaimana menjadikan kawasan 400 hektar yang diwartakan itu sebagai tarikan ekopelancongan terlebih dahulu.
“Justeru, selaras dengan hasrat tersebut kerajaan negeri telah bersetuju meluluskan sebanyak RM500 ribu buat permulaan untuk tujuan pembinaan benteng di kawasan pantai bagi mencegah air laut memasuki kawasan hutan paya bakau yang telah dikenalpasti,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau Setiu Wetland di Setiu, hari ini.
9
Menurut Ahmad Razif, pihaknya juga sedang menunggu keputusan daripada kerajaan pusat berkenaan permohonan berjumlah kira-kira RM9.1 juta bagi membangunkan keseluruhan kawasan yang dicadangkan sebagai Taman Negeri itu.
Katanya, selain kerajaan negeri, pihak yang terlibat sepenuhnya dalam merencanakan pembangunan di kawasan Setiu Wetland adalah ECERDC, Jabatan Perhutanan serta Yayasan DiRaja Sultan Mizan.
“Kita juga mendapat khidmat nasihat dari segi pembangunan kawasan dan penyelidikan tentang pemuliharaan alam semulajadi yang dikendalikan oleh pihak Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
“Mengikut kajian yang dibuat UMT tahun lalu, setiap kawasan dengan keluasan 400 hektar di Setiu Wetland, nilai asetnya bernilai kira-kira RM1·5 juta,” ujarnya.
norainijusoh@teganukita

290 Spesies Burung Di Tasik Kenyir Tumpuan Pelancong Antarabangsa


12
Tasik Kenyir yang menjadi habitat 290 spesies burung termasuk spesies jarang ditemui akan dibangunkan sebagai destinasi ekopelancongan terunggul di rantau ini, kata Timbalan Pengerusi II Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.
Beliau berkata ini berikutan kedudukan Tasik Kenyir kekal menjadi tarikan utama dalam industri ekopelancongan khususnya daripada kalangan peminat burung tempatan dan luar negara.
“Sebanyak 290 spesies burung telah direkodkan di Kenyir termasuk sembilan daripada 10 spesies burung enggang selain penemuan helang terpantas di dunia iaitu Peregrine Falcon,” katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri akan terus menjenama dan mempromosikan Tasik Kenyir sebagai “Destinasi Melihat Burung” terunggul di rantau ini.
HFK_1544
Menurutnya penganjuran kali ketiga ‘Kenyir Bird and Nature Quest’ selama dua hari bermula hari ini berjaya menarik 80 penyertaan daripada peminat burung termasuk dari Kanada, Nigeria, Palestin, Yaman dan peserta tempatan.
Katanya kerajaan negeri yakin bukan sahaja Tasik Kenyir malah Terengganu yang mempunyai 461 spesies burung termasuk beberapa spesies yang jarang ditemui di tempat lain boleh dijadikan pusat kajian burung.
“Selain di Tasik Kenyir terdapat juga beberapa spesies burung yang jarang ditemui di Pulau Perhentian, Setiu Wetland selain di beberapa lagi kawasan termasuk beberapa bandar di Terengganu,” kata Tengku Zaihan.
Beliau berharap beberapa badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dapat menjadikan Terengganu sebagai destinasi utama kepada pencinta burung.
Sementara itu, Presiden MNS Henry Goh berkata pihaknya yang mempunyai 120 jaringan dan bekerjasama rapat dengan beberapa lagi NGO luar negara akan berusaha memperkenalkan Terengganu sebagai destinasi ekopelancongan.
“Industri ekopelancongan terbukti telah memberikan pulangan yang besar kepada beberapa negara termasuk di Amerika Syarikat iaitu sebanyak RM5 bilion setahun dan begitu juga di Eropah,” katanya
fauzimohd@teganukita

lazada advt

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shopping @ ZALORA my

My Blog List

kongsi blog