iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Tuesday 30 September 2014

Penjenamaan Tasik Kenyir Sebagai Destinasi Pelancongan Bertaraf Dunia

tasik-kenyir-173

Kerajaan negeri komited membangunkan industri pelancongan sebagai tunjang ekonomi negeri dengan melaksanakan transformasi  terbesar menerusi penjenamaan semula Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancongan yang bertaraf dunia.
Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd rahman, berkata strategi ini diyakini akan menghasilkan impak yang positif kerana Tasik Kenyir merupakan antara aset terbaik Negeri Terengganu.
“Proses penyediaan pelbagai kemudahan dan produk pelancongan sedang giat dijalankan bagi meningkatkan daya saing Tasik Kenyir sebagai ikon pelancongan.
“`Trend’ peningkatan bilangan pelancong ke Tasik Kenyir yang meningkat dari tahun ke tahun menambahkan keyakinan kerajaan negeri bahawa Tasik Kenyir mampu menjadi hab pelancongan yang terkenal di peringkat antarabangsa,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-52 Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin, di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.
Ahmad Razif berkata,  peningkatan pengunjung ke destinasi terkenal itu juga  akan membantu merealisasikan hasrat Tasik Kenyir sebagai hab eko- pelancongan dan kawasan bebas cukai satu masa nanti.
Untuk rekod, data kemasukan pengunjung ke Tasik Kenyir pada tahun lalu mencatatkan peningkatan bilangan sebanyak 17.8 peratus  kepada  467,678 orang berbanding pada 2012 (397,000 orang).
Sementara pada  2011 seramai 275,241 orang pengunjung direkodkan ke tasik itu,  meningkat  44 peratus berbanding 2012.
Katanya, perkembangan itu memberi  petanda positif  terhadap sasaran kerajaan negeri untuk menjadikan sektor pelancongan sebagai medium sumber penjana ekonomi negeri yang utama akan tercapai .
aidaabdrahman@teganu kita

Terrapuri : Sebuah Mahakarya Cinta

TP3

Dia mengambil masa selama 19 tahun untuk melengkapkan impiannya yang dinamakan Terapuri, suatu yang dianggap oleh sebilangan rakan sebagai ‘kerja gila’.
Satu demi satu rumah-rumah lama berusia beratus tahun yang hampir runtuh dan dianggap tidak lagi bernilai oleh para pemilik, begitu juga perkakas di dalamnya termasuk kukur kelapa dan sarang kuih.
Satu demi satu dicerai dan dibangunkan semula dengan kaedah tradisional oleh tukang-tukang yang masih mewarisi kemahiran, dikembali kepada bentuk asal dengan kesempurnaannya.
Ia mengembali seri, keindahan dan keunikan sebenarnya untuk diberi nilai baru demi kepentingan warisan negeri dan dunia perniagaan yang diceburinya.
TP1
Suatu yang mungkin berakhir sebagai bahan terbuang dan lenyap begitu sahaja kini menghiasi Terrapuri (tanah istana) di Kampung Mangkuk Penarik, hampir sejam perjalanan dari Kuala Terengganu.
Alex Lee Yun Ping, 42, membelanjakan kira-kira RM2 juta untuk itu dan rumah-rumah tradisional antik berkenaan menjadi sebuah resort mewah untuk ruang penginapan, spa, galeri seni dan restoran.
Malah ia juga bagaikan perkampungan warisan atau mungkin boleh dikatakan sebagai muzium terbuka yang memancarkan ketinggian seni bina Terengganu yang memberi ruang kepada pengunjung menatap kepelbagaiannya di samping merasai sama semangat kediaman silam dengan simbol dan pengertian.
Ia terletak di kawasan seluas kira-kira empat hektar di pinggir pantai dengan pandangan laut dan pulau, dihiasi landskap tumbuhan tempatan termasuk cermai dan belinja serta peralatan tradisional seperti perahu, baloh, lesung batu dan tempayan.
TP2
Ia dilingkari juga dengan hutan paya serta nipah yang belum terusik manakala gunung Tebu melatari belakangnya.
Dengan apa yang diusahakan sekian lama secara beransur-ansur, rumah kayu yang lazimnya dikaitkan sebagai simbol kemiskinan dan ketinggalan zaman dijelmakan sebagai satu simbol kemewahan.
Justeru setiap bilik untuk dihuni semalaman bernilai sekitar RM500 hingga RM1,200. Setelah sekian lama, ia cukup berbaloi baginya dan pelancong yang tahu menghargai.
”Dalam usaha mengembalikan seni warisan tempatan ini ke mata dunia, pelbagai kekangan yang terpaksa ditempuh, ia tidak semudah yang disangka, termasuk soal kewangan apabila ia tidak memberi pulangan segera.
TP6
”Kebanyakan rumah yang dibeli sudah 50 hingga 60 peratus rosak dan diubah suai. Banyak yang perlu dibalik pulih menggunakan bahan dan bentuk sebagaimana asal termasuk atap, dinding, pintu dan lantai diganti yang baru.
“Kemahiran seni pertukangan silam ini semakin pupus yang menuntut dicari tukang-tukang yang berkebolehan,” ujar Alex yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Ping Achorage, sebuah syarikat pengendali pelancongan terbesar di negeri ini.
Di samping itu katanya, proses untuk mendapatkan hak milik rumah-rumah pusaka ini sangat rumit sehingga memakan masa yang begitu lama.
”Sukar untuk menjadikan Terrapuri suatu realiti kerana ada pewaris dipujuk sehingga tiga tahun untuk menjual sebuah rumah dan ada juga menawarkan sehingga RM3,000 hanya untuk sebuah tangga rumah yang tidak lagi digunakan.
“Saya menjelajah ke seluruh pelusuk negeri untuk mengumpul rumah-rumah ini seperti Rumah Bujang, Rumah Tiang Berserambi dan Rumah Tiang 12.
TP7
“Ada yang dibeli di Jeram Tepoh, Pulau Bahagia, Pulau Manis, Pulau Duyung, Losong, Gelugur Raja, Seberang Takir, Paloh, Pulau Musang, Kubang Jela, Serada, Binjai Rendah dan Kedai Buluh,” ujar Alex dalam loghat Terengganu yang masih pekat.
Resort yang berinspirasikan istana Terengganu pada era Sultan Manshor Shah Ke- 2, juga Kesultanan Kelantan dan Patani ini muncul sebagai salah satu mahakarya bagi pelancongan negeri ini.
Pembinaan Terrapuri sedikit sebanyak menterjemahkan bahawa warisan merupakan produk pelancongan yang paling mahal di dunia dan perlu dieskploitasi bagi menyuburkan industri ini.
Alex yang juga Timbalan Pengerusi Persatuan Pelancongan Terenganu menceritakan mengapa beliau sanggup berhabisan masa, wang dan tenaga bagi semua ini.
”Saya dilahirkan membesar di pinggir pantai di Marang di rumah seni bina Melayu dalam lingkungan kehidupan tradisional masyarakat tempatan yang beransur menyemaikan kecintaan saya terhadap semua yang telah saya lalui.
”Saya ingin mengembalikan apa yang semakin menghilang dari pandangan saya dan umum yang saya anggap besar nilainya bagi diri saya, negeri dan rakyat,” ujarnya.
TP4
Beliau yang sudah 22 tahun aktif dalam bidang pelancongan menyingkap bagaimana pelancong asing amat menghargai khazanah warisan dan mereka juga berbangga dengan warisan mereka.
”Apabila deretan bangunan usang di pinggir Marang dirobohkan pihak berkuasa untuk pembangunan semula dengan binaan konkrit lebih sedekad yang lalu, para pelancong sudah tidak lagi berpaling ke sini,” ujarnya.
“Justeru saya memberi fokus kepada pelancongan warisan dengan sentiasa cuba ketengahkan keunikan negeri ini untuk ditonjolkan sebagai produk pelancongan,” ujarnya.
Katanya, negeri ini perlu tonjolkan warisan dan identiti sendiri untuk dikomersialkan ketika banyak negara berbangga apa yang pernah dan masih menjadi milik mereka.
TP5
Walaupun Terrapuri belum siap sepenuhnya, ia telah menerima kunjungan lebih 4,000 pelancong dari serata pelosok dunia.
Lokasi ini turut didatangi oleh penyelidik dan pelajar dari beberapa universiti tempatan dan ternama dunia kerana mereka boleh melakukan tugasan tanpa perlu tercari-cari ke merata tempat.
Ia juga mendapat liputan daripada media asing seperti Discovery Channel dan Amazing Race serta dipilih sebagai lokasi pengambaran filem Merong Mahawangsa terbitan KRU Production Sdn. Bhd.
Terrapuri sebenarnya menjadi lambang kecintaan Alex untuk dihadiahkan kepada Terengganu selaku anak negeri dan berkongsi kebanggaan terhadap warisan yang telah membentuk siapa dirinya kini.
Fauzimohd@teganu kita

22,279 – Penyertaan Tertinggi Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud

BHM_5045

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LJSM) 2014 yang diberi nafas baharu mencatat sejarah penyertaan teramai sepanjang siri penganjurannya dengan 22,297 orang bersaing dalam 12 kategori semalam.
Pelari dari Kenya terus mengungguli kategori utama (antarabangsa) lelaki dan wanita terbuka dalam perlumbaan sejauh 42 kilometer (km) yang bermula dan berakhir di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu.
Seurei Julius Kiprotichi, 38, yang menamatkan larian dua jam lapan minit dan 59 saat (2’08:59) membawa pulang RM18,000 manakala Mary Arennkwony Maiyo, 26, dengan catatan masa 2’33:44s meraih RM10,000 selaku juara.
Tempat kedua lelaki dan wanita terbuka antarabangsa dimenangi oleh Muasya Onesmus Muindi dengan catatan masa 2’09:9s dan ketiga, Joel Kipumo Kemboi dengan masa 2’09:18s. Masing-masing menerima RM8,000 dan RM5,000.
Tempat kedua wanita terbuka antarabangsa dimenangi oleh Edinah Jeruto Koech dengan catatan 2’38:44 saat dan ketiga Purity Chelimo Serem dengan catatan 2’40: 25 saat. Masing-masing membawa pulang RM8,000 dan RM5000.
Bagi ketegori lelaki Malaysia terbuka 21 km, dimenangi oleh Muhaizar Mohamad, 26, dari Kedah dengan catatan masa 1’10: 46s dan tempat kedua, Thevan Al Rajoo 1’10:53s manakala Mohd. Jironi Riduan (1’11:17s) di tempat ketiga.
Mereka menerima RM8,000, RM5,000 dan RM3,000.
Kategori wanita Malaysia terbuka 21 km dimenangi oleh Sheela Samivellu, 34, dari Putrajaya dengan catatan masa 1’21:52s manakala tempat kedua, Yuan Yu Fang (1’29:51) dan ketiga Loh Chooi Fern (1’30:37s). Masing-masing menerima RM8,000, RM5,000 dan RM3,000.
Perlepasan peserta disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman manakala penyampaian oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah.
Hadir sama, Pengarah Majlis Sukan Negeri, Abd Rashid Jusoh.
Seramai 22,297 peserta termasuk 120 peserta luar negara menyertai edisi LAJSM pada tahun ini yang menawarkan hadiah keseluruhan RM278,800 berbanding kira-kira 8,000 penyertaan pada tahun lalu dan melepasi 10,000 yang disasarkan penganjur.
Peserta antarabangsa terbanyak adalah dari Kenya iaitu 80 orang selain Ethiopia, German, Indonesia, Singapura, Australia, Austria, Azerbaijan, Bangladesh, India, Jepun, Nigeria, Sri Lanka, Thailand, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
aidaabdrahman@teganu kita

Drama baru TV3 menjalani pengambaran di Agro Resort, Setiu, Terengganu


Peladang Setiu Agro Resort sekali lagi menjadi lokasi pengambaran drama bersiri "AKU TAK RELA' untuk Slot Azalea di TV3. Drama ini mengandungi 120 episod. Ia dihasilkan oleh A. Aida Production dengan pengarahnya Abang Anuwad dan pengarah kraetifnya Abang Hasnul.

Pengambaran melibatkan persekitaran kawasan resort yang dikelilingi tasik, ruang lobi, pejabat dan chalet. Ia diharap mampu memberi impak kepada pelancongan di Setiu dan Terengganu dengan memperkenalkan lokasi menarik melalui drama tersebut.



Di antara pelakonnya ramai bakat-bakat baru yang diketengahkan dan juga pelakon yang sudah mempunyai nama seperti Zulhairi, Watie Sadali dan lain-lain.

Terengganu sememangnya berpotensi menjadi lokasi pengambaran drama atau filem dengan banyak sekali lokasi menarik dan kerjasama yang baik daripada masyarakat setempat.

Sunday 28 September 2014

Kuala Terengganu akan mempunyai penerbangan Terus dari Medan, Indonesia bermula November ini









Kuala Terengganu akan mengorak langkah sebagai hub pelancongan di pantai timur semenanjung apabila akan mempunyai penerbangan terus Medan, Indonesia ke Kuala Terengganu pada November ini. Ia akan dioperasikan oleh YOU Wings melalui pesawat Sriwijaya Air.



Menurut Pengerusi Eksekutif YOU Wings, Daniel Lee, penerbangan ini akan beroperasi 3x seminggu yang dijangka memberi dimensi baru hubungan Medan-Kuala Terengganu dalam pelancongan, perniagaan dan perdagangan. Di samping Kuala Terengganu, ia turut mempunyai penerbangan terus Medan-Ipoh bermula November ini.

Negeri Terengganu yang terkenal dengan tagline Negeri Cantik Budaya Menarik dijangka mampu menggamit pelancong dengan tarikan produk pelancongan yang hebat seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian, Tasik Kenyir serta Bandaraya Kuala Terengganu itu sendiri.



Kota Medan yang mempunyai penduduk melebihi 8 juta tentunya mempunyai potensi yang besar terutama dalam menggamit pelancong untuk mengunjungi Terengganu mahupun negeri pantai timur iaitu Pahang dan Kelantan.


Hub penerbangan YOU Wings di Medan juga akan berkembang dalam sedikit masa lagi ke Dhaka, China, Vietnam, Australia, Jepun, Bangkok serta Korea di samping penerbangan sedia ada ke Batam, Jakarta serta laluan penerbangan Sriwijaya Air yang sedia ada meluas.

YOU Wings kini mempunyai laluan Medan - Pulau Pinang yang mendapat sambutan hangat dengan penerbangan setiap hari. Bagi menempah atau mendapat maklumat lanjut blehlah melayari www.youwings.com


Monday 22 September 2014

Apabila Shaheizi Sam Bertamu di Agro Resort, Setiu, Terengganu



Ini adalah di antara staf Agro Resort, Setiu, Terengganu yang bergambar dengan pelakon terkenal Shaheizi Sam yang sempat meluangkan masa sebelum ke lokasi penggambaran filem baru Astro Shaw ' POLIS EVO'.

Lokasi penggambaran dilakukan disekitar Kg Mangkuk, Kg Telaga Papan dan Jeti Merang.

Agro Resort menjadi lokasi penginapan bagi krew dan artis filem baru ini. 

Memang 'humble' Shaheizi ini, mudah mesra dengan peminat walaupun agak penat selepas seharian di lokasi.

Artis lain yang turut sama membintangi filem POLIS EVO ini Zizan Razak, Nora Danish, Bront Palarae, Wan Hanafi Su, Fadhilah Mansor dan ramai lagi.


Sunday 21 September 2014

Jejak Ulama Terengganu: Tokku Pulau Manis





Syeikh Abdul Malik atau lebih dikenali Tok Pulau Manis dilahirkan di Kampung Pauh, Hulu Terengganu pada tahun 1060an/1650an, berketurunan Sharif Mohammad, yang berasal dari Baghdad. Menerima pendidikan agama diperingkat awal dari kaum keluarganya sendiri.



Syeikh Abdul Malik kemudiannya belajar di Aceh yang digelar “Serambi Mekah. Adalah dipercayai beliau telah menerima pendidikan secara langsung dari ulama besar Acheh, Syeikh Abdul Rauf Singkel (1030-1050/1620-1693) yang juga seorang tokoh yang berusaha membawa kepada pengukuhan terhadap aliran al-Sunnah wal Jamaah di alam Melayu. Beliau telah menyalin kitab Tafsir Baydawi yang dikarang dalam Bahasa Melayu oleh Syeikh Abdul Rauf Singkel. Selanjutnya beliau menyambung pengajian di Mekah sekitar tahun 1680, ketika beliau dipercayai berumur 30 tahun.

Selama hampir satu dekad di Mekah, beliau telah berguru dengan ulama-ulama terkenal seperti Syeikh Ibrahim al-Kurani (1025-1011/1616-1690), yang juga menjadi guru kepada Syeikh Abdul Rauf Singkel, bersahabat dengan pelajar-pelajar yang seangkatan dan seperjuangan dengannya seperti Tuan Haji Mohd Salleh bin Omar al-Semarani dari Jawa, Dato’ Syed Abdullah dari Terengganu, Fakeh Abdul Kadir Palimbang, Fakeh Abdul Rahman Patani, Fakeh Abdul Samad Kedah dan Haji Mohamad Siantan dan mengajar apabila terdapat peluang berbuat demikian. Semasa berada di Mekah dan juga Madinah, Syeikh Abdul Malik telah memberi penumpuan kepada keilmuan tiga serangkai, iaitu ilmu-ilmu Fikah, Usuluddin dan Tasawuf disamping Tafsir, Hadis dan ilmu-ilmu bantu seperti nahu, saraf dan sebagainya.

Beliau mendalami Fikah al-Shafie dengan berguru kepada Syeikh Ibrahim al-Kurani yang telah menggantikan Ahmad Qushashi yang menjadi pengajar kepada pengikut Imam Shafie di sana. Bidang Usuluddin yang diikutinya pula adalah berdasarkan pendekatan Imam al-Asya’ari yang menjadi pegangan umum pengikut ahl-al Sunnah wal Jamaah, manakala bidang Tasawuf yang diceburinya pula adalah berdasarkan etika ubudiyah kepada pengajian Tasawuf.

Syeikh Abdul Malik memilih Tarekat Shadhiliyah yang diasaskan oleh Abu al-Hasan al-Shadili (M. 656/1258) yang berasal dari Maghribi. Beliau berkenalan dengan tarekat ini menerusi pengajiannya iaitu melalui karangan pendukung utama dari kalangan generasi ketiga aliran sufi iaitu Ibnu ‘Athaillah (M. 709/1309). Tulisan yang menarik minatnya itu ialah Al-Hikam disamping al-Tanwir fi Isqat al-Tadbir, Lata’if al Minan dan Taj al-Arus.

Pengajaran al-Shadhili dan Ibnu ‘Athaillah dianggap lanjutan dari pendekatan Tasawuf al-Imam al-Ghazali dan kitab Ihya ‘Ulumuddin menjadi kitab penting bagi pengajaran bagi Imam Abu al-Hassan al-Shadhili dan pendokong-pendokongnya. Sebagai seorang yang kesedaran tentang peri pentingnya mendalami ilmu Syariat disamping Usuluddin sebagai asas mendalami ilmu Tasawuf, Syeikh Abdul Malik sendiri, sebelum pemergiannya ke Tanah Suci sudah pun mendalami beberapa bidang ilmu tersebut.


Ilmuan yang menjadi rujukannya berjumlah tidak kurang dari 143 orang, diantara yang terpenting di kalangan mereka itu ialah Ibn ‘Athaillah dan Abu al-Hasan al-Shadhili sendiri, Abu al-Abbas al-Mursi, Ibn Arabi, Abu Hafs Umar bin Muhammad bin Abd Allah al-Suhrawardi, Abu Turab al-Khashabi, Abu Yazid al-Bistami, Abu Talib al-Makki, Abu Hamid al-Gahzali, Abu al-Qasim al-Nasr Abadhi, Abu Bakar al-Shibli, Abu Nasr al-Sarrj, Ahmad al-Rifa’i, Ahmad Ibn Hanbal, iBn Abbad, Hassan Basari, Junayd al Baghdadi, Ahmad Zarruq, Shal bin Abdullah, Sirri al-Suqti, al-Sha’rani, Abd al-Salam bin Mashish dan Ma’ruf al-Karkhi. Selain itu, beliau juga banyak merujuk kitab Fusus al-Hikam oleh Ibnu Arabi, Qut al-Qulub oleh Abu Talib al-Makki, karya-karya al-Ghazali seperti Ihya Ulumuddin dan Minhaj al-Abidin, al-Luma oleh Abu Nasar al-Sarraaj al-Tusi, alRi’ayat Li Huquq Allah dan Amal al-Qulub wa al-Jawarib oleh al-Harith al Mushasibi, Sharh ter


hadap Hikam berjudul Hikam Ibn ‘Athaillah atau Qurrat al-Ayn oleh Ahmad Zarruq dan Halat Ahl al Haqiqat Ma’a Allah oleh Ahmad al-Rifa’i.

Peranan Syeikh Abdul Malik sebagai pengajar di Mekah menyerupai penglibatan sebahagian penting ulama-ulama lain dari seluruh dunia yang menjadikan Tanah Suci sebagai pusat pendidikan. Pelajar-pelajar yang menjadi tumpuan beliau adalah mereka yang datang dari Tanah Jawi. Kedudukan Syeikh Abdul Malik di sini mempunyai persamaan dengan kedudukan ulama-ulama Jawi yang lain seperti Syeikh Daud bin Abdullah Fatani, Syeikh Abdul Samad Palimbang, Syeikh Mohamad Nawawi al-Bentani dan Syeikh Mohamad Khatib bi Abdul Latif Minangkabau. Sebagai guru yang amat meminati Tasawuf beraliran etika Ubudiyah yang diperolehi oleh Imam al-Ghazali, beliau juga memilih mengajar dengan menggunakan karangan-karangan yang menjadikan hasil karya Hujjatul Islam itu. Kitab-kitab yang dimaksudkan itu termasuklah Ihya Ulumuddin. Matan Hikam Ibnu Ata’ul-Lah yang dianggap sebagai lanjutan dari pendekatan etika Ubudiyyah al-Imam al-Ghazali juga ternyata mendapat perhatian istimewa dari Syeikh Abdul Malik. Minat Syeikh Abdul Malik terhadap Matan Hikam diperkukuhkan lagi oleh permintaan sahabat-sahabatnya seperti terjelas dalam Hikam melayunya :

(Dan) sanya telah meminta akan daku setengah saudaraku yang salik bahawa menterjemakan aku akan dia dengan bahasa Jawi supaya memberi manfaat dengan dia segala orang yang mubtadi, maka ku perkenankan atas yang demikina itu dengan sekira-kira yang difahamkan Allah Taala akan daku (dan) adalah au memanjangkan sedikit perkataannya kerana aku memasukkan perkataan sharahnya dengan sekadar kifayah bagi orang mubtadi mengetahui dia……?

Karangan di atas menunjukkan bahawa sahabat-sahabatnya di Mekah telah memintanya mengarang, sesuatu yang mencerminkan martabat kedudukannya di kalangan kawan-kawannya. Dengan penulisan tersebut Hikam Melayu merupakan sebuah kitab Tasawuf terbesar dan terawal menurut aliran ahli Sunnah wal-Jamaah di dalam Bahasa Melayu.

Adalah dipercayai bahawa Syeikh Abdul Malik pulang ke tanah air sekitar pertengahan tahun 1960an ketika berusia lebih kurang 40 tahun. Kehadirannya di dalam masyarakat tempatan, yang diperkukuhkan oleh Hikam Melayunya serta pertalian dengan pembesar tempatan di Negeri Terengganu. Malah disebabkan oleh pertalian Terengganu dengan Johor, peranan Syeikh Abdul Malik menjadi lebih penting lagi dalam kontek perkembangan sosial semasa. Mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai beliau dikatakan bertanggungjawab membawa dan menabalkan Zainal Abidin I menjadi sultan pemerintah Negeri Terengganu (1725-1734) yang berlangsung di Tanjung Baru. Raja tersebut juga telah berkahwin dengan anak perempuan Syeikh Abdul Malik. Apabila Syeikh Abdul Malik berpindah dari Hulu Terengganu dan menetap di Pulau Manis baginda juga telah turut sama berpindah dan menetap tempat yang baru sebelum memilih tempat persemayam tetapnya di Kuala Terengganu.


 Syeikh Abdul Malik menjadi peneraju program pendidikan agama di Terengganu, sama ada selaku ulama istana atau sebagai guru kepada orang ramai. Di istana, Syeikh Abdul Malik berdampingan bukan sahaja dengan Sultan Zainal Abidin I tetapi juga dengan pembesar-pembesar yang turut berguru dengannya. Di dalam upacara keagamaan, beliau diberi peranan mengetuai majlis-majlis tersebut. Dalam penglibatannya sebagai Syeikh al-Ulama dan Mufti beliau mengeluar fatwa-fatwa berhubung dengan pegangan keIslaman dan hukum hakam. Dengan berpandukan pengalaman pengajian di Jawa, Aceh dan Mekah, beliau telah menjadikan Pulau Manis sebagai tempat pengajaran dan ibadat yang didatangi oleh pelajar-pelajar dari jauh dan dekat. Adapun kitab beliau yang kedua terbesar selepas Hikam Melayu, iaitu Kitab Kifayah merupakan sebuah karya yang merangkumi Usuluddin dan Fekah.



Syeikh Abdul Malik atau Tok Pulau Manis meninggal dalam lingkungan usia 86 tahun iaitu pada tahun 1149H bersamaan 1736 sebagaimana yang terakam pada makamnya.

Nama Tokku Pulau Manis sememangnya telah begitu masyhur di kalangan penduduk Terengganu sebagai seorang ulama dan juga pejuang tanah air pada waktu penjajahan British dahulu. Namun begitu, tidak ramai yang mengenali susur galur dan juga sejarah hidup ulama Melayu ini.Nama beliau yang sebenar ialah Shaikh Abdul Malik bin Abdullah. Shaikh Abdul Malik adalah berasal dari keturunan Syarif Muhammad al-Baghdadi yang merupakan seorang raja di Baghdad. Kemudian beliau telah merantau ke Terengganu dan menjadi pemerintah di Terengganu yang dikenali dengan Kerajaan Temir. 


Pada tahun 1650, Shaikh Abdul Malik telah dilahirkan di Kampung Pauh, Kuala Berang. Beliau merupakan putera kepada Tuanku Syarif Abdullah iaitu seorang pemerintah dan ulama kerajaan Temir pada masa itu. Beliau diberi nama Syarif Abdul Malik bin Tuanku Syarif Abdullah bin Tuanku Syarif Abdul Qahar bin Tuanku Syarif Muhammad Al-Baghdadi, pengasas kerajaan Islam pertama di Terengganu. Beliau adalah berketurunan dari nasab Rasulullah s.a.w.

Kehidupan Shaikh Abdul Malik di istana adalah juga merupakan tempat umat Islam menerima ilmu, tarbiyyah dan menjadi pusat pertadbiran kerajaan. Dalam meniti usianya di istana, beliau banyak memerhati dengan penuh teliti setiap butir perkataan dan gerak-geri ayahandanya yang merupakan sebagai gurunya yang pertama. Dari sehari ke sehari, beliau membesar di dalam suasana yang penuh seimbang antara agama dan politik yang memungkinkan beliau menjadi matang melebihi usianya. Malahan begitu, beliau juga tidak begitu berminat untuk bermain sebagaimana kanak-kanak yang seusia dengannya. Akan tetapi, beliau lebih berminat untuk mentelaah kitab, mendampingi ayahandanya dan melakukan ibadat. Hasil dari Sifat-sifatnya yang mulia dan daya intelektualnya yang bijak itu telah memperlihatkan yang beliau akan menjadi seorang pemimpin yang hebat pada suatu masa nanti. Ia bukan sahaja terlihat dalam bidang agama dan kerohanian tetapi juga dalam soal pentadbiran dan kepimpinan. 

Atas didikan dan pengawasan yang penuh kasih sayang dari kedua-dua ibu bapanya, tambahan pula dengan perihal dirinya yang amat menarik, dengan tubuhnya yang sederhana dan wajahnya yang menarik membuatkannya menjadi sanjungan dan perbualan sesiapa sahaja yang melihatnya. Selain itu, beliau mempunyai perwatakan yang halus budi pekerti, amat kuat ingatan, cintakan ibadah dan suka bersendirian yang menjadikannya lebih dipandang tinggi oleh penduduk setempat. Apabila beliau semakin menginjak dewasa, beliau disuruh pula oleh ayahandanya mengikuti bapa saudaranya yang bernama Ismail untuk sama-sama pergi berniaga. Ia bertujuan agar beliau dapat meluaskan pandangannya melalui pemerhatian dan pengalaman yang dilaluinya. 






Setelah sekelian lama menuntut ilmu dengan ayahandanya dan juga ulama tempatan, Shaikh Abdul Malik disuruh pula oleh ayahandanya belayar ke Aceh untuk menuntut ilmu di sana yang juga lebih dikenali sebagai Serambi Mekah, merupakan sebuah pusat penyebaran ilmu di Nusantara bahkan juga tempat


 pengajian pertama sebelum seseorang itu melanjutkan pelajaran ke Mekah. Dalam usianya seawal 20-an, beliau telah meninggalkan tanah airnya dan belayar ke Aceh bersama dengan sahabat-sahbatnya. Di sana, Shaikh Abdul Malik telah berguru dengan Syeikh Abdul Rauf Ali al-Fansuri yang juga dikenali sebagai Tok Shaikh Kuala yang merupakan ulama besar di Nusantara pada waktu itu. 

Apabila Shaikh Abdul Rauf melihat keadaan beliau yang telah dapat menguasai beberapa ilmu seperti hadith, tafsir, nahu, saraf, fiqh dan tasawuf dengan baik, beliau pun dibaicah oleh Shaikh Abdul Malik dengan tarekat Shatariah dan diperintahkan untuk melakukan suluk bersama dengan tiga muridnya yang lain iaitu Shaikh Yusuf Khalawati al-Mankatsi dari Bugis Mekasar, Shaikh Abdul Muhyi Pamijihan dari Cerebon Tegal dan Shaikh Burhanuddin Ulakkan dari Sumatera Barat. Ia dilakukan dengan bersungguh-sungguh sehingga tercapai beberapa maqam padanya. Akhirnya, Shaikh Abdul Malik telah dilantik sebagai khalifah tarekat Shatariah dan diperintahkan untuk mengembangkannya di Terengganu apabila pulang ke negerinya. 

Setelah sekian lama menuntut ilmu dengan Shaikh Abdul Rauf dan telah selesai dalam pengajiannya di bawah bimbingan gurunya itu, Shaikh Abdul Malik diperintahkan oleh gurunya itu untuk menyambung pengajiannya di Mekah dan Madinah. Pada usia sekitar 30-an, beliau dan beberapa orang sahabatnya telah belayar ke Mekah setelah mendapat keizinan dari gurunya. Di Mekah, Shaikh Abdul Malik telah berguru dengan ulama-ulama yang besar dan salah seorang darinya ialah Shaikh Ibrahim al-Kurani yang merupakan guru kepada Shaikh cAbdul Rauf Singkel dan pengganti kepada Shaikh Ahmad Qusyasyi.

Pada tahun 1690 M, gurunya iaitu Shaikh Ibrahim al-Kurani telah kembali ke RahmatuLlah. Pemergian gurunya yang dikasihi itu amat dirasai tambahan pula gurunya itu juga amat kasih kepada dirinya selama beliau menuntut bersamanya. Pada usianya menjangkau 40 tahun, Syarif Abdul Malik kembali ke tanah airnya. Setibanya beliau di pelabuhan di Kuala Berang, Shaikh Abdul Malik telah disambut oleh ahli keluarganya dan rakyat jelata. Apabila melihat keadaan diri ayahandanya yang telah uzur, beliau menyedari bahawa tanggungjawab berat yang bakal dipikulnya makin hampir. 

Setelah beberapa bulan pulang dari Mekah, ayahandanya telah menjodohkan Shaikh Abdul Malik dengan Puteri Mahpuri, anak kepada seorang pembesar yang berasal dari kerabat Diraja Johor yang kemudiannya telah menetap di Terengganu, iaitu di Kampung Batu Hampar. Mertuanya bergelar Tok Raja Lila.





Selepas berkahwin, beliau telah membawa isterinya ke istananya di Kota Tamir. Perkahwinan mereka adalah berdasarkan iman dan kasih sayang. Mereka dikurniakan beberapa orang putera dan puteri. Dari perkahwinan yang dalam suasana iman, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu tiga lelaki iaitu Badaruddin, Imam Yusuf, dan Haji Yaakob (Tok Bongkok) serta seorang anak perempuan yang bernama Siti Zubaidah. Ada juga yang meriwayatkan bahawa Tok Pulau Manis tiada anak perempuan. Walhal, yang berkahwin dengan Sultan Zainal Abidin 1 itu adalah anak angkat Tok Pulau Manis yang dipelihara selepas kematian ayahnya, Wan Ismail Datu. 



Setelah ayahandanya mangkat, Shaikh Abdul Malik telah dilantik menjadi pemerintah kerajaan Islam Temir ketika itu. Beliau menerima tanggungjawab itu dengan perasaan yang amat berat. Bebanan tanggungjawab yang diterimanya itu membuatkannya menjadi semakin sibuk. Banyak urusan yang terpaksa dilakukannya telah memungkinkan beliau merasa tidak senang duduk. Jiwanya yang lebih cenderung kepada mengajar, berdakwah, mengarang dan beruzlah telah meresahkan lagi hatinya. Setelah beliau bermunajat kepada Allah dan memohon petunjuk daripadaNya, akhirnya beliau telah membuat keputusan untuk mencari pengganti dirinya.









Setelah itu, Shaikh Abdul Malik pun bermesyuarat dengan para pembesarnya dan menyatakan hasratnya yang ingin turun takhta dan menggantikannya dengan Tun Jenal yang merupakan anak seorang pembesar Johor pada ketika itu dan juga muridnya sendiri. Para pembesar menerima permintaan Shaikh Abdul Malik. Namun, mereka telah meletakkan dua syarat kepada beliau. Pertama, Shaikh Abdul Malik mesti tetap menjadi penasihat dan guru kepada istana. Kedua, Tun Jenal dikehendaki mengahwini puterinya Siti Zubaidah untuk memastikan keturunannya terus memerintah di Terengganu.



Dalam usia sekitar 80-an, Tok Pulau Manis banyak menumpukan kepada mengajar, mengarang kitab dan menyebarkan tarekat Shatariah. Anaknya yang bernama Badaruddin telah diangkat menjadi Shaikh tarekat Shatariah dan telah diizinkan untuk membaicah dan membimbing suluk para muridnya.

Dari sehari ke sehari, kesihatannya mula terjejas dan menjadi semakin tenat dan uzur. Beliau banyak menghabiskan usianya yang ada dengan berkhalwat dengan Allah Taala. Setelah dirasakan kesihatannya semakin bertambah buruk, beliau pun telah menghimpunkan ahli keluarganya, murid-muridnya serta penduduk tempatan, beliau telah berpesan agar mereka kuat berpegang dengan ajaran agama dan hendaklah menyebarkan segala ilmu yang ada serta dipesan agar menjaga negeri Terengganu dengan cara memberi ilmu kepada rakyat dan jangan dijauhi orang-orang yang jahil. 


Pada pagi Jumaat di tahun 1736 M/ 1149 H, Tok Pulau Manis telah pulang ke Rahmatullah dalam usia 86 tahun. Berita kematian Tok Pulau Manis itu telah tersebar ke pengetahuan istana raja, maka bergegaslah Sultan Zainal Abidin 1 dan para pembesarnya ke kampung Pulau Manis untuk menziarahi jenazah ulama dan wali Allah itu buat kali terakhir. Selepas jenazahnya disembahyangkan, jasadnya disemadikan kemudian jenazahnya dibawa ke makan dengan diiringi sultan, para pembesar dan rakyat jelata. Setelah itu, Sultan Zainal Abidin 1 telah memerintahkan agar pembinaan makam Tok Pulau Manis dengan diletakkan batu ’bereluk’ di sekelilingnya. Makamnya juga hendaklah ditutupi dengan kain kelambu berwarna kuning.

@http://belogmystery.blogspot.com/

AISKRIM BABA di Rantau Panjang yang enak... bisnes yang lumayan


Pada cuti Hari Malaysia 16 September baru-baru ini, semasa ke kenduri di Pasir Mas, admin dan keluarga ambil kesempatan ke Rantau Panjang , iaitu ke Kompleks Bebas Cukai Rantau Panjang. Memang ramai sekali pengunjung terutama mereka dari luar Kelantan dan juga warga Kelantan yang pulang ke kampung.



Dalam menjelajah 'window shopping' terpandang motosikal penjaja yang menjual aiskrim. Nampak menarik. Aiskrim BABA itulah namanya. Aiskrim biasa atau masa kecil dulu dipanggil aiskrim colek yang diberi nafas baru dengan gabungan pulut, roti, jagung, kacang, cincau dan susu yang sedap dan menyelerakan.



Harganya RM2 secawan. Inilah yang dinamakan 'inovasi' kepada produk sedia ada dan diberi nafas baru dengan jenama baru. Menarik.

Sekali pandang sudah ingin mencuba. Dan satu lagi perkara yang mencuri tumpuan adalah kegigihan anak muda mencari rezeki tanpa rasa malu dan segan. Pada pandangan admin , pendapatan sehari usahawan muda ini boleh mencecah RM300 hingga RM400 sehari secara kasar. Jika keuntungan bersihnya adalah 30% , ia mampu menjana pendapatan bersih RM100 sehingga RM120 sehari. Memang lumayan.

Sewajarnya idea bisnes yang menarik sebegini dijadikan contoh dalam membantu dunia keusahawanan dan ianya juga memeriahkan lagi dunia pelancongan negara kita.

Saturday 20 September 2014

Budak Kg Setiu: Jejak Ulama: Tokku Paloh 2





Budak Kg Setiu: Jejak Ulama: Tokku Paloh 2: http://pondoksridamai.blogspot.com/ Lagi cerita dan kisah berkenaan Tokku Paloh, Ulama terkenal Terengganu “Terengganu ini ada tuan...

Budak Kg Setiu: Jejak Ulama: Tokku Paloh, Terengganu




Budak Kg Setiu: Jejak Ulama: Tokku Paloh, Terengganu: Latarbelakang Nama penuh beliau ialah Saiyid Abdur Rahman bin Saiyid Muhammad al-Aidrus. Beliau lebih dikenali sebagai Tok Ku Paloh....

Monday 15 September 2014

RM70.00 semalam promosi penginapan di D Kekabu Inn, Setiu, Terengganu.. dengan sungai yang cantik dan jernih memang best



D Kekabu Inn, Setiu, Terengganu menawarkan PROMOSI PENGINAPAN ISTIMEWA serendah RM70.00 semalam.

Resort yang terletak di Kg Hulu Kekabu, Mukim Guntung ini menawarkan keindahan semulaijadi sungai sebagai tarikan utama. Sungai yang bersih dan jernih ini amat sesuai untuk pelancongan keluarga beriadah dan lari dari kesibukan kota.

Ia mempunyai 9 bilik ini amat sesuai untuk perjumpaan keluarga dengan suasana yang privasi sambil mandi sungai dan berkelah atau BBQ.


Terletak 10km daripada Bandar Permaisuri, 90km daripada Kuala Terengganu dan 37km daripada bandar Jerteh dan hanya 1 km daripada resort sedia ada yang terkenal iaitu Peladang Setiu Agro Resort.



Untuk tempahan, bolehlah menghubungi talian 011 29321165 atau 0109028951 - Zainuddin untuk tempahan dan pertanyaan lanjut

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog