iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Friday 25 July 2014

Buah Binjai.. mengecurkan air liur anda



Buah binjai yang kini musimnya sama dengan musim buah durian memang mengecurkan airliur anda, baunya sahaja sahaja sudah mampu melelhkan air liur anda. Itu belum lagi jika disediakan dengan taburan gula, belacan dan lada. Memang mengancam.

Binjai, nama saintifiknya ialah Mangifera caesia merupakan spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga, Anacardiaceae. Binjai tergolong dalam genus yang sama dengan mangga dan ditanam di MalaysiaIndonesiaSingapuraBruneiPapua New GuineaKerala dan Filipina. Pokok binjai dapat membesar sehingga 30 m (100 ft) tinggi. Bunganya berwarna ungu atau merah jambu, 0.7 cm panjang dengan lima sepal. Buahnya besar, boleh dimakan dan berbentuk elips (bulat bujur) 10-15 cm (4-6 in) panjang dan 6-8 cm (2-3 in) lebar. Kulit buahnya nipis dan berwarna perang dengan tompok gelap, dan isinya putih kekuningan, lembut, dan berbau kuat dengan rasa masam manis atau masam.


Ia banyak terdapat di serata negara terutama Terengganu dan Kelantan. Pokoknya yang tinggi dan memerlukan banyak tahun sebelum berbuah.

Harga sebiji di pasar minggu di Setiu, Terengganu mencecah RM3 sebiji. Apapun ia memang buah masam yang enak dan mengiurkan.

Selain daripada dimakan secara segar, ia juga boleh dijadikan jeruk mahupun tempoyak. Ia juga boleh jadikan sebagai perisa dalam masakan seperti masak asam, asam pedas dan macam-macam lagi bagi menambah keenakan masamnya.


Buah Binjai ini boleh dikategorikan sebagai buah nadir dimana ia semakin pupus dan tidak ditanam semula sebagai pokok warisan. 

Saturday 19 July 2014

Terengganu Optimis Capai 5 Juta Pelancong



comotdomot.blogspot.com

Terengganu optimis bakal mencapai sasaran kehadiran pelancong sehingga 5 juta menjelang akhir tahun ini, berikutan statistik Kedatangan pelancong asing menunjukkan peningkatan seramai 2.4 juta melawat negeri ini dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Statistik menunjukkan seramai 2 juta pelancong direkodkan melawat Terengganu dalam tempoh sama tahun lepas.

Pengurus Kanan Tourism Terengganu, Ishamudin Hashim berkata, rekod kedatangan pelancong menunjukkan kenaikan seramai 400,000  berbanding tahun lepas memberikan gambaran jelas yang kita mampu mencapai sasaran yang ditetapkan, 5 juta pelancong menjelang akhir tahun ini.

Ishamudin berkata demikian kepada wartawan dalam sidang media selepas merasmikan majlis penutup Kursus “We are the host” yang berlangsung di Hotel Permai Inn, baru-baru ini.

Kursus sehari, yang melibatkan pengayuh teksi roda tiga, pemandu kereta sewa lapangan terbang, artis budaya SUKTRA dan artis budaya Jabatan kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Terengganu berjaya mengumpul seramai 110 peserta.

Katanya dalam tempoh berkenaan, penduduk Terengganu yang terlibat dalam industri pelancongan berjaya menjana pendapatan melalui kehadiaran pelancong sebanyak RM2.4 Billion berbanding RM2 Billion pada tempoh sama tahun lepas.

“Kita membuat perkiraan berdasarkan pelancong tempatan tinggal di negeri ini selama 3.7 hari sementara pelancong antarabangsa atau asing tinggal sehingga 4.6 hari,” katanya.

Ishamudin berkata, penganjuran kursus diadakan untuk melahirkan setiap mereka yang terlibat dalam industri pelancongan termasuk mereka yang di bahagian hadapan supaya berkemahiran dan berpengetahuan untuk memberi layanan mesra tebaik kepada pelancong.


“Ianya termasuk kemahiran menggunakan bahasa inggeris, cara berkomunikasi dan memberikan penerangan kepada para pelancong,” katanya.

@teganukita

Sunday 13 July 2014

career4MY : Jawatan Kosong di LKIM 2014

career4MY : Jawatan Kosong di LKIM 2014: LKIM atau Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia memerlukan beberapa perjawatan untuk di isi. Di antara jawatan yang diperlukan adalah sebagaiman...

career4MY : Temuduga terbuka Lembaga Tabung Haji untuk para gr...

career4MY : Temuduga terbuka Lembaga Tabung Haji untuk para gr...: Lembaga Tabung Haji akan mengadakan temuduga terbuka utk pengambilan program Skim Latihan 1Malaysia.  Bermula jam 8 pagi hingga 2 pe...

career4MY : Jawatan Kosong di Kerajaan Negeri Terengganu

career4MY : Jawatan Kosong di Kerajaan Negeri Terengganu: Kerajaan Negeri Terengganu menawarkan JAWATAN KOSONG kepada rakyat Negeri TERENGGANU bagi jawatan berikut: 1. JURUTERA (kontrak) Gr...

Budak KG Setiu...: Jom Bantu GAZA.. saudara kita di sana perlukan ban...

Budak KG Setiu...: Jom Bantu GAZA.. saudara kita di sana perlukan ban...: Entry kali ini lebih kepada Memohon Bantuan Untuk GAZA, Palestine. Perang 10 Ramadhan yang dilancarkan oleh Reziom Zionis Israel telah ...

Budak KG Setiu...: Jom Bantu GAZA melalui AQSA SHARIF

Budak KG Setiu...: Jom Bantu GAZA melalui AQSA SHARIF: Pengenalan / Sejarah Tanggal 15 Mei 1948 merupakan peristiwa hitam bagi rakyat Palestin dan umat manusia amnya kerana pada tarikh...

Pak Nor Satar Guna Pakai Inovasi Baru- Teganu Kita

1 (10)



Peniagaaan satar dan otak-otak Pak Nor Satar di Kampung Padang Polis, Batu Rakit kini mengguna pakai inovasi baru dengan menghasilkan satar dan otak-otak sejuk beku sebagai usaha memajukan lagi perniagaan milik arwah bapa.
Antara produk itu termasuk satar dan otak-otak kulit popia, nugget satar dan nugget otak-otak dan keropok lekor segera
Pengurus Operasi Syarikat Pak Nor Satar dan Otak-otak Enterprise, Mohd Sahir Mohd Nor, 33, berkata syarikatnya memerlukan kira-kira 60 kilo pelbagai hasil laut bagi menghasilkan lebih 5,000 biji satar dan otak-otak dalam tempoh tiga hari.
“Ikan tenggiri, selayang, tambang, sotong, udang dan ketam antara resipi yang menjadi adunan Pak Nor Satar sejak mencuba inovasi yang dipelajari dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) itu.
5 (2)
“Harga yang ditawarkan antara RM5 hingga RM12 sebungkus bergantung kepada jenis ikan dan produk yang ditawarkan,” katanya kepada teganukita.my.
Syarikat itu pernah menerima bantuan peralatan seperti mesin gaul ikan, dapur pembakar satar dan otak-otak serta mesin pemotong keropok dari Kemas pada 2009 dan Jabatan perikanan memberi bantuan alat pemprosesan bernilai RM10,000 pada 2008.
Mohd Shahir turut memberitahu, walaupun mengunakan inovasi baru, kaedah lama dengan membakar makanan tradisional itu menggunakan dapur arang masih kekal.
“Kami tidak boleh menyisihkan kaedah lama yang digunakan arwah bapa sejak memulakan peniagaan awal 1990 lalu, kerana bimbang pelanggan tetap akan beralih arah,” katanya.
3 (5)
Katanya, permintaan satar dan otak-otak akan bertambah pada minggu pertama umat islam menyambut Syawal , kerana masing-masing mahu mendapatnya, sebagai buah tangan kepada rakan dan saudara di luar Terengganu.
‘Mereka yang pulang ke Terengganu turut tidak melepaskan peluang membelinya.
“Berlainan pada bulan Ramadan, permintaan terhadap satar da otak-otak agak berkurangan, mungkin pelbagai menu lain menjadi pilihan yang dijual bazaar Ramadan,” katanya
@suriatiali@teganukita

Asam Gumpal Laris Menjelang Ramadan- Teganu Kita

asam gumpal



Asam gumpal antara makanan tradisional paling laris setiap kali menjelang Ramadan dan mudah diperoleh di puluhan gerai juadah dan bazar Ramadan di Terengganu.
Pengusaha makanan itu , Wan Kalsom Wan Jusoh atau ingin disapa Kak Han, berkata menerima tempahan antara 2,000 hingga 3,000 biji asam gumpal sehari menjadi perkara biasa baginya bersama lima pembantu lain sebaik menjelang awal Ramadan dan akhir Syawal
“Saya kadang kala pening untuk memenuhi permintaan pelanggan yang sememangnya berganda berbanding hari biasa.
“Rata-rata pelanggan yang datang menempah makanan tradisional itu untuk pelbagai tujuan, termasuk dihidangkan kepada tetamu majlis berbuka puasa, rumah terbuka, mengagihkan kepada jiran atau saudara dan dijadikan sebagai pencuci mulut sewaktu berbuka puasa,” katanya.asam2
Katanya, jika kuantiti tempahan berjumlah 2,000 hingga 3,000 sehari, sebanyak 15 hingga 20 kilogram tepung sagu diperlukan dan bahan sampingan lain yang turut digunakan, santan, kacang hijau dan isi nangka.
Katanya, dia gemar berpesan kepada pelanggan supaya membuat tempahan seminggu lebih awal bagi mengelak pemintaan mereka ditolak.
“Saya seboleh-bolehnya mahu memenuhi pemintaan pelanggan walaupun ada yang menempah disaat akhir, tetapi ia tidak dapat berbuat demikian kerana bilangan pembantu tidak mencukupi selain mahu mengekalkan kualiti rasa asam gumpal.asam3
“Tempahan untuk majlis rumah terbuka sepanjang Aidilfitri akan datang pun sudah ada pelanggan yang membuat tempahan,” katanya. Kak Han memberitahu apa yang diusahakan itu adalah hasil tunjuk ajar ibu, Hajah Aisyah Sulong yang turut bersama-sama mengusahakannya hampir sepuluh tahun lalu.
“Selepas ibu menyatakan tidak larat untuk mengusahakannya, saya nekad mengambil alih sepenuhnya di samping mengubah resepi ibu daripada asam gumpal halba kepada asam gumpal berisi nangka,” katanya yang mengusaha makanan itu, di Jalan Batu Burok, Kuala Terengganu.
@suriatiali@teganukita

Monday 7 July 2014

Pakej Berbuka Puasa di Agro Resort serendah RM29.00 seorang dan promosi bilik sehingga 50%


Pakej Berbuka Puasa di Peladang Setiu Agro Resort

Bufet 

Dewasa             RM29.00 seorang
kanak-kanak    RM20.00 seorang

Pelbagai menu menarik seperti ayam kampung goreng, Gulai kerutub itik, kerabu perut, dan macam-macam lagi bersama ulam-ulaman dan budu



Juga Promosi Penginapan sehingga 50% sepanjang Ramadhan dengan serendah ;

RM49.00 semalam bagi chalet New Link,


RM65.00 semalam - Garden Chalet

RM75.00 semalam - Pool View Chalet

*promosi sah untuk bilik sahaja
*sah sehingga 26 Julai 2014
*tertakluk pada terma dan syarat

Bagi maklumat lanjut dan tempahan boleh hubungi talian 0199192240 atau 0148162245


Idea menarik: Mat Periuk tawar bufet serendah RM10 seorang

Restoran MatPeriuk memperkenalkan bufet Ramadan pada harga serendah RM10.

BAGI yang mencari hidangan berbuka ekonomi, namun masih menyelerakan, mungkin boleh cuba bufet Ramadan yang disediakan di MatPeriuk di Kampung Tersusun Tasek, Bercham, di sini.

Dengan caj hanya RM10 seorang, MatPeriuk yang diusahakan oleh adik beradik ini tampil dengan kelainan dari segi pilihan hidangan untuk menarik perhatian pengunjung.

Pengurus Operasi, Rafizatul Fairos Che Rose, 32, berkata, dengan harga serendah RM10, pengunjung boleh menikmati pembuka selera, pemanis mulut, aneka sup dan minuman dengan lebih 10 pilihan menu.

“Ini percubaan pertama kami memandangkan restoran ini baru sahaja dibuka. Alhamdulillah sambutan diterima sangat menggalakkan. Ramai yang bersetuju dengan pilihan hidangan yang ditampilkan,” katanya.
Mat
Dengan RM10, pengunjung boleh nikmati rojak buah, salad, kuih muih, bubur, kek, buah-buahan, sup daging, sup ayam dan sup cendawan.

Rafizatul berkata, terdapat juga hidangan ala carte yang menampilkan lebih 13 menu masakan Melayu dan Barat dengan harga serendah RM4.90.

Beliau berkata, ilham untuk menyediakan bufet dengan harga rendah itu muncul setelah menyedari lambakan pelbagai jenis bufet yang disediakan dengan harga agak tinggi.

“Bayar tinggi pun, tidak bermakna kita akan makan semua, jadi kami cuba beri pilihan, bayar kadar bersesuaian untuk dimakan,” katanya.


@sinar harian

admin: Jika konsep sebegini ada di Terengganu, tentunya ia idea yang menarik dan berbaloi memandangkan tawaran harga Bufet atau pakej berbuka puasa di hotel sudah semakin meningkat dengan harga yang paling rendah pun sudah mencecah RM50.00 seorang. Memang juadah yang dihidangkan itu banyak dan berbaloi dengan apa yang dibayar, tetapi keupayaan perut untuk mengisi semuanya adalah terbatas. Apatah lagi jika berkunjung 4 orang @ RM200, ia mampu menampung bahan mentah di rumah untuk sekurang-kurangnya dua minggu.

Jadi jika ada restoran atau cafe yang menawarkan dengan harga yang berpatutan, ia patut disokong dan memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk menikmati juadah Ramadhan dengan gembira.

Thursday 3 July 2014

Iftar Ramadhan di Sumai Hotel Kuala Terengganu RM 49.90, aneka selera kampung



Buka puasa di hotel Sumai kuala Terengganu dengan pelbagai  menu menarik seperti kambing golek, ayam Percik, sup masak dan macam macam lagi.

Harga buffet yang ditawarkan
adalah rm49.90 seorang bagi dewasa dan rm25.00 seorang bagi kanak-kanak

hotel Sumai yang terletak di Batu Buruk bersebelahan Masjid Ladang atau Al Muktafibillah Shah sememangnya terletak di lokasi yang strategik.

Bagi yang berminat Boleh menghubungi talian 096320399 untuk tempahan atau pertanyaan lanjut.




bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog