iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Thursday 29 December 2011

SATE LANANG, Jabi.. sate terbaik Terengganu

Di antara sate yang terbaik di Terengganu adalah Sate Lanang di Jabi, Besut. Sememangnya kedai Sate Lanang ini amat popular bukan sahaja di kalangan warga tempatan malah orang Kelantan dan luar Terengganu.

Setiap kali musim cuti sekolah jelas sekali begitu panjang barisan mereka yang membeli bungkus untuk dibawa pulang, malah belian juga dalam kuantiti yang besar dan banyak.

Meja pula sentiasa penuh dan terpaksa menunggu untuk giliran kita. Itulah antara penangan Sate Lanang.

Bagi blogger kalau nak dibandingkan dengan Sate Haji Samuri Kajang, jauh Sate Lanang lebih sedap dan enak. Kalau anda tak percaya dan yakin , datang sendiri nikmati sate ini.

Dengan pilihan sate ayam, daging serta hati dan pedal serta dengan kuah sate yang istimewa membuatkan ia sentiasa menjadi pilihan menjamu selera serta mengambil hati anak-anak yang sememangnya menggemari sate ini.

Lokasinya jika anda dari Kuala Terengganu, adalah di Kg jabi di permulaan jalanraya dua lorong di sebelah kiri anda.

Selain Sate Lanang, terdapat dua lagi lagi kedai sate yang tak kurang hebat dan lazatnya iaitu Sate Mastura dan Kak Mah Sate.

Sememangnya sate menjadi makanan trademark bagi pekan Jabi dan menjadi ikon sate bagi daerah Besut.

Walaupun sate ini ada di mana-mana di seluruh pelusuk Terengganu, Sate Lanang adalah antara yang TERBAIK. Tak percaya jom kita rasa.....

Wednesday 28 December 2011

Tasik Kenyir zon pancing bertaraf dunia

perkongsian berita dari TEGANU KITA

19 December 2011

Tasik Kenyir zon pancing bertaraf dunia

Oleh FAUZI MOHD

Kerajaan negeri optimis untuk menjadikan Tasik Kenyir sebagai zon kaki pancing bertaraf dunia apabila usaha untuk mengekal serta menambah saiz populasi pelbagai spesies ikan giat dijalankan.



Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said berkata, selain mengazetkan Santuari Kelah sepanjang tiga kilometer di Sungai Petang, usaha turut digiatkan dengan melepaskan benih dan ikan induk yang diancam kepupusan.

Menurutnya, spesis ikan air tawar yang diancam kepupusan seperti lampam, kerai, tenggalan dan siakap putih antara yang sedang dibiakkan di tasik berkenaan dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

“Isu penangkapan ikan secara tidak terkawal tidak lagi berbangkit apabila usaha pemeliharaannya melibatkan pewartaan beberapa kawasan yang luas seperti Sungai Leban dan Sungai Petang di tasik ini.

“Dalam tempoh beberapa tahun lagi, kita harapkan tiada lagi pengunjung yang mengeluh kerana semakin sukar untuk memperoleh hasil tangkapan di tasik ini yang suatu ketika dahulu dianggap sebagai syurga kaki pancing,” katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Pelepasan Benih Ikan di Sungai Leban, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharom, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah dan Pengerusi LKIM, Dato’ Mohd. Jidin Shafie.

Pada majlis itu, 10,500 benih ikan siakap putih dilepaskan dengan melibatkan kos RM23,000 daripada kos keseluruhan program itu berjumlah RM100,000.

Sementara itu, Dato’ Seri Ahmad memberitahu, spesis sikap yang mampu membesar sehingga 23 kilogram seekor itu mampu mengembalikan Tasik Kenyir sebagai yang menjadi buruan kaki pancing serata dunia termasuk China, Korea, Indonesia dan Singapura.

Katanya, kewujudan Pusat Pembenihan Ikan Air Tawar di Kampung Sungai Chamar, di sini dan Pusat Pembenihan dan Asuhan Ikan Laut Berteknologi Tinggi di Kampung Limau Nipis, Setiu dengan kos pembinaan RM12.6 juta awal tahun lalu merancakkan program berkenaan.

“Sehingga kini terdapat 38 spesies ikan di Tasik Kenyir dan apa yang penting spesies itu bukan sekadar boleh dipancing malah boleh dilihat dan sesuai dijadikan lokasi untuk kegiatan penyelidikan,” ujarnya.


13,000 pelawat kunjungi Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu

perkongsian berita dari TEGANU KITA



25 December 2011

13,000 pelawat kunjungi Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu


Oleh FAUZI MOHD

Dalam tempoh 11 bulan pertama tahun ini, hamper 13,000 pelawat mengunjungi Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang di Dungun.

Pengarah Jabatan Perikanan negeri Zakaria Ismail berkata daripada jumlah itu, 11,799 orang adalah pelawat dalam negara manakala bakinya dari luar.

"Setiap pelawat yang datang ke situ dapat melihat pemeran tuntung hidup di samping diberi penerangan mengenai hidupan penyu," katanya baru-baru ini.

Katanya sesetengah pelawat itu turut dibawa bermalam di pusat penetasan penyu di Ma', Kerteh.


Terengganu mempunyai 11 pusat penetasan penyu yang dikendalikan pelbagai pihak termasuk Jabatan perikanan, badan bukan kerajaan dan Dana Hidupan Liar Sedunia Malaysia.

Zakaria berkata bagi pusat penetasan yang dikendalikan Jabatan Perikanan, telur penyu yang dierami itu diperolehi di kawasan rezab kerajaan ataupun melalui pembelian daripada pemajak.

Sepanjang tahun ini, jabatan itu mengeramkan hampir 94,000 biji telur dan daripada jumlah itu kira-kira 66,000 berjaya ditetaskan serta dilepaskan ke laut.


UMT dan WWF jalin kerjasama urus tanah becah @ wetland di Terengganu

perkongsian berita dari TEGANUKITA :

28 December 2011

UMT dan WWF jalin kerjasama urus tanah bencah

Oleh; Esah Abdullah

Daerah Setiu mempunyai kawasan tanah bencah terluas di Pantai Timur yang dilitupi oleh ekosistem air payau dan rangkaian sungai-sungai Setiu, Chalok, Bari dan Merang.

Tanah bencah ini menempatkan pelbagai habitat semula jadi haiwan dan tumbuhan termasuk vetegasi riparian/sungai, hutan paya gelam, hutan paya laut dan nipah serta kawasan rumpai laut,

Kawasan ini juga menyokong populasi liar spesies reptilia terancam seperti tuntung laut, tuntung sungai dan juga penyu agar.

Kajian menunjukkan kawasan ini juga didiami 29 spesies mamalia, 161 spesies burung dan 28 spesies reptilian di samping mempunyai kepentingan sebagai tapak kepelbagaian biologi yang disokong kehadiran banyak banyak spesies vertebrata dan invertebrata laut dan air tawar.

Menyedari itu Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Word Wild Fun For Nature Malaysia (WWF-Malaysia) baru-baru ini.

UMT diwakili Naib Canselornya, Prof. Dato’ Dr. Aziz Deraman manakala WWF-Malaysia diwakili Pengerusinya, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Abdul Latif Mohamad disaksikan Ahli Parlimen Setiu, Dato’ Haji Mohd Jidin Shafee.

Dua agensi ini akan bekerjasama dalam bidang penyelidikan khususnya bagi pengurusan alam secara lestari di tanah bencah berkenaan.



Wednesday 21 December 2011

Program Pintar Quran suatu yang membanggakan Terengganu

Program Pintar Quran adalah diantara program yang berjaya dalam mendidik dan memupuk kanak-kanak pra sekolah untuk mencintai Al Quran.

Dalam Program Khatan Quran baru-baru ini seramai lebih daripada 7000 kanak-kanak telah dikhatamkan dan sebahagian daripada kanak-kanak berumur 6 tahun ini telah pun menghafal Yasin dengan baik sekali.

Program yang pada mulanya diperkenalkan di Tadika Yayasan Islam Terengganu kini telah menjalar ke Tadika KEMAS, Pra Sekolah Jabatan Pelajaran Terengganu serta Tadika Perpaduan.

Sememengnya program memperkenalkan Al Quran seawal 5 tahun kepada kanak-kanak amatlah baik sekali dalam memastikan generasi inilah yang akan mengembalikan kegemilangan ilmu dan akhlak Islam di masa hadapan.

Apa yang penting kesinambungan program Pintar Quran ini wajar di teruskan di peringkat sekolah rendah kebangsaan dan dilanjutkan ke peringkat menengah supaya budaya dan roh Al Quran ini sentiasa bersama pelajar hingga ke akhir hayat dan membina asas yang kukuh dalam membentuk tamadun ilmu dan kegemilangan Islam.

Dengan sambutan yang hebat terhadap sekolah Imtiyaz di Terengganu di mana program hafazan al Quran kini menjadi pilihan ibubapa dan pelajar dalam pendidikan, maka wajar di masa hadapan perlu diwujudkan sekolah berasaskan hafazan al Quran di setiap daerah di Terengganu. Program ini mungkin boleh bermula di sekolah menengah agama mahupun di sekolah menengah harian terpilih bagi mengiringi sekolah premier.

Blogger percaya, generasi al Quran dari program Pintar Quran ini yang bermula dengan kanak-kanak berusia 5 tahun di tahun 2006 yang kini berusia 10 tahun, mereka inilah akan menentukan akhlak dan sosial remaja di masa hadapan akan berkurangan. Itupun jika penerapan nilai-nilai dan amalan al Quran di teruskan dan terus diperkukuhkan.

Paling tidak pun, sebelum mereka menjengah ke sekolah menengah, mereka ini tiada masalah dalam membaca al Quran dengan baik dengan kata lain tidak buta al Quran. Ini dapat blogger perhatikan daripada ketiga-tiga anak blogger yang terlibat secara langsung dengan program Pintar Quran ini yang bermula sejak 2006.

Anak yang pertama yang kini berusia 10 tahun, telah khatam al Quran pada usia 5 dan 6 tahun dan menghafal surah Yasin sebahagian dan terlibat pada tahun 2006 dan 2007 kini boleh membaca al Quran dengan baik.

Anak yang kedua yang kini berusia 8 tahun dan terlibat dengan program ini pada tahun 2008 dan 2009 telah khatam Quran pada usia 5 dan 6 tahun dan telah menghafal Surah Yasin dengan maksudnya sekali pada usia 6 tahun.

Manakala anak yang ketiga, walaupun tidak dapat khatam Quran pada usia 5 tahun pada 2010, tetapi telah khatam dan menghafal Yasin pada usia 6 tahun di tahun ini 2011 dan bakal menginjak ke tahun satu pada 2012.

Pendedahan awal kanak-kanak kepada al Quran mampu mematangkan fikiran dan mempercepatkan lagi perkembangan psikomotor kanak-kanak dalam menghadapi cabaran pelajaran dan keilmuan pada masa kini.

Sebagai ibubapa kita wajar meneruskan pemantauan dan pengukuhan di rumah agar kemampuan kanak-kanak ini dalam membaca al Quran tidak dibiarkan berkarat dan terbiar yang boleh merugikan kita dan kanak-kanak ini.

Dalam memastikan anak-anak kita kekal minat dan berkebolehan dalam membaca al Quran, kita sebagai ibubapa juga wajib dan patut mengamal dan mempraktikkan sama-sama dirumah agar budaya membaca dan memhayati al Quran terus subur dan mekar dalam memacu dan memberi hidayah kepada kita dan anak isteri sekeluarga.

Wednesday 14 December 2011

makan-makan di Secret Recipe Kuala Terengganu

Yogurt cheese cake yang memang enak dan sedap!!
Untuk kali ini blogger ingin berkongsi pengalaman makan-makan di Secret Recipe Kuala Terengganu iaitu di Jalan Paya Bunga berhampiran Stesen Bas Kuala Terengganu.

Rice Chicken mushroom

Coffee Lattee yang membangkitkan rasa bru kopi yang enak

Kebetulan pula tak tahu nak makan apa, jadi ingin mencuba apa yang menarik di restoran ini yang dikatakan cukup terkenal dengan 'dessert' yang enak dan lazat.
Dekorasi restoran yang simple dan menarik




Untuk makan, blogger memilih Rice Chicken Mushroom bersama Coffee Latte, manakala dessert pula 'Yogurt Cheese Cake' yang dipilih.
Dessert di sini macam 'signature dishes' untyuk Secret Recipe

Untuk nasi, ok sahaja cuma perut dah lapar maka memang licin habis. Bila tiba masa untuk menjamu pencuci mulut ini yang ditunggu, iaitu Yogurt Cheese Cake. Dengan gabungan unik yogurt dan cheese menimbulkan rasa keenakan kek ini apabila menjamah mulut.

Tidak hairanlah blogger perhatikan tidak putus-putus pengunjung mengunjungi restoran ini terutama untuk membeli dessert atau pencuci mulut yang mempunyai pelbagai pilihan dan keenakannya yang tersendiri.

Hiasan kedai yang menarik juga telah menimbulkan mood untuk makan walaupun dalam keadaan letih dan penat. Coffee Latte dengan bau coffee dan coklat telah menimbulkan kesegaran dengan bru nya.

wardrope yang menarik dan kreatif
Blogger memberi 4 bintang kepada restoran ini dan ianya 'patut dikunjungi' dan dicuba makanannya terutama dessertnya.

Tuesday 13 December 2011

Lensa di Kuala Ibai dan Masjid Tg Tengah Zaharah @ Masjid Terapung

Masjid Terapung yang sentiasa menjadi tumpuan lensa
Kali saja nak berkongsi koleksi gambar yang dirakam dengan kamera mainan nikons3100 yang kini sentiasa menjadi rakan karib kemana sahaja.

Kolam Renang di Terengganu Equestrian Resort (TER)

Pemandangan lagun Kuala Ibai yang memang indah

memang cantik


syahdu dan tenang suasana ini

Friday 9 December 2011

Makan Ikan 'darat' @ ikan sungai musim banjir... Setiu, Terengganu

Ikan puyu, ikan haruan, ikan 'peras' dan macam-macam lagi ada
Salam...
Kalau ikut ramalan, gelombang kedua banjir akan melanda lagi wilayah Pantai Timur termasuk daerah aku Setiu. Walaupun sehari dua ini nampaknya cuaca panas menarik dan bolehlah kain dijemur kat luar rumah.


Apapun semasa gelombang pertama banjir baru-baru ini, sempat juga melepaskan rindu untuk makan 'ikan darat' atau ikan air tawar seperti ikan puyu, ikan 'peras' @ sebarau, ikan haruan dan macam-macam lagi.
Dah siap bubuh garam dan kunyit RM3 sebungkus

Limpahan banjir baru-baru ini merupakan satu rezeki kepada nelayan-nelayan kecil serta mereka yang hobi memukat. Ini kerana ikan air tawar ini bagaikan pesta bermain air sampai lupa diri dan menjadi rezeki kepada penduduk tempatan.
ikan segar-segar 5 ekor @ RM1, mana nak cari murah begini

Kunjungan aku ke Kg Nyatoh, Kg Buruk serta Kg Tasik memang untuk meninjau air banjir sambil melilau mencari ikan darat @ air tawar. hasilnya bertemu dengan jualan ikan ini di Kg Buruk, Bandar Permaisuri. Harga pun murah di mana 5 ekor seringgit @RM1, kalau yang dah diperap garam dan kunyit RM3 sebungkus. Apalagi aku borong terus untuk disimpan dalam peti sejuk sebagai bekalan musim banjir. Lagi pun bukan senang nak jumpa ikan spesis ini kalau di bukan musim banjir.
keadaan banjir di jalan Kg Nyatoh ke Bandar Permaisuri

Cuaca yang kering sehari dua ini payah nak jumpa ikan ini. Jadi kira berbaloi belian aku tempohari boleh makan lama sikit, Janji puas hati meratah ikan darat ini.

Gambar-gambar yang sempat diabadikan semasa aku menjelajah mencari ikan darat tempohari dan juga suasana banjir di Kg Nyatoh, Setiu.
Limpahan banjir memberi rezeki kepada penduduk tempatan mencari rezeki ikan sungai

Bagi mereka yang teringin nak makan ikan sungai atau darat ini juga boleh mendapatkannya di Gerai Jualan Ikan Kg Nyatoh. Kat sini sentiasa ada udang galah, ikan haruan, belida, baung, toman dan bermacam-macam ikan yang dipancing di sungai. Nanti blogger akan berkongsi semula gerai jualan ini dan kita tengok apa yang ada di sana.

Thursday 8 December 2011

Ikan terkecil di dunia ditemui di Terengganu

Spesis ikan paling kecil di dunia, ”Paedocypris” dari keluarga ”Cyprinidae” dengan saiz 7.8 milimeter ditemui di kawasan paya Bukit Bauk di Dungun. Pengarah Jabatan Perhutanan negeri, Azmi Nordin berkata, ikan tersebut ditemui semasa ekspedisi Bukit Bauk yang dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia 2006.

"Beberapa ekor ikan dari famili Cyprinidae itu, spesis ikan paling kecil di dunia, ditemui di kawasan ini,” katanya di sini, hari ini. Azmi berkata, berdasarkan kajian yang dibuat oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), ikan tersebut tidak terdapat di tempat lain termasuk di luar negara setakat ini.

Beliau berkata, pihaknya sedang mengambil langkah untuk membiak ikan itu supaya tidak pupus dan mungkin dijadikan daya tarikan pelancong pada masa akan datang. Menurut Azmi, buat masa ini pihaknya belum dapat menunjukkan ikan itu kepada umum kerana dibimbangi ada pihak yang akan mencarinya dan dijual dengan harga yang tinggi. – Bernama

Sumber: Budakbotak


Wednesday 7 December 2011

Kasihan kambing kena peluk dan kena cium

Cuti sekolah ini sambil melayan anak-anak, seronok tengok mereka bergembira. Ini aksi yang sempat diraklam blogger semasa anak bermesra dengan kambing tempohari di Besut.

Apabila direnung gambar tersenyum sendiri blogger dengan telatah anak-anak dan kambing ini. Siap berpeluk dan bercium dengan kambing.


mesranya peluk kambing

haha akan kupeluk sambil berlari

Saturday 3 December 2011

Pasar Batu Enam... kuih muih tradisi rakyat Terengganu menjadi jualan di sini

Warisan tradisi rakyat Terengganu banyak di sini
Pasar Batu Enam sememangnya terkenal dengan jualan pelbagai kuih-muih tradisional Terengganu. Di pasar ini masih terdapat banyak lagi kuih-muih tradisi yang kini kian pupus ditelan masa ataupun kian dilupakan generasi kini.
macam-macam ada untuk dibawa pulang

Kebanyakan kuih-muih disini dibuat untuk jualan tengahari dan waktu petang. Anda boleh mencuba rojak kateh, kuih akok, penganan, koleh lemak, koleh kacang, rojak betik, bepang, akok berlauk dan bermacam-macam lagi. Harganya pun berpatutan.

Dengan citarasa tradisi ia menjadi warisan berharga budaya hidup rakyat  Terengganu. Dan apa yang istimewa di sini 90% penjual adalah wanita @ kaum ibu. Ini menunjukkan kaum wanita juga berperanan membantu  menggiatkan ekonomi setempat dan membantu meningkatkan pendapatan seisi keluarga.
Pelbagai jenis kuih muih yang menyelerakan selera anda

Dengan kemudahan pasar yang lebih bersih, selesa serta pengudaraan yang baik mampu menarik lebih ramai pengunjung ke sini untuk menikmati juadah istimewa rakyat Terengganu.

Lokasinya yang terletak di tepi jalan berhampiran bulatan Batu Enam menjadikan ia lokasi yang strategik dan sesuai untuk anda singgah di sini.

Jika pada bulan Ramadhan, akan muncul lebih banyak lagi kuih-muih tradisi yang sukar didapati pada bulan lain.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba sendiri kuih-muih disini yang pelbagai jenis. Rambang mata untuk memilihnya. Apapun anda pasti puas hati kerana harganya berpatutan.
Kuih talam, koleh lemak, koleh kacang ada di sini... memang sedap

Jom kita ke Pasar Batu Enam dan kita sokong warisan tradisi rakyat Terengganu!!

Tuesday 22 November 2011

Kari Kepala Ikan Sg Tarom Setiu.. memang sedap... terangkat



Kari Kepala Ikan Merah... mengancam
Kali ini blogger ingin berkongsi tentang tempat makan yang enak di Setiu. Destinasi kali ini adalah Warung Kari Kepala Ikan di Sungai Tarom, Setiu. Ia terletak berhadapan dengan padang bola Sungai Tarom Setiu. Jika anda dari Kuala Terengganu adalah selepas Hospital Setiu dan jika anda dari Jerteh atau Kota Bharu adalah selepas melalui Bandar Permaisuri.

Kari Kepala Ikan di sini adalah dari kepala ikan tenggiri atau ikan merah. Blogger telah memilih kepala ikan merah. Memang besar kepalanya kira-kira dekat 1 kg. Dan rasanya memang enak di makan bersama nasi panas bersama acar jelatah dan papadom.

Makan dengan nasi panas .. menyelerakan
Kari kepala ikan yang dimasak bersama terung serta kacang bendi memang sedap dan menyelerakan. Penangan kepala ikan ini memang hebat.

Harga bagi kepala ikan besar bersama 2 nasi putih bersama acar dan papadom serta air adalah RM35.00. Jika dibandingkan dengan harga ikan yang mahal sekarang ia di kira berpatutan.

Bagi yang tak suka kepala, juga di sediakan kari ikan bahagian isi dengan set RM5.00/ seorang. Apa yang pasti ikan memang segar dan rasa manisnya.

Jom singgah jika anda sampai ke Bandar Permaisuri untuk mencuba keenakan Kari Kepala Ikan Setiu.

Resepi masakan kari yang istimewa


Monday 14 November 2011

Nasi Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik Haji Ya, Kg Guntung Luar, Setiu,... memang sohor

Nasi Berlauk Gulai Ayam Kampung, Kg Guntung Luar... sedap.. sedap
Hari ini blogger ingin memperkenalkan salah satu daya tarikan untuk sarapan pagi di Setiu iaitu di Kg Guntung Luar.
Tu dia Gulai Ayam Kampung dan Ayam Kampung Goreng...

Kedai Haji Ya ini menyediakan Nasi Berlauk Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik. Memang sentiasa ramai pengunjung di sini. Boleh dikatakan kebanyakan pegawai jabatan kerajaan yang terletak 10km iaitu di Bandar Permaisuri masih sanggup datang ke sini untuk bersarapan pagi.

Apa yang istimewa di sini adalah gulainya yang klasik dan tradisional.

Turut di jula di sini Ayam Kampung Goreng, Nasi Dagang yang boleh di makan bersama Gulai Itik dan Ayam Kampung.
Kena datang awal sikit, biasa jam 11.00 pagi habis dah....

Lokasinya, jika anda dari Kuala Terengganu, tiba di simpang 4 lampu trafik, belok kanan dan kedai ini terletak kira-kira 100 meter dari persimpangan. Ia dibuka setiap Ahad hingga Khamis dari jam 7.30 pagi hingga 11.00 pagi setiap hari. Hari Jumaat dan Sabtu -- holiday .

Blogger selalu membawa rakan dan kenalan dari luar Setiu untuk bersarapan di sini dan memang ia digemari malah ada yang membungkusnya untuk di bawa pulang ke Kuala Lumpur.

Jika anda sampai di Setiu, jom singgah untuk mencubanya.

Tuesday 1 November 2011

Beriadah di Pusat Agrotourism Setiu

seronok main keno di sini
Detik-detik indah yang dirakam di Pusat Agrotourism Setiu. Pelbagai aktiviti menarik dan meriangkan boleh dilakukan di sini.

suasana yang tenang dan damai, mendamaikan hati yang gundah
Antara aktiviti yang boleh meredakan stress dan tekanan kerja anda anda adalah berkayak, bermain paddle boat atau sekadar menikmati keindahan alam di sini.

seronok kalau dapat bermain bersama keluarga
Bagi peminat burung, banyak sekali unggas di sini dari pelbagai spesis.



jom kita riadah

Lensa di Kg Cina, Kuala Terengganu

Kali ini blogger ingin berkongsi lensa yang pernah dirakam di Kg Cina, Kuala Terengganu. Bagi mereka yang ingin berkunjung ke Kuala Terengganu dan merakamkan detik-detik indah anda di sini. Jangan lupa bawa kamera anda sekali. Jom ke Terengganu

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog