iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Monday 30 September 2013

Sidang DUN; Rang undang-undang rumah tumpangan dipinda untuk keselesaan rakyat




Oleh; Esah Abdullah 

Sidang Dewan Undangan Negeri hari ini telah meluluskan Pindaan Rang Undang-undang Enakmen Rumah Tumpangan dan perkara-perkara berkaitan dengannya bermula fasa satu hingga 45.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said ketika diminta mengulas mengenai perkara berkenaan berkata, yang digunapakai sekarang adalah Rang Undang-undang 1948 yang melibatkan rumah tumpangan. 




“Kita sekarang berada pada alaf baru dan undang-undang ini dipinda adalah untuk keselesaan keselamatan dan keupayaan kepada pengusaha dan juga kepada penginap rumah tumpangan,” katanya kepada pemberita di Persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.

Katanya, dalam peraturan rumah tumpangan terlalu banyak kelemahannya yang perlu diperbetulkan dalam perkara ini mengikut perkembangan semasa

Menurutnya, ketika ini terlalu banyak perlanggaran syarat yang dilakukan oleh pengusaha-pengusaha yang meletakkan status rumah mereka kepada homestay sedangkan sebenarnya rumah tumpangan.







“Konsep Homestay ialah orang yang datang itu tinggal bersama tuan rumah dengan menyewa bilik dan makan minum apa yang dimasak oleh tuan rumah, tetapi apa yang banyak berlaku hari ini ialah rumah tumpangan yang mana tuan rumah tidak menginap bersama di situ,” katanya.

Katanya, perkara ini telah ditegur oleh pihak Kementerian Pelancongan kerana kesalahan meletakkan status berkenaan dan selepas ini semua pemilik homestay perlu berdaftar dan perlu mendapat kelulusan daripada kementerian.

“Homestay adalah rumah tumpangan yang berdaftar dengan Program Homestay Malaysia di bawah Kementerian Pelancongan dan bukan sewenang-wenangnya buat rumah kemudian tulis ‘homestay’,” katanya.

Katanya, homestay dan rumah tumpangan merupakan dua perkara berbeza dan ia telah mendapat teguran daripada kementerian baru-baru ini kerana di negeri ini paling banyak berlaku penyalahgunaan nama homestay .

Katanya, setelah mendpat kelulusan Sidang DUN, Rang Undang-undang berkenaan akan diwartakan dan akan diletak di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk tujuan penguatkuasaan.
 



Saturday 28 September 2013

Pesta Negeri Terengganu di Menara Kuala Lumpur promosi TMT



Oleh; Esah Abdullah 

Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Menara Kuala Lumpur akan menganjurkan Pesta Terengganu @ Menara Kuala Lumpur di perkarangan 1Malaysia Cultural Village bermula esok hingga 2 Oktober depan.

Ketua Sekretariat Tahun Melawat Terengganu (TMT) Encik Ahmad Fathil Abd. Ghani berkata, ini merupakan acara tahunan kerajaan negeri Terengganu dan Menara Kuala Lumpur yang telah mendapat sambutan menggalakkan semenjak ia diperkenalkan empat tahun lalu. 

“Pesta Negeri Terengganu diadakan bersempena TMT bagi memperkenalkan keunikan dan kepelbagaian destinasi, kebudayaan, kesenian, permainan dan masakan tradisonal serta pelbagai produk kraftangan kepada pengunjung tempatan dan antarabangsa,” katanya.

Katanya, di samping memberi peluang kepada rakyat tempatan dan antarabangsa mengetahui dengan lebih mendalam mengenai seni dan budaya Negeri Terengganu, ianya secara tidak langsung dapat membantu mempertingkatkan lagi usaha mempromosikan warisan dan destinasi pelancongan di Malaysia khususnya di Terengganu.

Menurutnya, pesta yang dibuka kepada pengunjung mulai jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam dan masuk adalah percuma. ini merupakan peluang keemasan kepada para pengunjung untuk mencuba produk-prosuk makanan yang berasal dari Terengganu. Negeri Terengganu yang tersohor dengan tema ‘Negeri Cantik, Budaya Menarik’ kaya dengan warisan seni dan keindahan alam semulajadinya.

Pelbagai aktiviti menarik menanti para pengunjung seperti permainan tradisional, demonstrasi kraftangan, persembahan Gamelan dan tarian kebudayaan dari Kumpulan Kebudayaan SUKTRA Terengganu dan kumpulan penari kebudayaan Menara Kuala Lumpur (MKLPAG) yang menampilkan tarikan tempat pelancongan di Negeri Terengganu seperti Tasik Kenyir, Pulau Redang, Pulau Perhentian dan banyak lagi.

Gerai jualan turut disediakan untuk para pengunjung yang ingin membeli dan merasai keenakan produk makanan tradisional Negeri Terengganu seperti nasi dagang, sata, keropok lekor dan makanan tradisional yang lain. Ruang informasi, pameran dan jualan juga ada dibuka

“Saya mengambil kesempatan ini menjemput semua rakyat Malaysia ke Menara Kuala Lumpur bagi bersama-sama memartabatkan produk tempatan dan memeriahkan lagi Pesta Negeri Terengganu,” tambahnya.
 

Pertandingan Bot Berhias ‘Dirgahayu Tuanku, TMT 2013’






Oleh: Aida Abd Rahman

Orang ramai berpeluang menyaksikan keunikan reka bentuk dan hiasan yang melatari bot di Pertandingan Bot Berhias sempena Sambutan Ulang Tahun ke-51 Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, pada 28 September (Sabtu) ini.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dijangka berangkat merasmikan pertandingan yang bertemakan ‘Dirgahayu Tuanku, Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013’, yang bermula jam 8 malam itu.


Pertandingan bakal disertai 16 jabatan termasuk tujuh pejabat daerah, masing-masing Pejabat Daerah (PD) Kuala Terengganu, PD Hulu Terengganu, PD Marang, PD Besut, PD Dungun, PD Kemaman dan PD Setiu serta jabatan kerajaan yang lain. 

Ketua Pegawai Eksekutif TMT 2013, Encik Ahmad Fathil Abdul Ghani berkata Majlis Kebudayaan Kuala Nerus, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT), Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK), TATI University College (TATIUC), TESDEC Sdn Bhd dan Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) juga akan menyertai pertandingan itu nanti.


 “Pada pertandingan tersebut, setiap daerah disyaratkan untuk menonjolkan produk masing-masing dan mereka bebas untuk memilih produk pelancongan yang ingin diketengahkan berdasarkan kreativiti tersendiri dalam menata rias bot mereka.

“Kerajaan negeri juga memperuntukkan RM420,000 untuk diagihkan kepada semua pasukan yang terlibat sebagai bantuan bagi menyiapkan dan menghias bot masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, pemenang tempat pertama bakal menerima wang tunai RM25,000, tempat kedua RM15,000; tempat ketiga RM10,000 dan dua hadiah saguhati, masing-masing RM7,000 setiap satu.


Katanya, sistem pemarkahan dalam pertandingan itu dikira berdasarkan kreativiti sebanyak 30 peratus, kesesuaian hiasan dengan tema (30 peratus), kekemasan (30 peratus) dan bonus sepuluh peratus.

Menurutnya, acara pada malam itu turut diserikan dengan persembahan `Tarian Selamat Datang’, diikuti dengan titah perasmian oleh Sultan Mizan serta perarakan bot dan juga persembahan kebudayaan oleh artis kesenian Terengganu.

 

Festival Kesenian Islam Antarabangsa Terengganu 2013 (TIIAF 2013) pada November ini





Kira-kira 100 peserta dari 20 buah negara dijangka menyertai Festival Kesenian Islam Antarabangsa Terengganu 2013 (TIIAF 2013) selama tiga hari dari 15 Nov di Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja TIIAF 2013, Datuk Zubir Embong berkata sehingga kini, peserta dari 12 negara telah mengesahkan penyertaan iaitu Jordan, Iraq, Algeria, Bangladesh, Mesir, Indonesia, Pakistan, Yaman, Brunei, Palestin, Thailand dan Arab Saudi.

 "Penganjuran pertandingan kaligrafi kali ini ialah penganjuran peringkat antarabangsa berbanding tahun lepas penganjurannya terhad kepada peserta rantau Asia sahaja.

"Penganjuran di Terengganu ini juga telah diiktiraf terbaik setaraf penganjuran di Turki dan Dubai oleh Pusat Penyelidikan Sejarah, Kesenian dan Kebudayaan Islam Dunia (IRCICA) yang berpusat di Turki dan mereka akan memberi sijil pengiktirafan itu dalam masa terdekat," katanya.


 Nilai hadiah keseluruhan bagi pertandingan peringkat antarabangsa adalah US$20,000 (RM64,400). Tarikh tutup penyertaan bagi peringkat antarabangsa 24 Okt manakala bagi peringkat kebangsaan 30 Okt. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 09-6278807, 013-2626061 atau 019-9776499.

Jadikan Kampung Fikri tumpuan Pelancong-Mohd Jidin


Cantik..peserta melepaskan tanglung ke udara.

SETIU: Kampung Fikri , di sini, bakal menjadi tumpuan pelancong apabila kerajaan negeri bersetuju membangunkan satu tempat di kampung itu dengan mengadakan pelbagai aktiviti permainan tradisi rakyat kaum Cina Tiong Hoa dan Siam.

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Dato’ Mohd Jidin Shafee , berkata pihaknya bersedia membantu dari pelbagai aspek untuk memajukan pelancongan di kampung itu termasuklah menguruskan kemasukan pelancong luar.
Mohd Jidin(baju batik), Che Zulkifli(baju merah) hadir meriahkan pesta tanglung.
“Kalau boleh mulai tahun ini kita buat satu permainan tradisi. Kalau pelancong datang kita akan beritahu mereka, ini kebudayaan kaum Tiong Hoa dan ini kebudayaan Siam. Ini makanan tradisional Tiong Hoa, ini makanan tradisi Siam. Di sini juga terdapat beberapa tempat sejarah kita akan beritahu pelancong.

“Kita akan uruskan kedatangan pelancong ke tempat ini dengan menaiki bot dari Penarik,” katanya ketika merasmikan Pesta Tanglung MCA Setiu, di Kampung Fikri, malam, semalam.

Mohd Jidin melancarkan Pesta Tanglung.
Sehubungan itu, Mohd Jidin mengharapkan kaum Cina dan Siam di Setiu terus memberi sokongan kepada Kerajaan Barisan Nasional supaya pihaknya boleh terus membantu memajukan masyarakat itu dan menjayakan pelbagai aktiviti mereka.

Sementara itu, Pengerusi MCA Setiu, Wee Beng Hai, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana menyediakan peruntukan kepada pihaknya untuk mengadakan pelbagai aktiviti masyarakat Cina dan Siam termasuklah Pesta Tanglung ini yang menjadi acara tahunan.

Kira-kira 200 masyarakat Cina Tiong Hua dan Siam hadir menjayakan pesta tanglung itu, Turut hadir Ahli Parlimen Setiu, Che Zulkifli Jusoh dan bekas exco negeri Toh Chin Yaw. 





Oleh: Aminudin Ismail.
Gambar ihsan MCA Setiu.





Teganu kita

Friday 27 September 2013

Makan-Makan di Tenang Seafood dekat Giant Kuala Terengganu


Sebenarnya artikel ini patut keluar semasa Ramadhan atau Syawal, dek kerana kesibukan tugas dan macam-macam urusan lain, kini ia baru dapat dikongsi bersama pembaca atau pengunjung setia blog ini.




Kali ini blogger dan keluarga mengunjungi sebuah restoran masakan panas ala Thai yang baru dibuka Ramadhan lalu iaitu Tenang Seafood berhampiran Pasaraya Besar Giant Kuala Terengganu.



Nampak menarik dan kemas susunatur restoran ini. Kami sekeluarga mengambil pakej untuk 6 oang bersama air iaitu RM96.00 @ purata RM16.00 seorang. Dekorasi restorannya juga ringkas, dan menarik.



Banyak juga lauknya dari tomyam, daging masak merah, sayur campur, telur bistik, kerabu mangga serta udang masak pedas bersama air bandung dan 6 nasi.




Memang 'holio' dan kenyang kami sekeluarga menikmati hidangan di sini. Sambil menunggu makanan, sempat juga anak-anak membuat latihan terutama anak yang sulung dalam menghadapi UPSR.

Apapun kesimpulannya Restoran Tenang Seafood ini memang layak dikunjungi!

Monday 23 September 2013

Air Buah Gelas Besar Pak Chan, Bukit Tok Beng memang Terbaik


Baru-baru ini sempat blogger bersama anak isteri singgah di Kedai Air Buah Gelas Besar Pak Chan di Bukit Tok Beng, sa;ah satu kedai air buah yang tersohor di Terengganu. Memang ramai sekali pengunjung di sini.

Untuk makluman semua, macam-macam jenis air buah di jual disini daripada kiwi, nangka, mempelam, kurma, anggur, durian belanda dan macam-macam lagi. Ia bukan sahaja unik dimana anda boleh mencampurkan buah kegemaran anda, tetapi ia juga boleh diorder samada gelas kecil, sedan, besar mahupun gelas kasut.. air buahnya memang berperisa.

Selain air buah yang enak, kedai ini turut menjual nasi dagang, nasi minyak, laksa penang dan makanan rasmi Terengganu, keropok lekor goreng.

Lokasinya amat mudah untuk dijejaki iaitu ditepi jalan sebelah kiri jika anda dari bandar Kuala Terengganu melalui Jambatan Sultan Mahmud dan mengambil simpang kanan menuju seberang takir/ Bukit Tok Beng/ lapangan Terbang.

Boleh dikatakan kedai ini sudah menjadi salah satu mercu tanda jika anda datang ke Kuala Terengganu.

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog