iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Sunday 24 April 2011

Sejarah Daerah Setiu


Setiu merupakan salah satu daerah di negeri Terengganu. Jumlah penduduk di daerah Setiu ialah seramai 54,883 orang (1998).
 
Sejarah

Setiu adalah nama seorang Pahlawan Bugis. Peperangan antara Belanda dengan Bugis telah berlaku dalam tahun 1870an. Ramai orang-orang Bugis lari meninggalkan negeri mereka . Antara mereka adalah seorang Pahlawan bernama Tok Setiu. Antara faktor yang menyebabkan beliau lari selain dari kalah berperang ialah kerana beliau tidak mahu hidup bertuankan Belanda. Setelah beberapa lama belayar Tok Setiu dan orang-orangnya pun tiba di Terengganu. Negeri Terengganu pada masa itu di bawah pemerintahan Sultan Ahmad II ia itu Sultan Terengganu yang ke-10 ( 1875 - 1881).
Dengan persetujuan Sultan Ahmad II beliau membuka perkampungan yang dinamakan Kampung Bukit Tok Setiu. Tok Setiu mendapat tentangan daripada Tok Itam dan orang-orangnya kerana berebut suatu kawasan. Berlakulah peperangan yang amat hebat selama 7 hari 7 malam. Dalam peperangan tersebut pihak Tok Setiu menerima kekalahan. Memandangkan hal yang demikian Tok Setiu memohon bantuan daripada Tok Serban Kuning dari Mukim Batu Bertindan, Bukit Mahsuri. Dengan bantuan yang diberikan oleh Tok Serban Kuning maka pihak Tok Itam mengalami kekalahan.
Kemenangan Tok Setiu telah mengukuhkan lagi kedudukanyan sebagai Ketua di kampungnya dan menyebabkan pengaruh beliau semakin kuat dan pengikutnya bertambah ramai. Semasa pimpinan Tok setiu, beliau telah meninggalkan banyak jasa antaranya membuat tandak-tandak sungai, adalah bertujuan untuk memudahkan pengaliran air dari sungai ke sawah-sawah.
Selain daripada bertugas sebagai Ketua kampung, Tok Setiu juga berperanan sebagai guru silat dimana ramai penduduknya yang belajar daripadanya. Dikatakan bahawa persilatan menjadi pokok utama dalam kehidupan penduduk Bukit Tok Setiu ialah kerana adanya satu temasya pertandingan silat.Temasya ini telah diadakan pada tiap-tiap tahun.
Tok Setiu meninggal dunia setelah bertikam dengan adiknya disebabkan oleh fitnah dan dikuburkan berhampiran dengan rumahnya. Kawasan perkampungan Tok Setiu sekarang telah dipenuhi dengan pokok getah dan semak samun. Tok Setiu memainkan peranan yang besar dalam sejarah kehidupanya dan banyak jasa-jasa yang ditinggalkannya.Kemasyuran nama Tok Setiu telah mendorong kepada penduduk kampung menamakan tempat itu sebagai SETIU hingga sekarang menjadi sebuah Daerah.
Setiu merupakan sebuah Daerah Bongsu daripada tujuh Daerah didalam Negeri Terengganu Darul Iman. Ditubuhkan hasil daripada perakuan Unit Pemodenan dan Kemajuan Pentadbiran (MAMPU) pada 1 Januari 1985. Daerah baru ini mempunyai keluasan 135,905.80 hektar (1,359.90 km²). Merupakan 10.49% daripada keseluruhan keluasan Negeri Terengganu Darul Iman. Bersempadan dengan Daerah Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Besut. Terbahagi kepada tujuh buah mukim iaitu Mukim Pantai (8,499.40 hektar), Mukim Guntung (16,348.50 hektar) Mukim Tasek ( 5,827.10 hektar), Mukim Hulu Setiu (23,292.90 hektar) Mukim Calok (20,589.60 hektar), Mukim Merang (6,825.00 hektar) dan Mukim Hulu Nerus (54,523.30 hektar).

sumber: wikipedia 

Saturday 9 April 2011

Penunggang motor putus pinggang di Rhu Sepuluh dalam kemalangan maut

Petang semalam, berjalan sambil bersiar-siar bersama keluarga di Pantai Peranginan Rhu 10. Kelihatan ramai sekali keluarga bersama anak-anak bermain di taman permainan di sini.

Hampir jam 7.00 petang terdengar di telinga dari mulut sipenjual di sini mengatakan ada kemalangan yang melibatkan motosikal dan van telah terjadi berhampiran Kem Bari.

Untuk memuaskan hati, blogger bersama-sama anak-anak meninjau ke kawasan kemalangan dan memang pasti kemalangan baru terjadi di mana terdapat sekujur tubuh telah terbaring di jalan raya dengan dilitupi dengan kertas surat khabar.

Khabarnya mayat penunggang motosikal putus di pinggang. Tidak jauh daripada tempat kejadian terdapat sebuah van putih usang yang dikatakan terlibat sama dalam kemalangan.

Melihatkan keadaan van, blogger membuat kesimpulan, yang memandu laju adalah motor. Ini kerana kawasan berkenaan pada setiap petang hujung minggu terkenal menjadi tempat berkumpul anak-anak muda menunjukkan aksi berani memandu secara berbahaya.

Penunggang motor adalah melibatkan anak tempatan. Blogger amat mengharapkan agar penunggang lain yang ada bersama semasa kejadian dapat merenung dan insaf supaya tidak memastikan diri mereka juga berakhir di jalanraya dengan keadaan yang tragis.

Penunggang-penunggang ini ingin menunjukkan kehebatan mereka memandu dengan aksi berani dan ekstrem tetapi mereka lupa bahawa jalanraya itu bukan milik mutlak mereka. Orang lain pun berhak menggunakan sama. Lebih-lebih lagi kawasan pantai Rhu 10 sememangnya menjadi tumpuan ramai pada hujung minggu yang turut terkenal dengan ICT iaitu ikan celup tepung, sotong celup tepung dan sebagainya.

Sepatutnya kita menunjukkan budi bicara yang berhemah supaya orang terus datang ke pantai ini dan rezekinya akan melimpah ke massyarakat di sini.

Sama-sama kita ambil pengiktibaran dari peristiwa ini dan blogger amat berharap agar pihak berwajib meningkatkan lagi pemantauan gejala tidak sihat terutama pada hujung minggu.

budakkg setiu- 9 April 2011

Friday 8 April 2011

Projek Cili Fertigasi di Agro Resort, berbudi pada bumi berhasil

Pokok cili yang baru mengeluarkan hasil
Ini adalah Projek Cili Fertigasi yang sedang dilaksanakan di Agro resort. Sebanyak 800 polibeg telah ditanam dengan cili jenis Kulai.
Tempoh masa perlaksanaan adalah lebih kurang 3-4 bulan dan menunggu masa untuyk dituai. Jangkaan hasil adalah sebanyak 4kg/pokok dan anggaran harga purata adalah RM5.00/kg bagi harga borong. secara kasarnya setiap pusingan projek ini akan menjana pendapatan sebanyak RM15,000 hingga RM18,000 sepusingan.
Untuk maklumat lanjut untuk khidmat nasihat atau ingin mencuba sendiri boleh berhubung dengan Bahagian Fertigasi di Agro Resort di talian 09-6902240.
Ia dilaksanakan secara fertigasi

Inilah pokok-pokok cili yang sedang membesar berusia 2 bulan

Berusia 2 bulan sudah mula berbuah


Thursday 7 April 2011

Terengganu My Heritage: Lepak dan sambil minum di Jerteh Kopitiam

Terengganu My Heritage: Lepak dan sambil minum di Jerteh Kopitiam: "Anakanda bersama dengan Ice Cream mix fruit Hari itu blogger dan anak-anak ke Jerteh sambil menguruskan satu dua urusan di sana. Ada..."

Lepak dan sambil minum di Jerteh Kopitiam

Anakanda bersama dengan Ice Cream mix fruit
 Hari itu blogger dan anak-anak ke Jerteh sambil menguruskan satu dua urusan di sana. Ada permintaan dari anak-anak nak makan aiskrim. 
Blogger singgah di Jerteh Kopitiam dan anak-anak mula memilih menu mereka. Pilihan utama pastinya aiskrim. Maka terhidanglah aiskrim dengan mix fruit, banana split serta fried banana with ice cream. Blogger pula memilih Lychee kang.

Untuk makan pula blogger mencuba Asam Laksa yang seakan-akan laksa Penang. suasana di sini yang selesa dan tenang menyebabkan ia sentiasa menjadi pilihan pelanggan walaupun kedudukan kedai sedikit tersorok. Namun bagi pelanggan yang sudah biasa, ia bukan satu masalah untuk mencari kopitiam ini.
Yang ini pula bersama Banana Split...





Antara Dessert yang paling best iaitu Fried Banana with Ice Cream

Monday 4 April 2011

Terengganu My Heritage: Sejarah Batu Bersurat

Terengganu My Heritage: Sejarah Batu Bersurat: "Batu Bersurat Terengganu dikatakan mula ditemui pada 1887 di kawasan Padang Tara, di tepi Sungai Tara, di Kg Buluh, Kuala Berang, Hulu Teren..."

Sejarah Batu Bersurat

Batu Bersurat Terengganu dikatakan mula ditemui pada 1887 di kawasan Padang Tara, di tepi Sungai Tara, di Kg Buluh, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Kemudian ianya dijumpai pula pada 1902 oleh Sayed Husain ghulam Al Bukhari, seorang ahli perniagaan di tangga surau Kampung Buluh yang dijadikan batu alas kaki untuk naik ke tangga surau tersebut.

Sayed Husain telah meminta bantuan Penghulu Ali dan orang kampung untuk mengangkat dan meletakkan batu tersebut di atas rakit untuk di bawa ke Kuala Terengganu.

Sampai di Kuala Terengganu, ia dipersembahkan ke Bawah duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudiannya batu itu diletakkan di atas Bukit Puteri.

Pada 1922, Timbalan Penasihat Inggeris di Terengganu Encik H.S Peterson meminta seorang jurufoto berbangsa Jepun iaitu N Suzuki mengambil gambar dan gambar itu di hantar kepada C.O Blegden untuk dibuat pembacaan.
aa
Hasilnya didapati batu itu ditulis dalam Bahasa Melayu Jawi tua yang bertarikh 702 hijrah. Dan kajian terkini telah menunjukkan bahawa tarikh tepat batu itu ditulis atau dimasyurkan ialah pada 4 Rejab hari jumaat 702 Hijrah bersamaan 22 februari 1303 Masihi.

Tulisan pada batu itu telah menerangkan  bahawa Islam adalah agam yang telah diamalkan dengan utuh sekali dan jelas ditulis hukum-hukum dan perundangan Islam telah diwartakan pada masa tersebut. Ia juga telah menunjukkan bahawa sistem organisasi dan pemerintahan pada masa tersebut juga lengkap dan tersusun dan satu tamadun yang hebat serta pusat keilmuan telah wujud pada masa tersebut.

Pada 1923, batu itu telah dihantar ke Muzium Singapura dengan jalan pinjaman. Setelah Muzium Negara di Kuala Lumpur siap di bina ia telah dipinjamkan ke sana dari Muzium Raffles Singapura. Pada 12 Februari 1987, telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapatkan kembali Batu Bersurat tersebut untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Dan pada tahun 1991, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat di pulangkan kepada Kerajaan Terengganu.

Pada 6 Julai 1991, jam 9.30 pagi, satu upacara penyerahan kembali Batu Bersurat telah di adakan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan kepada Menteri Besar Terengganu Y.A.B Dato' seri Amar Di Raja Tan Sri Wan Mokhtar Bin Ahmad.
 Batu ini merupakan sebuah Peringatan berbahasa Melayu yang tgerawal dijumpai di Semenanjung Malaysia yang berkaitan dengan pengisytiharan agama Islam sebagai agama rasmi dan Undang-udang Islam.

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog