iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Wednesday 8 August 2018

#kuliahbisnes 10 perkara memberi anda Khidmat Pelanggan Yang HEBAT



10 perkara yang membolehkan anda memberi khidmat pelanggan yang HEBAT kepada pelanggan anda adalah:

1. The right ambience @ suasana yang sesuai dan betul
-kebersihan yang tip top
-suasana yang selesa
-bersih yang konsisten

2. Personalize at every point @ memberi khidmat peribadi pada setiap sudut
-pelanggan berasa dihargai secara peribadi seperti welcome letter khas atas nama pelanggan, jika ada meja untuk makan telah di tag atas nama pelanggan, pelanggan akan menghargai usaha yang bersifat peribadi ini dan merasakan dilayan bagaikan tetamu kehormat atau VVIP.

3. What's in the name? @ Apa ada pada nama?
-Dalam dunia hospitaliti, panggilan nama amat penting agar pelanggan rasa dihargai. Dan jika setiap perkhidmatan yang diberikan dan setiap staf yang mengendalikan mengetahui nama pelanggan dengan baik dan jelas, pelanggan akan merasakan semua perkara telah disusun ataur dengan baik dan rapi. Ini akan menggembirakan pelanggan

4. No unexpected surprise @ Tiada sesuatu diluar jangkaan
-Pastiakn semuanya jelas, Nama yang jelas, papan tanda yang jelas, pakej yang jelas, tiada kos atau caj yang tersembunyi supaya jangkaan pelanggan adalah sama sebelum datang dan masa tiba di tempat kita. 

5. Make it memorable @ Jadikan ia sebagai memori yang indah
-pastikan ada sesuatu 'buah tangan' buat pelanggan supaya ia akan menjadi ingatan paling manis pelanggan ditempat kita atau sesuatu yang ia akan bawa pulang dan mengingatinya. Apa saja yang dirasakan perlu servis dan buah tangan. Ia kombinasi yang hebat untuk pelanggan.

6. Follow up is important @ Susulan dan peringatan adalah penting
-pastikan semua persediaan dan pengesahan dibuat bersama pelanggan dan sentiasa di buat ingatan susulan atau peringatan mesra agar pelanggan gembira.

7. Be efficient but not pushy @ Jadi lebih berkesan tapi bukan pendesak
-Pastikan anda menjaga pelanggan dengan sebaiknya dan sentiasa mengambil berat akan pelanggan tapi jangan berlebih-lebihan sehingga pelanggan menjadi rimas. Beri masa dan ruang pada pelanggan. Dan pastikan pelanggan berasa selesa dengan kita.

8. Dont forget the THANK YOU @ Jangan lupa berTERIMA KASIH
-Jangan lupa berterima kasih pada pelanggan. Pelanggan akan merasakan dihargai dan dihormati.

9. Reward their LOYALTY @ Beri ganjaran atas kesetiaan
-hargai kesetiaan pelanggan. Ia akan mebuatkan hubungan anda dan pelanggan menjadi hebat dan saling menghargai. Jadilah kawan kepada pelanggan anda akan memudahkan anda untuk terus menghargai dan dihargai.

10. A smile can do the trick @ Senyum dapat meredakan
-Pastikan anda dapat menggembirakan pelanggan dan buat pelanggan tersenyum. Ia sesuatu yang hebat buat pelanggan bila mereka rasa gembira. Anda senyum , pelanggan juga akan senyum.

Sunday 5 August 2018

Gulai itik yang sedap di Kg Guntung....


Sapa yang terasa atau teringin nak makan Gulai Kerutub Itik boleh lah singgah ke warung Jelira Rasa di simpang 4 lampu isyarat Kg Guntung Luar menuju ke Kg Saujana. Orang tempatan panggil Kedai Haji Ya.

Memang sedap gulai itik di sini yang di masak bagaikan resepi orang tua lama. Warung atau kedai ini dibuka setiap hari kecuali hari Sabtu.



Selain gulai itik juga ada Gulai Ayam Kampung serta Ayam Kampung Goreng yang boleh di makan bersama samada nasi putih atau nasi dagang.



Memang ramai pengunjung setiap hari di sini.

Menarik pukat... budaya masyarakat nelayan Terengganu

gambar azizi embong

Budaya menarik pukat adalah salah satu aktiviti tradisi masarakat nelayan di Terengganu. Ia masih boleh dilihat dan dinikmati keutuhan aktiviti berkumpulan ini di perkampungan nelayan di sekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan lain-lain tempat.

Perkampungan nelayan di sekitar Batu Rakit adalah lokasi paling mudah unuk dilihat kegiatan nelayan sebegini pada setiap pagi. Memang begitulah cara hidup masyarakat nelayan di sini.

Budaya menarik pukat ini sememangnya menjanjikan keseronokan melihat ikan-ikan pinggiran pantai yang bergelimpangan meronta melepaskan diri dari pukat. 

Saturday 4 August 2018

Herba Batu Jin, penawar besar batu karang dan kanser...


Hari ini admin ingin berbicara dan kongsi mengenai khasiat pokok herba Batu Jin atau Pecah Beling yang banyak terdapat disekitar kita. Khasiatnya dapat  membantu kita mahupun kawan-kawan serta saudara mara kita.

Herba Batu Jin atau Pecah Beling atau nama sainsnya 'strobilanthes crispus atau saricocalix crispus ini dikatakan berasal dari Madagascar dan Kepulauan Indonesia dan juga turut banyak terdapat di Tanah Melayu atau Semenanjung Malaysia.

Ia dikatakan telah lama digunakan oleh masyarakat Melayu dan orang-oang Asia bagi  menguangkan kesakitan dalam badan.

Nama-nama lain bagi herba ini adalah pecah kaca, enyoh kilo, kecil beling, pokok batu karang, remek dan lain-lain. Banyak sekali namamya dan bermakna ia dikenali sebagai ubatan yang berguna dalam kehidupan masyarakat Melayu.

Di antara khasiat dari herba ini adalah:

  • anti diabetis
  • anti kanser
  • anti mikrob
  • antu batu karang
  • anti oksidan
Hasil kajian makmal Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM mendapati ia mengandungi mineral yang tinggi iaitu Kalsium (24%), Kalium (51%, Natrium 24%, Ferum (1%) serta Fosforus (1%).

Manakala daunnya pula mengandungi dan kaya dengan Vitamin C, Vitamanin B1 dan B2 serta mengandungi Katekin dan Tannin yang tinggi serta sedikit Kaffein.

Hasil ujian makmal juga mendapati ia mampu merencatkan pertumbuhan sel kanser kolon, kanser hati serta kanser payu dara.

Ia juga mampu membunuh sel kanser serta empengaruhi sel kanser hingga mati (apoptosis) tanpa kesan sampingan dan keradangan.

Ia juga mampu menghancurkan batu karang serta batu dalam hemedu di buah pinggang. Dan menurunkan kolestrol dan gula dalam darah serta melancarkan pembuangan air kencing atau kencing idak lawas.

Cara menggunanya.

-ambil 4 hingga 5 helai daun dan direbus dengan 1 liter air. Biarkan mendidih dan air sehingga 500ml atau 1/2 liter dan amalkan minum setiap hari.

Moga ia memberi manfaat kepada kita semua.

sumber: 
www.doa.gov.my
petua.whatta.org

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog