iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Saturday 24 December 2016

Friday 23 December 2016

Resort World Kijal, Kemaman, Terengganu , pengalaman percutian yang menyeronokkan....

Lobi Resort World Kijal yang mengagumkan

Kesempatan cuti menjelang Krismas 2016, ambil peluang untuk bawa anak-anak bercuti. Banyak sempenanya iaitu harijadi anak yang ke 4, hadiah anak sulung PT3 11A dan juga habisnya Program Hafazan Cuti sekolah hampir sebulan.

Pening juga memilih lokasi cadangan, tak nak jauh sangat. Fikir punya fikir kami pilih Resort World Kijal yang dulunya dikenali sebagai Awana Kijal, di Kijal Kemaman.  Memilih bercuti dalam Terengganu juga sempena meraikan Visit Beautiful Terengganu 2017 bahawa Terengganu sememang mempunyai destinasi percutian yang hebat dan menawan.


Jacuzzi satu keluarga .. seronok


Sampai sahaja di lobi RW Kijal kami bagaikan disambut untuk bercuti. Layanan daripada staf RW Kijal memang menawan. Anak-anak dah nampak seronok dan tak sabar-sabar untuk ke kolam renang.

pemandangan kolam dari bilik kami yang mengadap laut


Dari bilik jelas nampak suasana kolam renang yang meriah. Apalagi kami pun melepaskan penat dan lelah kerja dan tekanan di kolam renang.

Seronok tengok anak-anak gembira dan puas mandi kolam.

Pelbagai kemudahan terdapat di RW Kijal ini termasuk kemudahan padang golf, spa, kopitiam Hainan, Fitness Center, Restoran Kampung Meraga Beris, Giant Chess, sea sports activities,  aktiviti rekreasi, demo melukis batik Noorarfa Batik dan macam-macam lagi.




Hainan Kopitiam

Walaupun cuaca yang sedikit hujan namun tidak menggugat kegembiraan kami bercuti di RW Kijal.
Di samping itu juga pelbagai info dan sudut menarik terdapat di lobo RW Kijal yang amat gah dan menarik antaranya sudut Penyu Bertelur, Congkak Gergasi serta rebana ubi dan gedut yang menampilkan elemen tradisional Terengganu.

Ooh begini rupanya anak penyu menetas..

Congkak gergasi
 

Ini baru hari pertama. Cadangan asal hanya semalaman, nampaknya terpaksa dilanjut 1 malam lagi. Janji yang dirai puashati dan seronok sebelum sesi persekolahan 2017 bermula.

*Terima kasih Madam Ter Juliana- GM RW Kijal, Kat@ Khatijah- Front Office dan staf yang lain atas layanan yang 'excellence hospitality'

#visitbeautifulterengganu2017
#terengganumyheritage

Saturday 19 November 2016

Nasi Lemak Kak Yong hanya RM1.50, murah dan sedap di Dataran AUstin, Gong Badak...berbaloi



Nasi Lemak Kak Yong , Dataran Austin dekat Mydin Gong Badak telah mula menjadi sebutan dan buah mulut pelanggan. Bukan sahaja sedap malah murah dengan harga Rm1.50 sahaja.

Nasi lemak dengan lauk sambal bilis dan ikan ini memang menjadi rebutan pelanggan setiap petang yang sebelum ini beroperasi bersebelahan Stadium Tertutup Gong Badak, kini telah berpindah operasi sejak pembinaan litar permotoran baru.

 

Menuruk pemilik gerai Nasi Lemak Kak Yong, Saudara manaf, jualan sehari atau sepetang boleh mencecah 250 hingga 300 bungkus di mana purata pelanggannya adalah pelanggan tetap dan berulang.

Kadang-kadang terpaksa memasak 2 kali jika habis awal bagi memenuhi permintaan pelanggan yang sentiasa meningkat.

 

Menurutnya lagi, kualiti dan rasa sentiasa dijaga agar pelanggan sentiasa berpuas hati dengan nasi lemak ini, malah apa yang penting adalah ramai orang boleh makan nasi lemak dengan harga murah dan sedap.
 bagi ingin mencuba nasi lemak ini bolehlah berkunjung ke Dataran Austin, Mydin Gong Badak berhadapan dengan Bank Islam pada setiap petang.

 

Nasi Lemak Kak Yong, Murah, sedap dan puas hati.

#visitbeautifulterengganu2017
#terengganumyheritage
#beautifulterengganu

Thursday 13 October 2016

Keunikan Setiu Wetland menjadi tarikan peserta seminar TEMCO 2016

Para peserta berpeluang melepaskan sendiri tuntung ke habitat asal di Sungai Setiu

Seminar TEMCO @Terengganu International eco & marine tourism conference 2016 anjuran Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu dan Ping Anchorage MICE.

Ia adalah penganjuran kali ke tujuh yang memberi fokus mengekalkan kelestarian khazanah alam dan pentas perbincangan dan percambahan minda bagi melahirkan idea dan penyelesaian kepada perubahan positif dalam sektor eko pelancongan dan pelancongan marin.

Ia disertai oleh pelbagai latar belakang daripada pengusaha-pengusaha, wakil-wakil kerajaan negeri, wakil-wakil akademik, NGO pelancongan dan orang awam.

Seminar ini juga mensasar negeri Terengganu sebagai destinasi eko pelancongan dan marin yang utama. Ia juga bagi menggalakkan penglibatan komuniti bagi menjayakan produk ekopelancongan dan pelancongan yang terbaik.

Ia juga bagi memperkenalkan lagi produk eko pelancongan batu di Setiu Wetland, Kg Jambu Bongkok dan BRIS Forest.

Seminar dua hari ini akan memberi pendedahan dan pengalama baru terutama mengenali Setiu Wetland dan produk eko pelancongan lain yang menarik di Terengganu

Beberapa kertas kerja dan perkongsian menarik dibentangkan diseminar ini seperti pengalaman di Setiu Wetland oleh Dr Wan Faridah Akmal Bt Wan Jusoh dari WWF, mohd khairul abu bakar dari TENAGA yang berkongsi pengalaman menjarah Gua Bewah yang membawa penemuan Bewah Man, Meor Rahmah yang berkongsi Cherating, Pahang sebagai hidden ecotourism


Turut sama berkongsi pengalaman adalah Chen Pelf Nyok dari Turtle Conservation Society of Malaysia berkenaan hidupan tuntung di Terengganu, Wong Ee Phin tentang kehidupan gajah di semenanjung Malaysia dan konservasi Penyu dari Lang Tengah Turtle Watch

Peserta lawatan juga turut berpeluang menyertai lawatan ke Setiu Wetland bagi meneroka lebih dekat keunikan wetland dan berpeluang mengenali pebih dekat hidupan tuntung dan aktiviti di Setiu Wetland

Seminar ini telah dirasmikan oleh Timbalan Exco Pelancongan YM Yb Ku Zaihan b Che Ku Abd Rahman

#beautifulterengganu
#vivitterengganu2017
#terengganumyheritage

Monday 12 September 2016

Percutian ala karavan C.A.M pertama di Malaysia


Karavan @ Caravan C.A.M iaitu pertama di Malaysia memang menarik untuk percutian berkenderaan bersama keluarga. Sememangnya ia menjanjikan kelainan dalam percutian anda.


 

Lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti bilik air, tempat tidur yang selesa, dapur untuk memasak, malah berhawa dingin serta dilengkapi dengan kemudahan audio visual tentunya menjajnjikan percutian keluarga anda lebih bermakna dan seronok.

 

Sememangnya percutian sebegini sudah lama popular diluar negara samada di New Zealand, Australia mehupun di Amerika Syarikat ataupun Eropah.
 

Model ini baru pertama kali mendapat kelulusan JPJ di Malaysia. Ianya luas dan selesa untuk seisi keluarga 4 atau 5 orang yang juga turut dilengkapi dengan generator kecil.


Maklumat lanjut mengenai kenderaan ini samada spesifikasi enjin mahupun keupayaan jenteranya bolehlah melayari http://sendokgroup.com/product/plutus-caravan

Harganya pula didatangkan dengan harga Rm207,000, murah atau mahal begantung kepada keperluan anda.

Monday 5 September 2016

Pulau Perhentian- Pelancongan Bertaraf Dunia di Terengganu

Kenangan semasa urusan tugas mengklasifikasikan resort atau 'rating' di Pulau Perhentian, Besut, Terengganu satu pengalaman yang amat sukar dilupakan.

Daripada suasana jeti, hinggakan suasana resortr-resort di sana dan yang paling mengujakan apabila sampai di pantai pulau yang putih bersih, bagaikan terlupa diri bahawa ini adalah Pulau Perhentian di Terengganu.


Memang cantik dan memang indah malah menjadi tumpuan pelancong dari seluruh pelosok dunia. Dengan kejernihan air lautnya serta keindahan dunia bawah laut samada menyelam atau pun ber'snokelling' pastinya memberi satu pengalaman yang luar biasa.

Bilik penginapan di Perhentian Island Resort

Saya menginap di Perhentian Island Resort, resort bertaraf tiga bintang yang mempunyai kemudahan lengkap dan pantai yang amat cantik, malah batu karang di hadapan resort pun sudah mengujakan.

Tips semasa snorkelling, bawalah roti atau makanan kering lebih sedikit, pastinya anda akan dibelai oleh ikan-ikan yang cantik dan manja semasa ber'snokelling'.

 

Pada waktu malam pula, anda boleh menaiki teksi bot untuk ke Pantai Pasir Panjang atau 'Long Beach' bagi merasai kemeriahan malam dengan pertunjukan main api dan menikmati minuman dan makanan di sini.

 

Tengoklah gambar-gambar yang hanya di ambil dengan kamera telefon sahaja pun sudah cantik. Sememangnya Pulau Perhentian mempunyai tarikan bertaraf dunia dan industri pelancongan di sini bernilai bilion Ringgit.

Diharap lebih ramai usahawan Terengganu yang membuka mata dan meneroka peluang bisnes di Pulau Perhentian ini.

#beautifulterengganu
#visitterengganu2017
#dekatje
#thisisterengganu

Saturday 3 September 2016

PERTANDINGAN PLAYSTATION FIFA E-SPORT 2016 TERENGGANU


Lama betul admin terpaksa menepikan diri dek kesibukan tugas seharian. Insyalah selepas ini akan ada artikel atau entr secara lebih terancang untuk perkongsian maklumat bersama anda semua.

Kali ini berkaitan hebahan dalam Group Kuala Terengganu Residen atau KUTERER berhubung

PERTANDINGAN PLAYSTATION FIFA    E-SPORT 2016
Pusat Pembangunan Modal Insan GPMS Negeri Terengganu (PPMI) akan menganjurkan Pertandingan Sukan Elektronik (e-Sport) FIFA 2016...
Jom pakat tunjuk bakat kiter masuk tanding lawan bola Playstation4 FIFA 2016:-
Tarikh : 1 Oktober 2016 (sabtu)
Masa: bermula jam 10.00 pagi
Tempat: PPMI GPMSNT
Yuran penyertaan muroh jeboh RM15 jerk.. makan minum pulok disediakan...
Hadioh
tempat pertama RM300
tempat kedua RM200
Tempat ketiga RM100
rugi dok joing boohhh !!!
Untuk penyertaang dang maklumak lanjuk awok itter bulih wassap @ telipong 012-7741474 (sdr kymie)
Derahhhh... ada 32 slot jerk booohh... dang penuh ambe dok leh nok tulong doh... daftar slaluuuhhh neehhh !!!

Thursday 14 April 2016

RM58.00 semalam tawaran Hotel HAI O di Sepang, Selangor oleh Hairuddin Omar


Hai O Hotel yang terletak di Sepang kira-kira 10 minit daripada KLIA atau KLIA 2 adalah di antara perancangan bisnes masa depan pemain bolasepak Terengganu dan bekas pemain kebangsaan, TRW serta ATM iaitu Hairuddin Omar atau Hai O.




Hotel yang mempunyai 28 bilik ini kini telah mula beroperasi mempunyai jenis bilik 'Single Room', Standard Room dan Family Room.



Manakala harga pengenalan istimewa Hotel Hai O ini adalah RM58.00 semalam manakala bagi bilik Family adalah RM138.00




Hotel kategori bajet ini mempunyai kemudahan yang lengkap dan hampir setaraf dengan hotel bertaraf bintang dengan kemudahan:

  • tuala-sabun-syampu
  • seterika-pemanas air
  • kemudahan WIFI
  • berdekatan dengan kedai mamak 24 jam
  • berdekatan restoran steamboat
Hairuddin yang berasal dari Seti, Terengganu juga adalah seorang usahawan yang gigih dengan turut mengusahakan restoran ikan bakar Adeqsue dan juga produk sos Adeqsue di Terengganu. Manakala produk terbaru yang dilancarkan oleh Adeqsue adalah air mineral Adeqsue yang turut menaja air mineral untuk skuad Terengganu bagi musim 2016.

Bagi maklumat lanjut dan tempahan boleh hubungi:

HOTEL HAI O
Tel 03-87052020
 layari fb dan
 Istagram Hai-O hotel.‪#‎haiohotelsepang‬

#beautifulterengganu

RM100 seorang - pakej mencandat Sotong dari Peladang Setiu Agro Resort....



Pakej Candat Sotong oleh Peladang Setiu Agro Resort, Setiu, Terengganu.

Musim Candat Sotong bermula pada bulan April hingga Julai setiap tahun.

Rebutlah peluang untuk merasai sendiri pengalaman mencandat.

Maklumat hubungi 0199192240

#beautifulterengganu

Sunday 3 April 2016

Promosi PERMAI HOTEL Kuala Terengganu


Promosi April dan Mei 2016
 Permai Hotel Kuala Terengganu

RM529 per villa, promosi istimewa di Terrapuri Resort, Setiu, Terengganu


Terrapuri Resort, Setiu, Terengganu enawarkan promosi istimewa 2016 iaitu RM529.00 semalam bagi penginapan villa termasuk sarapan pagi untuk 2 orang.

Resort yang berkonsepkan rumah klasik Terengganu yang terletak di Kg Mangkuk, Setiu, Terengganu ini menawarkan kelainan dan suasana  yang berbeza dengan resort berkonsepkan pemuliharaan dan pembangunan semula rumah lama abad ke 17 Terengganu.

Dengan berlatarbelakangkan Setiu Wetland dan berhadapan Laut ChinaSelatan ia memberi dua nilai estetika yang berbeza dan unik kepada penginapnya.



Di antara tarikan di resort ini adalah hidupan wetlands seperti tuntung, lokan serta pokok-pokok bakau dan nipah disekelilingnya. Apa yang paling menarik anda boleh menikmati keindahan kerlpan kelip-kelip dengan memerhatikannya di sekitar resort yang hidup dengan semulajadi tanpa diusik.

Kawasan ini juga menjadi destinasi penting pendaratan penyu terutama penyu hijau (green turtle) dan juga tuntung dengan keindahan pantainya yang cantik dan memutih.



Suasana sekitar resort juga menjanjikan sesuatu yang menarik dan berbeza dengan keunikan binaan rumah lama Terengganu yang penuh falsafah seolah-olah anda berada disuatu zaman kegemilangan silam yang mengagumkan.

Terrapuri Resort
Kg Mangkuk, Setiu, Terengganu
Tel: 09-6245020, 6312081
Faks: 09-6228093
www.terrapuri.com

Saturday 2 April 2016

Restoran Fasha Thai, Jalan Kamarudin, Kuala Terengganu.... jadi ngat



Restoan Fasha Thai yang terletak di Jalan Kamaruddin, Kuala Terengganu sentiasa mendapat tumpuan ramai bagi menikmati keenakan masakan Thai seperti tomyam dan lain-lain.

Bagi admin antara yang sering menjadi pilihan di sini adalah Nasi Air Special iaitu bubur nasi dengan ikan masin, telur masin serta udang dan kangkong goreng belacan, memang menjadi.



Begitu juga dengan somtam yang sememangnya asli Thai cukup pedas masin manis.

Jika nak ke restoran ini pastikan waktunya betul kerana jam 7.00 hingga 8.00 malam adalah waktu rehat untuk solat. Memang pesanan tidak di ambil pada masa ini.

Sunday 27 March 2016

Banyak yang menarik di BEAUTIFUL TERENGGANU 2016 Plaza Angsana


Beautiful Terengganu yang berlangsung dari 23 hingga 27 Mac 2016 di Plaza Angsana telah berjaya menonjolkan keunikan Terengganu dari pelbagai aspek sama tarikan pelancongan, keunikan makanan, budaya, warisan, permainan tradisi malah penonjolan identiti Terengganu sendiri yang unik.

Ramai juga rakyat Terengganu yang menetap di Johor terkejut dengan keberanian Kerajaan Negeri Terengganu membawa rombongan sebesar ini ke Johor, malah anggapan awal mereka hanyalah karniva biasa berskala kecil sahaja.

Sambutan yang di terima sejak hari pertama juga amat luar biasa dengan kunjungan ramai sekali pengunjung

Setiu wetlands adalah antara galeri tarikan pelancongan yang mendapat sambutan yang hangat dengan menampilkan keunikan pokok bakau, nipah dan hidupan wetland seperti kerang, lokan , ketam nipah dan tuntung.

Demonstrasi menggoreng keropok dengan pasir juga mendapat sambutan dan memukau pengunjung terhadap warisan tradisi ini.
l

Friday 25 March 2016

Beautiful Terengganu 2016 di Plaza Angsana Johor bahru

Hasil carian imej untuk beautiful terengganu
Beautiful Terengganu di Plaza Angsana Johor Bahru pada 23 hingga 27 Mac 2016 mensasarkan orang-orang Johor dan Singapura bagi menikmati keenakan makanan Terengganu seperti keropok lekor, nasi dagang, otak-otak, satar, bekang dan macam-macam lagi.

Juga dibawa ke sini adalah hasil kraf batik, songket, barangan kraf, makanan tradisi dan bermacam-macam hasil usahawan Terengganu.

Hasil carian imej untuk beautiful terengganu
teganukita

Juga pakej-pakej pelancongan menarik di Peladang Setiu Agro Resort, Pulau Perhentian, Tasik Kenyir, Pulau Redang dan macam-macam lagi dengan kadar harga yang istimewa

Juga menampilkan pelbagai deminstarsi kebudayaan seperti tenunan songket, gasing terbang, silat, gamelan, permainan tradisional dan macam-macam lagi.



Jom ke Plaza Angsana Johor Bharu untuk melihat sendiri rombongan dagangan Terengganu dan ianya bermula dari jam 10.00 pagi hingga 10 malam sehingga 27 Mac 2016

#beautifulterengganu
#terengganumyheritage
#tahunmelawatterengganu2017

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog