iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Tuesday 29 March 2011

Seminar batu Bersurat.... banyak fakta kejutan dan mengagumkan

Pada 28 dan 29 Mac 2011 telah berlangsung Seminar Batu Bersurat dengan tema 'wadah intelektual Tamadun Melayu' di Muzium Negeri Terengganu.

Objektif seminar adalah untuk mengkaji dan menyelidik isi kandungan Batu Bersurat Piagam Terengganu. Mengkaji isi kandungan Batu Bersurat dari sudut astronomi. dan macam-macam lagi objektif .

Sebenarnya Batu Bersurat adalah satu rakaman manuskrip yang menjelaskan tentang hukum Islam yang di amalkan oleh penduduk Terengganu melalui penguatkuasaan oleh pemerintahnya, Raja Mandalika.

Seminar Batu Bersurat 2010 telah merumuskan resolusi  sebagaimana berikut:
  • Dicadangkan agar fakta tarikh kedatangan Islam ke Terengganu telah bermula seawal tahun 1200 Masehi.
  • Batu Bersurat Terengganu dianggap warisan karya ulamak Terengganu yang perlu dipulihara memandangkan ia mengandungi segala butiran terpenting pemikiran dan pemahaman yang di amalkan oleh masayrakat Melayu.
  • Usaha mengkaji intipati penting perlu diteruskan
  • wujudnya nilai ketamadunan tinggi masyarakat Melayu dari segi budaya kehidupan (holistik dan kerohanian) dan linguistik
  • Batu Bersurat Terengganu catat, dipahat dan ukir pada batu sungai jenis Dorolite yang banyak terdapat di sungai-sungai di Terengganu
  • huruf-huruf dan perkataan-perkataan yang terdapat di keempat-empat penampang perlu di semak dan dikaji semula agar transkripsinya  menjadi lebih tepat
  • Batu bersurat Terengganu juga telah membuktikan bahawa ia merupakan bukti tulisan jawi yang terawal di dunia.
Seminar dua hari ini telah membincangkan perkara-perkara berikut:

  • BBT satu inskripsi perundangan Islam terawal di Malaysia
  • BBT Penangkis gerakan Islam melampau di malaysia
  • Tarikh Batu Bersurat Terengganu berdasarkan program astronomi mengesahkan tarikh oleh Prof Syed naguib AL Attas
  • Matematik melayu berdasarkan Batu Bersurat
  • pencetus perubahan bahasa Melayu Kuno ke bahasa Melayu Klasik
  • mencari asal usulnya
  • simbiaosi parameter plaeografi
  • siapa gerangan pemahat tamra benua Terengganu
  • persolan belum terjawab
Ia akan disampaikan oleh pakar-pakar dalam ilmu masing-masing yang amat menarik untuk dikupas dan dibincangkan.

insyallah blogger akan membuat rumusan dan berkongsi fakta-fakta menarik dengan pembaca hasil dari perbincangan diseminar ini selama 2 hari.

bersambung..........

Sunday 27 March 2011

Alami Keindahan Kesenian Cordova, Sepanyol di Masjid Hadhari, Jerteh, Terengganu


Masjid yang tersergam indah di bandar Jerteh ini amat indah sekali. Dengan keindahan kesenian tamadun Cordova, Sepanyol menjadikan Masjid Hdhari Jerteh ini uniuk dan indah sekali.

Tak jemu mata memandang ciri-ciri arkitektur dan keunikan senibina yang berasaskan tamadun yang beratus tahun lamanya.








Daripada kubah, bumbung, susunan dalaman membuatkan mata terpukau dengan keindahan ciri-ciri masjid zaman dahulu yang kini diabadikan dengan keindahan senibina moden.

Terletak di tengah-tengah bandar Jerteh dan kini menjadi mercu tanda utama bandar Jerteh ini. Dengan kemudahan yang selesa berhawa dingin dan kemudahan lif akan memberi keselesaan terutama warga emas.

Ia Juga turut dilengkapi dengan kemudahan dewan syarahan, pusat perniagaan serta kemudahan wakaf.

Bagi mereka yang lalu di jalan utama Jerteh ini bolehlah singgah dan nikamti sendiri keindahannya.

Saturday 26 March 2011

Mee Sup Batu 6, Kuala Terengganu

Mee sup Pekan Batu 6 yang lain dari yang lain.
Inilah rupanya Mee Sup Batu 6. Kedai ini terletak berhadapan dengan Kedai Buku Muda Osman Batu 6 dan terletak di gerai yang hujung sekali di kawasan Pasar Pekan Batu 6, Kuala Terengganu.

Rasanya juga agak berlainan dengan mee sup yang biasa di makan. Ia dihidangkan samada dengan ayam yang telah di rebus atau perut atau kedua-keduanya sekali.

Rasanya yang sedikit berempah dan pedas membuatkan ianya cukup selera dan enak untuk dijamu. Bagi mereka yang selalu melalui kawasan Pasar Batu 6, boleh singgah untuk mencubanya. Gerai sentiasa ramai pengunjungnya. Turut dijual di sini adalah nasi ayam dan rojak ayam.

Tak rugi mencubanya. Inilah kelainan Terengganu....

Nampak sedap dan menyelerakan

Saturday 12 March 2011

Pusat Refleksi Penawar, Wakaf Tengah benar-benar memberi penawar

Dr sheikh Marican sedang melakukan urutan rawatan kepada pesakit
Pusat Reflekselogi Penawar yang diusahakan Dr Sheikh Marican, isteri dan anak-anak di kg Wakaf Tengah benar-benar membantu mereka yang mengalami masalah kesihatan dan macam-macam masalah lain.

Sepanjang kunjungan blogger sebanyak tiga kali ke pusat ini, kebanyakan pesakit atau mereka yang telah mendapatkan perkhimatan di sini benar-benar berpuashati dengan apa yang mereka telah dapat.

Hasil urutan di pusat saraf di tapak kaki sememangnya telah terkenal sebagai rawatan alternatif sejak berkurun lagi dan telah terbukti dapat memulihkan banyak penyakit malah penyakit kronik seperti kencing manis, jantung, darah tinggi dan lai=lain lagi telah banyak membantu emmulihkan mereka yang mengalami penyakit berkenaan.

Pusat ini juga turut menawarkan rawatan secara Terapi Aura bagi mengatasi masalah yang berkaitan dengan ketidakseimbangan aura warna dan tenaga badan.

Di antara perkhidmatan dan ikhtiar lain yang ditawarkan di pusat ini adalah:
  • melembutkan anak-anak keras hati
  • kecerdasan minda anak-anak
  • kesukaran mendapatkan zuriat
  • kesukaran mendapatkan jodoh
  • mengikat kasih sayang suami isteri
  • gangguan makhluk halus
  • memagar rumah dari dikhianati
  • rawatan aura positif
kesan buangan toksin selepas urutan refleksi oleh anak blogger
Bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan di pusat ini dinasihatkan mendapatkan temujanji terlebih dahulu untuk urusan rawatan dan sebagainya. Bagi temujanji bolehlah berhubung terus dengan Dr Sheikh Marican di talian; 012-9608197 atau 09-6696193. 
~Blogger Budakkg setiu

Thursday 10 March 2011

Binatang dan Serangga kat Agro Resort, setiu, Terengganu

Kali ini ringkas sahaja coretan blogger iaitu ingin berkongsi binatang atau serangga yang unik dan sempat di rakam di Agro Resort, Setiu, Terengganu.

Yang pertama adalah ulat gonggok gergasi yang besarnya seperti sebatang marker pen dan panjangnya melebihi 50cm.

inilah ulat gonggok besar
lebih panjang dari handphone
Dan yang kedua adalah spesis kumbang hutan yang banyak terdapat dikawasan ini yang nampaknya mesra kamera.
spesis kumbang hutan

Wednesday 9 March 2011

Keindahan Pantai Bari, Setiu, Terengganu memang memukau


Kali ini blogger ingin berkongsi satu lagi keunikan tarikan pelancongan di Setiu, Terengganu iaitu Pantai Kg Bari, Setiu, Terengganu.

Sememangnya keindahan dan keunikan pantai amat menyerlah dan memukau sekali. Amat wajar sekali pihak berkuasa tempatan membangunkan kemudahan awam seperti tandas awam, bilik persalinan, wakaf-wakaf serta gerai-gerai jualan makanan tempatan atau hasil laut.

Keindahan semulajadi di sini mampu menarik pengunjung bukan sahaja warga tempatan malah dari luar juga.
Keindahan waktu senja di sini amat mendamaikan sekali.

Bagi mereka yang ingin ke Pantai Bari ini, bolehlah melalui dari Kuala Terengganu, selepas SK Bari lebih kurang 100 meter anda akan jumpa satu simpang di sebelah kanan jalan untuk menuju ke pantai tersebut. Bagi mereka dari Besut atau Kota Bharu, simpang masuk adalah di sebelah kanan.



bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog