iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Monday 30 April 2018

PENULISAN ARTIKEL BLOG TERBAIK SEMPENA SELERA RASA TERENGGANU 2018

No automatic alt text available.


PENULISAN ARTIKEL BLOG TERBAIK SEMPENA SELERA RASA TERENGGANU 2018

o   Pertandingan penulisan artikel blog ini adalah bertemakan KUIH DAN MASAKAN TRADISIONAL TERENGGANU
o   Ia terbuka kepada semua penulis blog di Malaysia
o   Kongsikan pengalaman TERBAIK anda berkaitan masakan ataupun kuih tradisi dan warisan Terengganu samada pengalaman memasak, makan, keunikan dan pelbagai lagi .
o   Pertandingan penulisan ini adalah dalam BAHASA MALAYSIA @ MELAYU sahaja.
o   Dan akan bermula pada 25 APRIL 2018 sehingga 12.00 malam 4 Mei 2018.
o   Setiap penulisan hendaklah diterbitkan di blog masing-masing dan
§  setiap ‘link’ atau pautan hendaklah di siar di Facebook dan
§  Di siar Istagram masing-masing dan
§  kemudiannya di email kepada pihak penganjur di terengganulegend@yahoo.com dengan tajuk: SELERA RASA TERENGGANU: XXXXXXXXXXXXXXXX beserta dengan
¨       nama penuh
¨       no Kad Pengenalan
¨       nama blog dan pautan
¨       No telefon
o   Pihak penganjur juga akan menyiarkan artikel berkenaan di Blog Host iaitu http://terengganumyheritage.blogspot.com
o   setiap penulisan perlu memasukkan hashtag @ # dihujung artikel dengan # berikut:
#selerarasaterengganu2018
#beautifulterengganumalaysia
#makananwarisanterengganu
o   Artikel-artikel terbaik akan dinilai oleh pihak penganjur dan akan menerima ganjaran sebagaimana berikut:               
§  hadiah Pertama : Wang Tunai RM500 + baucer penginapan
§  hadiah Kedua: Wang tunai RM300 + baucer penginapan
§  hadiah ketiga : Wang Tunai RM200 + baucer penginapan
§  5 x Saguhati : Baucer hadiah Penginapan

o   Hadiah akan disampaikan pada Majlis penutupan Program Selera Terengganu 2018 di Pulau Warisan pada 6 Mei 2018.

o   Bagi keterangan lanjut boleh hubungi secara whatsapp/msj Jawatankuasa Penganjur iaitu:

Cik Jannah- 017 9725872

Cik Syahirah - 0199713750
Ahmad Sanusi- 0199044003

#setiupost
#selerarasaterengganu
#beautifulterengganumalaysia
#makananwarisanterengganu

Peluang Niaga di SELERA RASA TERENGGANU 2018.. cepat ..ada sikit lagi...


No automatic alt text available.

Tawaran masih terbuka kepada usahawan dibawah agensi !

SPECIAL PRICE hanya untuk usahawan dibawah agensi yang terlibat. 

Antara agensi terlibat :
- YPU
- YPK
- SME CORP
- MARA
- PERIKANAN
- PERTANIAN
- PERLADANGAN

Jika perseorangan, harga masih kekal dengan harga yang lama

Booth semakin limited !

so sesiapa yang masih berminat nak join boleh direct contact person in charge ye 

Admin: Dimaklumkan pada malam perasmian dijangka lebih 20,000 pengunjung akan berada di situ sempena dengan Perarakan MAZU iaitu perarakan Kaum Tionghua dengan pelbagai event menarik..
Satu peluang bisnes yang hebat

#selerarasaterengganu
#setiupost


Thursday 19 April 2018

Cabaran makan SET GIANT di Martion, Dungun... hadiah RM1000 menanti anda

Image may contain: food

PERHATIAN!!
PELUANG MUDAH UNTUK MENANG RM1000
SEMPENA ULANG TAHUN KE 4 MARTION😍
*syarat terbaru*
tiada syarat masa maxsima 5 minit utk challenge giant plate..
Suka hati korang nak makan macam mane pun.
syarat2 lain tetap ada.
Masa Challenge refri akan terangkan.
janji!!!!!!
martion akan pilih seorang saja pemenang masa PALING PANTAS menghabiskan GIANT PLATE.

*Cabaran Giant Plate Vs Rm 1000*
*Minat Makan ?*
*Minat Duit ?*
RM1000 UNTUK SIAPA YANG HABISKAN GIANT PLATE PALING PANTAS!!!!!!
Berpeluang menang CASH SEBANYAK SERIBU RINGGIT MALAYSIA 🇲🇾
macam mne?
ikut syarat2 dibawah
Datang martion oder giant plate berharga rm40 dan joint CHALLENGE
korang makan sorang dan kena habiskan dalam masa paling PANTAS
Mixsima masa yg di beri 5 minit lebih 5 minit challeng TERBATAL
Makanan tumpah TERBATAL
Dibenarkan makan dengan tangan
✔️Korang WAJIB buat LIVE di fb korang masa challenge berlangsung
Masa diambil oleh penjaga masa
Sebarang bantahan tidak diterima
Meputusan Martion muktamat
Menu challenge
meat ball
lamb chop
beef steak
spaghetti aglio olio
chicken grilled
coslow
kentang putar
salad
KORANG BERANI??????
Kalau berani jom SAHUT CABARAN NI
CHALLENGE ni akan berakhir hujun bulan APRIL, pemenang akan dipilih berdasarkan MASA PALING PANTAS MENGHABISKAN SET GIANT PLATE MARTION.
Pemenang akan di hubungi melalui telefon dan fb.
Tunggu apa lagi!!!!!
Sahut cabaran ni korang mungkin akan menjadi pemenang dan SERIBU RINGGIT milik korang.
Share banyak2 dan tag kawan2 korang yang KUAT MAKAN.
Kita jumpa di MARTION JALAN PANTAI SURA DUNGUN YERRRR..

#setiupost

LE TUA DE KUALA TRANUNG.. RAIKFANG 2018.. program mende ni... bunyi riuh gamat???

Image may contain: bicycle and text

Warge Kuterer.. Secare rasminya diumungkang.. Progreng Raik Fang Le Tua De Kuala Tranung anjurang Kuterer TSG denge kerjasame Majlis Bandoraya Kuala Terengganu (MBKT), PDRM, Kelab Kayoh sempene sambutang 10 tahung Bando Kuale Tranung jadi Bandoraye.. Raik Fang ning akang diadekang pade 5 Mei 2018 puko 7 pagi di Datarang Batu Buruk.. Laluang dekak peh jer.. 7.2km.. Bermule di Batu Buruk.. Tamat pong di Batu Buruk.. Yurang penyertaang 5 riya jer..
Tema Raik Fang ning gohek beska rilek rilek berpakaiang zamang 50ang, 60ang, 70ang dang 80ang.. Beska nape nape pong buleh.. Hadioh untuk berpakaiang individu 300, 200 dang 100.. Hadioh berpakaiang berkumpulang 500, 300, 200.. Pahtu hadioh cabutang bertuoh buleh sebuoh Mutosikal, 2 utey TV 40 ici, 2 smakpong dang pelbagai hadioh menarik disediakang.. Disamping tu gok, kite akang wat jugok acare sampingang hok laing macang tandingang congek beska, beska kreatih, hias beska, lacor beska, musing kon, blumbe beska kecek..
Pendaftarang buleh dibuak petang ning di depang ANW Batu Buruk puko 5 petang sapa 7 petang. Segale pertanyaang buleh tanye pade Muhammad Irewan Abd Jalil +60 19-255 3023, Sabrina Khozai +60 19-925 5434, Ahmad Lutfi Lukman +60 19-252 0729, Wan Syazwani Wan Rani +60 16-612 3773.. Serme kelab beska, individu dijemput menyertai progreng hok julung kali diadakang.. Dang kite bakal mencipta sejaroh Malaysia hok baru.. Gohek beska denge bertemakang pakaiang jamang dulu.. Mari lah kite same same mencipta sejaroh ning..
Dang.. Berite baek lagi ning.. Sape hok share statuh ning nge #RaikFangKuterer akang buleh hadioh misteri istimewa bernilai 500 riya yang akang diumungkang pade hari progreng.. Jadi tunggu mende lagi.. Daftar slalu derah derah neh.. Maknenye sakning...
FB KUTERER

#setiupost

Wednesday 18 April 2018

Ekspo Pembangunan Setiu 2018 sudah bermula di Laman Rhu 10.. pakatmari belake


Ekspo Pembangunan Daerah Setiu 2018 telah bermula Hari in di Laman Rhu 10, Pantai Rhu 10 Setiu Terengganu.

Pelbagai acara telah diatur bagi memeriahkan lagi program termasuk bangsal main pantai, pameran agensi kerajaan ,persembahan kebudayaan Dan banyak lagi.
Turut diadakan pertandingan pesta candat sotong Dan pameran bonsai Serta pertandingan bolasepak Dan bola tampar pantai.


Pameran ini bermula 18 April hingga 21 April 2018. Pelbagai hadiah Dan cabutan bertuah yang menarik juga di sediakan untuk pengunjung.

Jom Kita pakat meriahkan ekspo ini yang juga terkenal dengan udang viral celup tepung semurah 60 ekor RM10...

Tawaran istimewa diskaun bilik 40% jga diadakan oleh Peladang Setiu Agro Resort di gerai Pertubuhan Peladang Kawasan Setiu.

#setiupost
#terengganumyheritage
#udangviral


Saturday 14 April 2018

Rarest Turtle in the world found in the wild in Vietnam...


No automatic alt text available.
A photograph of the Swinhoe's Softshell Turtle (Rafetus swinhoei) that was rescued following a dam break in Dong Mo Lake, Hanoi, Vietnam in 2008. Photo by: Timothy McCormack- ATP 
Breaking News - Rarest Turtle in the world found in the wild in Vietnam.
We are so excited to break this news today. Environmental DNA has helped us confirm anew Swinhoe's Softshell Turtles (Rafetus swinhoei), better known in Vietnam as the Hoan Kiem Turtle, in the wild. Years of surveys have paid off, the global known population for this species is now four individuals.
Xuan Khanh Lake has been on our radar since 2012 and in 2016 we got fresh information from this lake. The ATP/IMC Field Team have spent almost 3,000 hours making observation on the lake through 2017 and were able to observe the turtle on a number of occasions. One photograph in May 2017 is clearly a large softshell turtle but the identify can still not be confirmed. But we have also been working on a collaborative Environmental DNA (eDNA) project with the Turtle Survival Alliance (TSA) and Dr Caren Goldberg from Washington State University in the USA. Amazingly eDNA looks for the tiniest fragments of DNA in water samples taken from aquatic habitats. Using this we have been able to get a positive indication that the new animal is a Swinhoe's Softshell Turtle.
We now hope to work with the authorities to bring the animals in Vietnam together, once we can confirm their sex of course. We still have over half a dozen other sites with promising information and we hope eDNA can still help with more of these locations.
For more information see the story on our website:https://goo.gl/npGBdB
Image may contain: one or more people, people standing, sky, outdoor, water and nature
Well done to a dedicated Rafetus Field Team who spent so long in the field (Nguyen Tai Thang, Nguyen Van Trong - ATP/IMC and Pham Van Thong -formally of the ATP/IMC) and all staff and partners past and present.
Thank you to Cleveland Metroparks Zoo, Ohio, USA, the IUCN and Critical Ecosystem Partnership Fund (CEPF), British Chelonia Group (BCG) and the Turtle Conservation Fund (TCF) who have supported this work.

sources: FB Asian Turtle Programme

#setiupost

The best smoke beef in Kajang.. nampak mengancam

Image may contain: food

Serius nampak sedap burger ni...memang mengancam jiwa dan raga. Tapi dok jauh di Terengganu ..apakan daya.

Nanti next trip ke Kuala Lumpur insyalah akan dicarai, paling tidah masa pameran MAHA 2018 pada November/Disember nanti..

Seriusly korang wajib cuba makan kat sini...nampak mcm gerai biasa tapi menu2 dia pergh padu giler!!!
"The best smoked beef in Kajang"
Daging kat sini memang super juicy...bukan daging biasa tapi dorang guna smoked beef terbaik dari baka Wagyu, Grassfed yang bebas antibiotik dan free-grazing dan juga Short rib dari rusuk yang manis dan melting abis. Juga terdapat marinated lamb special by the shepherd dan coming soon Smoked chicken with peri-peri...masak pakai dapur kayu tu babe...Rugi tak cuba wei!!! Harga pulak memang mampu bayar punyer!!!
Restoran Cilantro
Jalan Kelisa 1, Kg. Sungai Tangkas
43000 Kajang
Waktu operasi: Rabu sehingga Ahad, 8 - 11malam.
Untuk booking sila hubungi +60109203239.
FB : KarnivorMalaya
Image may contain: food

sumber: Fb Rizal Hakimm
#setiupost

Wednesday 11 April 2018

9 Mei 2018 di isytihar cuti umum untuk mengundi... balik lah awang , mek...



KERAJAAN mengisytiharkan 9 Mei sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena hari mengundi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Menurut Pejabat Perdana Menteri, ini bagi membolehkan rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi berikutan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai tarikh hari mengundi PRU14 itu merupakan hari bekerja.
“Pengisytiharan cuti umum itu dibuat berdasarkan seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan,” menurut kenyataan itu.
Bagi Sabah dan Sarawak, Kerajaan-Kerajaan Negeri hendaklah mengisytiharkan hari kelepasan am tambahan pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing, menurut kenyataan itu.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 April 2018 @ 4:15 PM
sumber: Harian Metro

Tuesday 10 April 2018

Pandai-pandailah memilih warna baju semasa musim pilihanraya PRU ke 14 ini...


Image may contain: text

Tarikh pilihanraya telah ditetapkan dan diumumkan oleh SPR pada hari ini 9 April 2018.

Boleh lah buat perancangan bagi perantauan yang jauh untuk balik hari raya besar 5 tahun sekali. Jangan difikir alasan kerana kita juga yang menunggu untuk membuat keputusan demi kelangsungan negeri dan negara pada masa depan atau untuk 5 tahun akan datang.

Hari-hari kita boleh berpolitik tetapi bila diumumkan hari Rabu macam-macam pandangan yang keluar. Pejuang yang hebat tidak akan merungut dan mencari alasan tetapi sentiasa mengambil peluang dan menyusun strategi bagi mencapai kemenangan.

Jika difikir muslihat dan strategi parti, masing-masing parti mempunyai muslihat dan strategi bagi mencapai atau mengekalkan kemenangan. Yang mempunyai sedikit kuasa pasti akan menggunakan peluang terbaik bagi menggapai kemenangan. Yang ingin merampas perlu bekerja lebih keras bagi mengatasi kelemahan dan kekurangan.

Apapun sama-sama kita berpolitik dengan cara yang TERBAIK dan mendapata REDHA ALLAH. Tiada yang mudah dalam berjuang di JALAN ALLAH SWT. Semuanya berliku dan penuh cabaran. Siapa yang SABAR dan TABAH akan dapat GANJARANNYA.

Sultan Muhammad AL Fateh mengambil masa bertahun tahun mengkaji dan merangka startegi bagi merampas Kota Konstantinople dari tangan Kerajaan Rome. Malah mengambil masa 500 tahun selepas kata-kata Baginda Rasulullah SAW dalam satu hadis sahih.

Apapun selamat berpilihanraya... jangan bergaduh kerana WARNA... pandailah memilih warna baju dan pakaian sepanjang tempoh ini...

Kalau tiada aral admin akan bertugas di Pusat Mengundi di DUN LANGKAP, SETIU, TERENGGANU

#setiupost

Wednesday 4 April 2018

IGAK KETAM RAGI


Image may contain: text and water

Igak (tangkap) ketam bira pantai Terengganu. Sekarang musim main igak ketam jugok. Pagi tadi admin ngn femly beriadah sambil igak ketam di pantai Rhu Renggeh, Rusila, Marang. Biasanya sepanjang pantai ade ketam ni. Ni aktiviti admin sejak zaman budak lagi.
Umpan yang biasa pakai adalah kepala ayam, sebab senang nk pasang di batang kayu & tahan. Cara yer tunggu ketam makan umpan tadi dan igak pakai tangan. Kadang2 kena kepit ngan ketam tapi tak la sakit sangat.
Nak masak ape?.. Pandai2 lah.. Hahaa.. Sape yang pernah igak ketam ni ce tag nk tgk. Yang tak pernah boleh try. Pantai Rhu Renggeh ni landai, jadi ianya sesuai la. Pantai batu burok jangan buat la..
Admin: aktiviti yang biasa dibuat pada masa kanak-kanak dahulu. Umpan selain kepala ayam juga boleh gunakan perut ayam ataupun ikan masin, lagi kuat bau lagi cepat datang ketam untuk makan umpan.
Ketam ragi ni juga sedap dan manis walaupun tak besar. 
Image may contain: one or more people and water
Image may contain: sky, cloud, ocean, outdoor and nature
Image may contain: one or more people, ocean, outdoor and food
Image may contain: one or more people, ocean, swimming, outdoor, water and nature
Image may contain: food
#setiupost

Burger Tikam 10 inci di Chalok, Setiu, Terengganu


Image result for burger cucuk chalok sinar harian
Wow, burger tikam 10 inci di Chalok
SETIU - Percubaan sepasang suami isteri menghasilkan menu burger tikam setinggi 10 inci mendapat sambutan luar biasa orang ramai yang ingin mencubanya.
Pemilik D'Nora Seafood di Kampung Chalok, Norasilawati Sarina Abdullah, 33, berkata, burger tikam yang dijual dengan harga RM15 satu hidangan yang diisi dengan beberapa kepingan daging serta sosej disusun bertingkat diapit dengan roti bun.
Ditambah pula dengan hirisan kecil sayuran, dilimpahi sos cili, tomato, lada hitam, mayonis dan kentang goreng, boleh dinikmati seramai lima orang.
Penangan kesedapannya itu juga membuatkan pelanggan luar daerah termasuk dari Kuala Terengganu dan negeri jiran iaitu Kelantan serta pengguna jalan berkenaan tidak melepaskan peluang singgah dan menikmati burger tikam.
Laporan MOJO Setiu, Noradila Mahamad.

sumber: sinarharian Terengganu
#setiupost

Jawapan balas Chef Wan kepada juri Masterchef UK tentang isu Rendang yang hangat,....



Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial mengenai isu yang sebenarnya tercetus jauh di negara orang, tetapi mendapat reaksi luar biasa daripada masyarakat di sini. Isunya tak lain tak bukan adalah kritikan 'kurang bijak' yang dibuat oleh seorang juri rancangan realiti masakan MasterChef UK, Gregg Wallace terhadap peserta berasal daripada Malaysia, Zaleha Kadir Opin.

Dalam episod yang bersiaran pada 25 Mac itu, Zaleha tampil dengan juadah tradisi orang Melayu iaitu Nasi Lemak yang dihidangkan bersama-sama dengan rendang ayam. Namun, Wallace tanpa rasa bersalah telah mengkritik rendang ayam tersebut sebagai tidak rangup pada bahagian kulit selain tidak boleh dimakan.

Tindakan Wallace yang disifatkan sebagai tidak sensitif dengan budaya masakan bangsa lain mendapat kritikan teruk daripada netizen hingga memaksa MasterChef UK menyekat akses kepada video episod tersebut yang dimuat naik di akaun YouTube mereka.

Namun, berbanding merendah diri memohon maaf, seorang lagi juri program tersebut, John Torode memuat naik satu tweet di Twitter yang dilihat sebagai menyindir kritikan yang dilemparkan netizen kepada mereka. Tindakan Torode itu menyebabkan chef terkenal tanah air,  Datuk Redzuwan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan berang dan bertindak berkongsi pandangannya terhadap dua orang juri tersebut melaui akaun Instagramnya.




''Saya jujurnya tidak dapat bersabar dengan sikap sombong yang ada di dalam diri seorang chef. Tidak kiralah dari mana sesuatu juadah itu berasal kerana bukan itu isunya.

''Tidak perlu menyindir mengenai asal usul sesuatu makanan kerana ia hanya menunjukkan kejahilan anda.

''Ia mengenai sikap kurang sensitif dan pada masa yang sama tidak menghormati budaya orang lain.'' kata Chef Wan



Melalui satu kemas kini yang lebih awal, Chef Wan juga turut berpendapat bahawa pihak MasterChef UK perlu memasukkan semula Zaleha ke dalam rancangan tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

"Juri-juri itu bukan sahaja memalukan Zaleha, tapi merosakkan penyertaannya. Tak mengapa kalau dia kalah disebabkan oleh alasan yang betul, tapi itu tidak berlaku.

"Mereka sepatutnya memasukkan semula dia dan memohon maaf secara terbuka jika MasterChef UK ingin memulihkan kembali kredibiliti program itu," kata Chef Wan.

Ujarnya lagi, jika mereka tidak memahami dan tidak tahu mengenai masakan rendang, mereka sepatutnya tidak memberi kenyataan yang dilihat tidak wajar.

Chef Wan juga memberitahu bahawa dia sebelum ini pernah menonton rancangan kelelolaan Torode, John Torode's Malaysia Adventure yang dirakam di Langkawi. Katanya, di dalam rancangan tersebut Torode pernah menyediakan juadah rendang itik bersama seorang lelaki tempatan.

Justeru katanya, Torode sepatutnya lebih tahu dan menegur Wallace ketika dia membuat kritikan yang salah terhadap Zaleha.

"Dia (Torode) perlu cakap kepada Gregg untuk diam jika tidak pernah memasak rendang! Saya (Torode) pernah menyediakannya!" kata Chef Wan lagi.



Sumber : mStar dan siakap keli

Admin: Ia bukan soal Rendang tetapi isu hormat kepada budaya dan tradisi orang lain...

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog