iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Monday 27 June 2011

Makan- makan di Bukit Tunggal


Sup Belut yang memang sedap dan kaw


Baru-baru ini, blogger berkesempatan singgah di cafe Animas di persimpangan trafik light Bkt Tunggal. Perut pun sudah terasa lapar. Jam sudah menunjukkan jam 6.30 petang, rupa-rupanya belum makan tengahari.
Nasi lemak, sup belut dan air buah mangga @ mempelam

Menu pilihan hari ini adalah Nasi lemak dengan telur mata kerbau. Masih tercari-cai kenapa dipanggil mata kerbau. Rasanya tak macam mata kerbau. Sup Belut serta air buah mangga atau mempelam.
Nasi lemaknya biasa-biasa saja. Tapi yang bestnya adalah sup Belut memang kaw dan belutnya pula besar-besar macam belut dari sawah. Biasanya belut kalau selalu makan kecil-kecil. Rasanya memang sedap.

Harganya pula biasa dan berpatutan. Rasanya boleh singgah lagi di Cafe ini yang menyediakan pelbagai masakan panas dan juga masakan Terengganu.

Blogger minta maaf, kerana gambar makanannya di ambil tapi terl upa untuk ambil gambar kedainya. 

Friday 24 June 2011

Kenyir Festival, Pengkalan Gawi.. usaha mempromosikan kembali Tasik Kenyir

belon panas yang memeriahkan Festival Tasik Kenyir


keindahan Tasik Kenyir memang memukau


Sepanjang 6 hingga 8 Mei 2011 dan berakhir petang tadi, telah berlangsung acara meriah di Kenyir Festival di Pengkalan Gawi. Ia satu usaha yang bersungguh oleh Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dalam meningkatkan lagi imej dan promosi serta pembangunan Tasik Kenyir samada dalam usaha mempromosikan pelancongan mahupun meningkatkan lagi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan mahupun rakyat Terengganu.
Suasana senja yang mendamaikan di Tasik Kenyir

Tasik yang sememangnya indah dan cantik ini telah dihiasi dengan pelbagai aktiviti yang berwarna warni sepanjang tiga berlangsungnya festival. Pelbagai gerai pameran daripada agensi kerajaan, kolej serta institusi pendidikan di Terengganu, agensi swasta serta gerai-gerai usahawan.
keheningan jeti di waktu senja

Ia juga turut di warnai lagi dengan pameran dan rakaman Upin dan Ipin serta kerjasama bersama Radio Klasik Nasional bagi memeriahkan lagi acara di sini. Selain itu acara belon panas, Island hopping, Karaoke D Klasik serta Konsert Klasik Nasional turut di adakan.


Mee Rebus Bawah Jambatan Jerteh, Terengganu



Lama rasanya tak makan mee rebus yang sohor dan popular di bandar Jerteh ini sejak dari zaman kanak-kanak lagi.

Mee rebus yang di masak secara banyak, namun rasanya memang enak dan biasanya kalau makan mesti dua pinggan. Adunan air rebusan daging, hirisan daging serta sayuran sawi dan kobis segar memang memikat dan menambat selera.

Setiap kali berkunjung di sini pasti ramai pelanggan walaupun apa yang ada di sini hanyalah mee rebus sahaja. Pastinya ia sesuatu yang istimewa sejak berzaman.

Lokasinya betul-betul terletak dibawah jambatan bandar Jerteh di sebelah kiri anda bila sampai di penghujung selekoh.

Bagi mereka yang belum mencuba, dipersilakan bila berkunjung ke bandar Jerteh, bandar yang kini membangun dengan pesat.

Sunday 19 June 2011

blogger kini kembali

salam kembali

setelah lebih 3 minggu menjauhkan diri dari dunia siber kerana mengerjakan umrah dan ziarah di Amman, Jordan, kini blogger akan kembali meneruskan untuk menulis dan berkongsi cerita-cerita menarik yang telah disimpan dan dijelajah oleh blogger.

Fenomena jet lag masih belum hilang dirasai oleh blogger. Insyallah ,oga tuhan memberi ruang dan ilham untuk berkarya dengan lebih baik.

Blogger juga akan cuba berkongsi pengalaman semasa umrah dan ziarah yang boleh dikaitkan dengan pengalaman dan kaitannya dengan warisan Terengganu.

Semoga ia terus memberi semangat kerana bilangan pengunjung semakin hari semakin meningkat di blog ini. TYeruskan mengikuti catatan dari semasa ke semasa

selamat berblogging!!

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog