iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Thursday 3 November 2022

Gulai itik dan Ayam Kampung Kedai Abang Dol di Kg Bintang, serius sedap, harga pun berpatutan..


 Inilah kedai makan Abang Dol untuk sarapan pagi Gulai Itik dan gulai ayam kampung yang sedap di Kg Bintang, Setiu, Terengganu.

Memang sedap dan harga pun amat berpatutan serta dibuka setiap hari.



Ia terletak di sebelah kiri sebelum jambatan Kg Bintang selepas simpang tiga Kg Bahagia jika anda dari Bandar Permaisuri.

Rasa gulai bagaikan masakan orang tua duku dulu. Kedua dua gulai sedap.


Ini bermakna ada 3 lokasi popular untuk sarapan pagi berasaskan gulai itik dan ayam kampung iaitu;
I. Warung Jelira Rasa di Simpang Kg Guntung Luar
Ii. Warung Cik Ani atap nipah di Kg Bintang dan
Iii. Kedai Makan Abang Dol Kg Bintang

Jika tuan tuan lalu ikut sini boleh lah singgah rasa dan nikmatinya sendiri.
Keenakan adalah berbeza bagi setiap individu.

P/s: jika tuan tuan dan puan puan ingin jemput admin untuk buat review bolehlah email ke terengganulegend@yahoo.com atau DM ke FB Ripum Portal, insyalah kita cuba adjust.

Wednesday 2 November 2022

Tomyam sotong, udang dan belut yang sedap di Cafe Hanamina, Kg Bukit Kemudu, Setiu, Terengganu

 

Cafe Hanamina di Kg Bukit Kemudu berdekatan dengan Kg Banggol, Setiu, Terengganu.

Tak sangka ada cafe tang comel dan makanan yang sedap.

Menu tak banyak tapi menarik, ada Tomyam Sotong

Tomyam Udang Galah

Tomyam Belut serta

Mee Celup Telur gedik.

Anda pilih samada mahu mee, bee hoon, kua tiaw, maggie atau nasi.

Sotong dan udang besar dan puas hati. Belut pun sedap.

Juga aneka air yang menarik untuk dirasa.



Harga makanan dan minuman di cafe ini juga berpatutan.
Walaupun kedai kecil tapi ia selesa.


Jika anda dari Bandar Permaisuri, Setiu, ia terletak di sebelah kanan anda dan jika anda dari kg Penarik, Setiu ia terletak di sebelah kiri selepas melepasi Kg Banggol.


Bolehlah sapa lalu di sini untuk mencuba menu di sini. Walaupun ia terletak di kampung tapi ia menarik dan berbaloi.


Ps: bagi restoran atau cafe yang berminat dengan review sebegini, boleh hubungi admin di email : terengganulegend@yahoo.com 

Atau mesengger di FB Ripum Portal.



bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog