iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Tuesday 22 November 2011

Kari Kepala Ikan Sg Tarom Setiu.. memang sedap... terangkat



Kari Kepala Ikan Merah... mengancam
Kali ini blogger ingin berkongsi tentang tempat makan yang enak di Setiu. Destinasi kali ini adalah Warung Kari Kepala Ikan di Sungai Tarom, Setiu. Ia terletak berhadapan dengan padang bola Sungai Tarom Setiu. Jika anda dari Kuala Terengganu adalah selepas Hospital Setiu dan jika anda dari Jerteh atau Kota Bharu adalah selepas melalui Bandar Permaisuri.

Kari Kepala Ikan di sini adalah dari kepala ikan tenggiri atau ikan merah. Blogger telah memilih kepala ikan merah. Memang besar kepalanya kira-kira dekat 1 kg. Dan rasanya memang enak di makan bersama nasi panas bersama acar jelatah dan papadom.

Makan dengan nasi panas .. menyelerakan
Kari kepala ikan yang dimasak bersama terung serta kacang bendi memang sedap dan menyelerakan. Penangan kepala ikan ini memang hebat.

Harga bagi kepala ikan besar bersama 2 nasi putih bersama acar dan papadom serta air adalah RM35.00. Jika dibandingkan dengan harga ikan yang mahal sekarang ia di kira berpatutan.

Bagi yang tak suka kepala, juga di sediakan kari ikan bahagian isi dengan set RM5.00/ seorang. Apa yang pasti ikan memang segar dan rasa manisnya.

Jom singgah jika anda sampai ke Bandar Permaisuri untuk mencuba keenakan Kari Kepala Ikan Setiu.

Resepi masakan kari yang istimewa


Monday 14 November 2011

Nasi Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik Haji Ya, Kg Guntung Luar, Setiu,... memang sohor

Nasi Berlauk Gulai Ayam Kampung, Kg Guntung Luar... sedap.. sedap
Hari ini blogger ingin memperkenalkan salah satu daya tarikan untuk sarapan pagi di Setiu iaitu di Kg Guntung Luar.
Tu dia Gulai Ayam Kampung dan Ayam Kampung Goreng...

Kedai Haji Ya ini menyediakan Nasi Berlauk Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik. Memang sentiasa ramai pengunjung di sini. Boleh dikatakan kebanyakan pegawai jabatan kerajaan yang terletak 10km iaitu di Bandar Permaisuri masih sanggup datang ke sini untuk bersarapan pagi.

Apa yang istimewa di sini adalah gulainya yang klasik dan tradisional.

Turut di jula di sini Ayam Kampung Goreng, Nasi Dagang yang boleh di makan bersama Gulai Itik dan Ayam Kampung.
Kena datang awal sikit, biasa jam 11.00 pagi habis dah....

Lokasinya, jika anda dari Kuala Terengganu, tiba di simpang 4 lampu trafik, belok kanan dan kedai ini terletak kira-kira 100 meter dari persimpangan. Ia dibuka setiap Ahad hingga Khamis dari jam 7.30 pagi hingga 11.00 pagi setiap hari. Hari Jumaat dan Sabtu -- holiday .

Blogger selalu membawa rakan dan kenalan dari luar Setiu untuk bersarapan di sini dan memang ia digemari malah ada yang membungkusnya untuk di bawa pulang ke Kuala Lumpur.

Jika anda sampai di Setiu, jom singgah untuk mencubanya.

Tuesday 1 November 2011

Beriadah di Pusat Agrotourism Setiu

seronok main keno di sini
Detik-detik indah yang dirakam di Pusat Agrotourism Setiu. Pelbagai aktiviti menarik dan meriangkan boleh dilakukan di sini.

suasana yang tenang dan damai, mendamaikan hati yang gundah
Antara aktiviti yang boleh meredakan stress dan tekanan kerja anda anda adalah berkayak, bermain paddle boat atau sekadar menikmati keindahan alam di sini.

seronok kalau dapat bermain bersama keluarga
Bagi peminat burung, banyak sekali unggas di sini dari pelbagai spesis.



jom kita riadah

Lensa di Kg Cina, Kuala Terengganu

Kali ini blogger ingin berkongsi lensa yang pernah dirakam di Kg Cina, Kuala Terengganu. Bagi mereka yang ingin berkunjung ke Kuala Terengganu dan merakamkan detik-detik indah anda di sini. Jangan lupa bawa kamera anda sekali. Jom ke Terengganu

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog