iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Friday 27 April 2012

Majlis Makan Malam MBHA di Port Dickson


Malam ini blogger menghadiri Majlis Makan Malam MBHA di Hotel Seri Malaysia Port Dikson, Negeri Sembilan bersama bos blogger. Sejak daripada zaman kanak-kanak tak pernah datang ke Port Dickson. Kira ini peluang yang baik untuk mengenali dengan lebik banyak tentang Port Dickson masa kini..

Majlis bermula jam 9.00 malam dihadiri dan dirasmikan oleh Datuk Ahmad Maslam, Timbalan Menteri di Jabtan Perdana Menteri. Turut hadir adalah Presiden MBHA Datuk Dr Nasir serta Penasihat MBHA Tuan Syed Nasharuddin serta barisan exco dan ahli-ahli dari seluruh negara.

Dalam ucapan aluan presiden, Datuk Dr Nasir telah mengutarakan permasalahan yang dihadapi oleh MBHA untuk mendapat sokongan dan kerjasama dan bantuan yang sewajarnya demi ut meraih kepentingan persatuan serta ahli.
Presiden Dato Dr Nair Haji Hamzah
Antara masalah yang diketengahkan dalam ucapan beliau adalah, mengenai masalah kutipan royalti oleh PRISM yang kini belum berkesudahan dan tiada kata putus dan kes ini juga kini berlarutan di mahkamah. Beliau juga cuba untuk meraih perhatiam Yb timbalan menteri berhubung isu dana latihan oleh PEMANDU serta MAMPU bagi menyokong skim latihan dan kemahiran bagi kakitangan ahli-ahli MBHA bagi melahirkan pekerja yang mahir dan terlatih.

Begitu juga dengan isu kelulsan CF serta masalah berkaitan dua kementerian iaitu Kementerian Pelancongan dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi hotel-hotel bajet dan masalah berkaitan yang sering memberi masalah kepada pengusaha hotel bajet.

Dan antara masalah serius yang perlu diberi perhatian adalah, sejak Menteri Pelancongan sekarang Datuk Ng Yen Yen, yang masih tidak sudi dan bersedia untuk menerima kunjungan hormat, menghadiri majlis MBHA serta mendengar masalah MBHA. Perkara ini amat dikesalkan serta MBHA rasa tersisih dari perhatian menteri, sedangkan hotel bajet adalah industri hotel yang terbesar dan mempunyai lebih 7000 hotel bajet diseluruh negara dengan anggaran pekerja seramai 140,000 orang.

Manakala dalam ucapan perasmian pula, Datuk Ahmad Maslan pula memberi jaminan dan berjanji akan membawa isu ini ke menteri yang berkaitan serta secara peribadi kan membantu terutama berkaitan isu menteri pelancongan dan MBHA.
Beliau juga turut sama berkongsi dengan ahli MBHA berkaitan betapa pentingnya peranan 5P dalam pemasaran untuk memacu kejayaan pengusaha hotel bajet. Ahli-ahli juga perlu mengambil peluang dengan viral marketing iaitu pemasaran produk secara online, internet, web, blog dan sebagainya. Ini kerana ia medium yang amat penting dan pantas dalam mempromosikan serta memasarkan produk kita iaitu  hotel atau chalet atau resort.
Ahli-ahli MBHA juga berpeluang bersemuka dan beramah mesra dengan YB Timbalan Menteri dan turut dimeriahkan dengan pelbagai hadiah cabutan bertuah.

Tuesday 24 April 2012

TEBU MOUNTAIN CHALLENGE 2012, 18 hingga 19 Mei 2012

Persatuan Pemandu Pelancong ALam Semulajadi Terengganu (TENAGA) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu akan menganjurkan TEBU MOUNTAIN CHALLENGE 2012 pada 18 hingga 19 Mei 2012.

Sebanyak RM30,700 hadiah wang tunai di sediakan kepada peserta ganjaran hadiah wang keseluruhan dengan 5 kategori di pertandingkan iaitu Terbuka Lelaki dan Wanita 18 hingga 44 tahun, Master Lelaki dan Wanita 44 tahun dan ke atas, serta kategori pelajar 13 hingga 20 tahun.

Hadiah akan diberi bagi tempat pertama hingga ke sepuluh bagi setiap kategori.

Kejohanan dan cabaran yang bertempat di Hutan Lipur Lata Belantan, Besut, Terengganu atau kaki bukit Gunung Tebu ini pasti menjanjikan cabaran yang menarik bagi penggemar sukan dan aktiviti lasak.

Orang ramai yang berminat dijemput menyertai dan memeriahkan acara tersebut dan maklumat lanjut bolehlah berhubung dengan sekretariat atau urusetia kejohanan TMC 2012 di talian 012-9297837 dan 019-9178000 untuk maklumat lanjut.

Bagi mendapatkan penginapan berhampiran bolehlah berhbung dengan:
-Peladang Setiu Agro Resort Tel: 09-6902245/ 019919224 atau www.agroresort.com

Wednesday 18 April 2012

Foto segmen: Sinar Pagi di Lembah Jaya, Setiu, Terengganu



Cuaca pada waktu pagi semasa menghantar anak ke sekolah cukup menarik dengan sinaran matahari yang baru menjelma di balik awan pagi.

Dengan kamera yang selalu menemani di sisi, blogger tidak melepaskan peluang merakam detik menarik ini

Monday 16 April 2012

Advertorial: www.talktalk2u.com transformasi dalam telekomunikasi



Bagi mereka yang tiada pengalaman dan tiada wang yang banyak maka pilihan ketiga adalah yang paling logik! Ini kerana perniagaan pemasaran rangkaian boleh disertai oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia, tanpa sebarang pengalaman perniagaan dan modal permulaannya pula adalah rendah.

Ramai yang takut dan skeptikal terhadap perniagaan pemasaran rangkaian ini tetapi jangan lupa, model perniagaan ini telah lama digunakan oleh pelbagai syarikat multinasional seperti AT&T, Colgate, Microsoft, AOL, Citibank, IBM, Xerox dan banyak lagi. Ramai peniaga bertaraf jutawan besar seperti Warren Buffet, Donald Trump, Robert Kiyosaki, Richard Branson dan ramai lagi amat meyakini konsep perniagaan ini. Jika mereka yang telah berjaya yakin dengan model perniagaan ini, kenapa tidak ANDA?

Kenapa ikon-ikon peniagaan besar yakin dengan perniagaan pemasaran dan terdapat juga pelbagai syarikat berlumba-lumba menggunakan sistem ini? Ini adalah kerana mereka tahu bahawa strategi pemasaran sebegini adalah cara yang paling berkesan untuk memasarkan produk tanpa menggunakan pekerja, tanpa sesiapa berhutang, tanpa perlu meminjam dan tanpa stok inventori yang nyata.

Oleh kerana terlalu banyak syarikat yang menggunakan sistem ini maka anda perlu bijak memilih syarikat. Jangan terjebak dengan skim cepat kaya! Bagi saya, terdapat lima perkara utama sebelum anda memilih peluang perniagaan yang perlu anda sertai iaitu pertamanya syarikat, keduanya pengurusan, ketiganya produk, keempatnya sistem imbuhan dan kelima adalah pembelajaran.

Hari ini saya ingin bercerita tentang satu perniagaan pemasaran rangkaian yang telah menarik minta saya untuk menyertainya dan merebut peluang kewangan yang disediakan.

Program ini ialah perniagaan pemasaran rangkaian Prepaid Tone Excel - WOW. Tapi sebelum anda kata, "Ah, jual Top Up lagi", anda silap. Ini bukan program jual prepaid atau Top Up. Ia sebenarnya mengajak anda untuk menjadi pengguna bijak dengan mengubah sesuatu tanggungan (liability) kepada asset menjana pendapatan.

Ini adalah satu program komuniti yang dikenali sebagai Komuniti Mudah Alih WOW. Program ini adalah hasil kerjasama syarikat Telekomunikasi Tune Talk dan syarikat pemasaran rangkaian Tone Excel. Untuk pengetahuan anda, TuneTalk disokong oleh syarikat gergasi Tune Group yang juga memiliki AirAsia (Tune Air). Hebat! Datuk Tony Fernandez berjaya mengubah persepsi bahawa semua orang berduit sahaja mampu menaiki kapalterbang tetapi dengan AirAsia semua orang boleh terbang pada harga luar biasa murah. Kini, melalui Tune Talk beliau sekali lagi cuba mengubah persepsi bahawa bercakap di handphone adalah satu ‘tanggungan’ yang mahal dengan mengajak kita mengubahkannya kepada satu ‘aset’ menjana pendapatan dan anda boleh bercakap secara PERCUMA! Woww..
Caranya adalah mudah, untuk menyertai program komuniti ini anda hanya perlu mendapatkan satu talian prepaid Tune Talk yang dikenali sebagai Prepaid Tone Excel-WOW. Dapatkan Kad Sim Prepaid ini dan gunakan seharian

Rangkaian prepaid ini dibekalkan oleh syarikat Tune Talk yang menggunakan prasarana rangkaian CELCOM yang sangat meluas. Untuk pengetahuan anda juga, CELCOM mempunyai pegangan saham sebanyak 38% dalam Tune Talk Sdn Bhd. 

Perniagaan pemasaran rangkaian ini diuruskan oleh syarikat Tone Excel Sdn Bhd dan mereka telah memperkenalkan program pemasaran yang dikenali sebagai Program Rujukan (Referral) Tone Excel – WOW, dimana tiada penjualan dilakukan sebaliknya anda hanya perlu merujuk kepada sesiapa sahaja agar menyertai program ini.

Prepaid Tone Excel – WOW ini menawarkan anda manfaat pengguna Tune Talk iaitu Perlindungan Insurans sebanyak RM100,000.00, tiket penerbangan percuma dari AirAsia dan anda boleh menukar nombor bila-bila masa. 

Daftar di sini DAFTAR 

Friday 13 April 2012

Nasi Berlauk Bawah Pokok Besar Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu

Nasi Berlauk Ikan Aya
Jika berkunjung ke Kuala Terengganu, di antara kedai atau warung yang sering menjadi pilihan blogger terutama pada waktu petang adalah Kedai Nasi Berlauk bawah pokok besar dekat Kg Tanjung. Ia terletak di simpang tiga jalan menuju ke flat Sri Kolam.

Di antar kuih yang dijual di sini


Di antara menu yang menjadi pilihan jika ke sini adalah Nasi Berlauk Ikan Aya. Kena pula dengan sambal belacan yang kaw dan power memang 'nyangkut'. Kena kuah lebih sikit dengan tambahan telur mata, memang 'kemah'.

Selain banyak lagi pilihan lain di sini seperti nasi minyak, nasi kuning, nasi lemak dan ada yang kata Kuew Tiaw Gorent kat sini sedap.
Kena petang-petang sedap nihh

Pilihan kuih muih juga banyak dan bermacam-macam pilihan. Dan sememangnya diremang senja ia sentiasa menjadi pilihan untuk minum petang dan makan malam dan sentiasa bertali arus pengunjung ke sini .

Walaupun kedainya hanyalah sekadar warung, ia tetap menjadi pilihan ramai.

Wednesday 11 April 2012

Koleh Lemak- Kuih Tradisi Rakyat Terengganu

Inilah rupa kuih KOLEH LEMAK

Koleh lemak adalah antara kuih tradisi orang Terengganu yang makin sukar untuk di jumpai. Rasanya yang lemak dan enak ditambah lagi dengan keenakan sambal ikan memang sedap.

Seingat blogger masa budak-budak dulu, kata mereka kuih ini sesuai untuk orang bberanak atau baru bersalin.

Baru-baru ini blogger ke Pasar Pekan Batu Enam dan memang kuih koleh lemak ini sentiasa ada di jual di sini, itupun hanya ada satu saja gerai yang menjualnya.

memang sedap dan enak di makan bersama sambal ikan


Dengan harga RM1 sebungkus ia masih murah dan berbaloi untuk dibeli.

Thursday 5 April 2012

Terima Kunjungan Pengembara Solo Dunia, Khairul Mushaddaq ke Setiu

Bersama En Khairul Pengembara Solo Berjalan Kaki yang dalam misi mengelilingi dunia

Semalam lebih kurang jam 4.00 petang blogger telah menerima panggilan tentang ada seorang Pengembara Secara Solo yang sedang dalam misi berjalan kaki mengelilingi dunia akan singgah ke Setiu dan akan singgah ke Agro Resort.
Bergambar kenangan di Agro Resort, Setiu, Terengganu


Turut bersama dengan En Khairul- Pengembara Solo adalah Encik Sharul, pegawai JASA DUN Jabi dan blogger

Saudara Khairul Mushaddaq Bin Mohd Yusa yang berasal dari Johor Bharu telah memulakan perjalanan sejak November 2011. Beliau menngadakan misi ini adalah sebagau satu dorongan dan cabaran kepada belia Malaysia yang lain bagi mengharungi cabaran dan meningkatkan ketabahan diri supaya lebih mempunyai jatidiri yang kuat.

Beliau juga akan mengambil peluang mempromosi dan memperkenalkan destinasi yang dilalui sepanjang perjalanan ke mata dunia dan berhubung dengan dengan lebih rapat bersama masyarakat melalui misi kembara ini.

Bagi beliau kekuatan mental dan fizikal yang mantap amat penting dalam mengharungi dan menyelesaikan misi ini.

Beliau akan menyempurnakan misi di Setiu ini dan seterusnya melangkah ke Kg Rhu Sepuluh sebelum singgah di Batu Rakit dan Kuala Terengganu sebelum melengkapkan perjalanan mengelilingi ke semenanjung.

Selepas ini beliau akan meneruskan misi mengembara ke Rusia, Eropah, AMerika serta Alaska dan berusaha memperkenalkan Malaysia ke mata dunia sebagai salah satu destinasi pilihan pelancongan antarabangsa.

Sama-sama kita memberi sokongan padu dan moral kepada beliau dan beliau boleh dihubungi melalui :


Facebook: http://www.facebook.com/#!/kaitheviking

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog