Posts

Showing posts from September, 2011

Naik Kereta Kuda Di Pantai Batu Buruk.. menyeronokkan

Image
Perkembangan sukan berkuda di Terengganu telah menjalar dengan begitu cepat. Ia telah menarik minat orang ramai untuk mendekati sukan berkuda, samada memelihara, menunggang mahupun berseronok menaiki kereta kuda. Di pantai Batu Buruk dulunya tiada kuda sebagai aktiviti rekreasi kini meriah dengan aktiviti menunggang dan menaiki kereta kuda. Ianya amat menyeronokkan dan dapat menyemai anak-anak untuk mencintai haiwan kuda ini. Mereka begitu teruja apabila dapat mendekati kuda apalagi malah menaikinya. Blogger berkesempatan membawa anak-anak ke pantai Batu Buruk. Setelah desakan berulang kali, akhirnya blogger menuruti kehendak anak-anak untuk sama-sama menaiki kereta kuda. Memang seronok apabila melihat anak-anak bergembira dan girang sekali apabila menaikinya. Kelihatan begitu ramai sekali pengunjung bersama keluarga yang sama-sama ingin menaiki kereta kuda. Harga yang dikenakan adalah berpatutan.

Gambar Memukau di Masjid Terapung Terengganu

Image
Suasana malam Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung memang indah dan memukau Ini antara gambar-gambar yang sempat dirakam blogger semasa singgah untuk solat Maghrib di Masjid Terapung. Setiap kali datang, ada idea dan angle baru yang ingin dirakam.  Tenang dan sejuk hati memandang masjid ini Apa yang pasti pemandangan masjid ini sentiasa memukau dan sentiasa menjadi tumpuan terutama pada musim cutu sekolah dan perayaan. Kubah masjid yang cantik dilimpahi lampu limpah

Restoran Nasi Kerabu, Jalan Pejabat, Kuala Terengganu

Image
Nasi Kerabu yang memang sedap Terletak di Jalan Pejabat, berhampiran Wisma Darul Iman dan Wisma Persekutuan, Restoran Nasi Kerabu kian meniti di bibir penggemar masakan tradisional Terengganu dan Kelantan. Blogger dan isteri telah mencuba masakan di restoran ini. Menu yang di pilih Nasi Kerabu bersama Daging Goreng. Nasi kerabu direstoran ini memang sedap, nasi sepinggan sekejap sahaja hilangnya dari pinggan. Adunan ulam, sambal tumis, sambal kelapa dan ikan memang menambat selera. Harganya RM5.00 sepinggan. Sotong Masak Lemak Terengganu Kami juga memilih Sotong Masak Lemak Terengganu yang kelihatan sungguh menyelerakan. Namun dalam menyedari musim sekarang harga sotong agak mahal. Namun keinginan dan selera untuk mencuba mengatasi harga. Dan masa membayar sudah merasa tentu sedikit mahal dan harganya RM10.00 seekor bagi sotong besar. Puding Roti sebagai pencuci mulut Bagi pencuci mulut, isteri blogger memilih puding roti berkuahkan sos susu cair dan rasanya boleh tahan dan...

Rumah Terbuka Aidil Fitri YB Pehimi DUN Kota Putra

Image
Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri telah berlangsung pada 3 Syawal di kediaman YB Pehimi di Kg Batu Tumbuh, Besut, Terengganu. Majlis yang diadakan setiap tahun ini memang meriah dengan kunjungan begitu ramai sekali orang yang turut sama memeriahkan sambutan Aidilfitri ini, Pelbagai hidangan dan sajian telah disediakan dan gerai panas adalah gerai sate, teh tarik serta aiskrim. Kanak-kanak juga turut gembira dengan pemberian duit raya dari YB.

Reunion Ex Dipend KUSZA 1993-1997 di Sumai Suites Hotel, Kuala Terengganu

Image
Inilah di antara mereka yang hadir Reunion Dipend Kusza di sumai hotel Pertamanya blogger mengucapkan terima kasih di usaha Sedi @ Rusdi Mat Zin dan Syed Mohamad di atas usaha untuk mengadakan perjumpaan yang amat bermakna ini. setiap kali jumpa memang seronok bersembang Kesibukan berhari raya namun masing-masing sempat meluangkan masa untuk sama-sama bertemu mata. Sekurang-kurangnya terubat rindu dan masing bertanya khabar setelah sekian lama terpisah. kaum ibu pun seronok bersembang dan bertanya khabar Juga kesempatan ini diambil bagi mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Sedi di atas perkahwinan baru semoga terus berbahagia dan kekal hingga ke akhir hayat. Kelihatan Sedi menyapa tetamu yang hadir Ikuti gambar-gambar yang sempat dirakamkan semasa majlis. Zukri bersama isteriRoslina Talib  dan syed mohamad bersama isteri Nurhakimah Keluarga Syarifatul fatihah Ada yang mencadangkan agar perjumpaan ini dapat di adakan diluar musim perayaan dan be...

Pengunjung blog