Posts
Showing posts from August, 2013
Berbuka Puasa di TH Hotel & Convention Center Terengganu, Gong Badak...
- Get link
- X
- Other Apps
Pada awal Ramadhan lalu, admin telah mendapat jemputan untuk berbuka puasa di sebuah hotel yang baru beroperasi pada awal Ramadhan lalu iaitu TH Hotel & Concention Centre Terengganu di Gong Badak. Ia adalah hotel dibawah Kumpulan TH (Tabung Haji). Merupakan satu-satunya hotel patuh syariah di negeri Terengganu yang mempunyai keunikan yang tersendiri. Pakej berbuka puasa yang ditawarkan di Hotel TH ini adalah RM59.00 seorang, mungkin agak sedikit tinggi berbanding dengan hotel lain di Kuala Terengganu, tetapi ia menawarkan lebih banyak pilihan kepada anda seperti Kibas Grill, Nasi Mandy dan macam-macam lagi. Sentuhan dan suasana di restorannya juga santai dengan sajian halwa telinga pemuzik Ghazal yang dialunkan oleh anak tempatan dengan kerjasama SUK Terengganu. Masuk sahaja ke lobi hotel, ia menjanjikan suasana yang damai dan lapang dengan sentuhan dan dekorasi bari dan berlainan. Untuk berbuka, admin memilih untuk mulakan dengan sedikit kuih, kurma...