Posts

Showing posts from October, 2013

Pameran Haiwan Berbisa di Muzium Terengganu pada 21 Okt hingga 31 Dis 2013

Image
Jom luangkan masa mengenali haiwan2 berbisa pelbagai spesis di Pameran Haiwan Berbisa pada 21 Oktober hingga 31 Disember 2013 bertempat di Dewan Mandalika, Muzium Negeri Terengganu. Berpeluang menyaksikan satu-satunya "Timber Rattlesnake" pertama di Malaysia. Boleh bawa anak-anak untuk lebih mengenali dunia muzium dan juga dunia haiwan sebagai salah satu wadah pendidikan. Inilah peluang untuk bersama anak-anak dengan aktiviti berfaedah dan merapatkan lagi hubungan kekeluargaan. Tiket RM5 utk dewasa, RM2 utk kanak2, RM1 utk kanak2 berunifom sekolah. Bayaran tiket  hanya sekali utk kemasukan ke Pameran Tetap Muzium dan Pameran Haiwan Berbisa Jangan lepaskan peluang ini!!

ORGANO GOLD MEMBERI ANDA PELUANG MENJADI JUTAWAN

Image
ADAKAH ANDA JUTAWAN KOPI YANG SETERUSNYA? Syarikat ORGANO GOLD t elah bertapak di Malaysia dalam setahun yang lalu dan telah melahirkan ramai jutawan serta mereka yang berpendapatan melebihi 6 angka, dan mungkin ANDA yang seterusnya. hebatkan jika anda dibayar sebanyak ini.. tiada yang mustahil di Organo Gold Mengapa ORGANO GOLD? Merupakan syarikat NETWORKING yang berkembang paling pantas didunia dengan potensi yang amat besar dan melahirkan TOP EARNER dalam bisnes networking didunia hari ini dengan 12 Top Earner, 5 daripadanya adalah dari ORGANO GOLD .. hebatkan. Kenapa Bisnes KOPI? Kopi bukanlah barangan yang mewah, ia adalah sebahagian daripada hidup kita. Tahukah anda, perniagaan komoditi KOPI adalah yang terbesar didunia selepas petroleum Minuman yang paling banyakdiminum didunia, selepas air Di Amerika Utara, lebih setengah bilion cawan kopi diminum setiap hari lebih 80% mereka yang berusia 18 tahun ke atas di Amerika Utara minum kopi Jualan kopi se...

Ternakan Ikan Keli Menjana Pendapatan

Image
PENINGKATAN harga makanan ikan mendorong Ibrahim Ahmad, 51 pengusaha ternakan ikan keli menjalankan pelbagai uji kaji bagi menghasilkan makanan terbaik untuk ikan peliharaannya. Berbekalkan sedikit pengetahuan yang diperoleh ketika menghadiri beberapa kursus anjuran Jabatan Perikanan, Ibrahim berjaya menghasilkan makanan ikan sendiri. Bermula dengan penggunaan campuran hampas kacang soya, tepung gandum, sedikit minyak masak, ikan baja, PKC ( palm kernel cake ) dan sedikit sayuran kini Ibrahim mampu berbangga dengan resipi ciptaannya sekurang-kurangnya untuk kegunaan sendiri. Selain bahan-bahan tersebut, roti yang telah luput tarikh serta hampas kelapa juga turut digunakan bagi memastikan kadar protein yang tinggi diperolehi ikan yang diternak. Dalam pada itu sayuran seperti daun ubi kayu juga turut digunakan bagi meningkatkan kandungan fiber di dalam manakan yang dihasilkan. Menurut Ibrahim, makanan ikan yang diproses sendiri lebih menjimatkan kerana bahan-bahan yang dig...

Ayam Kampung Organik menjana pendapatan lumayan

Image
WALAUPUN keputusan tersebut memberikan impak besar terhadap dirinya, dorongan dan semangat daripada keluarga membuatkan dia nekad berkecimpung dalam projek penternakan ayam kampung. "Asalnya, menceburi bidang penternakan ini sekadar hobi, lama-kelamaan melihat kepada permintaan ayam yang meningkat secara mendadak terutama menjelang musim perayaan, saya bersama dua rakan kongsi memutuskan untuk menceburi bidang penternakan ayam kampung," katanya. Lebih mengujakan, ladang ternakan yang mempunyai keluasan lima hektar (ha) dan mampu menampung sebanyak 12,000 ekor ayam agak berlainan berbanding projek lain kerana diusahakan tanpa menggunakan sebarang bahan kimia. Bermula hari pertama anak ayam menetas, ia akan ditempatkan di sebuah reban selama 14 hari sebelum dilepaskan dalam kawasan ladang. Ayam itu dibiarkan mencari makanan sendiri walaupun pihaknya memberi makanan empat kali sehari. Secara umumnya, ayam kampung ini dipelihara secara lepas bagi membolehkannya ber...

Baka Ayam Kampung Terbaik

Image
G allus  gallu s adalah nama saintifik bagi ayam hutan merah,  Gallus varius  untuk ayam hutan hijau,  Gallus sonneratii  untuk ayam hutan kelabu dan  Gallus lafatet ii untuk ayam hutan Ceylon atau Sri Lanka. Namun bagi kebanyakan daripada kita semuanya ialah ayam kampung yang secara mudahnya baka ayam tempatan berwarna perang balung merah, badan tegap dan dibiar berkeliaran atau lepas bebas. Ayam pedaging dan penelur yang diternak secara komersial serta besar-besaran kini adalah berasal daripada spesies ayam hutan merah. Berbanding ayam pedaging dan penelur komersial, ayam kampung tidak menjalani proses pembiakbakaan yang sistematik walaupun berasal dari ayam hutan merah. Proses pembiakbakaan yang tidak terkawal serta sistematik telah menghasilkan ayam kampung pada hari ini yang mempunyai pelbagai ciri fizikal yang berbeza dari seekor ke seekor walaupun dalam kelompok reban yang sama. Industri penternakan ayam sama ada untuk pedaging atau ...

Kiosk Keropok Lekor Terengganu

Image
SEBUT sahaja berkenaan produk makanan berasaskan ikan, pastinya ramai akan teringat kepada Terengganu. Negeri yang sedang pesat membangun itu bukan sahaja terkenal dengan pelbagai produk makanan berasaskan ikan malah turut kaya dengan budayanya. Keropok lekor umpamanya telah menjadi ikon produk makanan kepada Terengganu di mana makanan tersebut di hasilkan secara besar-besaran untuk dipasarkan ke seluruh negara Jika dahulu, keropok lekor hanya dinikmati oleh masyarakat Terengganu khususnya di waktu santai tetapi kini, dengan bertambahnya permintaan serta keberkesanan proses pemasaran, produk tersebut boleh dinikmati oleh hampir seluruh rakyat negara ini. Fenomena tersebut diakui oleh pengusaha produk sejuk beku, Sinku Manufacturing Sdn. Bhd.,  Zalehah Mohamad. Katanya, permintaan terhadap produk makanan berasaskan ikan amat tinggi terutamanya keropok lekor. ''Saya memulakan perniagaan ini sejak tahun 2000. Asalnya untuk memasarkan keropok lekor panjang tradisio...

Pengunjung blog