Inilah RAYA... Pertandingan Pelita Raya Negeri Terengganu.. memang nostalgia
Inilah RAYA sempena Pertandingan Pelita Raya peringkat negeri Terengganu yang sedang berlangsung di Kg Air Sejuk dan Kg Panchur Merah, Setiu, Terengganu. Pelbagai hasil kreatif dan menarik pelita raya membawa kita kepada kenangan dan nostalgia raya sewaktu zaman kanak-kanak. Dengan hiasan pengcahayaan yang menarik membuatkan kita rasa seronok dikelilingi cahaya pelita. Inilah RAYA... Jom kita kunjung dan anda sebagai pengunjung juga berpeluang memenangi duit raya dengan ber'selfie' dan dimuatnaikkan ke Facebook Pelita Raya Terengganu. Dengan jumlah 'like' terbanyak anda berpeluang memenangi duit raya dari Tourism Terengganu. Terma kasih Tourism Terengganu kerana penganjuran acara yang unik dan menarik ini dan mungkin boleh diluaskan lagi pada masa akan datang. @Tourism Terengganu @ FB Pelita Raya Terengganu