Banyak yang menarik di BEAUTIFUL TERENGGANU 2016 Plaza Angsana
Beautiful Terengganu yang berlangsung dari 23 hingga 27 Mac 2016 di Plaza Angsana telah berjaya menonjolkan keunikan Terengganu dari pelbagai aspek sama tarikan pelancongan, keunikan makanan, budaya, warisan, permainan tradisi malah penonjolan identiti Terengganu sendiri yang unik. Ramai juga rakyat Terengganu yang menetap di Johor terkejut dengan keberanian Kerajaan Negeri Terengganu membawa rombongan sebesar ini ke Johor, malah anggapan awal mereka hanyalah karniva biasa berskala kecil sahaja. Sambutan yang di terima sejak hari pertama juga amat luar biasa dengan kunjungan ramai sekali pengunjung Setiu wetlands adalah antara galeri tarikan pelancongan yang mendapat sambutan yang hangat dengan menampilkan keunikan pokok bakau, nipah dan hidupan wetland seperti kerang, lokan , ketam nipah dan tuntung. Demonstrasi menggoreng keropok dengan pasir juga mendapat sambutan dan memukau pengunjung terhadap warisan tradisi ini. l