Posts

Showing posts from February, 2018

EKSPO TERENGGANU 2018 telah bermula hari ini

Image
Ekspo Terengganu akan bermula hari ini 25 feb hingga 3 Mac 2018 di perkarangan Kompleks Stadium Gong Badak, Kuala Terengganu. Pelbagai aturcara menarik sepanjang program diadakan dari pagi sampai ke malam dan yang paling menarik adalah cabutan bertuah istimewa iaitu sebuah rumah, sidang lot rumah dan sebidang lot tanah pertanian sebagai hadiah khas untuk rakyat Terengganu.   Hadiah lain juga menarik untuk semua pengunjung iaitu kereta dan pacuan empat roda untuk dibawa pulang dan pelbagai hadia menarik lain termasuk pakej perkahwinan istimewa di hotel. Pakat mari belaka, untung rezeki cabutan bertuah tanah se lot, rumah, kereta dan macam macam lagi Kisah kejayaan Terengganu Ia juga penuh dengan maklumat dan informasi serta kemajuan serta hasrat dan impian tentang Terengganu dan daerah serta GLC Terengganu yang lain. Di sini juga anda boleh membina Networking, business , bertemu sahabat dan santai dengan anak anak menikamti aturcara di sini. Juga boleh wa...

PERKAYA Daerah Setiu memerlukan bantuan dan sokongan anda bagi membantu persekolahan anak-anak yatim...

Image
Bersama Jawatankuasa PERKAYA Daerah Setiu menyantuni anak anak yatim dan menyampaikan wang saku bulanan di SK Kg Buluh , Setiu, Terengganu Kami memerlukan bantuan dan sokongan anda bagi membantu  anak anak ini bersekolah dengan baik dan sempurna Juga makluman iika anak yatim di Setiu yang boleh kami bantu untuk ditempat tempatkan di SK Kg Buluh Setiu supaya lebih terjaga persekolahan dan pembelajaran. Untuk maklumat akaun bank sebagaimana di bawah. Insyalah sama sama kita bantu anak anak ini Bagi yang ingin menyumbang menyumbang kepada PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK YATIM SETIU ATAU PERKAYA CIMB 800 6700 513 Sumbangan arahan tetap amatlah kami alu alukan walaupun RM5 atau RM10 setiap bulan.. Barokallah pada penyumbang dan Allah swt telah janjikan ganjaran sevanyak 700 kali ganda bagi setiap sedeqah kita... Jawatankuasa Perhubungan PERKAYA Daerah Setiu, Terengganu # setiupost

Ajinomoto pun boleh jadi baja.. bukan setakat didapur je....

Image
Hasil baja ajinomoto. Ni kali ke 2 berbuah. Sebelum ni segan2 malu2 buahnya. Sekali kena ajinomoto, memang lebat sungguh bunga mangga. Sukatan : 1) 5 sudu makan  1 liter air bagi pokok setahun ke atas. 2) Bagi pokok-pokok kecil seperti pokok kari, pokok bunga dan yang kurang berumur kurang setahun 1 sudu makan 5 liter air. Guna air tanpa klorin seperti air tadahan aircond, air hujan atau air paip yang dibiarkan terdedah semalaman atau lebih lama. Waktu siraman : waktu redup petang jam 6 ptg ke atas. Kekerapan : 2 minggu sekali. Siram di pangkal pokok atau sembur pada dedaunan pokok. Hasil google. Khasiat ajinonomoto pada pokok: 1. Menyuburkan tanaman Manfaat pertama dari MSG ajinomoto untuk tanaman yaitu dapat menambah kesuburan pada tanaman. Kandungan unsur atrium yang tinggi yang tekandung didalam MSG ajinomoto ini dapat mempengaruhi tingkat kesuburan tanaman tersebut. Dengan menyiram tanaman menggunakan larutan MSG dengan air secara teratur, maka tingkat kesu...

Promosi Flying Fox di Agro Resort, Setiu, Terengganu.. jom terbang

Image
PROMOSI TERBAIK 2018 “Anda rimas dengan hari-hari biasa anda? Anda bosan buang masa dengan gajet? Mahukan sedikit aktiviti rekreasi yang  menarik dengan harga murah? Ayuh!!! Inilah masanya untuk capai peluang menarik. Jangan lupa ajak rakan-rakan anda sekali. Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi: 019-9192240 – Peladang Setiu Agro Resort sumber: Fb  Agroresort Setiu Terengganu #setiupost

Pameran Fotografi WILD TERENGGANU oleh DIGITAL DOME di UMT.. pakat mari belake..

Image
Satu pameran fotografi sempena “20th Colloquium of the Malaysia and Singapore Society Australia” (MASSA2018) akan diadakan di UMT sepertimana di bawah, semua di jemput hadir. sumber: FB Dome Sp

kenyataan Rasmi Sahibul Samahah Mufti Perak berhubung isu penukaran agama Kes M Indira Gandhi... kena ambil iktibar

Image
sumber:Jabatan Mufti Negeri Perak. Admin: Kuasa penyatuan umat Islam perlu diperkukuhkan lagi dan teruskan usaha berdakwah dengan pelbagai cara yang kita mampu agar martabat Islam berada ditempatnya dan dalam masa yang sama kita mencari keredhaan Allah swt. Berkata baik dan sentiasa mencari penyelesaian yang terbaik hendaklah kita usahakan. Rasulullah SAW adalah contoh terbaik dalam bertindak dan panduan kita. #setiupost

Blue Pool di Lata Payung, Setiu, Terengganu... memang awesome..

Image
Blue Pool di Lata Payung, Setiu. Perjalanan yang mengambil masa 1 jam dari kawasan perkelahan Lata Payung. Blue Pool ini merupakan tempat persinggahan dan tarik an utama bagi pendaki Gunung Sarut. Bagi yang ingin menuju ke kawasan Blue Pool sahaja pastikan anda mempunyai kelengkapan lengkap dan paling utama kena ada guide supaya tidak sesat di dalam hutan. Kawasan ini tidak sesuai untuk keluarga kecuali memang kaki hiking kerana laluan agak mencabar di beberapa tempat. Kredit:  Beautiful Terengganu Apps  dan Terengganu Times Admin: Jika ada sesiapa berminat untuk ke sini boleh admin sampaikan kepada Nature Guide yang mahir dengan tempat ini untuk berurusan dan persediaan dan boleh email ke : terengganulegend@yahoo.com atau tinggal diruangan komen #setiupost #beautifulterengganumalaysia

10 Makanan 'power' dan igauan bila datang Terengganu.. kena mari boh...

Image
Terengganu, bila cerita sahaja pasal makanan Terengganu ramai yang akan terbayang keropok lekor. Ya! Keropok lekor di Terengganu memang popular, tapi terlalu biasa kalau nak  dikeropokkan!  Jadi apa kata kita tinjau beberapa lagi makanan  famous  di Terengganu yang bikin air liur kawan anda meleleh. Kalau anda sediri pun masih belum pernah rasa, kami sangat mencadangkan anda mencuba. Serius sedap gila! Tahun 2017 menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar Malaysia datang ke negeri ini bertepatan dengan kempen Visit Beautiful Terengganu 2017 yang dilancarkan oleh kerajaan negeri. 1. Ketupat Sotong Ada sedikit pertelingkahan pendapat mengenai ketupat sotong, adakah makanan ini berasal dari Kelantan atau Terengganu? Tapi ini bukan isu besar sebenarnya, yang penting rasa ketupat sotong ini memang sedap, jadi kita makan sahaja. Ketupat sotong memang popular di Terengganu, biasanya disaji ketika makan tengah hari. Anda patut cuba rasa kelazatanan ketupat so...

Tahniah.. No 1 di dunia untuk Wan Nor Mafudah Binti Wan Yusoff dalam ACCA.. Financial Reporting Paper

Image
Tahniah! No.1 di dunia.  1st placing in the world (scored 95% for ACCA Financial Reporting Paper). Wan Nor Mafudah bt Wan Yusoff, from my kampung, Jerteh, Terengganu. Itulah ucapan oleh Dato' Seri Idris Bin Jusoh, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia kepada Wan Nor  Mafudah Binti Wan Yusoff dari Besut. Terengganu di atas kejayaan tertinggi dalam ACCA Financial Reporting Paper. Satu kejayaan hebat anak Besut dan Terengganu dalam akademik di peringkat dunia yang bukan sahaja mengharumkan nama Terengganu malah Malaysia. Sememangnya kita hebat dan jangan merasa rendah diri. Tahniah dari admin dan juga anak saudara kepada kawan admin Ustaz Wan Ismail Bin Wan Abdullah, pensyarah UNISZA. #setiupost sumber: FB Idris Jusoh

Pengunjung blog