Gulai itik dan Ayam Kampung Kedai Abang Dol di Kg Bintang, serius sedap, harga pun berpatutan..
Inilah kedai makan Abang Dol untuk sarapan pagi Gulai Itik dan gulai ayam kampung yang sedap di Kg Bintang, Setiu, Terengganu. Memang sedap dan harga pun amat berpatutan serta dibuka setiap hari. Ia terletak di sebelah kiri sebelum jambatan Kg Bintang selepas simpang tiga Kg Bahagia jika anda dari Bandar Permaisuri. Rasa gulai bagaikan masakan orang tua duku dulu. Kedua dua gulai sedap. Ini bermakna ada 3 lokasi popular untuk sarapan pagi berasaskan gulai itik dan ayam kampung iaitu; I. Warung Jelira Rasa di Simpang Kg Guntung Luar Ii. Warung Cik Ani atap nipah di Kg Bintang dan Iii. Kedai Makan Abang Dol Kg Bintang Jika tuan tuan lalu ikut sini boleh lah singgah rasa dan nikmatinya sendiri. Keenakan adalah berbeza bagi setiap individu. P/s: jika tuan tuan dan puan puan ingin jemput admin untuk buat review bolehlah email ke terengganulegend@yahoo.com atau DM ke FB Ripum Portal, insyalah kita cuba adjust.