Posts

Showing posts from October, 2024

Maxim E-hailing Memperkenalkan Kemudahan Baharu Untuk Perkhidmatan Penghantaran

Image
  Perkhidmatan penghantaran mendapat permintaan yang tinggi daripada pengguna, bermula dari barangan kecil hingga barangan yang besar. Kadangkala sesetengah barangan tidaklah terlalu besar dan ianya dalam kategori barangan kecil dan ringan. Oleh yang demikian, Maxim E-hailing telah memperkenalkan kemudahan baharu kepada perkhidmatan penghantaran iaitu kereta pacuan roda 4x4. Jenis penghantaran ini akan menjadikan pengguna lebih mudah untuk menghantar barang yang ringan dan tidak memerlukan ruang yang besar. Barangan ringan contoh peralatan pejabat seperti kerusi atau meja, di mana jenis barang tersebut tidak termasuk dalam kategori barang besar atau kargo. Bagi menampung keperluan yang semakin meningkat untuk jenis penghantaran ringan oleh pengguna di Terengganu, inovasi dan pemikiran ke hadapan Maxim E-hailing telah memberi kesan positif kepada pemilik perniagaan kecil atau PKS. Biasanya, PKS dan pemilik perniagaan kecil yang lain akan mendapat manfaat daripada perkhidmatan pe...

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

Image
  Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis yang terletak di bawah jambatan, Jalan Hiliran yang dulunya adalah Kedai Kopi Losong menjadi fenomena baru orang Kuala Terengganu. Ini adalah cawangan ketiga. Apa tidaknya jam 9.00 malam dah hampir habis semua lauk. Rupanya ia menjadi kegilaan baru orang Kuala Terengganu. Lauk yang disajikan juga menambat selera iaitu Ikan Bekok, Gulau Kawah, Ayam Goreng panas panas ikan kukus goreng, gulai ikan masin serta pelbagai lagi jenis lauk. Yang paling mengujakan adalah keenakan sambal belacan. Admin singgah semalam dan ramai sekali yang beratur untuk menikmati nasi berlauk waktu malam. Sebelum ni agak sukar nak makan lauk macam kat rumah apabila keluar makan kerana puratanya adalah masakan Thai ataupun masakan barat. Kedai yang dibuka dari jam 4.00 petang hingga 12.00 malam ini cukup menarik minat orang ramai untuk mencubanya dan memberi lebih pilihan kepada pelanggan untuk menikmati makan malam.

Pengunjung blog