Posts

Showing posts from January, 2026

Buffet Ramadhan 2026 Felda Residence Hotel Kuala Terenggau, memyelerakan

Image
  Semalam mendapat jemputan bagi Peluncuran Buffet Ramadhan Felda Residence Hotel Kuala Terengganu. Majlis juga bersempena pelancaran Kiosk Kopi Settlers di Hotel yang merupakan outlet kopi Felda yang memberi wajah baru kepada operasi dan cafe hotel. Majlis dilancarkan oleh Pengerusi Felda Dato Shaberi Bin Chik dan turut hadir sama adalah Pengerusi Ketengah Dato Rozi Bin Mamat serta pegawai tertinggi Felda ibu pejabat dan Negeri. Harga ' Burung Awal' yang di tawarkab oleh Felda Resodence ini adalah RM57 seorang daripada harga asal iairu RM67 seorang. Antara menu menarik yang ditawrkan adalah Nasi Mandy dan Kambing golek yang sedap. Pelbagai menu tradisional Terengganu seperti colek kateh, nekbat dan semalam ada Laksam yang memang sedap. Majlis turut dihadiri oleh rakan rakan media, agensi kerajaan dan sahabat handai. Terima kasih Puan Rosma, Pengurus Besar Hotel atas jemputan serta makanan yang sedap dan enak. #TRUETerengganu #buffetRamadhan

Pengunjung blog