Iftar Ramadhan di Sumai Hotel & Suite Kuala Terengganu.. memang puas hati.. banyak pilihan dan sedap
Alhamdulilah hari ni dapat jemputan Iftar di Sumai Hotel & Suites Kuala Terengganu. Yang pasti signature utama adalah Nasi Arab Sumai dan Kambing Bakar yang cukup sedap dan enak. Memang banyak sekali makanan dengan pelbagai pilihan mengikut selera anda. Suasana juga umpama dalam tamab berhawa dingin. Tenang dan santai. Amat sesuai jika ingin membawa keluarga atau sahabat handai. Ajak ambe lagi pun tak apa. Dewan yang besar dan luas ini amat selesa dengan kemudahan surau dan bilik air. Sambutan pengunjung juga amat memberangsangkan. Ramai yang datang bersama keluarga. Harga buffet Ramadhan di Sumai Hitel adalah RM75 dewasa tapi dengan makanan yang disediakan memang berbaloi. Terima.kasih Sumai Auto atas jemputan iftar ini.