Posts

Showing posts with the label 2013

MESYUARAT EXCO MBHA MALAYSIA 2013 DI KUALA TERENGGANU PADA 4 JULAI 2013

Image
Pada 4 Julai 2013 akan di adakan Mesyuarat Exco MBHA Malaysia di Kuala Terengganu bertempat di Ming Star Hotel. Satu penghargaan kerana Terengganu dipilih sebagai tuan rumah untuk mesyuarat kali ini. Sebagai sambutan sempena mesyuarat kali ini, rombongan exco MBHA akan dibawa melawat tempat-tempat menarik di Kuala Terengganu seperti Kompleks Kraft Noor Arfa Batik di Chendering, Masjid Terapung, Pasar Besar Kedai Payang, Muzium Terengganu, Pulau Warisan dan tidak ketinggalan Masjid Kristal. Dan pada petangnya pula rombongan exco akan diraikan oleh Sekretariat Tahun Melawat Terengganu 2013 di Taman Tamadun Islam dengan jamuan Hi Tea dengan masakan Terengganu. Pada malamnya pula, sebahagian rombongan akan mengikuti program mencandat sotong di periaran Pulau Kapas sebagai pendedahan pengalaman menarik di Terengganu. Keesokannya pula, rombongan dijangka melawat ke Pulau Lang Tengah bagi menikmati keindahan pulau di Terengganu. Terima kasih kepada Setiausaha MBHA Terengganu, Sa...

Kerajaan anjur kejohanan jetrace di pantai Batu Buruk

Image
Oleh; Esah Abdullah  Kerajaan negeri akan menganjurkan kejohanan ‘Terengganu World Jetrace Challenge’ untuk kali ke-4 di pantai peranginan Batu Buruk bermula 21 hingga 23 Jun depan. Penolong Setiausaha Kerajaan (Pelancongan, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan) Che Wan Mohd Zulkifli Che Wan Jalil berkata, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Haji Mohd Jidin Shafee akan mengadakan sidang media mengenai pertandingan pada 21 Jun di Primula Hotel jam 11 pagi.  “Majlis perasmian akan dilakukan oleh Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said pada 21 Jun diperkarangan kolam renang Hotel Primula jam 8 malam manakala majlis penutup dan penyampaian hadiah pada 23 Jun jam 4.30 petang,” katanya. Katanya, kejohanan bertaraf dunia itu berlangsung selama tiga hari dengan penyertaan peserta dari dalam dan luar negara sekali gus mampu melonjakkan negeri ini sebagai destinasi pelancongan sukan popular di peringkat antarabangsa. -Teganu Kita

Pengunjung blog