Sejarah Batu Bersurat
Batu Bersurat Terengganu dikatakan mula ditemui pada 1887 di kawasan Padang Tara, di tepi Sungai Tara, di Kg Buluh, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Kemudian ianya dijumpai pula pada 1902 oleh Sayed Husain ghulam Al Bukhari, seorang ahli perniagaan di tangga surau Kampung Buluh yang dijadikan batu alas kaki untuk naik ke tangga surau tersebut. Sayed Husain telah meminta bantuan Penghulu Ali dan orang kampung untuk mengangkat dan meletakkan batu tersebut di atas rakit untuk di bawa ke Kuala Terengganu. Sampai di Kuala Terengganu, ia dipersembahkan ke Bawah duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudiannya batu itu diletakkan di atas Bukit Puteri. Pada 1922, Timbalan Penasihat Inggeris di Terengganu Encik H.S Peterson meminta seorang jurufoto berbangsa Jepun iaitu N Suzuki mengambil gambar dan gambar itu di hantar kepada C.O Blegden untuk dibuat pembacaan. aa Hasilnya didapati batu itu ditulis dalam Bahasa Melayu Jawi tua yang bertarikh 702 hijrah. Dan kajian terkini telah ...