Posts

Showing posts with the label Gulai Kawah

Gulai Kawah Lembu dan Gulai Kambing... memang sedap

Image
Dengan daging lembu segar, pasti terasa keenakan gulai Entry kali agak simple sahaja iaitu blogger ingin berkongsi pengalaman kenduri yang sememangnya begitu banyak terutama setiap kali cuti sekolah dan cuti festival. Apa yang menjadi tumpuan setiap kali kenduri adalah keenakan Gulainya iaitu Gulai Lembu Kawah. Kalau kena cara memang enak dengan ditambah lagi dengan daging lembu segar serta resepinya yang tersendiri. Lain tukang masak lain rasa gulainya. Gulai kawah yang dimasak dengan menggunakan kayu api lebih enak rasanya. Kalau nak tahu gulai itu sedap atau tidak, cuba hirup kuahnya, pasti rasa kemanisan daging dan keenakan gulainya yang cukup masin, masam, sedikit manis serta rasanya. Sedap dimakan dengan nasi atau roti Gulai ini enak samada di makan dengan nasi ataupun di cicah dengan roti. Apapun penangan gulai kawah memang enak. Gulai Kambing, kecur air liur melihatnya Begitu juga kalau dapat makan Gulai Kambing. Selalunya gulai kambing terdapat pad...

Jalan-jalan cari makan- JERTEH KOPITIAM

Image
Destinasi makan-makan kali ini, blogger akan membawa anda ke Jerteh Kopitiam di Bandar Jerteh, Besut, Terengganu. Terletak di tengah-tengah bandar Jerteh, ia menjanjikan satu kelainan berbanding dengan lain-lain kedai atau restoran disekelilingnya. Menurut tuan punya Jerteh Kopitiam ini, Encik Jeff Ibrahim, sejak dibuka ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk di kawasan ini malah turut dikunjungi pengunjung dari luar seperti Pasir Puteh, Kuala Besut, Setiu malah Kota Bharu. Di antara menu yang paling mendapat sambutan adalah 'set lunch' Nasi Bungkus Ayam Berempah bersama Gulai Kawah. Dengan hanya RM4.50 para pengunjung boleh menikmati hidangan nasi yang enak bersama Ayam Goreng Berempah dengan Gulai Kawah yang cukup sedap dan menyelerakan. Juga menu yang menjadi pilihan adalah Nasi Lemak Kopitiam, serta Asam Laksa. Menu-menu lain juga turut mendapat sambutan seperti roti bakar dengan pelbagai jenis, menu nasi dan mee, serta masakan barat se...

Pengunjung blog