Cabaran Pulau Redang sempena TMT
Oleh; Esah Abdullah Program Cabaran Pulau Redang (RIC) Antarabangsa akan diadakan selama tiga hari bermula 14 September ini di Pulau Redang dengan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM18,000. Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan negeri Terengganu, Encik Mohd Sabri Zakaria berkata, RIC menyasarkan seramai 200 peserta dengan melibatkan sebanyak 100 pasukan iaitu dua peserta bagi setiap pasukan. Menurutnya, penganjuran RIC yang mendapat kerjasama Persatuan Pemandu Pelancong Semula Jadi Terengganu (Tenaga) dan menawarkan hadiah keseluruhan RM18,000 iaitu johan kategori antarabangsa menerima RM3,000 manakala bagi kategori terbuka pula. RM2,000 di samping hadiah iringan lain. “Program RIC melibatkan tiga disiplin iaitu acara renang bermula di Taman Laut Pulau Pinang, berlari serta merentas denai dan hutan di pulau berkenaan sebelum berkayak mengelilingi Pulau Paku sejauh 12 kilometer keseluruhan. “Sehingga kini, 24 pasukan termasuk tiga dari Singapura telah mendaftar m...