Posts

Showing posts with the label bangau

Burung Bangau Putih atau White Egret membanjiri Setiu, Terengganu

Image
Burung Bangau Putih atau Bubulcus Ibis dari keluarga Ardeidae kini membanjiri Setiu, Terengganu. Suatu pemadangan yang unik dan mengagumkan. Bangau adalah burung penghijrah yang berasal dari hemisfera utara ketika negara-negara Asia di sana mengalami musim sejuk. Burung ini berhijrah ke Semenanjung Malaysia dari September hingga April (Tweedie, 1960, 1970) setiap tahun. Ketika inilah burung ini kelihatan berbulu putih melepak. Bagaimanapun, sekali-sekala burung ini tinggal terus di negara ini hingga musim panas untuk membiak. Ketika ini, bulunya berubah menjadi jingga di kepala dan dada Dalam fasa putihnya ini, bangau kelihatan hampir serupa dengan burung Pucung Batu (Inggeris: reef egret, nama sains: Egretta sacra ) yang juga berbulu putih tetapi boleh juga terdapat dalam bulu kelabu tua. Bagaimanapun, kedua-dua spesies bangau dan Pucung Batu ini dapat dibezakan menerusi tabiat dan persekitaran fizikalnya iaitu pucung batu suka bersendirian dan mendiami kawasan...

Melihat Bangau di sawah, interaksi alam kehidupan

Image
Panorama indah di sawah Semasa melalui perjalanan Jerteh ke Kg Raja di Kg Nyiur Tujuh, terpandang suasana yang menarik di mana burung bangau mengikut mesin pembajak sawah. Ia suatu yang klasik. Mungkin ikan-ikan kecil yang dicari oleh burung bangau. Burung bangau bertebaran mencari makan Blogger memberhentikan kereta bagi merakam detik-detik yang indah dan menarik ini.

Pengunjung blog