Posts

Showing posts with the label blogger

Tips for blogger: 3 ciri top blog perlu ada

Image
Ada seorang kenalan bertanya kepada saya, "Apakah ciri sebuah blog yang top?". Sukar juga saya nak jawab. Kemudian, saya mula perahkan idea lalu terhasillah entri ini yang menampilkan 3 ciri yang perlu ada bagi sebuah top blog. Apakah ciri-ciri blog yang top itu? Ok ... baca dengan minda yang sedar dan segar ye. Sebelum itu, perlu saya ingatkan bahawa apa yang akan ditampilkan dalam ciri sebuah  top blog  perlu ada ini merupakan pendapat dan amatan saya sahaja. Saya bukan seorang blogger profesional yang layak beri rating atau pencirian. Pengalaman berblog saya semenjak 2008 dijadikan sandaran dalam pemberian cirian top blog ini. Jika salah, maafkan saya. Jika silap, tegur dan komen sebaiknya. Boleh bukan? 3 Ciri Top Blog Perlu Ada Apakah 3 ciri top blog perlu ada? Blog Kemas Teratur Pertamanya, sebuah top blog perlu kemas dan teratur. Ia perlu kelihatan tersusun kemas dan mudah untuk pengunjung menyusuri setiap inti kisah, cerita, berita dan perkongsian bermanfaat...

Jemputan Untuk Makan Malam di River Cruise Payang Walk oleh Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu

Image
Hari ini blogger telah mendapat jemputan untuk menghadiri Program Makan Malam di atas bot bagi Promosi River Cruise Payang Walk di Jeti Shah Bandar, Kuala Terengganu. Program anjuran Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu ini akan berlangsung pada 16 Oktober 2012 yang akan dihadiri oleh pihak media, wartawan serta blogger-blogger jemputan termasuk blogger blog ini. Ia adalah satu penghargaan kepada blogger di alam maya dalam mempromosikan pelancongan di Terengganu serta memperkenalkan Payang Walk di Pasar Payang yang diperkenalkan oleh Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu. Terima kasih PPNT Blogger: sentiasa bersedia untuk membuat preview produk pelancongan termasuk hotel, resort, restoran serta produk pelancongan baru.

Jom kenali Blogger...

Image
Coretan untuk kali ini ringkas sahaja iaitu jom berkenalan dengan Blogger. Apa yang best adalah dalam versi karikatur yang telah dilakar oleh kartunis tempatan iaitu Kulat dan Ram pada tahun 2006 dalam satu pameran di Kuala Lumpur. Mungkin lepas ni nak minta khidmat Ujang, Zoy, Datuk Lat, Aie serta lain-lain rakan kartunis untuk inspirasikan wajah blogger dalam karikatur. Memang ia menjadi minat blogger. Apa-apa pun jika pembaca atau follower ada sebarang cadangan untuk blog ini bolehlah email ke terengganulegend@yahoo.com atau komen di blog. Banyak legi cerita yang akan blogger kongsi antaranya: -Udang galah di Tanjung Sabtu, Manir, -Nasi Dagang Chendering, -Nasi Lemak Kimia -Maggie Udang Galah -serta banyak lagi isu dan  lokasi menarik di Terengganu.

Program Bicara MB Terengganu Bersama Media termasukblogger

Image
18 January 2012 Salam 1Malaysia dan Salam 1Terengganu! Kerajaan Negeri Terengganu bercadang untuk mengadakan Program Bicara Y.A.B Menteri Besar Terengganu Bersama Media (Blogger/Rakan Facebook/Twitter). Penyertaan ini terbuka kepada SEMUA rakan media Y.A.B Menteri Besar Terengganu. Jika berminat Tuan/Puan dikehendaki mengisi Borang Penyertaan Program Bicara Y.A.B Menteri Bersama Media . Borang penyertaan Tuan/Puan hendaklah dihantar secepat mungkin sebelum/pada 20 Januari 2012 . Disebabkan tempat yang diperuntukkan agak terhad bagi satu-satu masa, hanya tetamu yang terpilih sahaja akan menerima emel susulan bagi butiran majlis seperti tarikh, masa dan lokasi. sumber: TEGANU KITA

Pengunjung blog