Posts

Showing posts with the label bukit pak apil

Taman panorama dibuka tahun depan sempena TMT

Image
Oleh; Esah Abdullah Taman Panorama di Bukit Pak Apil Kuala Terengganu akan dibuka sepenuhnya tahun depan sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT). Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Dato’ Haji Adzlan Mohd Dagang berkata, pihaknya kini sedang meneliti kemampuan beberapa syarikat yang memohon tender bagi mengurus kemudahan di taman berkenaan. “Kita ingin melihat dulu apa kemudahan yang boleh ditawarkan bagi lokasi pelancongan terbaru daerah Kuala Terengganu itu,” katanya. Menurutnya, kewibawaan dan keupayaan syarikat pengendali adalah diutamakan memandangkan taman ini bakal menjadi daya tarikan kedatangan pelancong ke negeri ini.  “Kelebihan utama Taman Panorama ialah pengunjung boleh melihat sebagaian besar bandar Kuala Terengganu sepertimana KL Tower dan tarikan lain seperti Taman Orkid dan kemudahan rekreasi lain,” katanya. Katanya, pihaknya bercadang menyerahkan pengurusan keseluruhan lokasi yang dilengkapi kemuda...

Buka Puasa di Motel Desa Kuala Terengganu, dari puncak bukit

Image
Berselera anak-anak berbuka puasa di luar Pada Ramadhan ke 25 2012, blogger bersama rakan pejabat telah mengadakan majlis Berbuka Puasa di Motel Desa, Kuala Terengganu. Ia sebuah resort yang mempunyai 20 bilik yang terletak di puncak Bukit Pak Apil, bersebelahan dengan RTM Terengganu. Sungguh damai dan tenang suasana di sini. Pakej Bufet Ramadhan adalah Rm32.00 seorang dewasa dan Rm18.00 kanak-kanak yang dibuka setiap hari. Antara menu untuk hari ini adalah Sup tulang,  Bubur lambuk, ayam grill, nasi kuning, daging masak merah,  gulai ikan aya, ayam goreng, sotong celup tepung serta pelbagai ulam-ulaman, sambal, budu serta cencalok. Signature dish Ramadhan, bubur lambuk Terengganu yang enak Turut dihidangkan adalah kuih-muih tradisional seperti netbat, seri muka, beronok sagu, kuih lapis , koleh kacang, pelbagai jenis puding serta bubur pulut hitam. Air pula terdiri dari teh tarik, air soya, kordial dan air tebu. Boleh dikatakan macam-macam ada. Harga pun...

Pengunjung blog