Posts

Showing posts with the label cuti sekolah

Pameran Haiwan Berbisa di Muzium Terengganu pada 21 Okt hingga 31 Dis 2013

Image
Jom luangkan masa mengenali haiwan2 berbisa pelbagai spesis di Pameran Haiwan Berbisa pada 21 Oktober hingga 31 Disember 2013 bertempat di Dewan Mandalika, Muzium Negeri Terengganu. Berpeluang menyaksikan satu-satunya "Timber Rattlesnake" pertama di Malaysia. Boleh bawa anak-anak untuk lebih mengenali dunia muzium dan juga dunia haiwan sebagai salah satu wadah pendidikan. Inilah peluang untuk bersama anak-anak dengan aktiviti berfaedah dan merapatkan lagi hubungan kekeluargaan. Tiket RM5 utk dewasa, RM2 utk kanak2, RM1 utk kanak2 berunifom sekolah. Bayaran tiket  hanya sekali utk kemasukan ke Pameran Tetap Muzium dan Pameran Haiwan Berbisa Jangan lepaskan peluang ini!!

Pasar Payang jadi tumpuan

Image
Oleh: Suriati Ali  Setiap kali tiba cuti am atau cuti sekolah, beberapa destinasi menarik di Terengganu terutama Pasar Besar Kedai Payang (PBKP) pasti menjadi lokasi pilihan pelancong untuk membeli pelbagai barang yang diminati.  Kebanyakan pengunjung yang datang dari pelbagai negeri ghairah membeli pelbagai jenis barangan seperti batik, sutera, songket dan makanan tradisional Terengganu untuk di bawa pulang ke tempat asal masing-masing.   Tidak ketinggalan, barangan tembaga, rantai kunci penyu dan baju-T bertulisan Terengganu turut menjadi pilihan mereka sebagai tanda kenang-kenangan dan cenderamata kepada saudara serta rakan-rakan.  Setiap pelanggan terpaksa berhimpit ketika ingin membeli dan melalui lorong yang mengasingkan peniaga kerana terlalu ramai pelanggan yang berurusan sepanjang minggu itu.  Pemilik Ety Batik, Nor Hayati Kamaldin, 26, berkata cuti persekolahan dan cuti umum adalah bonus bagi dia serta rakan niaga lain kerana menda...

Pondok Ubudiah Pasir Akar... melengkapkan anak-anak dengan ilmu Islam yang praktikal

Image
Mengunjungi Pondok Ubudiah Pasir Akar, Besut, Terengganu suatu yang menenangkan. Ia adalah sebuah pondok moden yang diusahakan di sebuah tanah wakaf berhampiran pekan Pasir Akar, Besut. Ia terbuka samada kepada anak-anak mahupun golongan dewasa yang ingin menimba ilmu serta beramal ibadah secara konsisten dengan bimbingan ustaz serta mudir yang bertauliah dan berpengalaman. Di pondok ini turut disediakan penginapan secara asrama bagi pelajar dan bilik penginapan moden dan selesa bagi golongan dewasa dan berusia dengan dilengkapi kemudahan bilik air dalam bilik. Bagi mereka yang ingin menghantar anak-anak semasa cuti sekolah juga boleh berbuat demikian bagi mendidik dan mendekatkan anak-anak dengan didikan dan penerapan nilai-nilai Islam yang tinggi dengan bimbingan mudir. Ia terletak di sebelah kiri jalan sebelum pekan Pasir Akar jika anda daripada Bandar Jerteh. Pengalaman admin sendiri singgah solat maghrib sambil mendengar kuliah maghrib juga suatu pengalaman berh...

Gulai Kawah Lembu dan Gulai Kambing... memang sedap

Image
Dengan daging lembu segar, pasti terasa keenakan gulai Entry kali agak simple sahaja iaitu blogger ingin berkongsi pengalaman kenduri yang sememangnya begitu banyak terutama setiap kali cuti sekolah dan cuti festival. Apa yang menjadi tumpuan setiap kali kenduri adalah keenakan Gulainya iaitu Gulai Lembu Kawah. Kalau kena cara memang enak dengan ditambah lagi dengan daging lembu segar serta resepinya yang tersendiri. Lain tukang masak lain rasa gulainya. Gulai kawah yang dimasak dengan menggunakan kayu api lebih enak rasanya. Kalau nak tahu gulai itu sedap atau tidak, cuba hirup kuahnya, pasti rasa kemanisan daging dan keenakan gulainya yang cukup masin, masam, sedikit manis serta rasanya. Sedap dimakan dengan nasi atau roti Gulai ini enak samada di makan dengan nasi ataupun di cicah dengan roti. Apapun penangan gulai kawah memang enak. Gulai Kambing, kecur air liur melihatnya Begitu juga kalau dapat makan Gulai Kambing. Selalunya gulai kambing terdapat pad...

Foto Segmen Putrajaya 2012

Image
Panorama di Jambatan Putrajaya amat memukau dan mengujakan Di sini blogger abadikan foto-foto yang dirakam di sepanjang percutian Mei 2012 di Putrajaya. Kadang-kadang gambar itu sendiri mampu membawa cerita tersendiri keriangan kanak-kanak di Masjid Besi atau Masjid Sultan Mizan wajah comel Izzah Ahmad Mursyid dalam feri cruise Putrajaya Ahmad Baihaqi dengan posing tersendiri nanti Fahim keluar dulu, Abang Mursyid tunggu la remang senja di Putrajaya PICC- Putrajaya International Convention Center seronok bila jalan bersama merenung masa depan

Pengunjung blog