Ketengah anjur Festival Kenyir
Oleh: Noraini Jusoh Sebagai salah satu usaha mempromosikan negeri ini sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dengan kerjasama kerajaan negeri akan menganjurkan Festival Kenyir selama lima hari bertempat di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir bermula 16 Mei depan. Menurut jurucakap Ketengah, seramai 35,000 pengunjung dijangka akan datang ke Tasik Kenyir dalam tempoh tersebut seterusnya memeriahkan festival yang menghidangkan pelbagai acara menarik. "Antara objektif penganjurannya ialah untuk mempromosikan Tasik Kenyir sebagai sebuah destinasi pelancongan yang mempunyai kemudahan dan keistimewaan seperti keindahan alam semulajadinya yang mampu memukau pelancong dalam dan luar negara. "Penganjuran festival ini juga bertujuan untuk memberi maklumat awal kepada pelancong tentang produk pelancongan baru antaranya Kenyir Island Hopping (KIH) dan cadangan Pulau Bebas Cukai yang dijangka beroperasi pada Ogos 2014,” ujarnya dalam satu...