Posts

Showing posts with the label gamelan

Jom kita tengok Gamelan di Stadium Tertutup, Gong Badak... irama klasik Terengganu yang unik

Image
Di sini ingin wawarkan dua 'event' yang akan berlangsung di Terengganu anjuran Muzium Negeri Terengganu iaitu Pertandingan Klasik Gamelan Melayu Peringkat Kebangsaan pada 20 hingga 21 Oktober 2015.  Ia berlangsung dari jam 8.30 malam hingga 10.30 malam.  Manakala  Festival Gamelan Sedunia pada 24 hingga 26 Oktober 2015 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu dan akan berlangsung dari jam 4.30 petang hingga 11.00 malam. Jom kita bawa famili ramai-ramai dan menikmati keindahan muzik Gamelan yang mengasyikkan. # Terima Kasih Tg Anis Suraya- Muzium Negeri Terengganu

Muzium Terengganu Anjur Himpunan Muzik Tradisional 9 Sept Ini

Image
KUALA TERENGGANU, 29 Ogos (Bernama) -- Alunan muzik tradisional pelbagai kaum di negara ini termasuk masyarakat Siam dan Orang Asli bakal bergema di pekarangan Kompleks Muzium Negeri Terengganu bermula 9 Sept ini. Himpunan Alunan Muzik Tradisional selama tiga hari itu akan berlangsung di Laman Warisan muzium dari 9 pagi hingga 5 petang, kata Penolong Kurator Bahagian Etnologi muzium Azlaizie Razali, kepada Bernama pada Rabu. Katanya pelbagai aktiviti menarik turut disediakan oleh peserta selain jualan produk dan program 'Bicara Seni'. "Sebagai kelainan, hari terakhir program kita akan mempersembahkan gabungan lima alunan muzik dari kaum Melayu, Cina, India, Siam dan Orang Asli," katanya. Katanya bagi muzik tradisional Melayu, muzium itu memilih alunan muzik Terengganu menerusi persembahan gamelan, ketuk ulu, tarian saba, mak yong serta rebana. -- BERNAMA

Pengunjung blog