Posts

Showing posts with the label haji

Pesanan buat bakal haji.. syarat kesihatan baru

Image
  Buat bakal bakal haji syarat kemampuan semakin sukar dan ketat kena.plan dan jaga keaihatan awal bagi melayakkan menunaikan haji. Untuk musim Haji 2026 ada beberapa perubahan besar dibuat oleh Kerajaan Saudi. 1. Tiada lagi Pusat Rawatan TH akan dibuka di Tanah Suci. Semua Jemaah Haji yang sakit akan dirujuk ke hospital Saudi. 2. Bilangan Petugas Kesihatan Haji akan dikurangkan. 3. Tiada lagi Safari Wuquf untuk pesakit yang uzur. Pesakit yang masuk wad tidak berpeluang untuk melaksanakan wuquf. 4. Tiada lagi kuota pengiring untuk jemaah uzur. Pengecualian hanya untuk kes Dementia ringan (Nyanyuk). Sehubungan itu pemeriksaan haji akan menekankan aspek kebolehan untuk bakal haji berdikari dan cergas untuk lakukan ibadah haji di Tanah Suci. Bakal jemaah haji boleh bergerak tanpa bergantung bantuan orang lain. Jadi kriteria LULUS pemeriksaan kesihatan haji akan diperketat. Antara contoh-contoh secara AUTOMATIK akan GAGAL pemeriksaan haji. 1. Berat Badan Unggul (BMI) >37.5 2. Kencin...

Kenangan Wukuf di Arafah pada Musim Haji 2022 KT21

Image
  Kenangan wukuf di arafah , musim 2022, kenangan pahit manis ada di sini. Kehidupan yang memerlukan kita bertoleransi di antara sesama jemaah. Tidak boleh pentingkan diri, kena banyak bersabar dan bertolak ansur. Matlamat kita sama mencari keredhaan Allah swt dan menjadi tamu Allah swt yang diberkati. Selepas masuk waktu Zohor dan solat jemaah, bermula khutbah wukuf arafah oleh pembimbing TH, suasana menjadi hening dan syahdu dalam menghayati khutbah. Tak sedar air mata mengalir membawa keinsafan diri di perhimpunan besar dunia dan masih kecil jika dibandingkan dengan perhimpunan Mahsyar yang maha dahsyat dan menggerunkan. Di sini kita masih lagi boleh ingat dan berfikir tentang keluarga, anak anak dan urusan dunia. Tapi du Mahsyar hanya fikir tentang nasib diri di hadapan Allah swt. Jika baik maka baiklah perjalanannya. jika tidak tidak terbayang azabnya ... Di Arafah masing masing mencari sudut sendiri untuk berdoa, berzikir, baca Al Quran... suasana cukup hening walaupun panas...

Arab Saudi benar wanita 25 tahun ke atas masuk tanpa mahram

Image
JEDDAH: Wanita berusia 25 tahun dan ke atas kini dibenarkan masuk ke Arab Saudi menggunakan visa pelancong, kata jurucakap Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Arab Saudi (SCTH). Namun, menurut Arab News, kebenaran itu tidak membabitkan wanita berusia 25 tahun ke bawah, dan mereka perlu ditemani ahli keluarga atau mahram untuk masuk ke negara itu. Ketua Pengarah, Jabatan Pelesenan SCTH, Omar Al-Mubarak, berkata: “Visa pelancong akan berfungsi sebagai visa masuk tunggal dan ia sah selama 30 hari. “Visa ini turut merangkumi mereka yang sudah berada di Arab Saudi, termasuk bagi mereka yang bekerja, melancong, menunaikan haji dan umrah”. Baru-baru SCTH berkata, peraturan membabitkan pengeluaran visa pelancong itu akan diumumkan dalam tempoh suku pertama tahun ini. “Peraturan eksekutif membabitkan pengeluaran visa itu sedang dimuktamadkan. “Jabatan Teknologi Maklumat SCTH juga sedang membangunkan sistem elektronik bagi mengendalikan pengeluaran visa pelancong ini...

Pengunjung blog