Posts

Showing posts with the label hutan lipur

Hutan Lipur Lata Belantan, Jabi, Besut, Terengganu

Image
Hutan Lipur Lata Belatan terletak di daerah Besut. Ia merupakan pintu masuk utama kepada para pendaki ke Gunung Tebu. Pelbagai kemudahan asas juga disediakan seperti gerai, tapak perkhemahan, dan tandas yang dilengkapi dengan kemudahan elektrik. Dibuka dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Untuk aktiviti perkhemahan, pendakian Gunung Tebu, bermalam, dan lain-lain aktiviti, sila berhubung dengan Unit Hutan Lipur dan Rekreasi, Ibupejabat, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Bayaran masuk adalah dikenakan kepada pengunjung. Bagaimana Hendak Ke Sini? Kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti teksi. Lokasi: 24 km dari Bandar Jertih melalui Jalan Kuala Terengganu - Jertih dan 118 km dari Kuala Terengganu melalui Jalan Kuala Teren gganu - Kota Bharu. Hutan Lipur Lata Belatan terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Tebu yang merupakan jenis hutan dipterokarpa bukit dan konifer. Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi: Unit Hutan Lipur dan Rekreasi, Jabatan Perhutanan...

Hutan Lipur Lata Tembakah, Besut Terengganu, anugerah alam yang tidak ternilai

Image
Air terjun yang indah dan mendamaikan Hutan Lipur Lata Tembakah yang terletak di Hulu Besut, Besut, Terengganu adalah antara hutan lipur yang terkenal di negeri Terengganu. anugerah alam yang tiada nilainya ketenangan dalam deru air Air terjun yang unik dan indah ini adalah di bawah pengawasan Pejabat Perhutanan Negeri Terengganu di bawah Unit Rekreasi HLLT. papan pandu arah air terjun Ia mempunyai air terjun setinggi 5 tingkat dan airnya sentiasa mengalir jernih dan segar dan tiada hentinya. jambatan gantung di pintu masuk Lata Belantan Daripada Jambatan gantung di pintu masuk, untuk ke air terjun di tingkat 5, ia mengambil masa lebih kurang 60 minit dengan jarak sejauh 1.5km. Manakala untuk ke air terjun tingkat pertama, ia terletak lebih kurang 700m yang mengambil masa kira-kira 20 minit berjalan kaki. Pokok balak yang tinggi nilainya Disekitar hutan lipur ini juga terdapat banyak khazanah alam samada pokok-pokok hutan yang bernilai tinggi mahup...

Pengunjung blog