Makan Ikan 'darat' @ ikan sungai musim banjir... Setiu, Terengganu
Ikan puyu, ikan haruan, ikan 'peras' dan macam-macam lagi ada Salam... Kalau ikut ramalan, gelombang kedua banjir akan melanda lagi wilayah Pantai Timur termasuk daerah aku Setiu. Walaupun sehari dua ini nampaknya cuaca panas menarik dan bolehlah kain dijemur kat luar rumah. Apapun semasa gelombang pertama banjir baru-baru ini, sempat juga melepaskan rindu untuk makan 'ikan darat' atau ikan air tawar seperti ikan puyu, ikan 'peras' @ sebarau, ikan haruan dan macam-macam lagi. Dah siap bubuh garam dan kunyit RM3 sebungkus Limpahan banjir baru-baru ini merupakan satu rezeki kepada nelayan-nelayan kecil serta mereka yang hobi memukat. Ini kerana ikan air tawar ini bagaikan pesta bermain air sampai lupa diri dan menjadi rezeki kepada penduduk tempatan. ikan segar-segar 5 ekor @ RM1, mana nak cari murah begini Kunjungan aku ke Kg Nyatoh, Kg Buruk serta Kg Tasik memang untuk meninjau air banjir sambil melilau mencari ikan darat @ air tawar. hasilnya ...