Kuala Terengganu Dulu- Dulu
Sedang jari -jemari bermain tetikus melihat koleksi gambar dalam komputer, terpandang satu fail yang mengandungi gambar-gambar lama di mana ia telah di ambil oleh teman baik Cik Adlan Grand Cont Kuala Terengganu. Apabila di renung, didapati ianya penuh dengan nilai nostalgia, sejarah dan warisan. Beginilah rupanya Kuala Terengganu suatu waktu dahulu. Sebuah pelabuhan yang terkenal dan tercatat dalam sejarah Melayu lama dan sejarah China seperti catatan Tun Sri Lanang, Pelayar terkenal China Laksamana Cheng Ho, Pelayar I- Tsing dan lain-lain catatan. Masakan tidak, tentunya keistimewaan buatan bot di Pulau Duyung tak akan tersebar ke pelusuk dunia. Ia juga mempunyai sejarah yang tersendiri dan panjang seperti jalinan perdagangan dengan Kerajaan di Songkhla @ Singgora. Apabila terpandang jam besar bersebelahan Pasar Besar Kedai Payang, teringat masa kecil-kecil dulu semasa mengikut emak ke pasar untuk membeli barangan dan keperluan untuk di jadikan jualan di Felda Chalok @ Kg Rahmat Se...