Posts

Showing posts with the label kewangan

Merancang kewangan dengan aplikasi Touch N Go

Image
  Merancang kewangan dengan aps Touch N Go banyak aplikasi yang memudahkan urusan anda di aps tersebut. Antaranya pelaburan unit amanah Principal di apps. Pelaburan bermula dengan RM100 sahaja permulaan. Dan saya dah mula simpan RM200 sejak april dan return atau pulangan dalam tempih 5 bulan sehingga awal Okt 2025 adalah 9.5%. Agak baik juga pulangan Principal ini. Juga apa yang menarik anda juga boleh simoan sebagai PRS untuk persaraan yang melayakkan anda untuk potongan cukai LHDN sehingga RM3000 setahun . Dan pulangannya juga menarik melebihi 8% setahun. Juga yang menarik , anda dapat buat pengeluaran pada bila bila masa sahaja mengijut keperluan anda. Ada caj 1.5% dikenakan kepada setiap simpanan. Dan sehingga Okt ini ada promosi pulangan tambahan 1% ditawarkan bagi setiap rm200 simpanan. Bertindak bijak dengan menyimpan. Sikit sikit lama lama jadi bukit. Ia masih relevan.

Sejarah Dan lelaki disebali QR CODE yang mengubah instrumen kewangan dunia

Image
  Sejarah QR Code yang hebat dan menjarah dunia Lelaki Di Sebalik Petak-Petak Yang Mengubah Dunia Di sebuah sudut tenang di Jepun, sekitar awal 1990-an, seorang jurutera sederhana bernama Masahiro Hara berdepan dengan masalah yang membelenggu pelbagai industri: kod bar. Ia perlahan, terhad, dan tidak mampu menyimpan banyak maklumat. Dunia semakin laju — tetapi jalur-jalur kecil ini tidak mampu mengejar perubahan. Masahiro bekerja di Denso Wave, sebuah syarikat dalam industri automotif, di mana ketepatan dan kelajuan sangat penting. Dia perlukan sesuatu yang lebih baik — dan lebih bijak. Suatu petang, ketika bermain permainan papan tradisional Jepun bernama Go yang menggunakan batu hitam dan putih, satu ilham muncul. Corak yang rumit tetapi teratur… cara maklumat boleh disampaikan melalui susunan… bagaimana jika data juga boleh disimpan dengan cara yang serupa? Itulah detik permulaannya. Daripada idea itu, lahirlah satu revolusi senyap. Masahiro dan pasukannya mencipta satu jenis ko...

Pengunjung blog