Posts

Showing posts with the label kg tanjung

Meriam berusia lebih 100 tahun di Kg Tanjung, Kuala Terengganu

Image
Meriam lama dipercayai berusia lebih 100 tahun telah dijumpai di Kg Tanjung, Kuala Terengganu berhampiran dengan sebah pasaraya dan tidak jauh daripada tapak lama stesen bas. Ia merupakan satu penemuan penting kepada sejarah negeri Terengganu di mana kawasan tersebut merupakan sebuah bandar lama yang pesat serta penting samada kepada perdagangan dan juga strategi keselamatan Kuala Terengganu. Malah Kuala Terengganu sendiri adalah antara pelabuhan penting suatu masa dahulu di rantau ini dan menjadi tempat perdagangan dan pertemuan penting. Di harap banyak lagi penemuan penting yang membawa kepada lebih banyak kisah penting sejarah Terengganu untuk kita tahu dan kenali lebih banyak tentang kegemilangan Terengganu suatu ketika dahulu. Meriam ini di dibawah kajian Jabatan Muzium Negeri Terengganu bagi kerja-kerja penyelidikan lanjutan. Sumber Facebook

Nasi Berlauk Pokok Besar Kg Tanjung, Kuala Terengganu

Image
Pada kebiasaannya apabila selesai urusan di bandar Kuala Terengganum Warung Nasi Berlauk Pokok Besar di Kg Tanjung menjadi pilihan untuk makan dan minum petang. Terletak di Kg Tanjung berhampiran Jln Kg Kolam menuju Flat Sri Kolam, sentiasa menjadi tumpuan pada waktu petang. Banyak sekali kuih-kuih tradisional Terengganu di jual di sini. Apa yang selalu menjadi pilihan blogger adalah nasi Berlauk Ikan Aya  dengan Sambal Belacannya yang pedas dan sedap (nyangkut orang Terengganu kata). Selain itu, menu yang selalu menjadi kegemaan pelanggan adalah Kuew Tiaw Goreng Basah, yang kata pelanggan sedap dan boleh tahan sedapnya. Walaupun keadaan gerainya nampaknya biasa-biasa sahaja, tetapi tetap menjadi pilihan ramai. Kalau tuan punyai kedai dapat menaiktaraf sedikit keadaan kedai, tentunya ia akan menjadi pilihan ramai terutama mereka yang memerlukan standard yang tinggi dalam kebersihan kedai mahupun makanan (dengan kata lain agak cerewet).

Nasi Berlauk Bawah Pokok Besar Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu

Image
Nasi Berlauk Ikan Aya Jika berkunjung ke Kuala Terengganu, di antara kedai atau warung yang sering menjadi pilihan blogger terutama pada waktu petang adalah Kedai Nasi Berlauk bawah pokok besar dekat Kg Tanjung. Ia terletak di simpang tiga jalan menuju ke flat Sri Kolam. Di antar kuih yang dijual di sini Di antara menu yang menjadi pilihan jika ke sini adalah Nasi Berlauk Ikan Aya. Kena pula dengan sambal belacan yang kaw dan power memang 'nyangkut'. Kena kuah lebih sikit dengan tambahan telur mata, memang 'kemah'. Selain banyak lagi pilihan lain di sini seperti nasi minyak, nasi kuning, nasi lemak dan ada yang kata Kuew Tiaw Gorent kat sini sedap. Kena petang-petang sedap nihh Pilihan kuih muih juga banyak dan bermacam-macam pilihan. Dan sememangnya diremang senja ia sentiasa menjadi pilihan untuk minum petang dan makan malam dan sentiasa bertali arus pengunjung ke sini . Walaupun kedainya hanyalah sekadar warung, ia tetap menjadi pilihan ramai.

Pengunjung blog